Tuesday, 20 June 2017

Kenalan awal

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Aku nak belanja gambar sikitlah. Gambar ni kira transformasi kenalan aku dengan suami.

1. Diploma


     Gambar ni sebenarnya kalau tanya encik suami, dia tak ingat pun ada gambar nie. Lagipun time nie kami kawan biasa. Bukan biasa, tapi kenalan biasa je. Aku cuma tahu cerita daripada sahabat sebilik aku. Macam macam aku tahu pasal dia. Even time diploma pun, masing masing dengan haluan sendiri. Dia ada kawan perempuan (makwe) dan aku pun sama juga. So, each other just friend. Gambar ni, kalau tak silap aku, aku minta tolong Faizah (sahabat sebilik tulah ) sebabkan aku nak tunjukkan muka dia nie dekat seorang kawan aku di luar negara nun sana. Time tu dengan budak belajar luar negara tu, on off je.. hahahaha.. Mengaku nie, jiran lama.. Dan pada siapa yang rajin, aku pernah buat entri pasal dia. Sebab waktu tu, aku tahu dia baca blog usang aku nie. Story sikit pasal dia lah,. Sebelum dia balik Malaysia sebab dah habis belajar rasanya tinggal praktikal, dia ada contact aku semula. Dan aku sambut baik teguran dia. Pendek cerita, pernah aku ajak dia kahwin.. Kahkahkahkah,.. time tu tengah frust kejaplah. Tak silap aku 2014 rasanya.. Kemuncak kekecewaan aku.. Hahahha.. Tapi, entah kat mana silap yang aku sendiri tak tahu. Kiteorang terputus hubungan sehingga sekarang. Even aku kahwin, aku tak ajak dia...hahahhah.. Tapi dalam tempoh aku nk deal baik dengan encik husband nie, dia ada update yang dia dah ada buah hati. So, setakat situ je yang aku tahu.. Still friend dalam facebook. Cuma usha2 macam tue jelah. Tak lebih dah. Oki habis hal beliau. 

     Pasal encik husband ni, time diploma bukan tak tegur, tegur jer.. Dia dating pun, aku pernah kacau. HAhahahha... Tapi kami tak pernah tukar tukar nombor telefon pun.. Nampak kat jalan tegur. Tu je. So that time, aku tak rampas hak orang tau. sebab waktu tu, dia sayang kat awek dia tu kot. ahhahaha.. Yang aku ingat that time, boyfie (ex. now laki org) aku macam boleh baca, aku suka usha encik husband nie. okey habis. part Diploma.


2. Degree



     Okey ceritanya waktu dapat tahu aku sambung degree, hanya ada 3 orang je dari kos sama sambung degree material nie. Dan akhirnya sorang tu, tak nak teruskan sebab dia tak minat. Tapi akhirnya sekarang dia dah jadi cikgu PJK. huhuhu.. So tinggal kiteorg berdua jela yang meneruskan kos nie. Aku mulanya tak paham kos nie. Encik husband ni minatlah agaknya.. hahahah.. So untuk mudahkan pendaftaran dan urusan kelas, ntah mana dia dapat no telefon aku. Rasanya dari kawan diploma kami kot. So, layan jela as friend sebab nak tahu pasal kelas semuanyalah.. Sampailah satu 
message tue, sampai aku sendiri kata salah hantar ke apa mamat nie. Tapi dia kata betul..

    So since situ chit chat chit chat la.. bla..bla..bla... on off on off gak nie.. Maklumlah belajar lagikan time tue, dan kepercayaan pada lelaki tipis sangat.. sebab baru frust juga time tue. Sampai aku pernah cakap dia ni nak test market kot. ahhaha.. ke kena cabar dengan kawan kawan serumah yang merupakan kawan diploma kami jugak. Tapi semua andaian buruk aku sahaja. 

     Ternyata dia memang serius lepas kena kecewa jugak dengan aweknya yang.... ahahhahaha... ntahlah tak faham aku.. kisah lampau dia kan. Aku kenal kawan perempuan dia tu pun sebab dia junior satu semester dengan aku.. Jadi, aku tak rampas hak awak tau.. ulang balik nie, tak rampas hak orang.. Awak tinggalkan dia. Sebab anak mak ayah yer.. Well, memang pun anak mak ayah nie.. Tapi aku bersyukur sebab apa tau, sebab dia tak kaki lepak macam lelaki kat luar sana. Sampai ada aku tanya, tak nak lepak dengan kawan kawan ke. Jawapan dia sangat mudah. Bapa mertua aku tak suka anak anaknya keluar malam lepak lepak nie.Lega hati ini.

    So, 30 April 2017 sah aku menjadi isteri dia. Dengan sekali lafaz rasanya. Hahaha.. Majlis yang cukup simple. Takde pelamin bagai. Hari nikah, hari tu juga majlis kenduri.. Pakai satu baju sahaja. Photographer kenalaan suami. Jadi gambar pun asalkan ada jer kenangan. 


3. Nikah


        Duit bunga tu, gigih aku cari yang baru. Kebetulan time tu, sennag nak cari. kehkehkeh.. So, ni je dulu flow kenalan aku dengan encik husband. Ada iklan iklan orang asing tu normal.. Baru hangat sikit story. ahhaha... okey bye...




Belanja sikit


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

     Bertemu lagi kita dalam ruang yang kecil ini. Sebolehnya aku cuba juga kuatkan semangat untuk melakar semula coretan kerdilku ini. Sejak bekerja tiada kesempatan untuk aku berkongsi. Tambahan pula sudah berkahwin lagilah 'big' M tu menular. Jadinya kekangan untuk memberikan sedikit ruang di sini. Salah seorang sahabat aku sudah menyuruh aku untuk kembali aktif di entri. Tapi tujuan asal blog @ warna-warni ini diwujudkan atas dasar untuk aku berkongsi kehidupan aku. Tu pun bukan sesiapa pun yang sudi membacanya. Hanya untuk kepuasan sendiri jer. hehehe.. 

     Zaman belajar banyak masa untuk mengubah corak blog warna warni ni. Tapi sekarang nie, hahhaa yang sedia ada ini dah cukup rasanya. Nak cari templete baru perlukan masa yang panjang. Nak edit bagai. 

       Kesempatan ni pun aku masih berdua dengan suami. Masih tiada penyeri. Hanya penyeri anak bulu. HAhahaha.. Nama dia mak mertua aku yang berikan TAM @ HITAM. Aku ambil dia selepas usianya 3bulan. Dia lahir dekat2 dengan time aku nikah. Pada mulanya encik suami seperti tidak mengizinkan aku untuk membela. Dahlah hitam pulak tue. tapi selepas bincang punya bincang, Alhamdullillah dah setahun lebih usianya. Vaksin sudah, "Castration" pun sudah. Bukan sebab aku kejam. Tapi sebabkan aku belanya bukan untuk dapatkan bakanya sekadar hanya untuk membelanya menjadi peneman kami. Semua orang sayangkan dia walaupun hitam. Hitam hitam menawan tau. hahahaha. orait. cukup bercerita hal cik Hitam tu.

belanja sikit