Monday 31 December 2012

31.12.12

dah nak habis sudah tahun 2012.. bersyukur pada ALLAH masih terus memberikan nyawa kepadaku... azam sama je macam dulu.. tak pernah berubah.. sebab tak pernah tercapai pun lagi sampai sekarang..huhuhu...

tiada lagi erti 31.12 nie... semua itu tinggal kenangan abadi.. terima kasih yer...

Saturday 29 December 2012

29.12.2012

Tinggal lagi 2hari tahun 2012 akan meninggalkan kita... selama usia aku 22tahun terlalu banyak yang telah aku lalui... terlalu banyak peristiwa yang berlaku pada tahun 2012... semua itu berlaku dalam sekelip mata tanpa kita sedari.. tapi aku bersyukur, aku masih bernafas sehingga ke hari ini.. Bersyukur pada ALLAH s.w.t kerana telah memberikan kesihatan yang baik kepadaku.. walaupun banyak kenangan yang berlaku pada tahun 2012..

Pasti ada saja yang berlaku pada setiap bulan pada 2012 ni.. walaupun lebih banyak duka dari manis.. tapi aku tetap bersyukur pada ALLAH... tahun yang takkan aku lupa sampai bila-bila.. 

02 . 02. 20 12 - usia aku genap 22 tahun... tiada apa yang menarik pun.. serius memang tak de pape pun.. sambut birthday pun dengan keluarga tercinta.. huhuu

Sebenarnya terlalu banyak kalau aku nak ceritakan.. tak dapat nak susun pun..huhu...

Aku berharapa pada 2013 akan memberikan perkhabaran yang lebih baik.. sebab aku tak sabar nak habis belajar.. but not that year.. 2014 baru habis belajar.. In Shaa ALLAH...

Banyak betul aku dah rancang lepas belajar degree ni.. nak kumpul duit banyak-banyak.. nak bayar hutang yang beriban-riban... hahahha... tulah bahana buat pinjaman PTPTN... sekarang memang best lah sebab dapat duit tu jer.. saat nak membayar tu nantilah.. hahahha...

Tahun ni abang aku dah jadi suami orang.. jadi aku dah ada kakak ipar... dan In Shaa ALLAH 2013 aku akan ada anak saudara..wah...! tak lama lagi jadi aunty Aina lah..hahahha....tahniah buat abang dan kakak.. Aku doakan kebahagiaan kalian ya...semoga bahagia hendaknya...ada juga kawan-kawan aku yang dah ramai menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2012 ni juga.. tahniah aku ucapkann.. begitu juga skandal-skandal lama aku ramai dah menamatkan zaman bujangnya.. tahniahlah buat semuanya.. semoga bahagia bersama pasangan masing-masing.. janganlah nak mengada-ngada dengan orang lain.. hargai apa yang ada di depan mata... Pasti Allah akan menjaga hubungan dengan baiknya jika kita sentiasa mengingatiNYA... 

Yang bakal nak menamatkan zaman bujang pun semoga kekal sehingga ke akhir hayat..huhuhu... tahniah-tahniah...

Apa lagi yer yang berlaku...YES!!! akhirnya aku dapat lesen penuh pada bulan 6 hari tu.. dan yang gembirakan hati aku, aku akhirnya ada kereta sendiri...walaupun tak boleh bawa lagi tanpa izin mak abah.. tapi aku bersyukur.. terima kasih abah dan mak sebab berikan kereta itu pada aku.. sekarang nie tak ada masa lagi nak mahir bawa..huhuhu..tahun 2013 In Shaa ALLAH aku akan mahirkannya..huhuhu..

Tahun 2012 ada juga aku berkenalan dengan seorang teman.. walaupun seketika.. tak sampai 2bulan pun kawan.. tak apalah.. mungkin tak serasi untuk berkawan.. tapi selama berkawan dengannya banyak juga yang aku tahu tentang  kehidupan orang kampung... aktiviti orang yang suka memburu... aku doakan semoga dia baik-baik sahaja...

Tahun ni juga genap setahun aku jadi graduan diploma.. dan bulan 12 hari tu, kawan aku pun akhirnya tamat juga diploma.. Tahniah Azlan sebab akhirnya kau dapat tamat juga diploma.. Jika ada rezeki, jumpa kita di Shah Alam... aku doakan semoga ko pun berjaya dalam bidang yang bakal kau lalui...

tahun 2012 ni juga aku dapat kawan-kawan yang sangat-sangat best.. seronok sangat dapat kawan-kawan macam diaorang.. terutama sekali Kak Fatin sebab dia seorang yang sentiasa tegur aku kalau aku ada buat sesuatu perkara yang tak kena dan dia juga duduk serumah sewa dengan aku..huhu.. Pada Suliha, Zahidah dan Suhaida pun best juga, walaupun diaorang duduk kolej, tak menghalang aku untuk terus berhubung baik dengan mereka.. dan juga pada Adli, yang ni memang tak boleh cakap apalah.. pernah aku lukakan hatinya.. pernah aku tak pedulikan dirinya.. tapi sekarang, aku bersyukur punyai kawan seperti dia.. banyak mengingatkan aku tentang hal-hal kebaikan.. keluarga.. family first ok..huhuhuh.. itulah jati diri dia.. Aku sangat bersyukur sekarang nie... Shuhadah, Nazira pun tak lupa juga..diaorang pun banyak membantu aku sepanjang tahun 2012 nie.. dan aku berharap 2013 akan ada yang lebih baik dari sekarang.. terima kasih kawan-kawan..

tahun ni juga, memang banyak aku pergi kenduri kahwin orang.. dah macam YB melawat anak buah.. hahaha.. apa-apa memang sangat best dapat pergi kenduri kahwin.. dari situ boleh tengok macam mana dan konsep.. kenduri di rumah, dewan dan ada juga di hotel.. pelbagai gaya nya.. menarik minat aku..huhuh


tahun 2012 juga, 3kali dah aku pergi Cameron Highland.. Genting Highland lama tak pergi.. entah bila nak pergi..huhuh... tahun ni juga dah pusing utara Malaysia dan pantai timur Malaysia.. terima kasih abah sebab kami sekeluarga berjalan-jalan...dengan kereta baharu abah..huhuhu...

banyak betullah..apa lagi nak cerita ya..huhuh..nantilah yer..buat sementara ni setakat ni sahaja.. terima kasih.. ^_^

Friday 28 December 2012

one day


In Shaa Allah...
suatu hari nanti jika tercapai...
banyak kekurangan yang ada pada diri ini lagi...
harus diperdalamkan lagi...


Cute cuTe SayA

Tiada ucapan yang lebih manis untuk aku ungkapan padanya. Seperti sebuah kepastian yang datang tanpa rasa takut untuk aku menerimanya.  Bersyukurku pada YA ALLAH kerana telah membawa aku untuk berkenalan lebih rapat denganmu. Walaupun dirimu aku sudah kenali, dan pada suatu ketika dahulu, tapi tidak cukup buat ku untuk mengenalimu dengan lebih rapat. Segala cerita lamamu yang pernahku dengar dahulu, tidak sama seperti yang aku kenali dirimu kini. Sungguh berbeza sekali. Aku yakin, kau tidak berpura-pura dalam berkawan dengan ku.. 3tahun perkenalan di negeri orang, masih belum aku mengenali dirimu.  Kita hanya teman-teman biasa. Ketika itu dirimu sedang asyik berkawan dengan si dia. Tiada sedikit pun aku terlintas seperti sekarang ini. Tapi kini, telah lebih setahun kita bersama dalam jurusan yang masih sama, dan sering berhubung menceritakan pelajaran, kawan-kawan dan banyak lagi.. Dari situ, aku tiada sedekit ragu denganmu..terima kasih kerana menjadi kawanku. Terima kasih kerana ikhlas untuk berteman denganku. Aku akan mendoakan agar ada khabar yang lebih baik pada suatu hari nanti. In Shaa Allah... amin Ya Rabbalalamin...~

Terhenti kerana kalimah itu

"             Hanya kerana tiada masa untuk berdua, akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah...sedangkan pernahkah mereka saling mengerti antara satu sama lain..? Perkenalan yang singkat, pertemuan yang tidak pernah terjadi, akhirnya mengambil jalan tengah dengan memutuskan hubungan yang hanya kerana tiada persefahaman antara satu sama lain iaitu masa... Jika masa itu dapat dibahagikan dengan baik, pasti semuanya tiada masalah.. Pastinya hubungan itu masih lagi kekal sehingga kini.. Tapi apakan daya semua itu hanyalah tinggal kenangan buat pasangan ini.. 

        Tiada tangisan atau kekesalan kerana pada mereka itulah jalan terbaiknya agar tiada lagi yang sakit hati.. Tapi kan... pernah pasangan ini memikirkan bagaimana permulaan perkenalan mereka? Pernahkah pasangan ini terfikir, dimana silapnya sebenarnya? 

          Apakah dengan hanya hubungan kekasih dan belum ada talian hubungan suami isteri atau pun tunangan, sudah berani mengarah itu ini, menghalang dari melakukan aktiviti yang selalu dilakukan, melarang berteman dengan sesiapa.. Adakah pasangan itu terfikir sebelum mengambil keputusan dengan menjalinkan hubungan sebagai kekasih? 

                 Sungguh menyedihkan.. Seawal perhubungan telah jelas kekurangan dalam mereka menjalinkan hubungan.. Seawal perhubungan itu juga, telah sedikit sebanyak mencacatkan hubungan yang pada awalnya begitu indah dan tammpak bahagia.. Bagaikan dunia ini mereka yang punya.. Mereka bukanlah remaja belasan tahun.. Bukanlah kanak-kanak yang baru mengenal erti hidup.. Tapi mereka ini adalah pasangan yang bersedia mendirikan masjid. 

             Tapi, sayang seribu kali sayang, mereka sedikit tak pernah bersedia untuk mendirikan masjid. Tak pernah sedikit terlintas untuk menbina kawasan yang HALAL buat mereka.. Mereka hanya memikirkan keindahan yang sementara. Hanya kenikmatan duniawi yang di lihatnya..Mereka tidak pernah melihata keburukan yang bakal mereka terima kelak..

            Dimanakah tanggungjawap sebagai seorang bakal pemimpin? Dimanakah persediaan hati seorang bakal ibu? Pernahkah mereka melihat itu?? Lebih menyedihkan, adakah mereka bersedia untuk menjalinkan hubungan yang HALAL kerana ALLAH s.w.t. ?? Ramai yang alpa, rasa cinta itu, perasaan sayang yang ada dalam dirinya datangnya dari ALLAH s.w.t.. 

          Wahai pasangan yang belum bersedia, kembalilah ke jalan yang benar. Sedarlah diri itu. Apakah dirimu sudah cukup bersedia? Apakah diri sudah cukup tabah dalam mengharungi cabaran yang lebih besar likunya dikemudian hari? Ingatlah wahai pasangan, jika semua itu telah lengkap dalam dirimu, teruskanlah untuk membina kerajaan barumu. 

            Wahai pasangan, mungkin juga dikau tidak sedar. Restu keluarga. Apakah kau melihatnya? Mungkin bagimu keluarga tiada pentingnya kerana dirimu inginkan anaknya. Tapi ingatlah restu keluarga itulah tunjang kebahagiaan bagi kerajaan yang ingin kamu bina. Disamping berkat dari ALLAH s.w.t.. Janganlah dikau lupa akan keluargamu dan keluarganya.. Sebelum dirimu mengenali pasanganmu, kenalilah keluarganya.. Dirimu bukan sahaja mendirikan masjid bersama anaknya tetapi bersama ahli keluarga. In Shaa ALLAH akan berkat hidup rumah tanggamu.."


my new twitter

salam....

saja capture picture web tweet aku...

akhirnya aku ada juga akaun twitter yang sampai sekarang aku tak faham nak menggunanya..

aku assume sama macam facebook sudahlah kan..huhuhu..

btw follower aku pun seciput jer.. sikit jer..huhuhu...

first-first buat twitter.. following semua artis-artis terkenal..

bukan apa..sebab tak tau..jadi aku follower jelah artis-artis yang top-top nie..

nak-nak yang kaki twitter nie..lagilah aku follow...

but after follower aku mula bertambah (kawan-kawan)..

aku mula remove artis-artis top-top dan tinggalkan yang betul-betul aku minat jer..

minta maaflah artis-artis lain..bukan tak minat tapi tak nak tahu hal kamu semua..

nanti jadi mengumpat bagailah..

lebih baik aku follow yang aku minat dan yang aku kena; sahaja..

siapa nak follow aku..boleh jer follow.. dengan menggunakan nama @ainaliyana_lee..

sama jer dengan nama facebook aku...

tapi yang aku kenal jerlah aku approve..

bukan apa..berjaga-jaga...

thanks semua..

Thursday 27 December 2012

Jadual Exam ku

 3 Jan 2013 - MAT438 (Foundation of Applied Mathematics) 

4 Jan 2013 - MST515 ( Basic Materials Analysis and Characterisation)

8 Jan 2013 - ENT600 (Technology Entrepreneurship)'

10 Jan 2013 - MST513 (Polymeric Materials)

11 Jan 2013 - CMT555 ( Electrochemistry and Corrosion Science)

13 Jan 2013 - MST512 (Ceramic Materials)

and....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
holiday....
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.

Monday 24 December 2012

pelangi pagi


lama tak tengok jadual pelangi pagi...
kihkih..
dan hari ini genap setahun sebulan tiga minggu dan 5hari..
dan nak masuk setahun 2bulan rupanya..
cepatnya..
walaupun tiga bulan terpisah..
masih lagi tarikh itu di ingati....
semoga kekal hubungan itu.. amin...


takde kerja dalam kelas memang macam nie



saat candid picture my kakak

Salam semua....

hari tu lepak dengan my kakak..
siapa lagi kalau bukan kak fatin...
kakak kita yang paling tomey sangat..
 time tu lepak juga dengan abg hafiz...
buah hati kak fatin..dan aku pun dah anggap abg hafiz macam abg aku dah..
 huhuhu... aku tak de kerja time tue...
tengah diaorang buat hal masing-masing..
 jadi aku entah kenapa boleh snap picture kak fatin ....
 dan ini hasilnya,...


sent message pada waktu yang sangat cantik..


salam...
aku saja nak display this picture..
entah kenapa hari tu aku sangat excited nak sent message dekat orang...
siap aku buat alarm seminit sebelum jam 8.12 malam..
tapi aku bersyukur dapat sent message dekat dia pada time yang sangat cantik...
dan juga tarikh yang sangat unik..
hanya sekali dalam seumur hidup..
20-12-2012 pada jam 20:12:12..
terima kasih Ya Allah...
walaupun sampai message tu lambat..
tak kisahlah yang penting time aku hantar itu yang penting...


duit lama

Salam..
saja nak share sikit nie jer.. 
kihkih.. 
hari tu aku lepak-lepak dengan kawan-kawan di kafe fakulti kami.. 
tengah lepak-lepak boleh pulak story pasal duit dan kami keluarkan duit lama ...
dan ini yang sempat aku ambil buat memory..
kihkih.. 

Sumbang kata-kata ini

Salam...

serius begitu lama aku tak update warna-warni yang dah tiada rupa warna-warni nya.. dan sedar diri.. tiada siapa pun nak baca warna aku nie lagi.. tak apa.. aku faham.. (ceh perasan sangat tue macam ramai peminat yang nak baca blog yang tak pernah tukar background..dan lapuk dah..)

Sekarang tiada masa untuk aku update ini semua.. banyak lagi yang perlu aku fikirkan.... tapi walau bagaimana pun aku tak pernah lupakan yang SATU...

sebenar nya aku tak tahu nak story tentang apa... dalam benak nie banyak sangat nak aku cerita.. tapi tak tahu nak cerita macam mana. Bila tengok orang boleh update blog hari-hari, idea dia tak pernah kering.. Bagus orang macam tue.. Memang dia membuat lama blog ini adalah untuk menyampaikan pesanan-pesanan yang baik kepada orang kat luar sana.. Sedangkan aku? Hanyalah untuk tatapan diri sendiri. Huhuhu...

Bukan senangn nak update blog kalau tak ada idea yang bernas nak di ceritakan.. serius aku katakan aku telah kekeringan idea untuk update blog aku yang sedikit pun tiada ubahnya,. sama jer macam dulu.. still pages sama.. takde perubahan langsung.. minta maaflah yer..

But bagi aku.. walaupun aku nie kekurangan idea nak update blog aku nie.. tapi draft dalam blogger aku nie jangan katalah., memang banyak aku biarkan macam tue jer.. ada tu dah panjang-panjang aku taip.. then stop macam tue jer.. sebab kan aku dah tak tahu nak update apa lagi.. hilang segala ayat-ayat aku nak letak dalam blog nie..kihkih..

For the next post mungkin aku akan story lebih-lebih kot.. sekarang nie no idea.. nak exam nie..huhuu..salam...