Tuesday 28 February 2012

bawaku pergi_kaka ft. zizan


bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

tengah malam nanti
tolong jangan lupa
jangan mungkir janji
aku dah teruja
sudah cukup lama
aku tunggu saat ini
sejak kali terakhir kau hantar pulang
hidup sungguh sepi
tolong jangan bilang mama
tolong jangan bilang papa
malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

rap:

mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan aku pacu, engkau bonceng
bawa bekal air muka cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari yeti kita boleh cari (what?)
tinggalkan dataran, puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa yeti moga-moga jumpa syurga

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali

bila kita pergi
apa kan berlaku
siapa kan peduli
siapa ambil tahu
hidup kita tempuh
untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
kita kan bersama

oh, buku merah jangan lupa bawa
moga-moga belum tamat tempoh
kali ini kita pergi lebih lama
pergi lebih jauh, ayuh

bawa aku pergi
pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali



Wednesday 22 February 2012

Patah Seribu_ Shila Amzah


Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat  yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku

Pergilah…

Friday 17 February 2012

Apa yang dikatakan dengan istilah kawan baik

ASSALAMUALAIKUM...

aku nak berkongsi sesuatu hari ini... tengok tajuk pun dah tahu kan... aku sebenarnya suka dengan istilah kawan baik.. dan aku suka bila kawan-kawan aku cakap yang aku nie adalah kawan baiknya.. siapa yang tak suka bila dapat gelaran tue.. kerana kawan yang dapat menilai kita seperti mana..dan bukan senang tok kita dapatkan kawan baik..yang baik dari segi segalanya.. mampu menyimpan segala rahsia kita..menasihati kita kearah yang baik..dan segalanya yang dikatakan baik..

aku memang mempunyai kawan-kawan baik.. yang cukup baik.. sejak dibangku sekolah lagi kami berkawan.. sehingga sekarang aku masih berkawan dengan diaorang.. aku begitu sayangkan TIQA, DAYAH, SYARA... hanya kerana sebuah cerita.. kita menjadi kawan baik sehingga sekarang.. walaupun dah lama tak jumpa korang.. rindu pada korang.. tapi persahabatan kita sikit pun tak pernah pudar.. semoga hari yang mendatang aku dapat berjumpa dengan korang semua.. boleh reunion ber4 kan.. mana tahu boleh bercuti bersama-sama kan... yelah kita semua semakin dewasa...jadi nak tahu juga bagaimana perkembangan kalian semua..

baiklah kita sambung balik tentang kawan baik.. bagaimana pula dengan kawan baik itu lain jantina dari kita.. contoh macam aku nie wanita.. dan aku mempunyai kawan lelaki.. apakah layak lelaki tue dikatakan sebagai kawan baik juga? atau  tiada langsung istilah kawan baik pun.. mana satu yang boleh terima pakai? ada yang aku dengar tiada langsung istilah kawan baik untuk lelaki dan perempuan.. kerana bila mereka berkawan.. salah seorang dari mereka mempunya perasaan yang lebih dari kawan.. apakah itu boleh terima??


ada setengah orang katakan.. memang ada kawan baik di antara lelaki dan wanita.. sehinggakan segalanya dikongsikan bersama.. tapi mereka tidak bercinta.. semua tue pendapat masing-masing dan cara mereka sendiri.. mereka berkongsi masalah bersama.. bercerita segala apa yang mereka rasa.. seperti kawan baik diantara perempuan... tapi apakah ada persabatan yang seperti itu??yang hanya menganggap tidak lebih dari seorang kawan baik..bagaimana dengan kawan semua....??

dan baru ini aku ada tengok rancang orang putih tajuknya FriendZone... cerita ini tentang realiti hidup sebuah persahabatan lelaki dan perempuan yang akhirnya salah seorang daripada mereka meluahkan perasaan yang selama ini diaorang pendamkan.. ada yang berjaya melangkah ke peringkat seterusnya.. dan ada juga yang kecewa kerana sahabatnya hanya mengganggapnya tidak lebih dari seorang kawan sahaja.. agak terkesan juga aku dengan rancangan tue...kerana walaupun telah menolak dengan cara baik.. tapi apakah mampu mereka menjalankan aktiviti sebelum ni mereka lalui tanpa rasa segan silu?? mungkin ada yang boleh menerima dnegan baiknya.. tapi ada juga yang telah menolah secara bulat-bulat.. kerana dek kan terlalu malu sehinggakan memutuskan persahabatan yang telah lama terjalin begitu sahaja.. ada baik dan buruknya semua ini..


dan juga..adakah kawan-kawan semua terima bila aku katakan jika orang yang sudah berkahwin ini dikatakan kawan baik?? atau pun mereka hanya layak dikatakan suami isteri?? tidak boleh dianggap seperti kawan?? semua itu pada pandangan kawan-kawan.. tapi bagi aku.. orang yang sudah berkahwin itu layak dipanggil kawan baik.. kerana segalanya dikongsi bersama.. susah senang dihadapi bersama.. di situ kita dapat mengetahui pasangan yang kita kahwini itulah kawan baik yang memang menerima kita seadanya.. bercerita semua masalah yang dihadapinya.. saling nasihat menasihati.. ada juga yang aku dengar.. bukan semua rahsia mampu kita ceritakan dengan pasangan kita (suami/isteri)... itu juga betul.. mungkin perkara yang lampau telah dia lalui tidak haruslah diceritakan lagi kerana siapa dia sekarang inilah harus dihargai sebaiknya... bagaimana pula dengan kawan semua.. saya nie belumlah berkahwin lagi.. tapi sedikit sebanyak hal rumah tangga aku ambil kisah juga.. kerana itu akan mengajar aku bila aku berkahwin nanti..

photo : http://kringg.blogspot.com


jadi semua tu atas diri kita sendiri.. memilih untuk menjadikan terus teman baik atau sebaliknya... kerana terus terang aku katakan aku memang mempunyai kawan baik.. dan kami cukup baik.. dari kawan biasa menjadi kawan baik... tapi untuk ke peringkat seterusnya masih di luar kotak pemikiran kami.. kerana kami masih ingin mengejar impian kami,, tapi aku cukup senang dengannya.. dan family aku juga tidak menghalang persahabatan kami.. kerana kami tetap akan menjaga batas pergaulan antara kami.. 

jadi kawan-kawan semua macam mana.. semua tu terletak pada keputusan kawan-kawan semua tau..

Thursday 16 February 2012

Hati dan Diri

Kenapala aku tulis tentang nie.. oh mengapa yer..!!!
ni namanya dah takde kerja di cari kerja yang tak berfaedah langsung...
siapa yang tak puas hati dengan aku, aku sendiri tak tahu.. rasanya aku takde masalah dnegan orang punlah.. huhu.. ye...!!! betul tue.. apa masalah aku nie.. orang takde buat masalah pun dengan aku.. aku nie yang mengada-ngadakan masalah jer.. huhuhu.. aku dah kebosanan sebenarnya.. dahlah dnegan laptop aku sendiri dah rosak.. lagilah buat aku bertambah bosan yang teramat sangat-sangat... sampai buat ayta pun dah tunggang langgang.. macam apa dah nie.. hai...!!!!!!!.



wahai...Cik Ainatul....!!!!

"apa sudah terjadi dengan kamu nie.. apa yang telah menghantui diri kamu nie.. sampai kamu tulis statement seperti itu..?? cuba cerita jika ada benda yang ingin di ceritakan?? sudi mendengarnya.. jika kamu tidak keberatan... "

(hati aku memikirkan apa yang boleh aku ceritakan...)

"Sebenarnya hati ini cukup gundah gulana.. tiada siapa yang mengetahuinya.. hati ini cukup berat untuk di kongsikan bersama..terlalu berat yang dipikulnya..sehingga diri ini tak mampu lagi untuk membawanya..tidak larat lagi untuk papah lagi.. mahu sahaja dibuang ia jauh..sangat-sangat jauh..sejauh yang boleh jika mampu dilakukan seperti itu..."

(aku kembali bertanya kepada hatiku..)

"apa yang terlalu berat yang kau pikulkan selama nie?? apa yang telah kau lalui selama ini.. apakah kau ingin bercerita padaku... aku mampu menjadi pendengar yang sedia tatkala hati sedang sedih..gundah gulana.. biar diri ini menghiburkan hati...janganlah terus menyimpannya..ia akan membahayakan hatimu.. ia akan rosak.. sehinggakau tak mampu lagi bertahan.. ketahanan mu tidak panjang pun... berilah sedikit ruang padaku untuk mendengar luahan hati...."

(hati memberikan tindak balas yang baik...)

"apakah dirimu mampu untuk mendengarnya?? apakah dirimu mampu untuk hadapinya bersama?? jika dirimu mampu tok lalui semua itu.. hati ini tidak teragak-agak untuk menceritakan segalanya kepadamu.. kerana aku tahu.. hati ini hanya layak untuk menceritakan semuanya kepada dirimu sahaja.. jika dirimu mampu membuat sesuatu yang cukup bijak.. segalanya pasti akan berakhir dengan baiknya.. adakah dirimu mampu..?? hati ini bertanya nie.."

(diriku cuba memahami setiap kata hati... dan ini responnya...)

"ya..aku yakin dengan keputusan aku itu.. kerana tatkala hatimu menceritanya.. diri ini masih ada lagi tempat untuk mengadu.. diri ini masih ada lagi MAHA PENCIPTA yang mampu mendengar segala keluhan yang hati rasakan kini.. hanya hati cerita sahaja pada diri ini dnegan tenang.. dan jika ia terlalu berat.. diri ini akan sujud kepada YA ALLAH supaya diberikan pentunjuk tentang segala yang hati sedang lalui.. diri ini tidak pernah putus untuk terus memohon pada YA ALLAH agar diberikan kemudahan dalam segala urusan...berceritalah padaku wahai hati CIK AINATUL...."

(hati mulalah bercerita segalanya kepada diri apa yang dilalui selama ini...)

"hati ini sudah cukup pedih...hati ini telah banyak yang dilaluinya.. gembira..sedih..bahagia..kecewa..segalanya telah dirasainya.. sehingga tak mampu untuk di tanggungkan lagi.. pelbagai insan yang bermacam-macam hati yang hati ini jumpa... semua tidak seperti yang hati inginkan selamanya ini.. hati ini masih tidak menjumpainya..di manakah untuk hati ini berjumpa dengan hati yang sama seperti yang hati ini inginkan..?? hati sering kali dimainkan dengan nafsu... nafsu yang yang sering kali mengusai diri selama ini.,.apakah dirimu sedar selama ini...apakah dirimu masih lagi hanyut dengan nafsu itu...?? hati ini sebenarnya masih lagi menyayangi dirimu.. kerana kita berada dekat,, dan cukup dekat... hati ini minta maaf kerana baru kini menceritakan semua ini kepada dirimu.. kerana dirimu semakin alpa dengan keindahan alam yang diri rasai selama ini.. marilah kita bersatu kembali untuk membetulkan semua ini..marilah..."

(tersentak diri tatkala mendengar semua luahan yang diluahkan oleh hati..dan diri mula menitiskan air mata.. dan terus menitiskan sehingga hati  juga turut menitiskan bersama...)

"mengapakah baru kini hati baru menceritakan..mengapa tidak pada dulu lagi..YA ALLAH apakah yang telah aku lakukan pada hati sehingga dia begitu sakit kini.. baiklah hati..marilah kita bersatu semula untuk kembalikan segala yang baik..diri ini akan cuba menjadi yang terbaik..agar hati juga baik selamanya.. jika hati tidak menceritakan segalanya..diri ini tetap alpa..dan pasti akan terus alpa.. maafkan diri ini hati..."

(dan akhirnya hati dan diri kembali bersatu dan membetulkan segala yang telah dilalui pada masa dahulu...agar tidak dilaluinya pada masa hadapan...)


*p/s : jangan pernah sekali melupakan apa yang telah kita lalui selama kita hidup ini..kerana kita tidak tahu apa yang hati kita rasakan selama ini...

Biarkan seketika

Buat masa ni biarlah aku deactive kan dulu FB aku nie..
entah kenapa tetiba aku rasa nak deactive..
dah bosan agaknya..
nanti-nantilah aktif balik..
betul-betul takde mood nak aktif sekarang nie..
melalai kan aku..
cukup yang ni dah buat aku lalai..
k bai...

Wednesday 15 February 2012

Percubaan Lagi

hari in banyak dah aku buat dengan warna aku nie..
macam-macam yang aku masukkan..
tapi yang penting aku masih mengekalkan simple design..
aku tak suka serabut-serabut..=)

Perubahan

Alhamdulillah akhirnya aku dapat juga menukar muka warna-warni aku nie..
warnanya agak lembut..
aku suka sebab design dia..
telah menarik minat aku,..
dah lama aku nak tukar layout warna nie..
dan akhirnya aku dapat juga buatnya..
huhuhu...pening juga nak buat mulanya..
tapi lama-lama so cool..
cuma kena paham kan tentang HTML dia jer..
kalaulah aku hafal kod-kod warna-warna..
sudah pasti aku tukar juga..
kerana aku tak pakar jer..
tak pela.. ni pun dah cool habis lah..
hehehhe....

Tuesday 14 February 2012

BiLa BloG Di Tulis Tok Si Dia

salam..

aku suka tengok blog seorang lelaki ini..
bukan senang aku nak tengok blog orang..
tapi bila aku buka ..
semua isi yang di tulisnya semuanya untuk insan yang cukup dia sayang..
iaitu buah hati dia (makwe)..
segala yang di lalui dia akan menceritakan di dalam blog dia..
kerap juga dia update blog dia..
apa yang dia rasa..
semuanya dia tulis dalam tue..
walaupun pendek tapi tetap ada isi..
simple tapi menarik..


tak ramai lelaki yang minat tok menulis blog buat insan yang dia sayang..
biasanya lelaki lebih berminat untuk membuat blog untuk dirinya..
atau pun untuk di kongsikan apa yang menarik yang telah dia baca..
yelah bukan ramai yang jiwang-jiwang..mungkin sebab malu kot..
aku pun cuba tok mendalami dunia lelaki..
maksudnya apa yang di sukainya..
apa yang dibencinya..
kalau lelaki mampu mendalamu dunia wanita..
jadi tak salah seorang wanita mampu mendalami dunia lelaki..

Monday 13 February 2012

SaYa dan KeLuargA Di SAwaH~~

salam...
Hari Ahad baru nie aku dan keluarga pergi ke kenduri kahwin.. 
di KAMPUNG SERI TIRAM JAYA...
yang terletak di TANJONG KARANG...
pengalaman yang takkan dapat kami lupakan..
akhirnya impian aku nak dekat sawah akhirnya tercapai..
kebetulan pula waktu tue tengah musim sawah menghijau..
cukup cantik pemandangannya..
dengan cuaca yang cerah malah terik..(sangat panas)
kesempatan kami semua nak bergambar tercapai..
dan aku cukup berpuas hati dengan gambar-gambar yang diambil..
beberapa keping gambar ini di masukkan merupakan antara yang terbaik yang ada..









Thursday 2 February 2012

today is my day..

 


salam..

02.02.1990...

aku telah dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang..

02.02.2012...

hari ini.. aku telah 22tahun hidup di muka bumi ALLAH S.W.T yang sungguh indah ini.. aku bersyukur pada ILLAHI aku masih diberikan kehidupan dalam mencari kebahagiaan dan keredhaan dalam hidup..

pada usia yang cukup bermakna bagiku.. begitu indah harinya.. tanda ingatan yang cukup bermakna bagiku.. AYAHNDA ku..iaitu MOHD HATA BIN SALLEH mengucapkan ulang tahun kelahiran kepadaku.. terima kasih kerana masih sabar denganku.. CT cukup gembira menjadi anak kepada MOHD HATA dan MAIMUNAH.. tapi abah dan mak tiada CT di dunia nie.. terima kasih buat MAK sebab telah melahirkan CT kedunia ini.. Pengorbanan yang telah mak buat tidak mampu untuk CT membalasnya..hanya ingatan CT sebagai anak tidak akan putus..=) .. tidak semua ibu yang melalui kepayahan itu.. MAK adalah yang terbaik.. kesabaran dalam melahirkan CT walaupun bukan secara normal.. tapi itu cukup bermakna sehingga CT telah menjadi seperti sekarang.. semua pengorbanan MAK dan ABAH takkan CT lupakan.. CT SAYANG SANGAT-SANGAT MAK DAN ABAH.. terima kasih untuk semuanya.. kasih sayang yang sedikit pun tak pernah lentur..LOVE YOU SO MUCH.....

pada kawan-kawan yang wish aku dekat handset aku ucapkan terima kasih banyak-banyak..ingat juga korang dekat tarikh lahirku.. hadiah yang cukup bermakna buatku adalah ingatan teman buatku..terima kasih teman-temanku... dan tak lupa juga pada kawan-kawan yang wish dekat FACEBOOK.. terima kasih banyak-banyak.. itu juga cukup bermakna buatku.. friends 4ever yer..=)

kalau nak cakap pasal hadiah yer?? hahahha.. takde hadiah pun.. alah tak kisah pun takde hadiah pun.. dah besar pun kan..hehhehe.. bukan hadiah yang aku inginkan tapi tulah ingatan dari insan yang tersayang.. itu je yang amat aku harapkan..terima kasih buat insan yang tersayang sebab wish pada aku.. aku amat hargainya..=)

yang pasti nak celebrate dengan ahli keluarga aku...di mana yer..hahahha.. yang pasti aku akan ke selatan.. wah.. tak sabarnya nak ke sana.. bercuti di sana pula..so excited nie..kihkih... biar pun lambat asalkan ada kenangan..huhuhu..