Monday 13 April 2015

Wahai Kenangan..

Semalamku menangis...
Menanggung segala keperitan..
bukan mudah untuk menerima dugaan itu..
biar pun sudah setahun berlalu..
biar pun sudah dilupakan..
biar pun juga telah punyai kehidupan baru..
yang semalam masih sukar untuk dilupakan..


Biar pun masih menagih kasih tanpa di minta..
aku tahu, takkan terjadi juga..
Tawar sudah hati ini untuk menerimanya..

Wahai kenangan..
Aku tahu kau sudah melupakan..
Aku tahu, aku hanya melukut di tepi gantang..
yang tiada siapa pedulikannya..

Wahai kenangan..
semua kenangan indah takkan pernah hilang..
Selamanya ia kekal menjadi kenangan..
Terima kasih wahai kenangan..

Come Back =P

Assalamualaikum...

Pembuka bicara yang telah sekian lama terpendam.. serius kekok bila nak menaip balik.. adalah dekat setahun tinggal warna-warni.. dan bersawang teruk nie.. Ada sahabat dah bertanya bila aku nak update warna-warni nie.. Aku bukan tak nak update.. tapi kemalasan tu yang buatkan diri semakin malas nak membuka ruang warna-warni yang kelam nie.. Kihkihkih..

Boleh dikatakan terlalu banyak kisah yang telah aku lalui.. huhuhu.. yang sedih sudah di lepaskan.. yang girang sedang dirasai kini... Macam mana nak katakan yer.. kisah duka tiada lagi aku rasakan.. Mungkin kerana aku telah lari jauh dari segala kedukaan.. Hanya kini menempuh hari-hari yang bahagia..ceh! bahagialah sangatkan nie..

Nak gantungkan cerita ni seketika ya.. sebab aku dah malas menaip.. nanti ada yang ter post tu, maknenya draft yang sekian lama aku simpan.. hahahha... see yeah...