Salam.. Apa khabar insan yang singgah ke warna-warni aku nie.. terima kasih masih lagi sudi membaca ruang warna-warni aku nie.. minta maaf jika pages aku masih sama seperti dulu.. tiada kesempatan untuk mengubahnya.. Insya-Allah jika ada kesempatan yang panjang akua akan mengubah dalam corak yang lebih menarik...
Tajuk di atas tue bukanlah aku tujukan pada seseiapa. Tapi untuk motivasi aku sendiri juga.
Aku ni bukanlah nak katakan aku ni baik sangat. Setiap manusia pasti ada melakukan kesalahan. Dan kesalahan itu tanpa kita sedar dan juga ada yang dalam sedar.. Orang sekeliling kita pasti nampak keburukan kita daripada kebaikan kita. Itulah lumrah kehidupan sebagai manusia. Walaupun kita cuba menafikannya hakikatnya itulah dia. Dengki mendengki sudah menjadi garam dalam hidup manusia. Percaya atau tidak cubalah kita imbau apa yang dah kita buat hari ni dan semalam. Tapi aku bersyukur, kerana aku dilahirkan sebagai Islam dan aku masih tahu apa itu Islam. Agama Islam cukup indah untuk kita tafsirkan. Sekurang-kurangnya aku mampu lagi beristirfar jika sesuatu terjadi kepada aku. Aku mampu lagi muhasabah diri aku. Mampu lagi melihat setiap kekurangan yang ada pada aku nie.
Sebagai seorang manusia tak seharusnya kita nak menambah api kemarahan pada seseorang tue. Cukuplah dengan api yang dah dinyalakan. Untuk apa kita tambahkan lagi apinya. sepatutnya kita kenalah simbahnya dengan air bukannya dengan api. Jelas kita tahu jurang antara api dan air. Dan bila ia bertemu, ia mampu natural keadaan semula. Tapi ini tidak, bagi sesetengah insan yang tak bertanggungjawap, dengan mengapikan orang mampu membahagiakan dirinya. Betul ker dia bahagia? Wahai insan, kita hidup di dunia ini bukannya selamanya. Hanyalah sementara. Untuk apa dimegah-megahkan. Ia hanya seketika. Kelemahan orang kita jelas terlihat. Tapi kelemahan kita, ada kita sedar. Keburukan orang kita canangkan tapi keburukan kita ada kita nak canangkan? Ingatlah wahai insan. Sekali kita memburukkan orang, pasti ada pembalasannya. Biar kita sedar keburukan kita jangan kita jaja keburukan orang. Kita masih ada ALLAH S.W.T sebagai tuhan kita. Bila kita rasa sakit, bertemu denganNYA. mohan padaNYA. Untuk apa kita merosakkan hubungan yang indah pada awalnya dan musnah pada akhirnya?? Seharusnya kita kena sedar, ada yang lebih besar dari kita.
Kata maaf?? Mungkin mudah bagi sesetengah orang yang sering kali rasa bersalah pada dirinya. Betul, kata maaf itu adalah penyembuh untuk segalanya. Tapi adakah dengan kata maaf itu mampu memulihkan keadaan seperti sediakala? Pada segelintirnya yer. Jika benar kita salah, jangan pernah takut untuk mengucapkan kata maaf dan jika benar kita tiada salah, usah takut juga untuk katakan maaf itu. kerana sebaik-baik insan adalah insan yang sedar akan kelemahan dirinya. Tapi ingatlah setiap manusia tidak sama sifatnya. Ada yang marah hari ini esok sejuk.. Ada yang marah hari ini selamanya marah.. Ada juga diam hari ini, meletup kemudian. dan macam-macam lagilah. Sifat manusia ALLAH jadikan berbeza-beza. Jadi untuk apa kita mencari kesalahan orang kalau kita tahu kekuruangan diri kita. dan ucapkan kata maaf sebelum kita tidur.. kerana ia mampu menyembuhkan hati kita yang kotor. Walaupun sukar cubalah lakukan. Dan cubalah berdepan dengan masalah. Saat dia tidak mengatakan terima maaf dari kita, jangan bimbang. Itu bukan lagi urusan kita. ALLAH maha mengetahui.
Cubalah menjadi insan yang mampu mengatasi masalah dengan baik. Jadilah orang yang boleh berkomunikasi dengan orang lain dengan cara yang betul. Tegurlah orang dengan cara yang baik jika kita inginkan pengakhiran yang baik. Sekali keburukan orang kita hebah, 10kali keburukan kita terserlah. Fikirkanlah wahai insan yang inginkan perubahan yang baik.Wassalam..~
No comments:
Post a Comment