Tuesday 21 December 2010

18 Disember 2010

Seorang kawan aku dah selamat menjadi isteri kepada suaminya...huhuhu.. sorang-sorang kawan aku dah mula menamatkan zaman bujang mereka.. nak kata muda bagi aku masih muda lagi pun.. tapi dah sampai jodohkan.. syukurlah.. aku ni bilakan.. masih dalam perancangan..hahaha.. ke pencarian? tanda tanya yer.. yang pasti aku perlukan tamatkan pengajian aku terlebih dahulu..selagi aku tak habiskan belajar ke peringkat yang aku inginkan selagi tu tiada yang bermain difikiran untuk memikirkan rumahtangga nie.. muda lagikan.. bukan nak suruh you must enjoy with your life when you still young.. tapi sebab aku masih belum dapat apa yang aku nakkan lagi.. bila dah hampir dapat..aku akan fikirkan tentang masa depan aku dalam berkeluarga.. tipu kalau tak nak berkeluarga.. semua orang nak.. cuma lambat atau cepat saja jodoh itu sampai.. jika jodoh aku awal tidak aku menolaknya dan jika lambat tidak aku menolaknya juga. Apapun yang penting beban dan tanggungjawap itu mampu atau tidak untuk kita pegang.. mendirikan rumah tangga ni bukan macam main pondok waktu kecil tu.. tapi mendirikan rumahtangga ni perlukan pengorbanan dan tanggungjawap yang besar dalam melaksanakan.. Aku tak boleh memperkatakan hal ini lebih sebab aku belum masuk ke tahap ini lagi.. Tapi untuk knowledge perlu.. Kadang-kadang aku tengok zaman sekarang ni kahwin macam satu perkara yang diambil mudah.. kenapa aku katakan macam tu? sebab aku tengok sekarang ni ramai yang kahwin muda dan menjadi janda dan duda pada usia yang muda.. kenapalah jadi macam tu? memanglah kita boleh katakan dah tiada jodoh.. tapi ada tak mereka fikirkan sebelum mereka berjanji untuk hidup bersama untuk berakhir dengan begitu sekali?? pastinya tak adakan.. aku sendiri pun tak faham.. yelah aku boleh kata macam-macam sebab aku tak pernah lagi lalui dunia tu.. cuba kita tengok nenek dan atok kita tu.. kahwin di usia muda juga tapi mampu kekal sehingga ke anak cucu..malah ada yang ke cicit.. lihat.. terlalu banyak jurang perbezaan diantara zaman dulu dan zamn kini.. yang itu aku tak mahu cerita lebih banyak.. sebab tahu hal ini begitu sensitif.. yang aku boleh katakan fikirkanlah.. cuma aku nak nak kata aku gembira bila kawan-kawan aku dah tamatkan zaman bujang mereka..dan aku harapkan sangat mereka dapat kekalkan rumahtangga sehingga ke anak cucu..

Lepas ni siapa pula kawan aku yang akan melangsungkan majlis perkahwinan.. suka tengok orang kahwin.. tengok hantaran diaorang.. pelamin..(mungkin kalau aku kahwin ada pelamin..tapi yang just dapat melihat majlis itu keluarga aku dan keluarga pasangan aku sahaja..hahaha..)..sebab aku suka majlis yang simple tak terlalu mambazir..tapi tu semua hanya suatu rancangan bukan kepastian tau...kihkih.. banyak lagi kena fikirkan nie.. kumpul duit dulu.. nak mencari pasangan ni bukan senang kan.. bukan boleh kat pasar borong selonggok boleh pilih gitu jer..banyak rules yang kena di tapisi.. siapa lagi kalau bukan parent aku yang tapis.. ingat senang-senang ke nak terima orang dalam keluarga.. bukan memilih tapi untuk kebahgiaan kemudian hari.. ada yang akan nampak perkara itu seperti kolot.. tapi harus dilakukan.. macam aku katakan awal tadi mendirikan rumahtangga bukan macam main pondok-pondok.. fahamkan.. parent merupakan orang tahu segalanya.. mereka pernah merasai sebelum ni.. jadi untuk apa kita menolak cara itu?ahh.. sudah.. apa pula yang aku dah mula melalut nie.. tolong.. aku tak nak teruskan melalut.. cukup-cukup.. baik stop kat sini kan.. nanti jadi lagi yang pelik.. sampai sapa yang membacanya terlalu pelik..

p/s: calon mungkin dah ada..tapi study first..get what you want first..

No comments: