Friday, 26 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

ASSALAMUALAIKUM




Aku nak ucapkan selamat HARI RAYA AIDILADHA...
aku nak minta maaf pada semua teman-teman jika aku pernah mengorbankan masa-masa kalian bersama aku tanpa hala tujunya..
nak minta halalkan segala makan minuman yang pernah menjadi korban di mulut aku ini..
bukan apa kalau tak habis, pembaziran itu berlaku..
ALLAH marah hambanya membazir...
Segala zahir yang pernah aku tonjolkan pada kalian aku harap kalian dapat maafkan..
diri ini masih banyak lemahnya...
Segala batin juga minta di lepaskan semuanya..
agar tiada kesakitan yang dirasai lagi..
Jika Aidiladha ini adalah akhirnya korbankanlah semuanya..
Aku dah maafkan semua orang yang pernah menyakitkan batinku (hati dan perasaan)...
tak pernah lagi aku simpan.. tiada lagi dendam aku pendam di dalam hati.. telah aku lepaskan..
aku berkorban agar aku tenang dalam melalui hari-hari aku..

Segala kenangan yang pernah terjadi itu adalah kenangan yang abadi...
berkorban demi mencapaikan sesuatu yang lebih bermakna..
tiada yang lebih daripada kenangan yang indah dan duka..
semua itu adalah kehidupan...

dan buat seseorang...
diharapkan tahun ini mampu memberikan perkhabaran yang baik..
dapat mengembalikan kenangan setahun lalu...
korbanlah rasa sakit dan semaikanlah rasa yang telah hilang itu...
semalam itu memang pahit..
hari ini awak menelannya dengan seksanya.. 
tapi saya cuba memberikan penawarnya.. 
supaya esok awak bangun melihat rasa hati saya sebenarnya..
cubalah padamkan ia... 
dan saya akan tunggu sehingga 28102012 kerana saya tak pernah lupa setiap nombor 28102011...

No comments: