Sunday 30 January 2011

pergi lama ganti baru

belum sempat aku melihatnya..
kau telah pergi meninggalkan aku..
belum sempat seminggu kau pergi..
begitu cepat aku mencari ganti..
begitu pantas dirimu aku lupakan..
bukan itu..
aku tidak pernha lupakan dirimu..
kau tetap satu tiada ganti..
pergi dirimu meniggalkan kenangan..
pergi dirimu..
sudah ketentuan..
tidak sedikit aku menidakkanmu..
mungkin pergi dirimu..
berganti dengannya..
yang hampir denganmu..
tapi...
kau tetap yang stau..
semoga kenangan selama ini menjadi..
kenangan yang cukup indah..
seindah namamu..
wahai baru..
kau hadir menyinarkan semula..
tidak ku sangka..
akan aku bertemu denganmu..
kau datang kepadaku..
kau rapat kepadaku..
seperti kau tahu..
seperti kau yakin aku akan mengambilmu..
kemanjaanmu terserlah..
kemanjaanmu membuatkan aku..
teringat seketika kepadanya..
tapi kau lebih menarik..
dari yang disangkakan..
pertemuan kita tanpa dirancang..
tempat itu menjadi suatu sejarah..
di antara kita..
waalupun seketika aku denganmu..
tapi aku cukup gembira,,
kau hadir dalam hidupku..
kenakalanmu buat semuanya tertawan..
aku berdoa..
agar kau terus sihat dan membesar..
seperti abangmu yang lain...
dirimu cukup tabah dalam mengharungi semua ini..
amat aku teruja melihatmu..
kau ditinggalkan kesunyian..
kau datang dekat kepadaku..
dengan suatu harapan..
walaupun dirimu kini sakit..
akan aku pastikan dirimu akan sembuh sediakala..
aku amat sayangkan dirimu..
jangan kau pergi untuk kali ke...

*manis..menjadi memory..
*aswad..menjadi sinar..walaupun gelap..

seketika

seketika aku singgah di sini untuk bertanyakan khabarmu. apa khabarmu? diharap kamu sihat sejahtera. sudah lama aku tidak singgah bertanyakan khabarmu. amat rindu aku padamu. apakah kau merindukan aku jua seperti aku merinduimu? saban hari aku memikirkan dirimu tanpa henti. adakah dirimu memikirkan diriku? ingin aku dakap dirimu disaat ini kerana aku terlalu merindui dirimu. kenapa begitu kuat aku rindukan dirimu? mungkin kerana kita telah kerap bersama hingga payah untuk kita berpisah seketika. jadi.. ketika ini aku mencari kesempatan untuk meluahkan di sini agar dirimu tahu aku amat rindukan suasana itu.

dirimu begitu bererti buat diriku. dirimu umpama nyawaku. dirimu umpama cahaya matahari yang sering memancarkan cahayakan bila tiba masanya.. begitu dirimu pada diriku... jangan pernah cuba musnah pancaran yang telah dirimu sinarkan padaku.. akan buta seluruh jiwaku tanpa cahaya dirimu lagi...

suatu ketika diriku cuba melupakan dirimu tapi semakin aku cuba lupakan semakin kuat aku memikirkan dirimu.. entah mengapa kuat ikatan kita ini.. bukan mudah untuk aku menjaga dirimu.. begitu dirimu bukan mudah untuk dirimu menjaga diriku.. kerana kita bukannya sama seperti yang lain.. biar pun ada yang sama.. tapi tetap diriku katakan dirimu tidak sikit sama dengan diriku.. itu yang diriku pasti.. sesungguhnya aku amat pasti dengan apa yang aku yakinkan ini...

tika ini.. kesempatan ini.. dengarlah luahkan diriku khas tujukan untuk dirimu. kerana akan diriku tinggalkan dirimu semula.. jagalah diri sebaiknya,.. ingatilah diriku sentiasa kerana tidak pernah diriku lupa akan dirimu sayang..rindu diriku ini aku bawakan ia terus kepada dirimu.. diriku akan terus menyayangi dirimu setiap detik nadi diriku berdegup..

Monday 24 January 2011

i miss you

tika saat ini..
aku mencari dirimu untuk aku luahkan semua ni...
aku teramat perlukan dirimu..
dimana kau berada..
megapa kau hilang disaat aku perlukannya..
marilah kau ke sini menemani aku
aku dah penat macam nie..
aku rasakan aku tiada apa..
hanya bongkah mainan ke??
hatiku bukan batu..
sanggup dipermainkan..
tika saat sendiri merasa akan tahu..
apa erti semuanya..
temanilah aku kini..
itu yang aku perlukan..
jauhkan..

Wednesday 5 January 2011

adakah aku mampu laksanakan tahun nie?

  • mendapatkan pointer yang cantik untuk tamatkan diploma aku
  • meneruskan perjuangan ke peringkat degree
  • mengambil bidang pendidikan yang sedang bermain difikiran
  • meminta maaf kepada semua orang yang telah aku lukakan hati mereka selama ini
  • merawat hati yang tengah luka
  • mencari identiti sebenar diri
  • melepaskan segala kesulitan yang bermain di kepala
  • berjumpa dengan orang yang aku nak sangat jumpa
  • nak jumpa semua kawan-kawan lelaki yang pernah aku kawan
  • nak jumpa best friend dan lepak sampai puas
  • nak rasa terus bahagia
  • nak lebih serius dalam sesebuah persahabatan
  • mengharap sesuatu pulang semula
  • nak sihatkan semula fizikal aku
  • nak kurus (dapat ker?)
  • dapat mengekalkanpersonaliti
  • menjadi lebih pendiam
  • ubah perangai buruk kepada yang baik
  • jangan cepat tuduh orang macam-macam
  • buat orang happy jer(yang penting diri sendiri dulu lah..)
  • apa lagi nie..
  • hahahhaha...
  • dah mula dah...
  • jangan mulakan lagi...
  • cukup setakat ini sahaja..
  • setahun yang belum pasti tamat..
  • berdoa agar sentiasa sejahtera hendaknya..
  • daar..~

JUst WaLk...



Kenapalah sejak tahun baru nie aku hilang semanagat sudah nak study.. dulu kalau nak balik u aku antara yang cepat balik..tapi kali ni..lemah jer..rasa semangat aku hilang segalanya.. tahulah dah sem akhir patut rasa bangga sebab nak habis dah tapi aku tak.. pada awalnya aku ingatkan masalah aku hanya takutkan penempatan kolej aku takkan dapat tapi bila dah daftar.. tu bukan masalah aku.. sehingga kini aku tak tahu napa dengan diri aku.. dan hari ni har last aku di rumah.. esok dah balik tempat belajar aku.. kalau tak sebab kena hantar report, takde aku nak balik lagi.. duduk rumah jer.. beratnye kali nie..tapi kenapa?? oh mengapa jadi begini.. selemahnya-lemahnya aku rasakan sekarang.. aku perlukan suatu nafas yang mampu memberikan aku semula semangat.. aku seperti rasakan aku seperti kehilangan sesuatu.. aku seperti jauh dengan sesuatu.. rasa hati aku terlalu kosong.. apakah ni kerana aku.. baru aku tahu.. kerana itu.. oh tak boleh jadi.. aku perlu atasi semuanya ini..

Apakah aku mampu harungi 4bulan aku di sana? apakah mampu aku menengani segala ini.. beratnya.. hati aku ingin sekali melepaskannya tapi aku tak mampu.. aku tak mampu lagi untuk berdepan dengan semua ni.. perit 4bulan.. oh..kenapa tahun yang baru aku begitu down?? sekali aku down bukan mudah untuk aku bangkit semula.. masa yang panjang aku perlukan untuk aku bangkit semula..aku harap dengan balik aku ke sana aku mampu hadapi semua nie.. aku dapat jauhkan dari segala ini..

Tuesday 4 January 2011

selesai sudah

Hari ini tamat sudah urusan aku di WISDEC.. aku akan merindui suasana di sana.. walaupun seketika, tapi banyak juga pengalaman dan suasana yang unik aku alami sepanjang aku berada di sana.. i will be miss u all.. especially byeti yang comey.. since u masuk.. i langsung tak sunyi..ada juga teman untuk i berbual dan bergurau.. i tahu u pasti sunyi after diz kan.. u jangan risau yer.. akan ceria semula WISDEC dengan ini tu yer. insan-insan yang study situ.. chill girl.. hehehe.. layan jela movie yang i bagi tu yer..hehhe.. i tak rela betul layan cerita saw tu.. kenapalah u sanggup tengok yer..adeh.. tadi dapat minum pun kira best jugakan.. huhu.. entah bila lagikan nak lepak sama?? tak teringin ke nak hang out sama-sama??hehhe.. ops!!! i lupa yang u bz dengan kerja rite.. hehehe..keje berbaik tau..hehhee.. i will be miss u so much..huhuhu..~

Lepas ni tunggu nak balik ke tempat belajar.. rasa berat pun ada nak balik sana.. sebab ada tanggungjawap yang perlu dipikul.. kalau tak nak pegang jawatan tu boleh tak?? kenapalah bagi jawatan tu kat aku.. dah tahu aku ni pemalas lagi bagi jawatan berat tu kat aku.. hai.. untung-untung semester ni aku tak pack macam sebelum ni tapi tak bermakna aku harus tumpu pada jawatan tu.. nasiblah korang.. kalau aku baik..aku peganglah jawata tu sebaiknya.. jika tidak.. tak tahulah..huhu..~

Mahu rilex sepuasnya sebab report dah siap.. boleh hantar dah kat cik shila.. hehhee.. hari jumaat juga aku hantar..bukan sekarang..huhuhu..komen en.firdaus cukup membina bagi aku untuk aku teruskan usaha aku..terkejut juga en.firdaus bila dapat tahu yang aku dah start kuliah..dia ingatkan minggu depan.. kiranya dia still backup aku.. sebab aku tak dapat cop dari en.basri.. apalah nasib aku waktu nak habis praktikal..hai.. beginilah nasib anak kesepian..hahaha..~

Baru boleh fikir apa azam aku tahun nie,..kalau tidak asyik fikir report saja.. apalah aku nie.. dah berapa hari bulan baru nak fikir azam tahun ni ker??hahaha..teruk betul aku nie..dah..dah..dah.. aku kena fikirkan sekarang nie juga..bagilah aku fikir yer..daar..~


Saturday 1 January 2011

baby 2011

first aku nak say HAPPY NEW YEAR 2011..
wah..makin meningkat angkat tahun..
sekaligus meningkat usiaku,..
dalam tidak aku sedari..
terasa semakin tualah diri ini..
haruslah terima hakikat..wah...
apa azam aku tahun nie yer??
aku macam rasakan azam tahun lepas pun tak tercapai lagi..
bukan macam lagi dah memang tak tercapai lagi..
bila nak tercapai nie??
aku harus capaikan apa yang aku inginkan selama ni??
heehhe..
dan tarikh tahun ni cantik juga..
tapi aku nak tggu tahun2012..
kenapa??adalah..hahha..
sebab tu ada kaitan dengan birthday aku tu..
ngada-ngada pulak aku nie..
hehhe..
tahun ni juga aku nak cakap..
aku dah nak habis diploma..
wahh...
pejam celik dah nak tamat..
dan akan aku melangkah seterusnya insyallah..
pointer sem nie kena naikkan lagi..
baru buleh dapat apa yang aku impikan selama nie..
be a teacher??
kelakarkan..layak ke muka ni jadi cikgu??
tapi itulah impian aku sejak aku masuk diploma..
apapun aku seperti dapat rasakan yang aku akan lebih ke situ..
hati aku sering berkata..
so after diz..gud back jengka..
hahaha..
(sedarlah diri awak akan ke jengka lagilah..awak masih student situ..)
apapun tahun aku akan hadapi dengan penuh redha dan semangat..
perkara yang telah berlaku tahun 2010..
anggaplah itu kehidupan sebenar yang masih kecil..
masih banyak lagi diluar..
akan aku berdiri di atas kaki sendiri selepas ini..
huhuhu..
belagak pula..
hakikat tu..
banyak yang telah aku alami selama 2010..
jatuh bangun yang telah terjadi kepada diri aku..
so start baby 2011 ni..
aku perlu berazam bahawa apa yang baik di teruskan..
yang tidak baik ditinggalkan..
be mature bila nak buat keputusan..
menjadi orang yang lebih berguna..
buktikan aku mampu lakukan..
lakukan segalanya...
yeaaa...hhhh!!!~~~