Wednesday 31 October 2012

Seperti Mati Hidup Semula

Assalamualaikum....

30 . 10 . 2012



Setelah segala kekusutan melanda...
akhirnya terlerai segala kemusykilan di hati..
 terima kasih hati yang kecil kerana membuang segala kepahitan demi menerima kemanisan yang baru... memulakan segala cerita indah yang baru...
 kembali bernafas semula setelah terlena dari koma...
tiada yang diharapkan lagi selain daripada keindahan dan kebahagiaan...
melalui suka duka bersama...
 tiada lagi hati terluka..
tiada lagi hati ternanti..
 tiada lagi hati dikecewa...
semua itu telah padam...
 kenangan silam tidak akan pernah padam..
 kerana kenangan baru sedang menanti... 

aku melepaskan jua cinta yang telah lama aku cuba dambakan..
aku telah hapuskan segala keraguan itu..
aku percaya tiada lagi antara kita..
semua itu hanyalah kenangan...
terima kasih hati kerana telah memberi segala penjelasan...
terima kasih kerana lama bertahan di hati..
 kini kau bebas.. tiada ragunya lagi..
semuanya telah terjawap.. 

aku merelakan pemergian indahmu..
aku melepaskan kebaikanmu...
 aku meruntuhkan segala kepercayaan itu..
 lalu kini aku mengerti semua itu..
dan aku sedar dari lamunan...
telah hilang semua itu..
terima kasih kerana hadir dengan penuh ikhlasnya..
dan aku merelakan pemergianmu dnegan ikhlasku jua..
tiada lagi sedikit yang aku mampu simpan cumalah kenangan kita..
persahabatan kita tetap kekal..
 kerana kamu tetap temanku...



Along
terima kasih masih ada lagi diri ini untuk diterima..
 terima kasih masih diri ini dihargai.. 
terima kasih kernan menerima keikhlaaan yang diberikan ini.. 
tiada yang lebih bermakna daripada kesetiaan dan kepercayaan dalam hati..
Doa dan terus berdoa agar semua baik...
Dan mendapat rahmat dari NYA...



Tuesday 30 October 2012

Mencari yang Sebenar


Salam Zulhijjah buat semua teman-teman...

Andai seorang lelaki itu datang…Dan hanya dirimu pengawal gelanggang…BERANIKAN diri utk BERUNDUR,GAGAHKAN diri untuk TIDAK CAIR DILEBUR,TABAHKAN diri untuk menjadi PEREMPUAN EKSLUSIF YANG UNGGUL..Perempuan yg taat hanya pada lelaki bernama ayah dan suami,yang sedar maruah&keunikan diri,yang takkan cair dengan pujukan rayu ‘syaitan’ lelaki ,Perempuan yang punya jati diri,Sesungguhnya, neraka itu hakiki…Ingatlah wahai diri yg bernama perempuan,Andai seorang lelaki itu datang…Beranikanlah diri untuk BERFIKIR dan MENOLAK dengan mata…Andai seorang lelaki itu datang…lihatlah dengan mata hati.. lelaki bagaimanakah dia..? 
Mohon share dari seorang kawanku.. aku mengambil kata-kata dia untuk ku jadikan panduan.. betul setiap kata yang diungkapkan..berfikir sebelum memilih dia untuk menjadi pilihan hati...  seorang wanita jangan cepat melatah dalam memilih pasangan hidup.. jangan cepat jatuh pada setiap kata manis lelaki..


Monday 29 October 2012

Demam

Salam...

Memang dah nasib baik tak boleh tak dapat cukup rehat... jadi sekarang nie dah demam.. pada dengan muka sendiri.. tulah.. macamlah kuat sangat kan dah demam balik.. tiap kali balik cameron mesti demam.. apalah nasib badan.. terima jela...

tahniah buat abangku

Salam..

Akhirnya pada 26 Oktober 2012.. iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijjah 1433 pada hari raya pertama aidiladha abang kesayangan aku selamat menjadi suami kepada pasangannya.. YES!  aku kini dah ada kakak ipar.. selama aku hidup tiada kakak.. dan akhirnya aku memperolehi seorang kakak.. terima kasih ALLAH kerana memudahkan majlis yang sederhana...






Kata Cinta


Masih segar di lubuk hati saat pertama melihatmu..
Entah mengapa hati pantas ingin mengenalimu..
Cuba untuk mendekatimu...
Seperti hati kita sama..
Hati yang sedang terluka dan mencari pengubat..
Angin seperti menyampaikan khabar buat kita berdua untuk terus berbicara..





Hari semakin berganti..
Rasa hati semakin berubah..
Dari tiada apa..melahirkan rasa yang telah lama hilang..
Rasa rindu mula hadir..
Rasa sayang mula menjelma..
Setiap detik hati ini sering bertanya..
Apakah perkhabarannya..
Bagaimanakah keadaannya..
Kenapa rasa ini sukar untuk hilang..
Ataukah semua ini hanyalah angan belaka..

Segala kekurangan diri ini dikau terima..
Setiap tutur kata hati sering kali berkata indah..
setiap ucapan cinta itu hanyalah untukmu..
Semoga jodoh ada buat kita..
Terus memohon doa agar diberikan yang terbaik..
ALLAH maha mengetahui segalanya..
Hanya doa padanya tanpa ada segannya..
dan jangan pernah sekali melupakanNYA..
kerana cinta itu milik ALLAH..
ALLAH memberikan pada kita agar kita dapat rasaikan bersama..

*p/s-buat si dia yang menerima segala kekurangan diri ini...

Friday 26 October 2012

Terima kasih Cinta

Tiada yang lebih istimewa daripada ucapan 

SELAMAT PAGI SAYANG

 dan 

SELAMAT MALAM BUAH HATIKU.. 

ditambah pula dengan

 MULAKAN HARI DENGAN PENUH KECERIAAN 

dan disudahi malamnya dengan 

MAAFKAN JIKA ADA SILAP DAN SALAH.. 

tiada lagi diterima kini...
 terima kasih kerana pernah ada.. =)

Going Crazy

entah kenapa dan mengapa.. memang aku tak boleh tidur.. borink.... nak tidur.. kena pakse tidur juga.. harus...!!! bye...!!!!!11

Model di Bukit Tinggi



Salam...

Terima kasih banyak dekat adik aku dengan kawan dia.. keluarga bersama-sama.. ceh..!! macam ramai sangat keluarnya.. hahahha..!!! walaupun kami bertiga.. dah cukup buat kami.. kawan adik aku memang sangat spoting.. tahanks sangat sebab sudi jadi model untuk memuaskan hati dlaam bergambar... dan yang diterbitkan adalah shot yang bagi aku sangat cantik.. hahha...!! yang kurang tu minta maaf sebab diri ini masih banyak nak belajar.. terima kasih atas pada sesiapa yang ingin menegur.. =)




























Selamat Hari Raya Aidiladha

ASSALAMUALAIKUM




Aku nak ucapkan selamat HARI RAYA AIDILADHA...
aku nak minta maaf pada semua teman-teman jika aku pernah mengorbankan masa-masa kalian bersama aku tanpa hala tujunya..
nak minta halalkan segala makan minuman yang pernah menjadi korban di mulut aku ini..
bukan apa kalau tak habis, pembaziran itu berlaku..
ALLAH marah hambanya membazir...
Segala zahir yang pernah aku tonjolkan pada kalian aku harap kalian dapat maafkan..
diri ini masih banyak lemahnya...
Segala batin juga minta di lepaskan semuanya..
agar tiada kesakitan yang dirasai lagi..
Jika Aidiladha ini adalah akhirnya korbankanlah semuanya..
Aku dah maafkan semua orang yang pernah menyakitkan batinku (hati dan perasaan)...
tak pernah lagi aku simpan.. tiada lagi dendam aku pendam di dalam hati.. telah aku lepaskan..
aku berkorban agar aku tenang dalam melalui hari-hari aku..

Segala kenangan yang pernah terjadi itu adalah kenangan yang abadi...
berkorban demi mencapaikan sesuatu yang lebih bermakna..
tiada yang lebih daripada kenangan yang indah dan duka..
semua itu adalah kehidupan...

dan buat seseorang...
diharapkan tahun ini mampu memberikan perkhabaran yang baik..
dapat mengembalikan kenangan setahun lalu...
korbanlah rasa sakit dan semaikanlah rasa yang telah hilang itu...
semalam itu memang pahit..
hari ini awak menelannya dengan seksanya.. 
tapi saya cuba memberikan penawarnya.. 
supaya esok awak bangun melihat rasa hati saya sebenarnya..
cubalah padamkan ia... 
dan saya akan tunggu sehingga 28102012 kerana saya tak pernah lupa setiap nombor 28102011...

Kekeliruan balik..

Salam AidilAdha aku ucapkan buat semua....

Semoga Aidiladha kali ini lebih bermakna buat semua.. kerana bagi aku, tahun ini akan menjadikan kenangan selamanya yang takkan aku lupakan.. rasa tak sabar pun ada juga.. seperti aku pulak yang nak lalui saat-saat itu pula.. hehehe.. tapi dalam kegembiraan yang aku bakal lalui ini.. terselit juga kesedihan.. memang sangat terasa.. hai..!! dah hampir sebulan perkara ni berlalu.. tapi masih segar diingatan aku.. abang ada cakap dengan aku.. ayat dia lebih kurang macam nie lah..



" Susah bila untuk menerima seseorang itu menjadi seorang yang istimewa  bila memang dari awalnya dia dianggap kawan... sebab bila ia teruskan juga.. melahirkan rasa yang lain daripada seorang kawan, sekali terhenti, persahabatan itu sukar dipulihkan semula.."

Bila abang cakap macam tu pada aku.. buat aku terfikir.. adakah semua itu terkena pada aku? atau pun ayat tu hanya untuk segelintir yang tak boleh lalui semua itu.. hahahha..!!!

Entahlah.. aku hanya fikirkan ini sementara.. sebab aku yakin aku dapat lupakan semua itu dan anggap semua itu tak pernah berlaku.. dan kembalikan keadaan seperti dulu.. seperti tiada apa yang pernah berlaku.. Apakah aku mampu untuk aku lakukan?? Atau pun harus aku jujur dengan diri aku sekarang? Mampu ker aku nak buat semua itu setelah apa yang pernah berlaku nie..Kuat ker diri aku untuk hadapi semua ini? Yang paling penting, berani ker aku menerima risiko yang aku nak lalui tu? Baru sekali melatah, dah mengelupur ketakutan.. Baru sekali dikecewakan, dah merasakan dimusnahkan selamanya.. Itulah dinamakan hidup..

"Berikanlah peluang jika ia masih ada untuk di isikan.. berikanlah kesempatan jika masih ada ruang untuk diberikan.. Sekali ini rasa hati akan pergi jika jawapan itu jelas...Tiada yang akan disimpan.. Buanglah ketakutan itu.. Detik kini dibilang.. jika tiada.. tika itu tiada lagi.. terpadam segalanya.. hilang semuanya.."


Peluang? bukan mudah untuk aku dapatkan peluang itu.. kerana peluang itu hanya sekali mampu untuk aku lalui.. sering kali begitu.. sukar buat aku untuk hadapi peluang kedua.. mungkin ada sesetengahnya mampu menerima dan mencari peluang kedua, tapi bagi aku, sukar buat aku untuk lakukan semua itu... apakah kerana egoku? Jelas ego ku tinggi saat kau meninggikannya.. Cuba aku menundukkan semua itu.. tapi jelas tiada gunanya... hahahha...!!

Pasrah? Tabahkan hati menerimakan segalanya setelah pelbagai diusahakan? Adakah orang seperti aku harus berusaha? Dimana maruah aku letakkan? Tiada salahnya aku meninggikan kesombonganku.. bukanlah untuk disishkan dari orang.. tapi adalah untuk meninggikan darjat maruahku.. Aku hanyalah wanita biasa. Tapi aku punyai maruah yang harus aku pelihara daripada tercemar.. apakah aku rela mencemarkan segala nya hanya kerana ingin memiliki sesuatu yang tak pasti? Masih tiada jelas untuk semua itu..

Sabar?Seberapa lama sabar itu mampu ditanggung? sejauh mana kesabaran itu mampu ditahan? Bukan semua orang mampu menahan semua itu. Bukan semua orang mampu hadapi kesabaran itu. Bertahun atau berbulan itu hanyalah masanya. Tapi adakah dengan masa yang dilalui memberikan seseorang itu sabar dalam menerimanya? Memilikinya dengan pantas tanpa sabar.. pasti akan hilang dengan pantas juga.. tapi adakah semua itu setiap orang laluinya sama?

" Suburkanlah hati dengan adanya ALLAH.. semaikanlah hati dengan kalimah-kalimah AL-QURAN... siramilah hati dengan titik-titik ZIKIR... rendangkanlah hati dengan akhlak-akhlak MAHMUDAH... peliharahlah pohon itu dengan ketakwaanMU padanya YA ALLAH... tiada yang lebih bermakna daripada mendekatkan diri yang kecil ini pada ALLAH..."

 Insya-ALLAH selagi aku termampu untuk bicara rasa ini.. akan aku terus bersuara di lubuk hati kecil ini.. kerana aku begitu yakin pasti akan ada segala jawapan yang selama ini tersimpan.. hanya kesabaran yang mampu untuk aku lalui masa kini.. terima kasih kerana mengajar erti kehidupan sebenarnya. terima kasih kerana memberikan rasa yang takkan dilupakan selamanya.. kesuburan kenangan akan tersimpan indah bersama -sama harapan yang takkan pernah hilang..tiada harapan yang mampu aku katakan.. harapan untuk bersinar kembali.. hatiku ini tiada akan meratapka setiap detik dan masa yang pernah diambil.. tapi mencuba untuk diberikan masa yang ada untuk dipenuhkan kembali...

Tuesday 16 October 2012

blank..~

tak kisahlah nak cakap apa.. aku nak pick tarikh-tarikh nie.. jadi jangan pedulikan aku..

2 Februari 1990

30 Julai 2012

3 Ogos 2012

5 September 2012

13 September 2012

4 Oktober 2012

6 Oktober 2012

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

15 Mei 2015
(insyaALLAH... jika dipanjangkan umur..)


nak dekat cuti lagi banyak kerja

Pandai betul lecturer nie tau.. memang bagi student dia stress di saat hari-hari nak cuti.. dan aku terima dengan hati yang sangat tension.. wah...!!! nampak memang senang tapi sebanarnya.. arrrghhh..!!!!


Jumaat (19.10.2012)
Ceramah + Perasmian Keusahawanan

Sabtu (20.10.2012)
Kelas Ganti BJP501

Isnin (22.10.2012)
Test CMT555
Test MAT438
Quiz MST513
Quiz MST515

Selalu (23.10.2012)
Test MST512
Presentation ENT600

Rabu (24.10.2012)
YESSSSS!!!!!!!!!! cuti time...!!!!!!!!!

Khamis (25.10.2012)
Tengah bahagia cuti

Jumaat (26.10.2012)
Takbir Raya AidilAdha

Sabtu (27.10.2012)
takbir Raya hari ke2...
InsyaALLAH dapat kakak ipar...Doakan segalanya berjalan lancar..amin..~
Eh..!! bila tengok tarikh nie teringat sangat.. dah setahun rupanya aku konvo..wah.. tarikh yang bahagia.. tahun lepas dapat scroll diploma dan tahun nie insyaALLAH dapat kakak ipar..amin~

dan terus berlarutan cuti selama seminggu di rumah dengan kesibukkan majlis di rumah lelaki pula...
tapi yang penting tengah cuti mid term.. YESSS!!! cuti tu yang penting...!!!!!!!!!







Dalam hati penuh rama-rama

Salam Semua..

Macam mana hari kalian semua? Ada yang menarik nak dikongsikan?? Atau biasa-biasa je?? hehhe.. ikutlah.. sendiri punya hati.. huhuhu.. Macam aku.. macam tajuk di atas tu lah apa yang aku rasakan sekarang nie.. dalam hati penuh rama-rama.. wahahhahah... orang selalu cakap dalam hati ada taman atau dalam hati bunga-bunga.. tapi aku tidak.. dalam hati penuh rama-rama.. Lawa apa rama-rama tue? nak pulak yang spesis besar tue.. ala boleh tengok banyak kat taman rama-rama.. wahahhah... bukan pengaruh aku pergi taman rama-rama yer.. jangan nak salah sangka pulak..





Aku maksudkan dengan tajuk di atas adalah kelihatan bebas tapi sebenarnya tidak... apa yang 
dimaksudkan juga tue.. yelah.. sekarang umur aku semakin tua.. oppss! semakin tua?? terima hakikatlah.. hehhehe... Macam nie.. aku masih lagi belajar.. kawan-kawan seusia aku rata-rata ada yang dah bekerja.. berkahwin dan ada juga yang dah ada anak.. aku ni pula masih panjang lagi untuk fikrikan semua itu.. berangan yer.. hahhha.. aku nie memang betul kuat berangan.. tak baik sebenarnya.. sebab mampu menjejaskan reputasi pembelajaran aku.. tak boleh macam tue.. hilang tujuan asal aku untuk semester baru ni.. macam mana nie kan.. aku cuma berharap aku dapat lupakan semua yang telah berlaku tahun nie.. serius aku cakap tahun nie macam-macam yang aku dapat.. dan semuanya mengecewakan aku.. aku sangka kan aku akan bahagia setelah usia aku meningkat.. tapi masih lagi hampa.. aku tak salahkan sesiapa pun.. semua itu salah dari aku juga.. dan aku sedang menerima semua itu dengan sebaiknya.. jadi aku harus penuhi hati dan minda aku dengan rama-rama agar aku mampu terbang lebih tinggi dan lupakan kepongpong yang banyak menyusahkan minda dan hati aku.. hai...!!!







Sunday 14 October 2012

Cinta yang simple

Salam..

Serius simple tapi ada pengisian.. Memang jadikan diari harian.. Senang macam tue. Putus cinta macam mana yer? Doakan akan kebahagiaannya.. Mungkin itu caranya menunjukkan cintanya pada si dia. Nampak sweet jer.. Harap dia benar-benar bahagia seperti yang kita lihat.. huhuhu..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aku jarang tengok,..tapi bila aku tengok rasa seronok.. mesti bahagia girlfriend dia dapat jejaka yang benar-benar setia dengannya.. beruntung.. dan harap kekal sehingga ke akhirnya. bukan hanya setakat di dunia belajar sahaja.. 

Masa bercinta memang sangat indah.. seindah di syurga.. Dunia milik kita berdua.. Tiada yang mampu memisahkan kita... ayat-ayat tu, ayat orang tengah hangat bercinta.. wah...~ memang sangat indah bila dah bercinta sakan.. tapi bila tengah gaduh?? hilang semua kebahagiaan yang diimpikan bersama.. itulah namanya kehidupan.. dan pada mereka tengah hangat bercinta dalamilah semula cinta kalian pada pasangan kalian setakat mana? 

Saturday 13 October 2012

Share sikit...~

Assalamualaikum...

Saja nak share sesuatu nie.. ala, bukan selalu aku nak share kan.. hehehe... dalam beberapa tempoh terdekat ni aku lama sangat tak update blog.. malas pun yer jugak.. yelah sebab aku merasakan memang tak ada sapa nak tengok blog aku nie lagi... maklumlah.. blog aku nie bukannya cerita hal yang hebat-hebat macam orang lain.. aku ni cipta blog nie pun atas dasar suka-suka.. dan niat aku buat blog nie hanyalah untuk aku berkongsi segala apa yang aku rasakan aku nak berkongsi.. bila lama dah tak menaip nie ayat pun jadi tunggang langgang... sama juga macam hati aku sekarang nie.. dah tunggang langgang tak menentu arah... hehehe.. walaupun begini.. aku terima juga dengan hati yang sangat berat... kawan-kawan aku nampak aku boleh hadapi semua ini... kawan-kawan aku ingin aku mampu lupakan semua yang terjadi... tapi sebenarnya dalam hati aku nie... hanya ALLAH s.w.t sahaja yang tahu...ayat-ayat di atas tu berbau kecewakan.. serius aku katakan aku sekarang tengah mengalami fasa kekecewaan yang boleh tahanlah...lama tak rasa kekecewaan macam sekarang nie.. kalau lah masa itu boleh dihentikan.. nak sangat aku rasakan masa itu terhenti.. dan bila dia bergerak semula.. aku dapat lupakan semua masalah aku yang aku telah hadapi.. haish...! menyakitkan dan sangat-sangat menyakitkan... menangis air mata darah pun takde maknenya lagi.. hahahhaha....! ayat nak terbakar jer.. padahal biasa-biasa jer..kihkih..~

Apalah dah aku mengarutkan nie...hai...!! bukannya hidup kalau kita rasakan semua tue.. dan bagi aku,aku terima dengan hati yang sangat terbuka...(sikitlah terbuka..hakikatnya berat juga tok aku hadapi...)...bukan senang untuk terima semua perkara dalam masa yang begitu cepat.. dan bagi aku,.. betul tindakan seperti itu.. tiada salahnya pun.. sebab setiap orang pasti ada melakukan kesalahan dan kesilapan...tapi atas diri masing-masing untuk menerima keadaan itu macam mana..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aku percaya. Hari ini aku akan menangis teruk Hari ini aku akan sakit dengan teruk. Sebab aku percaya, esok aku akan bangun dengan harapan yang baru yang menggunung tinggi. Aku akan bangkit dengan keyakinan yang penuh harapan yang sangat jelas. Tak apa usah difikirkan lagi untuk tika ini.


Duri Dalam Daging

Salam.. Apa khabar insan yang singgah ke warna-warni aku nie.. terima kasih masih lagi sudi membaca ruang warna-warni aku nie.. minta maaf jika pages aku masih sama seperti dulu.. tiada kesempatan untuk mengubahnya.. Insya-Allah jika ada kesempatan yang panjang akua akan mengubah dalam corak yang lebih menarik...


Tajuk di atas tue bukanlah aku tujukan pada seseiapa. Tapi untuk motivasi aku sendiri juga. 

Aku ni bukanlah nak katakan aku ni baik sangat. Setiap manusia pasti ada melakukan kesalahan. Dan kesalahan itu tanpa kita sedar dan juga ada yang dalam sedar.. Orang sekeliling kita pasti nampak keburukan kita daripada kebaikan kita. Itulah lumrah kehidupan sebagai manusia. Walaupun kita cuba menafikannya hakikatnya itulah dia. Dengki mendengki sudah menjadi garam dalam hidup manusia. Percaya atau tidak cubalah kita imbau apa yang dah kita buat hari ni dan semalam. Tapi aku bersyukur, kerana aku dilahirkan sebagai Islam dan aku masih tahu apa itu Islam. Agama Islam cukup indah untuk kita tafsirkan. Sekurang-kurangnya aku mampu lagi beristirfar jika sesuatu terjadi kepada aku. Aku mampu lagi muhasabah diri aku. Mampu lagi melihat setiap kekurangan yang ada pada aku nie.


Sebagai seorang manusia tak seharusnya kita nak menambah api kemarahan pada seseorang tue. Cukuplah dengan api yang dah dinyalakan. Untuk apa kita tambahkan lagi apinya. sepatutnya kita kenalah simbahnya dengan air bukannya dengan api. Jelas kita tahu jurang antara api dan air. Dan bila ia bertemu, ia mampu natural keadaan semula. Tapi ini tidak, bagi sesetengah insan yang tak bertanggungjawap, dengan mengapikan orang mampu membahagiakan dirinya. Betul ker dia bahagia? Wahai insan, kita hidup di dunia ini bukannya selamanya. Hanyalah sementara. Untuk apa dimegah-megahkan. Ia hanya seketika. Kelemahan orang kita jelas terlihat. Tapi kelemahan kita, ada kita sedar. Keburukan orang kita canangkan tapi keburukan kita ada kita nak canangkan? Ingatlah wahai insan. Sekali kita memburukkan orang, pasti ada pembalasannya. Biar kita sedar keburukan kita jangan kita jaja keburukan orang. Kita masih ada ALLAH S.W.T sebagai tuhan kita. Bila kita rasa sakit, bertemu denganNYA. mohan padaNYA. Untuk apa kita merosakkan hubungan yang indah pada awalnya dan musnah pada akhirnya?? Seharusnya kita kena sedar, ada yang lebih besar dari kita. 


Kata maaf?? Mungkin mudah bagi sesetengah orang yang sering kali rasa bersalah pada dirinya. Betul, kata maaf itu adalah penyembuh untuk segalanya. Tapi adakah dengan kata maaf itu mampu memulihkan keadaan seperti sediakala? Pada segelintirnya yer. Jika benar kita salah, jangan pernah takut untuk mengucapkan kata maaf dan jika benar kita tiada salah, usah takut juga untuk katakan maaf itu. kerana sebaik-baik insan adalah insan yang sedar akan kelemahan dirinya. Tapi ingatlah setiap manusia tidak sama sifatnya. Ada yang marah hari ini esok sejuk.. Ada yang marah hari ini selamanya marah.. Ada juga diam hari ini, meletup kemudian. dan macam-macam lagilah. Sifat manusia ALLAH jadikan berbeza-beza. Jadi untuk apa kita mencari kesalahan orang kalau kita tahu kekuruangan diri kita. dan ucapkan kata maaf sebelum kita tidur.. kerana ia mampu menyembuhkan hati kita yang kotor. Walaupun sukar cubalah lakukan. Dan cubalah berdepan dengan masalah. Saat dia tidak mengatakan terima maaf dari kita, jangan bimbang. Itu bukan lagi urusan kita. ALLAH maha mengetahui. 

Cubalah menjadi insan yang mampu mengatasi masalah dengan baik. Jadilah orang yang boleh berkomunikasi dengan orang lain dengan cara yang betul. Tegurlah orang dengan cara yang baik jika kita inginkan pengakhiran yang baik. Sekali keburukan orang kita hebah, 10kali keburukan kita terserlah. Fikirkanlah wahai insan yang inginkan perubahan yang baik.Wassalam..~

Mesej bersama sahabat



Damia : Salam Sara.Ko dah tido ker?

Sarah : Wslm. Belum lagi.

Damia : Boleh tak aku nak mesej dengan ko. Aku nak kongsi masalah hati aku nie jer.

Sarah : Boleh tak ada masalahnya.

Damia : Tapi aku tak tahu nak mulakan daripada mana. Seminggu ni aku banyak mendiamkan diri saja. Aku blank sangat sekarang nie. Aku macam tak boleh nak menerima hakikat apa yang aku rasakan sekarang nie.

Sarah :Napa nie? Cuba kau cerita daripada mula.






Damia : Aku kalau boleh tak nak hantar mesej tue dekat Farid. Sebab aku terlalu takut. Dan effect nya sekarang nie. Aku terlalu malu ditambah dengan kecewa sangat-sangat. Ko tengok aku macam aku ni kuat untuk harungi. Tapi sebenarnya tak Sarah. Bila aku sent mesej tu, secara semulajadi hati aku, aku akan terus berharap pada dia. Tapi sebaliknya. Hampa jer.. Semalam dia mesej aku, tanya kenapa aku tak nak mesej sendiri. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Tapi sebenarnya dalam hati ni suka sangat-sangat dia mesej aku. macam dekat syurga kejap..hehhe..Aku rindukan dia sangat-sangat. Tapi aku tak tahu apa yang dia rasakan tentang aku nie.

Damia : Dan ada juga malam tadi aku mesej dia. Aku cakap dekat dia macam ni lah .. aku tak berharap dia hantar mesej dekat aku. dan ada sebab aku buat semua tue. kalau boleh, aku nak sangat lupakan dia. kalau dia dah memang tak nak kan aku. Bagitahulah dekat aku. Terima kasih sebab pernah sayangkan aku. tapi sayangnya Sarah, dia tak balas mesej aku yang itu.. kecewa tak kecewa hati aku nie.

Sarah : hurm..cubalah ko berterus terang dengan dia. Tapi kan Damia, aku tak tahulah. Sebab Farid tu dah tetap dengan keputusan dia. Takut nanti buat macam mana pun, hati dia tak boleh terima sudah.

Sarah : Mungkin dia tengah berfikir lagi tu Damia. Dia masih inginka masa yang panjang.

Damia : Aku dah tak tahu nak terus terang macam mana lagi nie. Bila dia depan mata aku, serius aku katakan aku tak nak langsung tengok muka dia. Tapi sebenarnya dalam hati aku ni, kalau boleh aku nak pujuk-pujuk dia. Aku tahu, aku banyak buat salah dengan dia. Banyak sangat aku dah lukakan hati dia. Sarah, Aku tak minta lama untuk aku pulihkan keadaan. Tak lama pun. Tapi aku tak sangka dia boleh sakit macam ni sekali. Bukan aku tak nak terima dia semula waktu tue, tapi aku takut, aku akan kecewakan dia semula. Dan sekarang ni, apa yang dia pernah rasakan, aku sedang laluinya.. Dan ia amat menyakitkan.

Sarah :Mungkin dia dah lama bersabar dengan ko. Dia ikutkan saja. Even dia tau kau tak boleh terima dia sangat. Tapi dia tetap cuba untuk buat ko bahagia.apa yang boleh aku cakap, ko bersabar jelah.


Damia: Mungkin sebab itu jugalah. Tapi terus aku katakan, selama aku dengan dia, aku sikit pun tak pandang orang lain Sarah. Pasal Daniel tu pun datang balik lepas aku dengan Farid putus. Dan Daniel tu pun anggap aku tak lebih dari seorang sahabat jer. Aku nie jer yang lebih-lebih sampai sikit pun tak nampak keikhlasan Farid terhadap aku.Aku lama sedar tentang hal itu, tapi aku takut nak luahkan dekat Farid. Aku tahu, aku terlalu banyak merahsiakan apa yang aku rasakan dekat Farid. Aku tak pernah nak berkongsi dengan dia bila aku ada masalah atau apa sajalah. Aku akan cuba untuk terus bersabar. Aku sebenarnya tak kuat Sarah. Aku mampu terjatuh bila-bila masa saja. Aku dah cuba untuk terima hakikat ni tapi entahlah. Berat sangat-sangat...

Sarah: Kalau macam tue, ko kena bersemuka dengan Farid. Even susah macam mana pun. Kau kena tetap bagitahu dia perkara sebenarnya. Apa yang ko tak pernah kongsi dengan dia. Lepas ni, kalau ko dah baik dengan dia, jujurlah dengan dia Damia.

Damia: Aku tak berani sangat-sangat nak bersemuka dengan dia. Sedangkan dalam kelas pun kalau boleh aku nak elak dari bertembung dnegan dia. Aku segan sangat-sangat dengan dia. Nak nak tengok muka dia lagilah. Nak berselindung dekat mana-mana batu yang besar semampu boleh. Tapi hati ini nak sangat bersemuka dengan dia. Memang aku dah janji dengan diri aku sendiri, bila keadaan pulih seperti sediakala, tiada lagi rahsia antara aku dengan dia. Sebelum ni pun, aku cuba juga untuk jujur. Tapi aku takut sangat hati dia akan terluka. Tapi aku tak sangka, sebenarnya dalam dia, aku memang dah lukankan hati dia dengan teruk sekali.

Sarah :Kritikal juga keadaan kau ni Damia. Yang kau boleh buat sekarang nie, doa lah. Minta-minta dilembutkan hati si Farid tue.

Damia :Tu jela yang mampu aku buat sekarang nie. Aku tak mampu nak gembira macam dulu. Aku tak mampu nak seceria dahulu. Sebab aku sendiri tak mampu nak hadapi kenyataan tu sendirian. Betul kata ko, aku hanya mampu untuk berdoa sekarang nie. Sekali aku bukakan hati aku untuk seseorang, Payah bagi aku untuk menerima orang lain, sehingga orang tue betul-betul telah membuang aku. Aku memang mudah menyayangi orang. Tapi aku susah untuk menyintai seseorang. Aku sebenarnya cemburu akan ko Sarah. Sebab kau tak perlu nak serabut fikirkan tentang perkara macam tue. Aku kalau boleh memang nak jadi macam kau. Tapi aku tak mampu. Sebab hati aku tak boleh ditinggalkan sendirian.

Sarah :Aku pun sunyi juga lah Damia. Sapa kata aku tak nak ada yang boleh teman, boleh berkongsi masalah bersama, boleh bermacam-macamlah. Tapi nak buat macam mana, tak ada lagi. Aku redha jela. Mungkin masa tak sampai lagi.

Damia: Mungkin yer juga. Aku minta maaf. Tapi itulah, aku tengok ko happy good lucky jer.. Macam orang takde masalah langsung. tak ada benda yang ko nak serabutkan.

Sarah : Tula,.. Wana pun pesan. Tak payah nak pakwe-pakwe nie. Buat serabut kepala jer. Kalau dapat yang okey tak apalah.

Damia : Betul kata Wana. Jangan jadi macam aku nie pulak. ada yang ok. tapi tak menghargai.

Sarah : Masa tu kan ko confuse lagi. Bukan ko nak pun jadi macam tue.

Damia : Okeylah Sarah. terima kasih sebab sudi dengar masalah cinta aku nie. Aku hanya ingin berkongsi dengan kau. Setidak-tidaknya kurang sedikit beban didada aku nie..

Sarah : Tak ada masalah. Bila kita bersahabat dan saat sahabat dalam kesusahan, tidak ada salahnya untuk mendengar masalahnya.dah tak mau nangis-nangis.. nanti baiklah semuanya..^_^


Thursday 11 October 2012

suliha birthday..=)


birthday girl...

Salam....
pada 10.10 2012...
merupakan detik yang takkan kawan kita sorang nie lupakan..
pada 10.10.2011...
pernah juga terjadi seperti ini juga..
dan ini merupakan kali ke-2 berlaku...
untunglah badan kan..hahhaa
tahun lepas ada budak lelaki..
siapa yer yang ada??
kihkih..
tahun lepas ada Adli, Mal dan Amin..
tahun  nie tiada kaum adam dah...
maybe nak lebih privacy..
huhuhu..
but for this year tak sama macam tahun lepas..
tahun lepas berlaku pada waktu malam dan tahun ini petang...
tengok muka suliha dia sangat happy..
makan berlauk gitu..tak kek-kek nie..
buat apa nak kek-kek..
baik makan nasi lebih mengenyangkan..huhuh...
yang paling penting ingatan kami buat birthday girl...

hope tahun nie memberikan sejuta makne buat Suliha Akma...
Jadikan usia yang bertambah ini mematangkan diri..
aku doakan agar kau akan terus berjaya dalam bidang yang kau ceburi..
dan kenangan yang terjadi merupakan sesuatu yang indah takkan sekali kita lupakan..

*kat bawah nie gambar-gambar yang sempat di ambil dibuatkan kenang-kenangan...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


 :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



 ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::