Tuesday 31 July 2012

Jawapan Cinta yang tidak hilang

Kenapa awak masih sayang dia, walau dia dah tinggal  awak  ??
Kenapa awak masih sayang  dia , walau dia dah buang  awak  ??
Kenapa awak masih sayang  dia , walau dia dah hancurkan hati  awak  ??
Kenapa awak masih sayang  dia , walau dia dah pijak cinta  awak  ??
Kenapa awak masih sayang  dia , walau dia runtuhkan mahligai  awak  ??
Kenapa awak masih sayang  dia , walau dia pergi tanpa belas ??
Kenapa awak masih sayang  dia , walau awak menangis dia pandang  awak  penuh benci ??
Kenapa awak masih sayang  dia , walau dia tak pernah fikir susah  awak  ??
Kenapa??? kenapa??? kenapa awak masih sayang dia ??? !!~

SEBAB ...... bila dia tinggal saya ...  saya  sedar kelemahan diri  saya  punca dia pergi ...
bila dia buang  saya  ..  saya  makin dekat dengan ALLAH S.W.T.. , dan aku tahu ujian ini untuk  saya  baiki diri .. bukan merosakkan diri  saya  dgn kebencian...
bila dia hancurkan hati  saya  ..  saya teringat betapa banyak hati dia  saya hancurkan , tanpa saya  sedari ..
Bila dia pijak cinta  saya  .. saya tahu cinta sudah lama tidak berkembang dan dibaja ..atas kelalaian dan kealpaan  saya  ..bila di pijak baru  saya tercungap untuk bernafas ,dan cuba bangun dan kembang semula...
Bila dia runtuhkan mahligai aku .. saat itu , ia hanya mahligai kaca .. yang pudar sinarnya hanya tiang cinta yang mmbuat ia terus berdiri ..
Bila  saya pergi tanpa belas ...saya  kenal dia ,  saya  tahu dia berperang dengan diri ...mencari kekuatan untuk berlalu pergi...
Bila dia pandang  saya  penuh benci ... itu kerana dia sayang  saya  , walau dia cuba nafikan...
Bila dia tak pernah pikir susah  saya  .. sebenarnya dia tak pernah berhenti memikirkan  saya  ..
dan kerana itu ,Saya masih sayang dia ..dan mengharapkan peluang dari ALLAH S.W.T. untuk perbaiki segalanya .. !!~dan saya berjanji ,walaupun sesaat saya takkan sesekali mempersiakannya..


~endless love...~
*Just Senyum,.. Seiklas Hati,.. :)
Jika kekasihmu di RAMPAS orang lain ,jangan BALAS DENDAM atau BERDUKA LARA tetapi relakanlah dia pergi KERANA Kekasih yang BAIK tidak akan mudah dirampas oleh orang lain KECUALI jika dia yang MEMBENARKAN.

Semoga melihat KEBAHAGIAAN orang lain yang tidak pernah kita kecapi itu, mampu membuat kita TERSENYUM, REDHA dengan ketetapanNya. SABAR dengan ketetapaNya ~ Tabahlah Wahai hati, Sesungguhnya Allah itu memahami.



Ya Allah,..



Jika Dia Tercipta Untukku,
Satukanlah Hatinya Dengan Hatiku
Kirimkan Lah Kebahgiaan antara kami
Agar Kemesraan Itu Abadi

Ya Allah,
Seiringkankan lah Kami Melayari Hidup Ini
Ketepian Yang Sejahtera Dan Abadi
Maka Jodohkan Lah Kami

Tetapi Ya Allah,..

Seandainya Telah Engkau Takdirkan
Dia Bukan Milikku
Bawalah Dia Jauh Dari Pandanganku
Luputkanlah Dia Dari Ingatanku
Dan Peliharalah Aku Dari Kekecewaan

Berikanlah Aku Kekuatan Untuk Menolak
Bayangannya Jauh Kedada Langit
Hilang Bersama Senja Yang Merah
Agar Aku Sentiasa Tenang
Walaupun Tanpa Bersamanya
Ya Allah Pasrahkanlah Aku Dengan Takdirmu,..
Amin,,..

Monday 30 July 2012

Berbuka di luar..=)

Tired face
Salam Ramadhan buat teman-teman...
beberapa hari ini aku banyak mendiamkan diri...
lebih banyak masa dengan diri sendiri dan keluarga..
baru-baru nie pun aku dan keluarga berbuka di luar...
lama juga tak berbuka di luar..terutama sekali tempat semewah itu..
pejabat mak buat berbuka puasa di sana..


iaitu di HOTEL ONE WORLD at Petaling Jaya..


Pertama kali datang sana.. aku sangat-sangat teruja.. cantiknya tempatnya..
dan sempat juga sebelum berbuka, kami berjalan-jalan di ONE UTAMA..
maklumlah tak pernah pergi.. jadi tak nak lepaskan peluang tersebut...
melihat keadaan sekeliling..maklumlah berada di kawasan elit.. agak kekok jugalah...
sebab kita sedar, kita ini datang dari kampung..huhuu...
tak biasa dengan segala kemewahan yang ditonjolkan...
tapi tak banyak pun gambar yang sempat diambil..
tiada mood sangat..maklumlah mood puasakan..
hampir pulak dengan berbuka puasa..jadi nampak nak berbuka je time tue..
yang ada ni je lah sempat di rakamkan buat kenang kenangan yang comel..kihkih...
Selamat berpuasa buat semua kawan-kawan...=)








 






Thursday 26 July 2012

Ramadhan hari ke-6

Salam Ramadhan...


Begitu cepat kita berpuasa..dah hampir seminggu kita menjalani ibadah puasa pada tahun ini.. semoga kita semua dapat menghabiskan Ramadhan kali ini dengan sempurna.. Insyallah... tak sejak bulan puasa ini.. aku telah mengalami masalah yang agak teruk.. aku mengalami masalah susah untuk tidur.. dan menjadi satu penyakit pula.. aku hanya boleh tidur di siang hari.. hal ini terjadi disebabkan aku sedang bercuti semester.. jadi aku tidur di siang hari dan berjaga di malam hari.. bukan aku tak nak tidur.. serius aku memang nak tidur..




 tapi... NYAMUK!!!!!!!!!!!!!!!!! ia menjadi punca aku tak dapat tidur yang baik di waktu malam... aku dan nyamuk seperti berperang di malam hari... aku tak dapat nak tidur hanya kerana nyamuk yang berlumba-lumba untuk menghisap darahku dan adikku... adik aku mungkin dapat tidur dengan nyenyak.. tetapi tidak bagi aku.... sekali aku dah digigit.. aku akan mencari di mana nyamuk tu berada.. selagi aku tak pukul nyamuk-nyamuk tersebut.. hati aku tak tenteram.. hal ini berlarutan sehingga ke pagi... pagi pulak nak sahur.. jadi takkan aku nak tidur.. selepas sahur pulak solat subuh.. kalau aku tidur selepas sahur.. pasti subuh aku akan terlajak.. oleh itu aku mengambil keputusan untuk tidur selepas subuh... sudah hampir seminggu ini terjadi pada aku.. aku tak nak hal ini terus berlarut kerana ini boleh menyebabkan aku mendapat penyakit.. erti kata lain.. jadual tidur aku telah berubah... hal macam ni mana boleh berlaku... aku nak tidur dengan aman juga di malam hari.. tapi kenapa nyamuk ni nak menganggu malam-malam aku.. bagilah aku peluang aku untuk tidur tanpa ada gangguan...nyah kau nyamuk dari hidup aku.. pergi ke rumah lain kalau dahagakan darah sangat.. jangan di rumah ku.. kerana kau akan tamatkan riwayat kau sebagai penghisap darah yang terhebat di dinding rumahku dan juga di sekitar mana yang kau hinggap... serius aku sangat benci pada nyamuk...

Jika diberikan dua pilihan...

Salam Ramadhan buat semua...

Hari ini entah kenapa aku terfikirkan memilih antara dua pilihan.. jika sesuatu berlaku kepada aku untuk memilih salah satu.. macam mana aku nak buat?? tetiba aku terfikir tentang itu.. sebab aku tak pernah mengalami keadaan itu... kerana segala peluang yang diberikan pada aku sekali sahaja.. dan aku terus menerimanya.. tapi bagaimana pula jika suatu hari nanti aku kena membuat pilihan.. mungkin bukan dua malah lebih... kita tak tahu esok hari kita bagaimana ceritanya.. dan kerana itu aku tertanya-tanya.. tidak kisah ia melibatkan apa pun.. tapi bagaimana harus aku hadapi semua itu... apakah mampu aku memilih kesemuanya?? jika perkara itu mampu aku lakukan.. pasti ia mudah penyelesaiannya.. tapi bagaimana pula jika pilihan itu hanya perlu di pilih satu daripada banyak-banyak... kekadang aku rasa takut sangat untuk membuat pemilihan tersebut.. kerana aku bukanlah seorang yang bijak untuk membuat pilihan yang terbaik...

Ada juga teman-teman aku menyarankan aku bila kita mengalami kesulitan tentang memilih sesuatu.. mintalah pada ALLAH iaitu dengan melakukan solat sunat Istikharah... insyallah dengan izinNYA pasti ada jawapannya... tapi aku cukup takut untuk melakukannya.. entah kenapa aku begitu takut untuk melakukannya.. sedangkan penyelesaian terakhir adalah dengan memohon pada ALLAH... tapi entahlah kenapa dengan aku sekarang nie... mungkin juga sebab aku terlalu banyak masa terluang sehingga fikiran aku macam-macam yang difikirkan.. haish..!!! aku tak boleh macam tue.. aku kena buang jauh-jauh apa yang aku fikirkan itu...

Wednesday 25 July 2012

Siang dah Tidur...Malam menjadi Burung hantu

Salam..

aku menaip warna nie waktu sedang pukul 2.55 a.m... sangat malam kan.. bukan aku tak nak tidur.. aku nak tidur.. tapi mata aku tak dapat aku lelapkan.. ini kerana siang tadi aku dah tidur.. inilah akibatnya.. segar lagi mata aku nie.. tolong-tolong.. aku nak tidur.. ada kerja yang aku nak buat esok.. macam mana nie.. kalau tengah belajar boleh juga aku baca buku yang bosan.. tapi bahan bacaan apa yang aku nak baca sekarang nie... lagipun time macam nie bukan ada yang masih terjaga.. semua dah tidur.. ahli keluarga aku pun dah tidur..haish..!! macam mana nie.. no idea dah aku nie..

dengan lagu raya yang sedang aku pasang nie pun tak jalan juga.. nak tidur nie..ditemani pulak nyamuk-nyamuk yang sedang mengganas mencari darah..ntah berapa banyak yang dah aku bunuh.. tak seharusnya kau dekat dengan aku wahai nyamuk.. hanya menempah maut saja.. be aware.. hahaha...~

Tuesday 24 July 2012

Bila di Bulan Puasa

Salam...

Semua pasti dah berbuka dan sedang menjalani solat sunat terawih.. tahniah buat semua umat Islam.. habis sudah 4 hari kita berpuasa.. dan aku bersyukur.. aku masih penuh lagi.. harap untuk seterusnya ada yang lebih baik... tahun ini puasa aku dalam keadaan sederhana.. makanan berbuka pun biasa-biasa jer.. lebih baik begitu.. daripada berlakunya pembazir.. itu adalah amalan yang tidak baik...bukankah di bulan puasa ini mengajar kita supaya menahan diri dari segala perkara yang mungkar.. dan syukur.. walaupun aku sekeluarga berbuka dengan juadah yang biasa.. tapi kami tidak melakukan pembaziran.. jika ada pun dalam kadar yang sedikit.. huhuhu.. yelah memasak dalam keadaan sedang berpuasa.. jadi segala ingin dibuatnya.. tapi masih boleh dikawal lagi.. 

Memang sudah menjadi kebiasaan buat keluarga aku.. juadah kuih muih ini kurang di sajikan.. bukan kami sekeluarga tak menyukainya tetapi dari situ boleh berlakunya pembaziran.. itu yang kami tak nak.. abah pun ajar kami adik beradik dari kecil agar tidak membazir dengan makanan.. kerana abah selalu ajar.. orang yang tamak adalah ikutan syaitan.. mengapa harus mengambil kuantiti makanan yang banyak sedangkan kita hanya mampu makan setakat yang mampu.. semua itu hanya lah nafsu yang harus kita ajar agar menjadi lebih baik..

Apa yang menjadi kepentingan ketika di bulan puasa adalah kurma.. setiap juadah pasti ada kurma yang akan dihidangkan di meja makan.. kerana kurma itu adalah sunnah nabi ketika berbuka puasa.. amalan itu cukup baik kita amalkan.. keranan buah kurma itu mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk badan kita.. pada mulanya aku juga tidak percaya.. tapi setelah dinasihatkan oleh abah dan membaca beberapa artikal.. ternyata kurma itu mempunyai khasiat yang baik.... aku pun mula makan buah kurma yang pada dulunya aku cukup tidak suka akan kurma tersebut.. tapi kini.. aku akan mencari buah kurma tersebut.. walaupun pada awalnya agak sukar untuk aku terima tapi aku telan juga demi kesihatan aku.. dan syukur sedikit demi sedikit kesihatan aku kembali sediakala.. setiap kejadian yang ALLAH ciptakan pati ada kebaikkannya.. dan kita haruslah mencari apa erti semua itu..

Ketika sahur pula.. ada sesetengah beranggapan sahur itu tidak penting.. tapi harus kita sedar.. sahur itu sebaiknya baik untuk perut kita.. walaupun pengambilan makanan itu lebih awal daripada sarapan.. tapi ia baik dan memberikan kita tenaga dalam melakukan aktiviti seharian.. dan mengamalkan sahur ini merupakan sunnah Rasulullah juga.. jadi amalkanlah sahur itu.. hanya dengan seteguk minuman pun juga sudah memadai.. 

Mengamalkan bacaan ayat-ayat al-quran.. baik untuk sesiapa yang punyai kesempatan untuk melakukan aktiviti tersebut.. untuk hal ini, terus teran aku katakan.. aku masih lemah..huhu.. tapi aku harus berubah agar lidah aku tidak kelu tatkala melihat kalimah-kalimah ALLAH...dan aku tidak mahu lupa setiap bacaannya.. kerana begitu ramai sekarang ni tidak dapat baca al-quran dengan baik.. jadi aku tak mahu tergolong dikalangan itu juga.. jadi aku harus berubah untuk menjadi lebih dan juga untuk keturunan aku juga.. dan semua jangan lupa membaca ayat-ayat al-quran... insyallah akan tenang tatkala lidah ini membaca kalimah-kalimah tersebut...


Bertemakan Biru...(untuk abangku..)






































Khas buatnya...

Salam Ramadhan..

Entah kenapa hari ini aku begitu rajin membaca dan mencari blog-blog orang.. sehingga aku terbuka blog seseorang ini.. walaupun dia dah cukup lama tak update blog dia.. tapi hati aku keras untuk membaca semuanya yang telah dia coretkan di dalam blognya itu.. penceritaan yang baik dan menarik.. teruja juga aku membacanya.. aku tak tahu dia masih lagi aktif dalam mengembangkan blog dia.. tapi aku membaca semua nurkilannya pun dah kira cukup buat aku tersedar siapa dia sebenarnya.. Entah kenapa aku rasakan yang baru sekarang aku mengenalinya.. sedangkan kami pernah berkenalan dalam tempoh yang cukup lama.. dan aku rasa tempoh itu cukup buat aku cuba mengenalinya.. tapi sebenarnya aku masih tidak mengenalinya.. kerana bagiku dia hanyalah sesuatu yang datang bertandang ke dalam hatiku.. mengembirakan hati aku.. tapi dalam tidak sedar.. sebenarnya kerana dia aku banyak terluka.. dan sangat terluka... bukan diriku untuk membalas dendam terhadapmu.. tapi aku lakukan semua itu kerana kebaikkanmu juga.. jika diriku yang telah memusnahkan segalanya... hari ini sahaja yang awk rasakan.. bukanlah diri ini begitu baik untuk di banggakan.. tapi diri telah mengaku salah atas apa yang telah pernah berlaku.. cukup seksa diri ini menerima segala kekurangan yang ada.. tapi masih kuat utnuk bangkit dan meneruskan hidup yang telah diberikan oleh ALLAH S.W.T. .. 

Perkenalan kita hanya bermula di alam maya.. seperti sekarang nie.. aku mengenali dirimu atas dasar kita sama .. tapi tidak sedikit pun aku terfikir untuk jauh dari itu.. aku sangkakan perkenalan kita cukup di alam maya sahaja.. tapi tanpa ku duga dirimu lebih kerap mendekatiku.. dan aku semakin tidak sabar menanti setiap panggilan dari mu.. seperti telah dirancang semuanya.. kita melalui hari kita tanpa rasa jemu.. walaupun dirimu di saat itu punyai teman.. aku cukup senang berkawan denganmu.. bagiku dirimu cukup berharga bagiku.. memang tiada ganti dirimu sehingga kini.. dirimu pertama dan terakhirnya.. biar pun diriku ada gantinya.. tapi bagiku kau tiada gantinya.. kerana berkenalan denganmu sudah cukup buatku mengenal erti kehidupan sebenar... perkenalan kita sejak dibangku sekolah lagi.. sehingga ku ke menara gading.. aku masih lagi berteman denganmu..walaupun dirimu ada yang lain.. 

Sehari demi sehari masa itu berlalu.. dirimu datang dan dirimu pergi.. seperti telah tertulis juga.. disaat aku bersama denganmu.. ada saja perkara yang menimpa.. disaat aku dekatmu, begitu asyik kita dengan dunia kita.. tapi saat jauh... segalanya jadi pahit.. sehingga mencetuskan perbalahan yang cukup perit... apakah memang kita tak mampu tok pergi jauh?? tapi mana mungkin semua itu terjadi.. jarak antara kita ada sahaja bentengnya.. dan aku pasti... aku sedar.. aku mencari dirimu di saat dirimu sedang bahagia.. dan memang salahku kerana merosakkan segalanya.. tapi aku hadir kerana aku rindukan dirimu.. aku rindukan gurau senda kita.. kerana bagiku dirimu kawan yang cukup paham siapa aku ini.. tidak sedikit pun aku memintakan apa darimu... hanya kemesraan yang aku harapkan.. jelas aku katakan.. aku cukup cemburu bila dirimu memberikannya lebih dariku.. tapi aku tak pernah merungut.. kerana aku ikhlas berkawan denganmu.. 

Entah kejam ke tidak aku ini... apakah aku yang musnahkan segalanya.. aku sendiri pun tak tahu.. aku berniat baik untuk perbetulkan kamu.. salah aku ker jika perkara itu aku berkongsi bersama keluargamu?bukannya aku hebahkan ke serata dunia.. niatku baik.. tapi mungkin padamu aku dianggap pemusnah hidupmu.. kata maaf telah ku berikan padamu.. dan aku harapkan agar dirimu sihat sejahtera.. dan bahagia bersama insan yang sering bersama denganmu dan menjaga dirimu sebaiknya... aku yakin dirimu kini lebih dihargai daripada sebelum nie.. kerana ketika semuanya masih mencari identiti sebenarnya.. 

Tapi semua itu hanyalah tinggal kenangan.. kerana bagiku awk adalah kawan yang banyak mengajar saya.. kerana awk juga saya tahu siapa saya sebenarnya.. dan aku tahu awk tu sebenarnya begitu ramai yang sangat sayangkan awk.. usahlah awak bimbang atau takut keseorangan.. kerana keluarga awk sentiasa bersama dengan awak.. seteruk mana pun awk.. keluarga awk tidak akan sedikit pun cuba untuk membuang awk.. saya yakin semua itu.. walaupun saya tak cukup mengenali keluarga awk.. tapi saya sangat yakin...

Untuk awk.. saya tiada apa yang perlu saya sakitkan lagi.. terima kasih keran menjadi teman saya.. terima kasih kerana pernah mengembirakan saya... kenangan saya dengan awak takkan saya lupakan.. semoga awk perolehi apa yang awk inginkan selama ini... 

Monday 23 July 2012

Tamat Sudah akhirnya

Salam... Aku bersyukur sekarang... setelah hampir 3minggu berperang dengan exam.. akhirnya.. nie lah masanya... aku akan mulakan percutian aku selama 2bulan lebih agaknya.. yes..yes..!! cuti juga akhirnya.. semester yang kali ini aku lalui dengan penuh cerita yang belum pernah aku lalui sebelum ini.. dan aku menganggapkan segala yang aku lalui itu adalah suatu cabaran dan lumrah dalam aku ingin meneruskan kehidupan.. dan aku tidak sedikit pun akan merasa menyesal dengan apa yang dah berlaku.. kerana bagi aku.. itu bukanlah pengakhiran dalam cerita hidupku.. cerita hidupku akan tamat di saat ajalku telah sampai.. di saat itu segala cerita dunia ku akan tamat dan bermulalah kisah alam seterusnya yang aku tidak tahu .. kerana jelas.. semua itu rahsia yang Allah s.w.t. sahaja yang mengetahuinya..

Jadi sekarang apa yang perlu aku fokus adalah bulan puasa..dan raya.. hahaha.. puasa tu yang penting.. dan yang bestnya.. awal ramadhan nie aku akan dapat bakal kakak ipar.. huhuhu.. akhirnya abang aku dapat juga dengan pilihan dia.. dengan usia yang semakin lanjut..hahaha..lanjut kah? kira ok la.. dengan pekerjaan yang dah tetap.. segala kemudahan yang sedia ada.. jadi abang tak perlu risau lagi.. termasuk juga dengan pasangannya.. dah bekerja.. sedikit cemburu di sini.. yelah.. abang aku akan tamat zaman bujang dia tak lama lagi.. dan aku bakal menerima ahli keluarga yang baru... semoga hubungan aku dengannya baik-baik sahaja.. hehehe.. terasa excited pulak.. hiihihhihi... saat aku nanti macam mana lah pula.. huhuu.. tengok macam susah je nak melalui semua tue.. dah pula tu mak ayah pening memikirkan segala urusan.. harap time aku tiada masalah dan jika mampu aku tak nak mak ayah aku terasa terbeban dengan semua tue.. yelah itu masa depan aku.. tapi mengapa mak ayah yang pening fikirkan tentang duit semua...ish3.. kesian juga aku tengok trend orang sekarang nie... bermacam-macam gayanya...tak tahu saat aku nanti macam mana pula..huhuhuh..


Setelah apa yang aku lalui ini.. aku redha dan sangat-sangat redha.. aku redha dengan keputusan yang bakal aku hadapi... takut pun ada.. sebab aku kurang yakin dengan apa yang dah aku buat baru-baru ini.. semangat aku semakin hilang dari hari ke hari.. sedih-sedih.. sangat mengecewakan aku rasakan.. tapi aku harus teruskan juga.. walau bagaimanapun.. pejuangan aku takkan pernah habis.. akan aku perjuangkan sehabis mungkin dan semampu mungkin...

Dalam sedar tak sedar.. semua itu tinggal kenangan sahaja.. dan aku pasrah dalam melaluinya... dan aku cukup  sayangkan siapa aku yang sebenarnya sekarang.. tanpa kita sedar semua itu adalah lumrah kehidupan yang mendewasakan, kita... jangan pernah sekali untuk mengalah atau jatuh dalam gaung yang kita ciptanya sendiri... tiada akhirnya walaupun kita katakan itu adalah akhirnya.. kerana selagi tiada kematian selagi itu masih ada peluangnya... percayalah... Ramadhan ini.. dapa tlagi kita bersama.. belum pasti tahun depan kita dapat bersama lagi.. hargailah sebaiknya hari ini.. kerana hari esok belum pasti.. percaya pada segala kejadian.. jangan pernah takut akan kehilangannya.. semua itu pasti ada kebaikannya..  Salam Ramadhan aku ucapkan buat semua yang follow blog/warna warni aku nie.. aku amat hargainya.. walaupun tiada isi yang penting.. aku buat blog ini hanya untuk aku berkongsi dengan kawan-kawan apa yang aku lalui dan apa yang aku rasainya... semoga Ramdhan kali ini memberikan beribu makna dalam hidup kita,.. dan semoga mendapat keberkatan dalam melalui hari-hari yang akan kita tempuh.. ada masa aku akan update lagi yer...

SALAM RAMADHAN UNTUK TAHUN 1433 HIJRAH


Sepetang di Bukit Tinggi dan Banting


Salam... Rabu lepas aku dapat juga meluang kan masa aku bersama-sama kawan baik aku sebelum bulan puasa datang.. walaupun atiqqah tiada.. tak pelah.. mana yang ada kira dah ok daripada tak ada langsung.. maklumlah semua dah mulakan kerjaya mereka.. sedangkan aku masih student... lambat lagi aku nak habis belajar nie.. huhuhu.. dapat jumpa Syara dan Dayah dan buat aku gembira.. lama juga aku tak jumpa dengan diaorang.. Dayah ada juga sesekali berjumpa.. tapi si Syara ni memang payah untuk aku jumpa dia.. Atiqqah pun tiada kurangnya.. walhal dia hanya duduk di Damansara.. last aku jumpa dia bulan 9 atau 10 tahun lepas.. lepas tu sampai skearang tak jumpa-jumpa.. ada hajat hati ingin ketemu dengannya.. tapi tiada masa lagi.. kalau ada pun tengok raya nie macam mana.. aku berharap sangat.. raya tahun nie dapat berkumpul berempat seperti yang pernah kita buat 2tahun lepas.. time raya ke rumah Syara.. dapat juga kita berkumpul bersama... tapi sayang time tu aku tak sempat nak snap beberapa picture kita berempat.. sedangkan time tu aku bawak kamera.. aduh.. sayang sangatlah.. kali ini kalau jadi. aku takkan lepaskan peluang ini.. aku tak nak kawan-kawan aku malu.. walaupun picture ni aku tak publish kat facebook yang agak terdedah.. tapi aku akan abadikan segalanya dalam warna-warni.. sebab di sini tempat aku luahkan segalan  yang terpendem dalam hati aku.. kerinduan aku terhadap korang.. korangkan kesayangan aku..huhuhu.. sampai bila-bila tidak akan aku lupakan.. semua kenangan yang pernah kita lalui bersama..tak mungkin dapat dihapuskan dalam ingatan ini.. betul tak sahabat-sahabatku...!!


Kalau kita banyak time ini.. aku memang dah ajak dayah dan syara tengok wayang.. tapi memandangkan cerita yang sedang ditayangkan sangat membosankan.. jadi aku dan dayah mengambil keputusan untuk cancel tengok wayang.. jalan-jalan jelah dekat situ.. cuci-cuci mata..huhuh.. tiada perubahan mana pun Aeon Bukit Tinggi ini.. sama jer.. dan bagi aku kalau tak ada tujuan memang sangat bosan... tempat tu menjadi tumpuan orang ramai pun di sebabkan ada wayang dan adalah beberapa butik yang famous.. aku kalau tak sebab kawan-kawan yang aku sayangkan ini.. memang aku takkan jejak kaki ke sana.. sebab abagi aku sangat bosan.. maklumlah bukan aku untuk tawaf seluruh bangunan.. memang penat... kalau setakat tawaf tapi tak membeli lagilah malu.. hahha.... tapi bila aku tengok ramai yang datang tue.. entah apa yang diaorang cari.. kalau yang berpasangan tu pahamlah.. mungkin kat situ je tempat yang paling sesuai tok diaorang berjumpa.. dan tengok wayang bersama.. ala.. dah tahu sangat aktiviti orang sedang bercinta nie.. tak menda lain yang akan diaorang buat kalau berjumpa.. huhuhu.. cakap macam ada pengalaman pula kan.. hahaha.. ala kalau tak ada pengalaman pun kita boleh tengok sendiri dengan mata kita sendiri.. maklumlah aku ni suka tengok gelagat orang.. dan aku akan buat anggapan sendiri.. kekadang tu ada salahnya juga.. huhuhu.. tapi smeua tu aku buat untuk diri aku sendiri.. bukan untuk aku dedahkan pada orang lain..huhuh.. harap maklum yer...



Dah lepak kat Bukit Tinggi pulak.. aku dan Dayah sambung lepak di Banting sementara nak tunggu abah ambil aku.. dayah pun tak kisah.. jadi apa lagi berjalan ke banting pulak.. lama juga aku tak pergi ke banting.. maklumlah rumah jauhkan.. dulu dekat je.. bila-bila sahaja boleh pergi.. huhuu.. bila tengok tempat-tempat kat banting tu banyak juga kenangan yang pernah aku lakukan.. kenangan manis paling banyak.. pahit rasanya tak adalah.. sebab apa yang pahit aku pernah buat dulu yer..?? huhuh... tapi semua tu adalah kenangan aku bersama-sama kawan-kawan aku.. dan insan-insan yang pernah aku mengenali.. entah apa khabar pada mereka yang pernah aku kenal dulu.. ramai jugalah insan-insan yang kenal dulu.. tapi tulah time tu aku masih remaja.. jiwa remaja ni masih mencari identiti diri yang sebenarnya.. dan siapa aku yang sekarang ini adalah aku yang sebenarnya.. siapa aku ketika remaja itu adalah insan yang masih mencari siapa diri nya.. tapi aku bersyukur kerana kenangan-kenangan itu... aku menjadi seperti sekarang.. lebih berhati-hati dalam mencari kebenarannya.. tapi semua itu pasti aku tak tahu siapa aku ini...huhuhu.. aduh... apalah yang aku mengarut nie.. meleret bukan-bukan dah nie.. huhuhu.. 

kat bawah nie ada beberapa keping gambar yang sempat aku snap dan yang ini aku rasakan yang terbaik dari ladang pilihnya.. huhuhu.. semua itu adalah kenangan yang takkan aku lupakan..huhu.. dan buat Atiqqah a.k.a ketua... kalau semua ada masa.. harap kita dapat lapangkan masa kita bersama-sama untuk lepak bersama-sama.. rindu sangat tuk lepak beramai-ramai ini...aku amat menyayangi semua sahabat-sahabatku...semoga persahabatan kita tiada putusnya...

its me ... minta tolong dayah snap..huhuh


cik syara yang paling payah tok ketemu..huhu

memory dayah bersama syara

we are twin.. really k..


lepas penat pergi bukit tinggi.. KFC Banting jadi sasaran...