Wednesday, 22 December 2010

pemberian

minggu lepaskan..
minggu last jumpa kakak-kakak dan abang-abang FDM (furniture design and making)
masih terasa rindu dekat mereka semua..
apa yang aku nak story ni..
sehari selepas diaorang present product diaorang..
semuanya datang lagi ke tempat aku praktikal..(kecuali kak ina a.k.a kak miow..dah balik dulu..)
sehari juga mereka bersama..
ikutkan perancangan diaorang..diaorang nak pergi picnic weekend baru ni..
tapi tak jadi..tapi aku seronok dan best sepanjang bersama diaorang..
semuanya spoting dan cool..
before balik tu.. kak linda bagi present dekat aku..
ala mungkin kebetulan tu kot..
dia dapat hadiah tu dari kenduri kahwin anak ayah angkat dia..
so mungkin dia tak nak bawa balik ke rumah dia..
kak linda bagi pada aku..
cantik jugak present tu..
color ungu tau...
apapun thanks so much dekat kak linda sebab bagi..
saya hargai sangat..(eh napa jadi saya nie..)
hope suatu hari nanti aku dapat jumpa atau terserempak dengan mereka..
furniture u all semua memang the bestlah...
dan tahniah juga dekat kat kak ainun sebab dapat hadiah utama rm500..
kayalah kak ainun..dahlah dapat duit menang ditambah juga dengan duit elaun..
memang sakan kak ainun..memang semua dah agak kak ainun yag akan menang..



jom kita berlayar baiti...huhuhu..
dan pada kak tiqa... kak bida... kak ina.. kak linda.. abg hishe... abg ami.. dan abg lap...
design korang pun semuanya terbaik..aku suka tengok kesungguhan korang dalam membuatnya..
pasti lepas ni korang keluar akan menjadi designer yang berjaya dan berkerjaya..
huhuhu..
pada abg lap..kak tiqa.. dan kak bida.. hope rancangan korang untuk buka syarikat bersama..
akan terlaksana suatu hari nanti..
pada kak ainun plak..hope impian akak nak jadi international designer akan menjadi kenyataan.. begitu juga dengan yang lain...korang semua punyai cita-cita yang tinggi dalam menghasilkan design furniture yang terbaik dalam industri furniture di malaysia..
majulah design untuk negara..hahahhaa...

pada baiti pulak..semoga dapat bersabar di sini selama 4bulan tanpa ku lagi.. ala nanti akan da kemasukan baru FDM, TPF dan PMD.. mungkinlah.. aku pun tak tahu.. sabar sahajalah yer baiti sayang...muah..~

update..



terlalu banyak yang aku update..sampai aku sendiri dah pening.. entah cantik ke tidak..apapun sekarang ni warna dah berwajah baru..dah ada bird yang menemani warna..lepas ini tiada kesunyian lagi si warna.. tiada lagi kegelapan yang warna rasakan..cuma maaflah pada warna.. diriku masih lemah dalam mengendalikan kamu..diriku masih lemah untuk memahami dirimu sepenuhnya..tapi aku harapkan semuanya fahami.. huhuhu..
inilah dia warnaku yang baru..warna ku yang tiada lagi kegelapan (walaupun masih ada yang gelap..kalau nak dibandingkan dengan yang dulu lagilah..hambar saja warna..) tapi kini.. ada perubahan lah juga.. aku memberanikan diri dalam mengubahkannya.. aku ni bukanlah seorang yang pandai dalam mencari background yang cantik macam orang lain..tapi bagi ini sudah cukup.. yang penting isi dalamnya..apa yang di isinya..betul kan??huhuhu.. apapun i love warna so much.. awaklah tempatku..

Tuesday, 21 December 2010

lagi-lagi picture i-city..



ala-ala snow gitu...



colorfull tree..hihihi..



lovely dad pix..



small tree..



down side pix...



love family..



pix candid us..



style..hahaha



start here..besarnya dia....!!!



yellow cactus...



us..



fruit...or..ball..



orange?or pitch?or what??

Touching

kenapa aku tak boleh touching?
kenapa dia jer yang boleh?
aku nak juga kadang-kadang touching..
asyik dia je yang touching..
cuma bagi sekali kat aku touching..
nak tengok dia pujuk aku..
hahaha..perasan..
apalah nak jadi dengan aku..
harap benda yang tak pasti..
dah tau dia tak tahu pujuk..
mahu touching-touching lagi yer..
kang pengsan pula kalau dia pandai pujuk..
tak takut ker??
jadi jangan harap atau berharap dia pujuk..
dah duduk diam-diam sampai dia elok..
bukan lama pun..
kejap tu hilanglah..
suka sangat macam tu..
lari baru tahu..
haa...
baru padan dengan muka aku..
baru setahun jagung dah nak ngada-ngada...
nanti tak sampai 5tahun..
dah tak ada lagi..
time tu tak ada makne untuk aku..
tu janji aku pada dia kan..
takkan dah lupa waktu..
mula-mula aku dapat dia..
jadi apa lagi..
dah jangan nak touching-touching..
(eh tu patut tuju pada dia..bukan aku..)
warna..tolong sampaikan yer..
aku masih sayangkan dia..
aku sentiasa perlukan dia..
tanpa dia..tiada makne semua ini..
dah jaga elok-elok dia tau..
dia merupakan aset berharga bagi aku tau tak..
yang dia pun satu..
tolong jangan yer..
jangan touching lagi..
however im still love you..
faham tak dia nie??
tapi sebenarnya semuanya pada aku..
macam mana aku jaga dia..
kalau elok aku jaga..
eloklah dia..
kalau ganas aku jaga..
ganaslah dia..
tapi aku ni rasa macam ganas jer..
aku ganas ke jaga dia??
dia..oh lupa pula..
boleh pengsan kalau dia menjawap..
apapun terjadi..
dia akan teman aku kan..
so temankan aku tau setiap saat..
aku tahu tiada siapa..
selain dia..
dia...
oh dia...
dan dia....
masih dia...
apa dia...
siapa dia nie??
haaa..............
jawap....
siapa dia nie....
bek jawap...
(tak nak jawap..)
biar orang fikir apa pun...
huhuhu..
ta mahu bagitahu..

rindu sama kamooo

setelah hampir sebulan praktikal baru aku jumpa teman-teman sekelas aku..tu pun tak cukup sebab ada yang duduk dengan kakaknya.. bila dengar cerita diaorang mereka hari-hari ada kerja.. baguslah bila hari-hari ada kerja sedangkan aku nie.. dah macam datang tunjuk muka sahaja.. apalah aku nak present time kat u nanti?? hai.. doa-doa sajalah aku bisa habiskan praktikal aku dengan hati yang lapang..huhuhu..

sebenarnya kalau rumah aku tu tidak dalam penambahan..pasti aku dah ajak kawan-kawan aku datang rumah..bukan senang diaorang duduk selangor dalam tempoh sebulan macam nie.. kawan-kawan ni semuanya orang jauh.. tapi apakan daya rumah aku tu.. aku minta maaf pada teman-teman aku yer.. tapi kalau buleh aku nak sangat bawak korang jalan-jalan kat banting nie.. ke morib ker.. tau korang tak pernah pergi lagikan.. praktikal dah nak habis pun kan.. rasa macam sekejap pulak praktikal..kihkih.. apa aku merepk dah nie.. tadi kata dah bosan.. ni kata lain pula.. apa cerita nie.. ahhaha.. dasar talam dua muka betul aku ni kan.. kihkih..dahla.. malas nak cerita lagi..huhuhu

p/s:padahal dah kosong idea nie..dah cube perah ni..tak keluar juga..sorilah yer..

18 Disember 2010

Seorang kawan aku dah selamat menjadi isteri kepada suaminya...huhuhu.. sorang-sorang kawan aku dah mula menamatkan zaman bujang mereka.. nak kata muda bagi aku masih muda lagi pun.. tapi dah sampai jodohkan.. syukurlah.. aku ni bilakan.. masih dalam perancangan..hahaha.. ke pencarian? tanda tanya yer.. yang pasti aku perlukan tamatkan pengajian aku terlebih dahulu..selagi aku tak habiskan belajar ke peringkat yang aku inginkan selagi tu tiada yang bermain difikiran untuk memikirkan rumahtangga nie.. muda lagikan.. bukan nak suruh you must enjoy with your life when you still young.. tapi sebab aku masih belum dapat apa yang aku nakkan lagi.. bila dah hampir dapat..aku akan fikirkan tentang masa depan aku dalam berkeluarga.. tipu kalau tak nak berkeluarga.. semua orang nak.. cuma lambat atau cepat saja jodoh itu sampai.. jika jodoh aku awal tidak aku menolaknya dan jika lambat tidak aku menolaknya juga. Apapun yang penting beban dan tanggungjawap itu mampu atau tidak untuk kita pegang.. mendirikan rumah tangga ni bukan macam main pondok waktu kecil tu.. tapi mendirikan rumahtangga ni perlukan pengorbanan dan tanggungjawap yang besar dalam melaksanakan.. Aku tak boleh memperkatakan hal ini lebih sebab aku belum masuk ke tahap ini lagi.. Tapi untuk knowledge perlu.. Kadang-kadang aku tengok zaman sekarang ni kahwin macam satu perkara yang diambil mudah.. kenapa aku katakan macam tu? sebab aku tengok sekarang ni ramai yang kahwin muda dan menjadi janda dan duda pada usia yang muda.. kenapalah jadi macam tu? memanglah kita boleh katakan dah tiada jodoh.. tapi ada tak mereka fikirkan sebelum mereka berjanji untuk hidup bersama untuk berakhir dengan begitu sekali?? pastinya tak adakan.. aku sendiri pun tak faham.. yelah aku boleh kata macam-macam sebab aku tak pernah lagi lalui dunia tu.. cuba kita tengok nenek dan atok kita tu.. kahwin di usia muda juga tapi mampu kekal sehingga ke anak cucu..malah ada yang ke cicit.. lihat.. terlalu banyak jurang perbezaan diantara zaman dulu dan zamn kini.. yang itu aku tak mahu cerita lebih banyak.. sebab tahu hal ini begitu sensitif.. yang aku boleh katakan fikirkanlah.. cuma aku nak nak kata aku gembira bila kawan-kawan aku dah tamatkan zaman bujang mereka..dan aku harapkan sangat mereka dapat kekalkan rumahtangga sehingga ke anak cucu..

Lepas ni siapa pula kawan aku yang akan melangsungkan majlis perkahwinan.. suka tengok orang kahwin.. tengok hantaran diaorang.. pelamin..(mungkin kalau aku kahwin ada pelamin..tapi yang just dapat melihat majlis itu keluarga aku dan keluarga pasangan aku sahaja..hahaha..)..sebab aku suka majlis yang simple tak terlalu mambazir..tapi tu semua hanya suatu rancangan bukan kepastian tau...kihkih.. banyak lagi kena fikirkan nie.. kumpul duit dulu.. nak mencari pasangan ni bukan senang kan.. bukan boleh kat pasar borong selonggok boleh pilih gitu jer..banyak rules yang kena di tapisi.. siapa lagi kalau bukan parent aku yang tapis.. ingat senang-senang ke nak terima orang dalam keluarga.. bukan memilih tapi untuk kebahgiaan kemudian hari.. ada yang akan nampak perkara itu seperti kolot.. tapi harus dilakukan.. macam aku katakan awal tadi mendirikan rumahtangga bukan macam main pondok-pondok.. fahamkan.. parent merupakan orang tahu segalanya.. mereka pernah merasai sebelum ni.. jadi untuk apa kita menolak cara itu?ahh.. sudah.. apa pula yang aku dah mula melalut nie.. tolong.. aku tak nak teruskan melalut.. cukup-cukup.. baik stop kat sini kan.. nanti jadi lagi yang pelik.. sampai sapa yang membacanya terlalu pelik..

p/s: calon mungkin dah ada..tapi study first..get what you want first..

Friday, 17 December 2010

YoU rAiSe Me uP

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.

There is no life – no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.

You raise me up… To more than I can be.


bLog AkU

Finally..
aku dapat tukar lagu yang aku minat sangat-sangat..
instrument lagu dia begitu syahdu..
tenang saja bila mendengarnya..
lagipun lirik lagu ini terlalu luas maknanya..
aku cukup seronok bila dapat laman web tu..
tulah kena rajin explore blog orang juga ni..
baru kita buleh dapat laman-laman yang berkaitan..
aku ucapkan thanks pada yang rajin follow aku..
sebab dari situ aku juga dapat melihat korang up to date blog korang..
melihat kreativiti korang..
aku sebenarnya jelez korang dapat mewarnai blog korang dengan begitu kreatif..aku cukup suka sekali..
tapi pada aku..
aku tak pandai untuk menceriakan blog aku.
kerana aku lebih senang dengan keserderhanaan dan simple..
dalam apapun aku lebih suka benda yang simple..
jadi dalam blog aku (warna-warni) juga aku lakukan begitu juga..
tak pandai untuk aku memilih background blog aku..
cukuplah dengan warna hitam kerana dengan warna hitam ni aku dapat menceriakan blog aku dengan warna yang macam..
seperti juga warna putih..
pada aku, aku lebih tumpu pada warna hitam..warna yang gelap..
apapun sekarang aku rasa sudah cukup apa yang ada pada blog aku..
yang penting isi dalamnya..
yang pasti aku cukup ceria hari nie..


p/s:you raise me up , so i can stand on mountain

1K

kawan aku cakap tadi tentang bantuan 1K yang dibagi oleh kerajaan selangor kepada pelajar IPT yang asal dari selangor..
aku memang dah dengar hal tu lama..
sewaktu pilihan raya besar yang dimenangi oleh PKR pada beberapa tahun lepas..
menteri besar selangor ada mengatakan tentang hal itu..
tapi aku tidak begitu ambil peduli..
tapi sekarang bila difikirkan semula..
napalah tak dari awal aku ambil bantuan tu..
dapat atau tidak hal ke-2 yang penting aku patut mohon waktu aku mula-mula masuk UiTM dulu..
tapi..
dah nak habis baru nak mohon buleh dapat ker??
rasanya payah sebab syarat dia ada kata bahawa permohanan hanya diberikan setelah masuk ke U bagi tahun pertama sahaja..
aku ni dah masuk tahun ke-3 dan dah nak habis pun..
tapi tak apalah aku try mohon..tak dapat tak pe..
boleh mohon lagi sekali time aku continue degree..
dah kerajaan bagi bantuankan..
harus kita rebut bantuan tu dan gunakan dengan sebaiknya..

tapi tulah..
di media massa ada memperkatakan bahawa ramai pelajar IPT yang dari selangor tidak dapat wang bantuan tersebut..
sedangkan aku baca artikel di internet.. r
amai yang telah mendapat wang tersebut hasil daripada permohonan yang dilakukan..
itulah semuanya berkaitan politik..
aku tak mahu perkatakan lebih banyak sebab belum tiba masa lagi untuk aku menceritakan tentang politik..
apa yang baik aku haruslah ambil dan apa yang buruk aku akan jadikan sepandan..
apapun akan aku cuba untuk buat permohonan tersebut..
manalah tahu ada rezekikan..
kurang sikit beban yang ditanggung..

sebenarnya banyak lagi bantuan yang ditawar kepada pelajar IPT..
cuma kita sahaja mabil tahu atau tidak..
tapi pada yang betul-betul memerlukan duit..
semua tu akan di ambil tahu..
jadi sebagai pelajar haruslah peka..

Thursday, 16 December 2010

di sini..

hari ni aku sampai tempat kerja tepat-tepat pukul 8.00 pagi...
aku punch sewaktu jam tu berbunyi..
kira on-time juga aku datangkan..
dengan muka gembira aku punch card tu..
padahal sedar diri dah lambat datang kerja..
lepas punch aku ajak byeti iaitu teman sekerja aku..
pergi breakfast..biasanya aku breakfast dengan abah..
tapi hari ini abang yang hantar..
jadi kena makan sendirilah..
tapi untuk hari ini aku hanya makan karipap 3ketul dan air pula...
teh 'O' ais..
tu je yang aku rasa nak makan hari nie..
tapi tengah hari tak tahu nak makan apa pula nanti..
sepanjang di tempat kerja sejak aku punch sampai jam laptop aku tunjuk pukul 11.19 pagi..
tiada kerja yang diberikan..
dan aku tengok ketua aku tiada..
aku tahu dia sib uk dengan kerja dia..
jadi aku dengan rasa tak perasaan..
tadi duduk seketika di libary dan tambah sikit report..
aku dah tak tahu nak buat apa lagi..
jadi aku buatlah report mana yang patut..
dan sekarang ini pula aku telah berpindah ke bilik latihan ramin..
nama bilik tu..
aku on9 dan terus on9 sebab aku dah tak tahu nak buat apa..
staf kat sini semuanya sibuk dengan urusan masing-masing dan kami sebagai budak praktikal..
tiada apa yang mampu kami lakukan..
tetiba rasa rindu sangat dengan abang dan kakak FDM..
rindu sangat dekat kak Ina, Linda, Ainun, Tqa, Bida dan Abang Hishe,Jaim,Ami,Lap..
pasti aku takkan jumpa mereka lagi..walaupun 2minggu sahaja bersama diaorang tapi aku cukup seronok dan gembira..
selepas diaorang tamat belajar dekat sini..
sunyi semula tempat ni..
aku rindu gelak tawa kak bida dan kak tqa..
huhuhu..
harap sangat lepas nie dapat jumpa diaorang lagikan..
hehehhee

seribu kali cinta


macam cover novel cinta..


nie dia hero dan heroin ceritanya..so cute..



seribu kali cinta..segala demi dirimu..

semenjak episod pertama..aku dah jatuh cinta untuk menonton episod yang seterusnya sehingga kini..jalan cerita yang menarik walaupun ada setengah part tu seperti sama macam cerita cinta yang lain..tapi pada aku jalan cerita dia ada sedikit kelainan.. aku sertakan sekali sinopsis cerita ini..hope ending dia dengan happy ending..

Nizam (Kamal Adli), seorang jejaka yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yan peramah dan mesra melayan kanak-kanak.Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara. Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.

Wednesday, 15 December 2010

praktikal

Dah 3minggu aku praktikal kat situ.. minggu pertama hidupku di sana tiada apa..hanya melanguk kat sini.. masuk minggu ke-2 baru nampak aku ada kerja..tu pun join budak-budak FDM (furniture design and making).. tu pun tak lama seminggu je dapat dengan diaorang sebab pada 13hb baru ni dan diaorang dah habis belajar.. jadi aku kembali bertapa..apa yang aku nak buat dekat sini? kerja apa yang boleh aku lakukan di sini?? semuanya bagaikan mimpi ngeri bagi aku kerana terpaksa berhadapan dengan staf di sini tanpa melakukan kerja.. bukan aku tak nak melakukan kerja tapi pahamlah dah hujung tahun.. staf pun bz dengan kerja masing-masing jadi aku sebagai budak praktikal terasa seperti di anak tirikan.. macam ni rupanya alam pekerjaan..
Di tambah pula dengan kerja di kerajaan dan majoriti melayu.. hai.. kalau bengkel boleh guna dah lama aku guna untuk buat projek tau tak tapi dah ketua aku sendiri tak izinkan guna bengkel aku nak kata.. nanti kata aku memandai guna bengkel jer.. kalau bab pakai mesin aku bukan tak tahu tahu je tapi tulah dah staf tak bagi takkan aku nak memandai..kenapalah aku begini.. adeh.. apa akan terjadi dengan aku lagi 3minggu aku di sini.. untung-untung aku ada kawan kalau tidak.. mau menangis air mata darah aku nie..
Kira sekarang ni aku masih mampu bertahan.. kenapa ni semua berlaku selepas Cik Lin datang.. Cik lin sendiri dah dimaklumkan oleh ketua aku yang aku tak ada projek.. jadi apa lagi yang mampu aku lakukan..ikuti program yang ada di sini?? boleh saja.. tapi ketua aku sendiri ikuti program.. habis macam aku ni?? memang kena rebut peluang yang ada tapi kalau aku memandai orang lain kata apa pulak?? aku ni budak praktikal..bukan staf yang dah berkhidmat kat situ.. niat aku praktikal pun untuk rebut peluang yang ada kat tempat ni tapi kalau semuanya dah tamat apa lagi yang aku nak rebutkan?? ada staf yang ok dan ada juga staf yang sikit pun tak faham..
Hai.. memang aku dah nekad yang aku akan belajar betul untuk dapat jawatan yang aku impikan.. itulah bila dah kerja bawah orang semuanya tampak buruk.. tapi tak pe.. ia membuat aku lebih bersemangat untuk continue study aku keperingkat yang lebih tinggi.. aku akan duduk di tempat di mana staf berjawatan tinggi itu duduk.. aku mampu untuk lakukannya..aku harus yakin dan percaya pada diri aku nie..
p/s: jangan pandang aku ni pemalas.. aku tahu dimana aku berdiri..

rumah ku ker nie?

Sekarang ni kan musim cuti sekolah..pasti ramai yang pergi holiday..tapi apa kaitan holiday dengan rumah aku ni kan,.hehheh..sebenarnya rumah baru aku duduk setahun ni dalam proses penambahan bagi membesarkan lagi kawasan dalaman.. tempoh yang diambil aku pun tak tahu..sebab start sewaktu cuti semester bermula.. memang tak selesa betul bila rumah dipecah untuk penambahan tapi apakan daya harus diharungi jua..hahaha.. bak kata orang bersusah dahulu bersenang kemudian.. jadi irulah kami sekeluarga merasainya.. tak sangka juga abah akan tambah rumah sebab rumah sebelum ni tidak sikit pun abah ambil kisah.. just tambah atap untuk kereta berteduh..yang lain seperti keadaan asal..tapi di rumah yang sekarang ni..abah dan mak begitu beriya untuk menambahkan dan kos untuk menambah ruang dapur, bilik dan ruang tamu hampir menelan belanja dekat RM 6o K.. tapi tu semua untuk keselesaan mak dan abah juga bila mereka telah bersara nanti.. Pada aku memang bagus dia tambah rumah.. Nampak rumah itu lebih luas dan pasti lebih selesa.. Dan pula kami adik beradik semua dah besar.. Abang pun dah habis belajar tinggal aku dan adik sahaja.. jadi bagus jugaklah di tambah rumah..tapi tak tahu bila nak siap rumah tu kan..ni di antara gambar yang tengah dalam pembinaan..








i-city picture










i-city

Aku nak story selama aku pergi ke i-city.. sebelum aku pergi i-city begitu teruja untuk aku kesana.. yelah mana tidaknya sedangkan orang jauh dan luar dari selangor dah sampai ke tempat tu sedangkan aku belum lagi..mana buleh jadi tempat tu pula berdekatan dengan rumah sewa abang aku dan dekat juga dengan UiTM Shah Alam.. my dream UiTM after Jengka.. huhu.. balik pada cerita..

Tengok orang ambil gambar dan letak kat FACEBOOK nampak best dan menarik saja.. apa lagi aku ni ajak abah pergi ke i-city dimana tempat tu penuh dengan lampu warna-warni..eh dah macam nama blog aku pulak kan..hehe.. aku pergi agak lambatlah..lepas solat isya' kami satu family gerak ke sana without abang sebab dia dah keluar dengan kawan-kawan dia.. lagipun dia dah selalu pergi sana yelah rumah sewa dekat dengan tempat tu.. no wonder kan.. aku sampai ke i-city pukul 11 gitu..memang ramai orang..yang tak sangkanya kena bayar RM10 untuk masuk ke tempat tu..ingatkan free.. abang pula tak bagitahu kena bayar.. jadi abah bayar jelah.. dari jauh tengok tempat tu begitu menarik..(indah khabar daripada rupa...)..nak masuk tempat tu je dah amik masa yang lama..dengan parking lagi..maklumlah nak hujung minggukan.. jadi ramailah yang datang..rata-rata orang jauh yang datang ke tempat tu..ada juga orang tempatan..bukan nak katalah..tapi itulah kenyataan..majoriti yang datang adalah melayu kamu aku sendiri..ada yang datang dengan keluarga..berpasangan dan kawan-kawan..

tapi sampai sekarang aku masih mencari dimana keseronokkannya?? aku tak jumpa.. adakah berbaloi RM10 tu??aku pun tak tahulah..tapi demi nak menunjukkan bukti bahawa aku dah sampai ke i-city aku dan family ada ambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan.. dan aku takkan ke sana lagi.. mana taknya dahlah ramai orang..yang ada hanya lampu warna-warni.. tak ada yang lebih menarik dari itu..selau mata aku tengok semua tu..jangan tambah power kat mata aku ni sudah..tak nak aku pakai speak..

Keseluruhannya..pada sesiapa yang suka lampu-lampu ni patut pergilah..pada sapa yang suka ambil gambar guna DSLR... bukan nak burukkan.tapi tu hakikat tau..gambar yang diambil pasti kurang sharp..macam mana nak dapat sharp..cahaya satu xcukup..malam pulak tu..even korang guna tripot..korang payah untuk gambar yang puas hati korang..walaupun aku tak ada kamera tu tapi aku yakin..bukan senang untuk mengambil gambar yang sharp pada waktu malam..apapun untuk mengeratkan silaturrahim antara keluarga..tempat begitu menarik..pada budak-budak pun sesuai juga..cuma aku ingatkanlah sesiapa bawak budak kecil ni jagalah diaorang sebaiknya..dah nama pun budakkan..bukan tau apa..yang tahu hanya keseronokkan..yang dewasa patut awasi tau..dahlah waktu malam..pandangan mata manusia bukan begitu bagus macam binatang..pandangan mata kita di malam hari terbatas,..betul kan..??

Nanti aku masukkan beberapa gambar dalam warna-warni sebagai bukti aku dah kesini tau..sampai di sini dulu...

p/s: walaupun tak best tapi aku enjoy

Tuesday, 14 December 2010

result aku


maaflah lambat aku update blog aku..kali ini aku nak story tentang result aku.. alhamdulilah result aku amat memuaskan walaupun masih ada yg C+... tapi syukur semuanya lulus..aku rasa bersyukur sangat..pointer CGPA aku semakin meningkat..Insyallah aku akan tamat dengan pointer yang cantik..tinggal 1semester je tinggal untuk aku tamatkan diploma.. sekarang ni pun aku tengah praktikal..kira dah start belajar tok khusus semester 6..cepatkan..hehhe..rasa macam sekejap je belajar diploma..lepas ni aku nak sambung kos apa pulak untuk degree yer..masih dalam memikirkan.. patutkah aku teruskan kos aku ni aku atau aku tukar pada kos yg aku minat dari dulu..semuanya bermain difikiran aku,..aku harus buat pilihan yang tepat supaya aku tak tersalah pilih untu masa akan datang..sekarang ni kena fikir apa yang aku minat..pointer aku dah cukup untuk aku continue degree..aku yakin tu..cukup aku tak boleh terlalu berharap takut aku akan kecewa macam dulu..tak buleh jadi tau...


Thursday, 9 December 2010

mengapa..

oh mengapa sampai hari ni aku masih tiada idea nak tulis..tolonglah aku nie..berikanlah aku kekuatan..

Monday, 6 December 2010

buat syarat sahaja.

terlalu lama sangat tak menulis di dalam warna-warni..rindu jugak..rasa malas sangat nak menulis sejak cuti sem nie..ditambah pulak dah praktikal lagilah bertambah malas yang teramat sangat..ikutkan banyak cerita yang nak dikongsikan tapi disebabkan aku tak ada idea tu yang membuatkan aku tak update warna ini...ni pun aku main tulis saja..buat cukup syarat jelah buat bagi aku tu update..aku rajin tengok tapi tak ada idea nak tulis..bagilah aku idea nak tulis dalam warna..nanti kalau aku ada idea aku update yer..

Monday, 8 November 2010

no title to display..kihkihkih...

ikutkan aku dah balik ke tempat belajar tapi apakan daya..ada masalah yang tak dapat dielakkan jadi aku mengguhkannya.. tu yang sempat untuk aku update warna nie..jadi warna tidak sunyi..betulkan warna..ko tak sunyikan sebab aku rajin menulis dekat kau.. apa yang kau nak lagi?? walaupun simple aku hias pada kau..tapi bagi aku sudaj cukup sempurna..kerana bagi aku ini sudah cukup bagi aku..tiada apa yang perlu aku tambahkan lagi..betulkan.. tapi esok aku akan tinggalkan kau seketika..tak lama pun..hanya seminggu aku akan meninggalkan kau.. pasti kau mampu bersabarkan.. aku tahu.. sedangkan sebelum ni aku pernah tinggalkan kau lebih lama.. jadi bersabar ya sayangku.. hehehe.. aku pasti akan kembali untuk bersama kau... oklah aku rasa setakat ini saja dulu ya..nanti ada masa aku akan sambung untuk agenda yang seterusnya.. itu kalau aku ada idea...tapi biasanya bila dah mengadap warna memang ada idea je..sampai semua perkara aku lupa nak buat..hai..apalah nak jadi dengan aku nie kan..ish33..dah..dah..pergi study..ada paper yang masih menanti tue.. jangan leka tau...

Sunday, 7 November 2010

menikmati meja merah..

nyum..sedap betul ABC ini..naiklah kencing manis macam nie..
menu pilihan aku saat aku kempunan..western style lah katakan..perasan juga aku nie..
muka tak sabar betul nak makan..ada nampak tak? jangan jelez semua orang ye..
perasan tak apa yang terjadi?memang pilu hati..tak dapat nak campur..
tapi tetap selera juga bila makan..memang puas hati..
nak tahu siapa yang belanja??
siapa lagi kalau bukan my lovely dad..
thanks dad..
walaupun ada yang tak habis..
but i try..
kihkihkih..next time bila lagi??
huhuhu..
thanks again dad..

malam dingin



siapa yang kita cari di dunia ini?
apa yang ingin kita miliki di dunia ini?
mengapa kita ingin sesuatu itu?
kenapa kita cuba lalui itu?




dalam diri ini..
dalam dirimu..
dalam dirinya..
sering ada pertanyaan itu..
benar atau tidak..
akan pasti ada..
jangan pernah cuba kita menolak..




wahai kamu..
aku bertanya ini..
aku mahu jawapan ini..
aku mahu kepastian ini..
aku mahu segala ini..
agar aku dapat..
agar aku miliki..
agar aku penuhinya..

my family..

my siblings include me..hehe..
my sister..hannani...
my brother...anwar..
my lovely parents..
love them so much..
muah..~
my dad.. Cikgu Hata..
my mum.. Pn. Maimunah..


rahsia tulisan tangan

1: Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan- Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

2: Tulisan Bulat-Bulat- Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif).

3: Tegak- Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah.

4: Rapat-rapat- Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.

5: Huruf JGYZ yang sempurna - Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan.

6: Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya- Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif.

7: Tulisan Tajam/Leper- Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical).

8: Condong Kanan- Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah.

9: Rapat-rapat- Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut.

10: Huruf JGYZ yang tidak sempurna - Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri.


11: Condong Kiri- Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang.

12: Campur-campur - Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf).

realitii hidup

Aku nak introduce tentang family aku..ahli keluarga aku tak ramai pun..adik beradik aku pun tak ramai juga..tapi kami cukup bahagia...walaupun tak ramai..tu pun dah macam ramai..huhu.. aku ni pun bukanlah anak sulung..aku ada abang.. beza aku dengan dia agak jauh jugalah... tapi jarak beza usia tidak halang aku untuk rapat dengan abang.. sebab kami membesar besama..begitu juga adik aku.. jauh sekali jarak kami.. tujuh tahun bezanya... gaduh tu adatlah dalam family dan adik beradik..budak-budaklah katakan.. tapi kami tak pernah sekali pun terfikir yang buruk..sejauh mana kami gaduh..kami akan baik juga... bak kata peribahasa..air yang dicincang takkan putus.. macam itu juga hubungan kami sekeluarga.. tapi dalam banyak-banyak adik beradik..aku ini lah yang paling nakal.. huhu.. mana taknya waktu kecil aku paling kerap kena marah dengan mak abah.. tapi atas teguran mereka..inilah aku sekrang.. inilah diriku kini.. tapi tak tahu aka datang macam mana..mungkin lagi terbaik.. kita tak tahu nasib kita.. yang pasti jangan cuba untuk lepaskan peluang yang ada didepan mata kita.. itu yang akan aku pegang.. habis tahun ini..abang akan meneruskan hidupnya ke alam pekerjaan..wah..lepas ni boleh minta duit dia..haha..tu pun macam dapatlah..maklumlah anak tunggal lelaki merangkap anak sulung.. banyak tanggungjawap yang bakal dia pikul.. bukan nak kata family aku tak tanggung..mereka masih lagi bekerja..maksud aku akan datang saat kedua ibubapa kami tiada lagi.. siapa lagi aku dan adik nak bergantung kalau bukan pada abang..betul kan..aku cukup sayangkan keluarga aku..sebab aku sedar keluarga tidak ramai.. isi rumah sikitlah katakan.. kalau semua dah ada hidup masing-masing..terasa sunyi rumah mak abah...dan aku tahu mereka sunyi tatkala kami meningkat dewasa dan punyai kejayaan masing-masing.. walaupun aku lambat lagi habis belajar.. tapi suatu masa aku akan meninggalkan mereka kerana aku akan keluarga aku sendiri..begitu juga abang dan adik.. tapi yang pasti kami tidak akan sedikit melupakan jasa abah dan mak..pengorbanan mereka selama mendidik kami sehingga kami dewasa..tahan dengan gelagat kami dan perangai kami yang bermacam-macam..sebab aku tahu.. tiada siapa yang akan bela kalau bukan mak abah... orang kat luar tu siapa??tiada sesiapa pun..mak abah jugalah tempat kita mengadu...tempat kita meluahkan segalanaya...betul kan.
Sesiapa yang dah tak ada salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya pasti rindukan kasih sayang mereka.. tapi ada sesetengah orang tu.. ada kedua ibubapa tapi lupa akan pengorbanan mereka... malah sanggup buang mereka dengan orang kita kenal tidak lama seperti mak ayah kenal mereka.. kenapalah mereka sanggup... aku tak sanggup.. sebab aku tahu..mereka hanya sekali hidup..dan kita takkan dapat ganti selepas mereka..walaupun kita punyai ibu atau ayah angkat..ia tak sama seperti ibubapa kita sendiri.. aku cukup sedih terhadap insan yang sanggup buang ibubapa demi mengejar kegembiraan duniwi.. sedangkan mereka tak sedar kebahagiaan dunia datang dari ibubapa kita.. keredhaan mereka amat kita perlukan sebagai anak...mana hilang maruah mereka?? sanggup campak kedua ibubapa ke rumah orang tua.. jijik sangatkah mereka??? janganlah kerana mereka tidak dapat menguruskan diri mereka..kalian membuang mereka..tidak sedarkah kita.. sewaktu kecil kita...terlalu banyak kita susahkan mereka??? sedarkah kita?? ayah kita bertungkus lumus mencari rezeki demi membesarkan kita.. memberikan secukupnya kepada kita.. adakah kita sedar semua tu??? kalian hanya akan sedar saat jasad ibubapa kalian terbaring tidak bernyawa..barukah anda akan sedar??tiada makna untuk semua itu pada saat itu..tiada makna lagi ketika itu..ingatlah ayat ini..kalian pasti tahu dari siapa..





Dari Abu Hurairah r.a. katanya..

"seorang lelaki bertanya kpd Rasulullah SAW,Ya Rasulullah, siapakah dari keluargaku yg paling berhak dengan kebaktianku yang terindah?

jawab Baginda:

"ibumu!!...

kemudian ibumu...

kemudian ibumu...

kemudian bapakmu,

kemudian yg terdekat kepadamu,yang terdekat,"

Riwayat Sahih Muslim.

Dan ingatlah jangan sesekali kita pernah memtuskan silaturahim antara adik beradik..untuk apa kita putuskan sedangkan kita membesar bersama..aku selalu ingat perkara itu...seburuk mana adik beradik kita..jangan pernah kita campaknya.. maruah dia..maruah kita juga.. bin dan binti kita sama.. itu tidak akan berubah... aku ingatkan sebab sekarang ramai sangat anak-anak terutama anak muda masa kita..kerana gembira kejarkan duniwi snaggup lupakan segalanya..sanggup lupakan keluarga..jangan teman-temanku alpa.. sayangi keluarga kita selagi darah kita masih sama... itu tidak akan berubah... betul tak?? aku tak tahu kenapa aku tulis semua ni..tapi hati aku gerak untuk menulis coretan yang tidak seberapa ini..aku ucapkan terima kasih sebab sudi membacanya..

Saturday, 6 November 2010

warna sayangku..

warna..aku sedih tau..sebab aku selalu tinggalkan ko..bukan sengaja aku meninggalkan ko..ko pun mesti faham yang aku ni sibuk..tapi aku tahu ko mesti dahagakan kata-kata dari aku kan...sebab ko dapat rasakan tiada tenpat lain yang mampu aku luahkan selain pada ko..betul kan warna..jadi jangan sedih jika aku tinggalkan ko buat seketika kerana ada tugas yang harus aku buat..jadi maafkan aku sebab selalu tinggalkan ko kesepian sayangku..muah..~

buku hati

terlalu banyak yang aku pelajari sekarang..
kenapa baru sekarang baru aku nampak satu per satu..
kenapa tidak dari dulu lagi..
bila sudah keruh baru aku dapat melihatnya...
bila telah hitam baru aku rasainya..
kenapa saat tidak masih jernih lagi...
kenapa tidak masih cerah lagi..

mengapa soalan kenapa kerap keluar dari hati aku?
apakah itu kepuasan hati aku?
ataukah hanya kesakitan?
suatu hari nanti mampukah aku berdiri lagi?
kebenaran hati aku sudah tertulis..
kesahihan aku sudah tercatat..
hanya ingin dinampakkan..
segala akan terlihat..
disitu segala rasa hati aku tertulis..
untuk diketahui selama yang aku rasa..
kerana dihadapan bukanlah aku..
kerana aku takut menjadi diriku..

andai aku pergi dulu

Andainya aku pergi dulu sebelummu
Janganlah kau bersedih hati
Andainya aku tiada lagi di sisimu
Janganlah kau memencil diri
Bayangkanlah masa-masa bahagia
Semasa engkau dan aku
Bermesra di langit biru
Di waktu kasih berpadu

Andainya engkau pergi dulu sebelumku
Mestikah aku hidup melara
Andainya
engkau tiada lagi di sisiku
Mestikah aku kecewa


Ku percaya kau selalu di sisiku
Walaupun jasadmu tiada
Walau di mana kau berada
Kasihku takkan berubah

Di pohon cemara ku ukirkan kata cinta
Bulan tersenyum dan bersinar
Berguguran daun jatuh lembut ke rambutmu
Meraikan suasana indah
Di sini ku berjanji disaksi rembulan
Andainya ku pergi dulu
Jikalau ku
pergi dulu
Ku nantimu di pintu syurga

nyum..~

hari ini aku pergi tengok pantai morib..tapi bukan turun pun sebab ramai sangat orang..banyak juga perubahan yang telah dibuat di pantai morib tue..begitu ramai pengujungnya... baguslah... atleast morib ni tak sepi lagi.. dulu sebelum pembaikan..agak sunyi morib tue.. tadi juga aku dapat tengok ombak pasang besar...hati memang nak turun tapi apakan daya dah ramai sangat orang..biasalah hujung minggulah masa untuk keluarga berkumpul..




balik tu kami singgah makan kat JUWITA..banyak juga perubahan yang berlaku dekat kedai tu..maklumla dah lama tak pergi macam tulah,..apa lagi aku pergi order chicken chop dan ABC... kenyang sangat-sangat aku makan...sampai sekarang terasa nie..adeh...kenapalah sedap sangat..huhuhu...lepas nie nak makan lagi kat situ...tapi cedih ABC tu aku tak dapat makan ice cream..sebab terjatuh...waaa...!!!cedih betul..kurang manis dah kat ABC..


nyum...bukan selalu tu...




hi warna-warni

rindu sangat dengan warna...kau macam mana??ada sapa baca ko tak???huhuu..maaflah aku lama tak on9..sibuk dengan exam.. menguji minda aku exam yang baru lepas nie..aku nak mulakan dari mana yer?sebab rasanya lama sangat tak on9..hehe..aku mulakan dari lepas hantar report cik Baini..aku dah dapat pun balik report tue..sikit je aku dapat kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain..tapi masih dalam golongan A...hehe.. then report En.Am.. report tu by group.. aku group dengan Mat dan Roslee..budak pnadai dua-dua tue..banyak juga kerja yang kena buat..tapi siap juga on time..tu yang kita nak..kerja siap pada masanya...dan yang sedihnya ada satu report tak siap dan hantar pada masanya.. tapi report tu aku tak amik port pun..aku pun tak tahu kenapa aku tak amik kisah tentang report tu..sedangkan report tu penting juga untuk pointer.. aku rasa dah siaplah tue.. aku minta maaflah sebab tak ambil tahu tentang report tue..bukan sengaja aku lari tugas tapi ada sebab tertentu yang terjadi..huhu..








fasal exam acc140..nak cerita nie..memang aku study hard lah 2hari sebelum paper tersebut..siap aku buat past year sebanyak 5pastyear..memnag rajin betul aku.,.dengan harapan bolehlah score paper tue sem nie..bila masuk bilik peperiksaan tu..aku tak tengok lagi pun soalan tu..aku tulis surat kedatangan dan sebagainya..bila dah lengkap semuanya aku baru tengok kertas soalan..dengan tenang aku buka...bila buka-buka je soalan tue apa yang dijangkakan keluar semester nie..memang tak sangka betul soalan dia..waktu tu aku dah pasrah..mana taknya soalan yang masuk tu kurang aku tekankan..memang aku cakap cukup-cukup makan jela macam nie semester nie..waktu menjawap tue hampir stuck jumpa mind aku...masa betul-betul tak cukup...aku waktu tu dah redha je..hampir nak muntah juga aku waktu tu..mana taknya aku dah tak larat nak mengadap soalan tue lagi..sakit kepala betul soalannya tue..kenapalah dapat soalan sebegitu rupa..bukan aku sorang je mengeluh soalannya susah..hampir semua batch aku mengatakan soalannya terlalu susah..termasukkan juga budak-budak degree..memang tak sangka soalan macam tu sekali yang masuk..memang tawakal je..resultnya pun tawakal jerla...berdoa sajalah..








balik exam acc140..aku pergi lepaskan tension..tau apa yang aku buat??dengan tengok Igor..rindu juga dengan dia..dah berapa hari tak tengok dia dan tak bagi dia makan..aku nak sangat bela species macam Igor..tapi sapa yang nak jagakan bila aku tak de dah nanti..lagipun jaga dia lebih payah dari jaga hamster..mana taknya besar dari hamster tue..dulu dah pernah bela hamster..dah mati pun semuanya..jadi sekarang aku teringin sangat nak bela guinea pig...aku tak sempat ambil gambar Igor..tapi dia memang betul-betul comel..betina..nak tengok contohnya tak.


macam nilah color dia..comel sangt-sangat..


Igor suka makan daun pisang..first time aku tengok dia..dia macam-macam takut..yela tak kenal orang lagikan,,lagipun masih kecil lagi..kecil-kecil dia pun besar tapak tangan juga...makin lame dia makin gemuk..tuan dia geram tengok dia gemuk..tapi aku suka tengok dia gemuk..comey sangat..sebab nanti mesti lagi ramai yang boleh pegang..tuan dia ada suggest aku tempat mana boleh dapatkan guinea pig ni..harga pun okla dalam rm30..tapi tengok species jugakla...aku tak kisah species apa yang penting manja tak gigit orang...tu yang paling penting...kalau aku ada masa yang panjang memang aku dah bela..abah pun ok je..cuma mak jela..alasan mak dia senang membiak..tapi tu yang best..aku nak...huhuhu...


sebelum aku balik rumah..aku tinggal kesunyian dalam bilik...dapat cerita pun tak dapat mengembirakan hati aku..entah kenapalah dengan aku..layan cerita sampai aku tertidur..yelah duduk soranglah katakan..bertemankan bunyi binatang yang ada dekat pokok tue...macam-macam aku rasa,..huhu..hari jumaat aku balik rumah..awal juga abah datang ambil..tapi bagus juga..dapat breakfast sama diaorang..huhu..aku bawak balik separuh barang aku..banyak jugalah barang yang aku bawak balik..jadi sekarang ni aku berada di rumah...tu yang baru aku dapat on9 nie..tapi esok dah nak balik jengka..rasa cepatkan..bila dah balik nie apa lagi..study paper last.. tu lah yang patut aku buat..dan habis exam aku dah bermula praktikal..macam manalah rasa parktikal nantikan..takut juga..yela sorang-sorang..huhu..apapun kena yakin pada diri nie...

Thursday, 28 October 2010

see you again warna-warni

lepas ni aku akan jarang on9..yelah nak exam lagi..alah tapi tu semua bukan penghalangnya yang menjadi penghalang aku malas nak mencari line..so nak update warna-warni ini takde time..maybe bulan 11 baru aku dapat on9 semula..sebenarnya aku pun tak tahu ada yang baca warna ke tidak..tapi tak kisahlah jika ada tidak sia-sia aku menulis dalam warna..sebab dalam warna aku akan cerita semuanya walaupun bukan secara terang..kepada sesiapa yang faham baguslah dan kepada sesiapa yang tidak faham buat-buat fahamlah.. thanks kepada sesiapa yang sudi baca warna..walaupun ada kedengaran lagu..aku tahu sesetengah orang tidak suka lagu..tapi lagu yang aku ambil ini bagi sedap didengar cuma kalau ada yang lagi sedap daripada ini aku akan tukar tapi buat masa ini yang inilah yang paling terbaik dari ladang..haha..
jika aku ada masa yang panjang akan aku cari ruang untuk aku update tau..sebab aku sayang sangat pada warna..kerana warnalah tempat aku meluahkan segalanya..ada yang cakap luahkan di facebook pun bagus tapi bagi aku kuranglah sebab terlalu terhad dan ramai yang akan baca..kalau warna ni orang yang rajin buka saja yang akan baca warna..betul tak??cakap saja betul sebab bukan aku boleh dengar..kalau aku ada pengalaman yang menyeronokkan akan aku cuba masukkan dalam warna..tapi tak boleh semua sebab ada juga yang private..hanya aku saja yang dapat rasai perkara itu..tiada siapa boleh aku kongsikan..nak tahu contohnya apa??? kalau aku ada orang yang aku sayangkan maksudnya someone special..bukan diri aku untuk hebah menceritakan pada semua orang..biarlah menjadi rahsia aku dan aku pun tak tahu adakah orang yang aku sayangi akan tahu..tapi biasanya tak kan tahu yelah bukan dia tahu kan..hehe..itu kalau..tapi hakikatnya??siapa nak jawap??tak siapa..sebab semua ada pada aku..
lagu ini akan terus kedengaran jika sesiapa yang mebacanya ada speaker dan bukan dalam keadaan mute..sebab aku taip ini pun sedang dengar lagu ini..bagi aku tenang lagu ini..aku terlalu minat bunyian piano..dan impian aku ingin pelajari main piano..dulu hampir pandai tapi jari menjadi kaku semula..harap nanti dah kerja aku ada masa untuk ini semua..kerana aku tak nak menyesal dalam menghadapi hidup aku..akan aku hargai setiap detik aku dalam mecari ketenangan hidup dan kegembiraan hidup..betul tak??aku minta maaf jika ada ayat dalam warna ini tak faham atau apapunlah..sebab setiap orang sekali melakukan kesilapan..jika ada salah silalah tegur..aku cukup terima walaupun sakit..walaupun lambat aku akan cuba untuk menerima dengan terbukanya..kini aku harus lebih berfikiran matang kerana aku bukan lagi anak kecil yang tahu mengharap pada sesuatu..aku haruslah berusaha..aku haruslah yakin pada keyakinan yang ada pada aku..itu yang pasti..itulah yang nyata dalam merasai realiti ini..
oleh itu tidak akan ada lagi kesedihan dan keperitan yang aku rasai..itu lah aku rasakan kini..cebisan ini semuanya lahir dari hati aku..bukanlah hanya mulutku saja..kerana aku tidak akan pernah cuba bohongi diri aku lagi..ye...percaya pada diri..betul kan??baiklah sampai di sini saja dahulu..aku harus melabuh tirai pada waktu ini..dan akan aku temankan cebisan ini dengan sebuah cawan yang comey..aku suka tengok cawan tu..comel sangat..ada macam aku tak comey dia??hehe...okla..daar...

diriku

lewat aku memejam mata

keras aku berfikir

tajam aku teliti

dalam meneruskan perjuangan

tidak sekali aku cuba

tewas dalam bertempur..

akan aku terus berjuang

demi menuju ia..






biar hari ini aku lemah
biar hari ini aku layu
kerana esok
esok akan aku bertemu cahaya
cahaya yang aku cipta sendiri
untuk apa aku takutkan..





inilah duniaku

inilah caraku

untuk
apa dicari lagi


hanya menambahkan
sakit


terima yang kini
ada


untuk selamanya..



suaraku,


sayu



Wednesday, 27 October 2010

kenali wanita

WANITA BERSIFAT TANAH


Taurus (21 April-20 Mei) Virgo (24 Ogos-23 September)
Capricon (22 Disember-20 Januari)


  • -Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.

  • -Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendaK dalaman dari segi emosi dan material.

  • -Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

  • -Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.

  • -Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.

  • -Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.



WANITA BERSIFAT API



Aries (21 Mac-20 April) Leo (24Julai-23 Ogos)
Sagittarius (23 November-21 Disember)


  • -Dilahirkan sebagai pemimpin

  • -Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.

  • -Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
  • -Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
  • -Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.

  • -Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.

  • -Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.



WANITA BERSIFAT ANGIN



Gemini (22 Mei-21 Jun) Libra (24 September-23 Oktober)
Aquarius (21 Januari-19 Februari)


  • -Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.

  • -Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.

  • -Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh- sungguh.
  • -Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.

  • -Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.

  • -Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.

  • -Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA BERSIFAT AIR


Cancer (22Jun-23 Julai) Scorpio (24 Oktober-22 November)
Pisces (20 Februari-20 Mac)



  • -Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.

  • -Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.

  • -Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.

  • -Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

kenapa aku hari ini?

kenapa hari ini aku rasa serabut.kenapa hari ni aku rasa ada yang tak kena pada diri aku?apa yang aku rasa kini.aku sendiri tak tahu..aku betul-betul tak faham dengan diri aku
sekarang. knapa hari ini jadi macam nie pada aku.aku tak nak jadi macam nie.aku
kena tenang hadapi semuanya..bukankah itu yang aku pegang?jadi kemana pegangan
aku?aku keliru sekarang.mungkin terlalu banyak yang aku fikirkan kini.dengan
exam yang akan aku duduki.janganlah aku lemah tatkala aku ingin
berjuang.perkuatkanlah semangat aku.aku tidak mahu kalah sebelum
berperang.janganlah begini.bantulah aku..berikan aku sedikit ruang bernafas.agar
aku mampu bertahan.aku hanya ingin sesuatu yang menenangkan.tapi aku tak
jumpa.kemana hilangnya.tolong.

madah pagi

sebuah ukhuwah yang tercipta..
dihiasi cahaya keredhaan..
sebuah ikatan yang terjalin..
diwarnai dengan kedamaian..
sebuah pertalian yang terbina..
dilengkapi dengan keikhlasan..

aku damai..
aku sepi..
titisan air mengalir..
melengkapi sebesar lautan..
seluas itu aku berada...
sejauh itu ingin ku melangkah..
sedetik aku bertapak..
seminit aku meletak..
seketika aku terdampar..
tidak akan pernah berubah..
hanya aku yang melemparkan..
segala kepastian...
itu yang pasti...
tak akan bergalih..
dari tempat..
dari arahnya..
mengukur sebuah pertemuan..
yang terserlah kini...
yang tersergam pasti..

kini..dan selamanya..
mencari yang pasti..
bukanlah yang terpasti..
hanya yang tahu..
ketenangan..
keredhaan..
keikhlasan..
kebenaran..
dan kesungguhan...
itu yang pasti...

pedoman pagi,
warna-warni