Ku mengintai jendela kamar hatiku..
mencari kesamaran hidup..
kelabu terus aku lihatnya...
mengapa hanya kelam yang aku temui..
mana hilang sinarnya...
Meneliti setiap saat nafasku..
setiap kata hatiku sayu..
terus ku mencari kecerahannya...
agar dapat aku terus bernafas dalam kebenaran..
Aku mencuba dan terus mencuba menemuinya..
setengah jiwaku mengharapkan kepastian..
Sekali pun tidak aku getar akan kesengsaraan..
kerana pasti setiap kewujudan ada kebenarannya..
Langkah demi langkah aku berpijak..
kelekaanku kian terserlah...
kepalsuaan perasaan ini...
tiada kemampuan mencari kepastian..
kedustaan tiada terkira lagi..
petikkan yang membingitkan jiwa..
meresahkan ketenangan...
pulanglah kebahgiaan...
Bunyian itu...
ketukkan mula didengari...
apakah itu ketukkan yang dicari?
benarkah itu dia sebenarnya...?
Seribu kali aku berbisik..
Kerana sekali aku membuka..
Sekali pun tidak aku inginkan ia tertutup semula..
kerana sekali aku takutkan kehilangan ini..
No comments:
Post a Comment