Wednesday 15 August 2012

Perkara yang dilakukan semasa bercinta

Pasti ramai dikalangan remaja khususnya yang sedang bercinta atau dilamun cinta atau pernah bercinta dengan seseorang.. Dan kalau dah bercinta macam-macam perkara yang anda akan lakukan demi pasangan anda agar dia nampak bukti cinta anda.. ada yang bercinta seawal remaja berkekal sehingga ke jinjang pelamin dan ada juga terkandas di tengah jalan.. itu adalah lumrah.. tidak terlepas aku juga.. tipu aku katakan aku xpernah bercinta.. itu merupakan suatu perasaan yang suci yang ada dalam diri manusia.. Tapi pernah tak korang terfikir perkara-perkara yang pelik korang buat semasa bersama pasangan anda?? Mari kita tengok perkara-perkara yang dilakukan ketika orang tengah hangat bercinta.

1.Bergayut berjam-jam
Yang ni comfirm semua pernah buatkan.nak-nak teknologi sekarang nie. setiap orang mesti ada handset sendiri. Bila orang tengah hangat bercinta, sehari tak dengar suara umpama bertahun tak jumpa.. Walhal baru berapa jam tu, diaorang berjumpa. Dah pula tu, telefon bukan 1 minit atau 2 minit.. berjam-jam pun ada. Ada tu sampai tak tidur malam sebab nak bercakap dengan buah hati yang tercinta. Apa yang diceritakan pun kita tak tahu. Bila orang tengah bercinta ni, segala yang dia lakukan hanya dia rasakan dia dan pasangan dia sahaja yang ada dalam dunia ni. Lepas itu, menyusahkan orang lain. Yelah, mana tidaknya, dahlah bergayut sampai lewat malam, bangun pagi comfirm lambat. Siapa yang tengah belajar, sambung tidur dalam kelas. Kerja pulak, muka macam tak siap.Tapi sebabkan cintakan si dia, rela berkorban apa saja.

2.Berhabis duit kerana dia
Biasa ini kalau pasangan dia ni jenis yang snggup habiskan duit demi orang yang dia sayang. Rela belikan apa saja demi si dia. Sedangkan diri sendiri terpaksa berlapar, berhempas pulas bekerja. Si dia hanya memperolehi dari hasil yang anda lakukan. Wah, untungnya orang macam nie. Minta apa saja dapat. Comfirm kalau minta kereta ker, rumah ker, boleh dapat punyalah. Yelah sanggup berhabis duit kerana orang yang tersayang. Tu kalau tengah bercinta, macam mana kalau dah kahwin? Akaun suami, isteri pegang ker? Golongan macam ni, ada yang baiknya dan ada juga yang buruknya. Kalau pandai uruskan kewangan, tiada masalah punya. Ini yang jadi masalah, kerja tak seberapa, tapi sanggup habiskan duit gaji untuk si dia yang belum pasti milik kamu.Jadi untuk ini, fikir-fikirkanlah.

3.Berjumpa tanpa hirau sekeliling
Kalau kita tengok pasangan yang sedang bercinta ini, hanya dia dengan dunianya sahaja. Tanpa dia menghiraukan orang sekeliling sedang memerhatinya. Padanya sekelilingnya hanyalah angin yang lalu saja. Apa yang diaorang buat, tidak sedikit pun fikirkan apa yang sekeliling sedang katakan. Kita tengok di shopping complex ker, panggung wayang, tempat beriadah macam taman-taman, hutan lipur dan banyak lagilah. Kalau nak disebut tempat orang tengah bercinta ni, kat mana yang sempat pun janji mereka dapat jumpa. Kat belakang pun jadilah asalkan dapat tatap wajah si dia. Itulah penangan orang yang kemaruk bercintalah katakan..

4.Tulis dalam diari
Biasanya yang buat ni kaum hawa.Bukanlah kaum Adam tak ada yang buat, ada juga yang buat. Pada yang buat ni, biasanya mereka akan tulis setiap perjalanan cinta mereka bersama pasangan mereka. Jadi kenangan yang mereka lalui itu, mereka abadikan dalam diari. Diari ni tak kira dalam bentuk tulisan tangan atau tulisan komputer, asalkan mereka dapat ceritakan kenangan cinta mereka bersama dalam diari dan bila dibaca semula mereka akan teringat kenangan manis mereka bersama. Tapi tak ramai yang mampu buat macam ni.Biasanya yang buat ni, memang seorang penulis, sangat cintakan pasangannya. Malah ada juga yang menulis setiap message handset yang dihantarkan pasangannya di tulis di dalam diari. Baginya ia amat berharga. Ada juga menulis sajak cinta mereka dalam diarinya juga. Pelbagai cara yang mereka akan buat asalkan mereka dapat buktikan bahawa mereka saling menyintai antara satu sama lain.

5.Menghantar ucapan indah
Ucapan seperti "Selamat Pagi sayang...", "Selamat Malam my love...", dan sebagainya sudah cukup buat pasangannya hati mereka gembira. Nak pula bila dah malam .Time nak tidur yang paling penting. Ucapan yang ringkas sudah cukup buatnya untuk tidur dengan lena tanpa ingat apa pun sebab dia telah dapat ucapan yang indah daripada pasangannya. Bukankah itu cukup indah bagi seorang yang tengah hangat bercinta? Dan bila bergaduh atau pasangan sedang merajuk, ucapan-ucapan maaf dan manja dihantar dengan harapan dapat melembutkan hati pasangannya dan memaafkan kesilapan pasangannya. Terpulang pada masing-masing dengan gaya bagaimana menghantar ucapan yang indah buat pasangannya. Mungkin ada yang menghantar ucapan seperti ini "Hidup ini tidak lengkap tanpamu sayang..Relaku redah lautan yang luas itu demi untuk bersamamu sayang...", atau pun mungkin ada yang hantar begini.. "Aku tak tahu bila aku mula sukakan kau..tapi sehari aku tak tengok muka kau aku rasakan bagaikan hidupku tak kena.." dan juga sebagianya.. Banyak lagi cara ucapan yang pasangan-pasangan yang sedang bercinta hantar.

6.Berikan hadiah yang istimewa
Biasanya pasangan akan memberikan hadiah yang istimewa kepada pasangannya bila sampai ulangtahun hubungan mereka. Ni memang biasalah. Antara hadiah yang mahal atau muruh tak kiralah. Asalkan hadiah itu cukup buat pasangannya gembira bila memilikinya.Ada yang memberikan hadiah dengan memberikan coklat yang mahal, bunga ros sejambak, dan ada juga memberikan kejutan dengan menyediakan candle light dinner gitu. Wah, sangat romantikkan bila kita tengok pasangan seperti tu. Tapi semua itu atas psangan itu sendiri. Ada pasangan yang bercinta tak terfikir semua itu. Baginya membazir baginya jika dia buat begitu. Baginya keluar bersama sudah cukup baginya. Ada juga orang macam itu.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dilakukan seseorang yang tengah bercinta ni. ada yang cuba buat cinta mereka seperti Adam dan Hawa, Romeo and Juliet, Jack and Rose, Laila dan Majnun dan banyak lagi cerita-cerita cinta yang indah..Semua itu terpulang pada individu itu sendiri. bagaimana mereka melalui bersama pasangannya. Ada yang sukakan romantik dan ada yang memang anti dengan orang romantik. Baginya romantik ini meloyakanlah. Semua itu pandai kita untuk menilainya.

Dan sebenarnya cinta yang begitu indah adalah cinta kerana ALLAH S.W.T.. Kerana bila kita menyintai ALLAH, insyallah cinta kita sesama manusia pasti berjalan dengan baik. Cinta yang kita rasakan itu adalah Cinta yang diberi pinjam untuk kita merasainya. Sayangnya bagi sesiapa yang tidak mempunyai rasa Cinta itu kerana dia tak merasai CINTA PADA ALLAH DAN RASUL...sebagai anak-anak yang baru mengenali erti cinta.. janganlah cepat jatuh pada cinta yang dusta. Bercintalah dulu dengan ALLAH barulah fikir untuk bercinta dengan makhluk lain...apa yang baik itu datang dari ALLAH dan segala yang buruk itu datang dari diri aku sendiri. Jika salah dariku tegurlah..aku juga insan yang biasa...Wallahualam...^^,

Pelangi dan Awan Biru

Rindu Pelangi petang bersama Awan biru


Pelangi petang hadir dengan indahnya...
Terselit awan biru yang menyelaputinya...
Tersergam gahnya pelangi dan awan biru di langit cerah...
Angin yang berlalu sayu membawa awan biru pergi...
Lalu didatangi pula awan biru yang lebih indah coraknya...
Tapi tidak lama awan biru itu bersama pelangi yang kekeliruan...
Lalu pelangi hilang dalam kehairanan dan membawa dirinya ke arah yang seharusnya ia 
harus berada...
Apakah pelangi itu ingin bertemu dengan awan yang pertama menyinggah di sisinya dahulu...
Apakah awan biru itu juga masih mengingati pada pelangi yang pernah dia 
singgah tatkala ia tahu ada awan biru lain cuba merampas tempatnya??
Tapi pelangi dan awan biru itu yang pernah bersama ketika dulu, mereka saling merindui antara 
satu sama lain...
Tapi mereka takut untuk melepaskan apa yang mereka rasakan...
mereka hanya menyimpan tanpa tiada siapa yang mengetahuinya...
Sehinggalah...
Awan itu ingin bertemu dengan pelangi yang amat dia rindukan...
dan..
Pelangi itu juga terasa rindu yang teramat..
sehingga ia pun mahu bertemu dengan awan biru..
Kerana bagi pelangi..
Awan biru telah memberikan dia kelihatan indah dipandang...
Tapi tatkala mereka sedang merindui..
Berarak awan hitam mengelilingi awan biru dan juga pelangi...
Memisahkan keasyikkan awan biru bersama pelangi..
Tapi itu tidak lama..
Kumpulan Hitam itu hanya seketika berada di situ..
kerana mereka sedar..
mereka tak mampu untuk melawan kehebatan pelangi dan awan biru itu..
Tapi..
Setelah sekumpulan awan hitam pergi...
Pelangi dan awan biru masih juga tiada kemampuan untuk terus bersama...
Entah bila mereka mampu bersatu semula..
Atau memang tiada jodoh buat mereka untuk bertemu kembali..
Pelangi terus bergerak tanpa memikirkannya lagi..
Pelangi hanya mampu menantikan masa yang sesuai..
Sedangkan awan biru..
terus merindui pelangi tanpa henti kerana
dia yakin pelangi pasti hadir suatu hari nanti..
dan itulah janji awan biru kepada pelangi...




Cinta Hatiku Yang comel-comel


me~suliha~kak Zahidah~Sue

Salam Ramadhan buat kawan-kawan yang sudi membaca entri yang baru ini..

Coretan ini aku buat khas teman-teman aku yang tak berhenti-henti memberikan aku semangat.. Aku sangat menghargai sangat-sangat persahabatan bersama kalian.. Kita berjuang bersama.. Berkongsi masalah bersama.. Ada disaat diperlukan.. dan aku amat menyayangi kalian semua.. dan kedewasaan kita ini telah banyak mengajar kita erti kehidupan yang tiada akhirnya lagi... Tiada sedekit pun iri hati aku terhadap kalian..


Serius sekarang aku betul-betul rindukan diaorang nie... aku rindu nak gurau senda dengan diaorang nie.. haish...!!! lambat lagi ke cuti nie nak habis... huhuu.. tapi bila dah start belajar balik rasa nak cuti pulak.. hadui...!!! Tapi serius sangat best bila ada dengan diaorang nie.. macam dunia ni aku yang punya.. hahhaha..!!! Pada aku.. takde boyfriend/ pakwe pun tak pe.. sebab dah ada diaorang yang boleh buat aku happy selalu.. diaorang ni pun dah kekadang aku anggap macam pakwe aku sendiri.. hahahha..!!! Jangan salah faham pulak.. bukannya aku ni songsang.. tapi hubungan kiteorang rapat sehingga hubungan pakwe makwe pun kalah.. nak-nak aku dengan Suliha nie.. Memang sangat best bila aku dengan dia.. dia pun sorang yang sangat spoting dan cool jer.. tengok je muka baik-baik.. memang baik pun orangnya.. tapi bila dah berkawan dengan dia.. giler-giler dia pun keluar juga... sangat enjoy lah dengan dia.. buka cuti ni rasanya nak ajak dia pergi somewhere yang boleh kiteorang lepak bersama lagi.. semester hari tu jarang aku dengan dia dan semua orang.. satu sebab aku duduk luar.. dan satu sebab lagi aku banyak free.. jadi aku lebih selesa balik rumah.. semester yang bakal masuk nie, hehehe...!!! Boleh tahan padat juga jadualnye.. huhuhu... aku harap..aku mampu tok lakukan..huhuh..!!!



Kak Fatin
Dan aku tak lupa juga kat kakak yang hot stuff nie..huhuu...!! bagi aku dia sangat hot stuff.. mana tidaknya.. kemana saja dia berjalan kat cafe fakulti kiteorang ada saja kawan yang akan menegur dia.. huhuu..!! dan kakak ni sangat-sangat comel.. comel dari segalanya..hahhaa.. time dia dating dengan abang sayangnya pun sesekali aku ada juga menyibuk..huhuu.. biasalah sorang adik yang nakal memang suka kacau kakak dia tengah dating.. hahaha... dan akak tak kisah pun.. apatah lagi abang sayangnya.. tak kisah bila aku ada.. huhu...!!! diaorang sangat sweet bila bersama.. susah senang bersama.. susah untuk cari pasangan macam tue.. kalau aku nie...haish...!! entah bila aku akan jumpa insan macam tue.. still searching jejaka susah dan senang nie.. semua hadir bila dah senang jer.. tak best juga.. yang menyusahkan pun ada.. lagilah menyakitkan hati... hahhaha,... takde langsung yang balance nye.. dan aku boleh katakan.. belum masa lagi aku untuk hadapi semua tue walaupun aku dah tahu apa yang bakal berlakunya.. hahhaa... aku berharap sangat semester yang bakal masuk nie aku dapat manja-manja dan gedix-gedix dengan akak Fatin.. lama juga tak gedix-gedix dengan akak nie.. yelah semester  hari tu akak sibuk dengan study dia.. jadual sangat-sangat padat.. tu yang jarang kacau akak.. lagipun aku ni selalu sangat balik rumah.. jadi jarang utnuk spend time bersama-sama..huhuu..jangan risau.. semester ni ada ... akak masih lagi bersama aku.. hahhaa...!!! Takde siapa boleh ambil akak Fatin dari aku.. tu aku punya... hahhaha...!! Melampau sangat pun ada nie statement tue... hahhaa..!!!
kenangan di Titian Kasih Titiwangsa


waktu muda-muda

Suhaida...Hai...seorang kawan aku yang sangat sempoi...dan yang pasti dia sangat pandai.. memang telah dianugerahkan  otaknya cepat tangkap apa yang dia baca dan cepat faham.. Jeleznye aku dengan kawan aku yang sorang nie.. mana tidaknya.. dia mampu mengasingkan masalah peribadi dengan pelajaran.. dan dia juga mampu membahagikan masanya yang agak padat dan mempunyai masa juga untuk study... dan orangnya kadang-kadang aku tengok macam tak ada masalah.. huhuu.. tapi aku tahu dia banyak menyimpan.. itulah sifat yang aku kenal.. tapi seronok bila berkawan dengannya.. dia takut kalau aku tak sambung belajar.. sebab dia tak nak batch kami kekurangan.. maklumlah batch kami merupakan batch yang suam-suam kuku je ahlinya.. hahha.. boleh kira dengan jari..siap berlebih.. huhuhu.. dan dia juga pernah menjadi kawan yang mendengar masalah kawan-kawannya.. dan memberikan nasihat yang boleh diterima pakai... dia ni memang sangat ramai kenalan... so tak heran juga kalau pergi mana saja dia bertegur sapa.. orang berpangkat dalam badan beruniform nie.. tu yang tabik dengan dia sebab dia ada saja masa yang terluang.. orangnya kecik jer.. memang sangat lincah jer.. rasa rindu sangat dekat dia ni sebab dah sebulan tak berjumpa dengan dia.. last jumpa tulah time last paper kiteorang dan berjimba bersama-sama.. jadi sempat dia buat aksi-aksi wajah yang memelikkan.. tapi cukup spoting.. best kalau ambik gambar dia nie.. tak de nak malu-malu atau apa..huhuhu... bukan dia jelah.. semuanya memang tak tahu malu dnegan kamera.. hahhaa.. jadi lepas ni kalau aku bawak kamera jangan nak malu-malu dengan aku tau.. kalau boleh buat gaya ala model pun aku tak kisah.. lagi aku suka..hahhaha... dan aku tahu siapa yang suka buat gaya ala-ala model.. iaitu kak Zahidah...

Fuh...!!! nampak je orangnya macam malu-malu dan segan.. tapi sebenarnya seorang yang sangat-sangat aktif dan lincah juga.. sekeping je orangnya.. hahaha... Kak Zahidah selalu menjadi mangsa keadaan kami semua.. mana tidaknya kiteorang suka sakat-sakat dia sehingga dia geram dengan kami semua.. tapi kami semua buat macam tu bukannya apa.. hanya gurau-gurau.. dan semua tu dah kami anggap seperti keluarga kami sendiri.. macam adik beradik pun ada..huhuu..



Kadang-kadang terasa seperti tak nampak dunia lain  dah nie.. hanya nampak dengan diaorang  jer.. bila salah seorang dari kami tak ada, seperti ada kekurangan.. dan memang sangat terasa bila takde salah seorang.. dan yang biasanya yang tiada tu aku lah.. hahaha.. sebab aku banyak tak sama dengan diaorang... kelas kami agak berbeza.. diaorang dah lebih banyak kelas yang di ambil berbanding aku nie.. aku ni slow-slow jer.. tak nak rancak-rancak.. hahaha... tapi sesekali terasa juga bila tak sama dengan diaorang nie.. yelah.. rasa macam ketinggalan kat tangga bawah jer.. hahaha... tapi tak pelah aku akan cuba lakukan yang tebraik untuk berjaya bersama diaorang nie.. huhuu...

Dan seorang lagi yang aku rindukan.. nak kata rindu lebih-lebih takut disalah ertikan pulak.. hahaha.. maklumlah dia seorang jejaka yang satu kos dengan aku yang aku rapat.. tapi memang aku rindukan dia.. sebab kami banyak berkongsi kerja bersama-sama.. dan kalau aku dengan dia memang boleh kata macam musuh ketat..eh jap...!! musuh ketat ker???hahhaha.. takdelah.. kawan baik yang memang baik.. dia memang sangat baik dengan aku...dan memang baiklah... tak tahu nak di ertikan macam mana lagilah.. hai...!! tanpa dia nie.. ada je yang aku kurang.. kurang apanya.. kurang semangat nak cari sendiri.. suka minta tolong dia carikan.. then bila dah dapat.. konon-konon aku pulak yang mencarilah.. hahhaa...tapi tak boleh juga bergantung pada dia lagi dah.. nanti dia kata aku ambik kesempatan pulak.... aku kenal dia dari diploma tapi rapat bila degree.. Adli....!! Hai dengar nama pun dah nampak baik jer.. hahaha..!! baik ea.. a'a memang baik sangat sampai aku nak gaduh-gaduh dengan dia.. rasa tak puas hati dengan dia... tulah.. hai...

Susah macam nie.. sorang-sorang dah aku rindukan nie.. macam mana keadaan korang sekarang nie.. mesti hangat menyediakan kuih raya.. nanti kalau korang rajin datanglah kerumah aku yang nak kata jauh tak jauhlah dengan Shah Alam tue...huhuhu.. Kesempatan ni, aku tak tahulah korang ada baca ke tidaklah kan.. kihkih.. tapi aku nak ucapkan juga.. aku memang sangat-sangat rindukan kalian semua.. dan aku sayang sangat-sangat dengan korang semua nie.. korang semua nie buat aku untuk aku terus belajar... dan tanpa korang.. aku tak mampu untuk terus berdiri di sini... Suliha, Kak Fatin, Adli, Kak Zahidah dan Sue; korang nie memang sangat-sangat best... tak pernah buat aku down pun.. korang nie selalu je bagi semangat dan semangat dekat aku.. dan juga korang banyak nasihat aku dengan perkara-perkara yang baik.. dan segala teguran yang pernah korang berikan pada aku,. aku berterima kasih sangat-sangat.. aku berharap sangat-sangat persahabatan kita semua nie akan kekal selamanya.. dan nak ucap juga nie.. Selamat Hari Raya yer.. Maaf Zahir dan Batin.. Nie merupakan tahun pertama aku ucapkan ucapan raya buat korang.. nak bagi kad raya tak sempatlah sayang-sayangku semua.. lain tahun boleh tak??? hahhaha...dan apa tema raya tahun nie?? aku tahun nie..sama macam baju-baju tahun lepas.. bunga-bunga kecil gitu... dan raya pertama aku akan pakai baju warna biru.. sebab itu je yang dah siap.. yang lain baru nak tempah.. hahhaha....

Oklah buat semua yang membaca.. aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maafkan kesilapan selama aku buat blog nie.. jika ada kesalahan semua itu datang dari aku sendiri... dan segala yang baik itu datang dari ALLAH.. semoga raya tahun nie di sambut dengan penuh kemeriahan dan kebahagiaan...

Wednesday 8 August 2012

Koleksi kad raya zaman kanak-kanak

Salam Ramadhan buat semua..

semalam entah kenapa aku teringat kenangan lama aku di bulan puasa..perkara ni dah lama berlaku..adalah dekat 7 tahun yang lepas..dah berkarat sudah...zaman hingusan lagi tue..kalau dulu hanset memang dah ada..tapi agak terhad untuk di milik oleh setiap orang..kalau ada pun handset yang besar dan stock baling anjing punyalah..itu pun dikira handset paling berharga di kalangan budak-budak belasan tahun ketika itu..dan aku pula..??aku ada handset sendiri bila aku dah form 4...tu pun beli sendiri dengan duit gaji yang tak seberapa..eh,.. aku bukan nak cakap pasal handset..dah tersasar jauh pulak..
hehehe...

semalam aku geledah satu kotak khazanah aku... dan aku terjumpa khazanah yang agak lama ku simpannya.. dan masih seperti baru bila aku bukanya.. KAD RAYA dari KAWAN- KAWAN... bila aku baca satu per satu, ada yang sehingga sekarang masih berhubung dan ada juga terputus macam tue saja... baca setiap isi yang di tulis dalam kad tu aku tergelak sendiri..kihkih... macam rupanya zaman kanak-kanak aku..huhuhu.. agak lucu rupanya.. time tu aku memang sangat-sangat rajin menghantar kad raya pada orang bagi alamat rumah mereka pada aku... walhal tak kenal mana pun.. just ramai kenalan chatting.. aku hantar boleh tahan banyak adalah dalam 50 keping... dan yang dibalasnya tak banyak seperti yang di hantar.. tapi aku tak kisah.. sebab time tu aku memang sangat suka hantar kad raya.. ala, beli je kad yang murah-murah dalam 5keping - RM2.50 jer.. sekarang entah ada lagi ke tak... dan waktu tu juga pos tak mahal macam sekarang nie. dulu luar dari selangor 30sen dan dalam selangor hanya 20sen.. kalau sekarang nie.. sekali hantar 60sen.. kena fikir banyak kali jugaklah..hahhhaa...!!!!!


Proses menghantar kad raya aku pada kawan tak berhenti begitu saja sehingga aku tamat sekolah.. ingat lagi time aku keluar dari teknik dulu.. aku tak lupa kat diaorang.. kebetulan pulak, jiran aku merangkap kawan aku juga sekolah di teknik tu juga iaitu Baizura.. thanks pada dia sebab jadi postwoman untuk aku. aku minta dia bagi kad raya yang aku buat untuk budak-budak dorm aku yang dan kawan sekelas aku.. dan juga beberapa orang kakak yang sangat baik dengan aku waktu kat asrama dulu.. walaupun tak lama aku kat sekolah teknik tue.. banyak juga kenangan yang aku dari situ.. dan akan aku kenang sampai bila-bila kenangan bersama diaorang.. 

dan ada dua orang kawan sekolah menengah aku tak miss hantar kad raya pada aku.. aku memang rasa terhutang budi pada diaorang sebab tak miss hantar kad raya sejak aku form1.. iaitu Ramadevi yang kini ada di Rusia sambung medik tak silap aku.. dan juga kawan aku yang sangat lawa sekarang nie.. Saliah.. Tahun lepas jumpa Lia pun, dia ada bagi aku kad raya.. dia memang sangat rajin.. aku ni saja yang sngat malas sekarang nie.. lebih rajin hantar guna sms.. sesapa yang ada list number  contact.. aku akan hantar ucapan raya yang ringkas.. dan adakala copy je dari sesiapa yang dah hantar dulu dekat aku..


Sejak aku sambung diploma tahun 2008, aku memang tak ada hantar kad raya pada sesiapa lagi.. bukan aku dah lupa pada semua orang.. tapi alamat rumahnya tak dah.. entah mana hilangnya.. tapi tak beerti aku  lupakan diaorang semua.. huhuhu.. kenalan chatting yang lama dengan aku.. memang cukup banyak kenangan yang indah sewaktu aku taksub chatting.. sekarang ni dah tiada lagi.. hanya tinggal kenangan.. kawan-kawan sekolah pun aku tak lupa juga.. kalau aku masih duduk di rumah lama mungkin boleh juga aku hantar kad raya lalu pos.. tapi itulah sekarang nie jauh dari pekan Banting.. jadi agak payah sangat-sangat nak pos kepada kawan-kawan yang masih tak lupakan aku..(agaknya lah...!!!!)


Tuesday 7 August 2012

Spaghetti Bolognese ala Melayu

Salam Ramadhan untuk semua teman...

Hari ini aku telah masak satu hidangan yang cukup-cukup aku gemari... dan aku gilai..kihkih.. aku belajar ilmu dari mak aku yang tercinta.. dan sekarang kepakaran itu ada pada aku.. tengok tajuk dah tahu apa yang aku masakkan.. serius aku katakan.. aku memang amat mengilai masakan pasta-pasta nie.. tapi kena cara jugaklah yang masak tue.. bukan main hentam je masak.. sebab ada juga yang masak serius aku tak lalu nak makan.. sedap lagi kalau aku yang buat...huhuhu.. tapi makanan pasta di hotel-hotel bertaraf 5** nie memang super... sedap..walaupun ada yang tak boleh kena dengan lidah melayu nie..huhu...

meh aku bagi menu kuah spageti yang aku buat...huhuh...kalau tak sedap tak tahu yer...



Bahan yang digunakan untuk kuah:


Bawang merah
Bawang putih
Daging ayam/lembu hancur
Pes tomato
Cili giling
Sayur campur
Cendawan/kentang/ segala jenis sayur yang bersesuaian
Minyak masak/ minyak zaitun
Garam
Gula
Daun kering oregano
Spageti(bahan utama tue..nak guna lain pun boleh)

Cara membuat kuahnya:


  1. Tumbuk bawang merah dan bawang putih ssehingga lumat. 
  2. Panaskan minyak masak.
  3. Tumis bawang yang telah di tumbuk lumat. Lalu masukkan cili giling secukupnya.Jika nak pedas boleh letak banyak. Tumis sehingga naik bau.
  4. Masukkan daging hancur ke dalam kuali yang telah di tumis sehingga menampakkan daging tersebut telah mesra dengan bahan tumis.
  5. Beberapa minit kemudian masukkan pula pes tomato. Jika inginkan rasa kuah itu masam boleh di letakkan banyak. 
  6. Seterusnya tuangkan air secukupnya untuk masakkan daging tersebut.Dan jika inginkan kuah itu lebih banyak airnya, tuangkan air lebih banyak.
  7. Taburkan garam dna gula secukup rasa.
  8. Masukkan pula sayur campur, cendawan dan apa saja yang ingin di masukkan.
  9. Masak kuah tersebut sehingga daging itu masak. Dan kerapkan gaulnya dikhuatiri hangit di bawahnya.
  10. Masukkan daun kering oregano sehingga naik bau wangi daun tersebut. Dan gaul sehingga sebati.
  11. Sedia dihidangkan bersama spageti.
*Ia juga boleh digaulkan terus bersama spageti yang telah direbus. Selamat mencuba menu yang kerap sangat aku buat.. terima kasih..=)

18 Ramadhan

Salam Ramadhan buat kawan-kawan yang masih sudi membaca dan terus membaca.. Aku minta maaf jika berapa hari ni aku kurang update warna-warni.. tiada story yang best...eh..!! bukan tiada tapi tak tahu nak story macam mana..hehehe.. banyak story yang aku nak story kat sini.. tapi aku tak tahu nak story dan mulakan dari mana..hehhe.. ada yang sedih.. ada yang hepi... ada juga yang buat aku tergamam seketika.. dan ada juga perkara yang buat aku bengang.. senang cerita dalam masa beberapa hari ini aku merasakan badan aku seperti dipam-pam dengan masalah dan dugaan yang membuat aku lebih sabar dalam menghadapi setiap hari...

Pertama sekali aku nak cakap..aku rasa bangga dan bongkak sekejap.. sebab akhirnya aku dan adik berjaya mengubah kedudukan katil dan juga perabot yang ada dalam bilik kami.. kami menggunakan sebaik mungkin ruang yang sedikit lagi sempit dengan sebaik mungkin,.. dan aku sangat-snagat tak sangka rupanya barang-barang aku cukup banyak.. berkotak-kotak.. ni yang ada di rumah aku.. yang di ruamh sewa tak kira lagi.. haish....!!! aku sendiri tak sedar selama ni aku telah menyimpan pelbagai-bagai khazanah yang berkurun lamanya juga aku simpan.. tapi bila aku ingat balik.. rasanya dah banyak juga yang aku buang waktu habis sekolah dulu.. tapi masih banyak lagi..haishh...!! memang budak belajar tak pernah habis barang-barangnya.. macam manalah nanti bila aku dah ada rumah sendiri...mesti berkotak-kotak juga di rumah aku.. ish3..!! Bila dah ubah susun perabot dalam bilik nie.. sekali nampak macam sempit..tapi bila dah masuk baru tahu sempit atau luas bilik kami...huhuhu..dan bilik kami nampak lebih redup dan lebih santai..comfirm sapa yang masuk bilik tidur nie, hanya fikir nak tidur jer..huhuh..


Tentang result semester aku pulak.. yes..!!! Finally keluar juga...!! hahhaha...!!! seharian aku tak tidur selagi result tak keluar.. memang jadi kelawar aku dibuatnya malam tue.. tiap masa aku melihat email aku kot-kot dah masuk result.. mana tidaknya...ada senior-senior aku, result mereka dah dapat.. gemuruh aku dibuatnya.. aku memang tidak berharap untuk dekan.. tak minta lebih pun dari awal masuk semester hari tue.. sekadar buat aku lepas untuk aku terus bernafas dan terus berada di situ.. sudah memadai buatku... huhuhu.. sebab aku ada pasang hasrat jika semakin teruk result ku, aku akan give up.. perkara itu sentiasa bermain di fikiran aku selagi result tak keluar.. entah kenapa berfikiran negatif .. sepatutnya aku harus yakin dengan diri aku.. hhuhuhu.. hati aku waktu mula gelisah.. abah pun asyik tanya dah keluarkah resulttnya. yelah tengok anaknya tak tidur malam.. ayah mana tidak risau tentang anak dia kan.. lepas sahur.. ye...!!! 5.43 pagi... hahhaha.. aku click inbox email aku.. dan berharap masuk sudah result aku.. dan.... YA ALLAH...!!! walaupun masih tidak perolehi sesuatu yang membanggakan..aku masih harus bersyukur atas pemberian ini.. dan ia buat aku untuk terus bernafas.. Terima kasih pada ALLAH masih memberikan aku peluang untuk aku terus berjuang..Selepas ni, aku akan buat yang tebraik lagi dari yang sekarang.. dan sekarang baru aku boleh pasang target yang besar..yes...!!! lepas nie haris target 4.0.. tak nak lebih dari tue.. dan dengan semangat yang baru.. aku kini lebih yakin... tidak sangka.. semangat yang telah lama hilang.. ia kembali semula.. dan dia semakin berkobar-kobar.. terima kasih buat semangat yang telah pulang.. itu yang aku harapkan dan aku minta dari dulu.. kau telah hilang sebelum sempat untuk aku merasai alam baru.. dan kini kau kembali dengan membawa harapan baru buatku.. dan aku akan hargai sebaik mungkin.. dan aku berharap snagat janganlah kau pergi lagi.. takut aku saat kau hilang dari hidupku... hilang dirimu, hilang segala kemampuan aku untuk terus bertahan...hanya berbakikan sisa tak cukup buatku.. aku ingin semuanya... dan dengarlah itu bukan menghalang aku...yakinkanlah aku... ye...!!!!


Mencari jadual yang terbaik..dan sentiasa pening buat aku setiap semester... aku kena kerja keras buka semester nie.. aku kena ambik juga apa yang dah aku tinggal hari tue.. aku tak boleh berpatah balik dan aku harus yakin dengan kemampuan aku.. kerana semua itu datang dari diri aku sendiri.. dan aku kena yakin yang aku tak perlu bergantung pada sesiapa lagi.. aku harus sendirian untuk lalui semua itu.. untuk apa mengikut jika tak sehaluan.. lebih baik sendiri.. kita yang merancang semuanya.. kerjayaan kita..kita yang ciptanya sendiri tanpa usaha kita.. semester yang bakal masuk nie.. aku harus cuba ambil juga 22jam kredit.. tak kira macam mana pun.. aku harus cuba juga untuk tarik satu lagi subjek tue.. jika tidak aku akan ketinggalan lebih jauh.. tak boleh jadi macam tue.. payah semuanya nanti.. aku nak juga cepat tamat... kalau mampu tok aku habiskan segara.. akan aku cuba lakukan.. dan aku akan ikut segala nasihat abah.. sumber inspirasi aku untuk terus belajar.. tanpa abah.. aku tak sekuat ini untuk meneruskan perjuangan..terima kasih abah sebab masih menasihati anakmu.. tak putus asa dalam membimbinga anakmu untuk terus berjaya.. anakmu akan ikut segala rentak yang telah abah berikan ini.. dan anakmu akan hargai segalanya.. terima kasih untuk semuanya.. anakmu begitu sayangkanmu..LOVE YOU SO MUCH...muah..muah...!!!!


Aku terpaksa ambil kedua-kedua semester.. dan ada juga terselit jadual semester 1.. hehehe.. tok subjek yang aku penrah failed sekali tue.. aku kena ambil juga semester yang bakal masuk nie.. kalaulah boleh ambik lebih dari 23 kan bagus.. ambil 27 ke terus..cepat sikit habis.. hahhaa.. melampau sangat aku nie.. kihkih.. aku akan cuba tarik satu subjek semester 4 untuk masuk ke dalam jadual aku.. aku tak nak terlalu lapang sehingga mampu melalaikan aku.. biarlah aku sibuk supaya aku tiada masa untuk smabil lewa lagi.. biar aku lebih fokus pada masa depan aku nie.. keran aku yakin.. aku mampu untuk lakukan sebenarnya.. huhuhu...


Bila masuk semester baru ni.. aku dan ahli-ahli rumah sewa aku berpindah ke rumah baru.. masih orang yang sama seperti rumah sewa sebelum nie.. tiada yang berubah pun.. yang berubah hanya ahli dlaam bilik nye sahaja yang berubah..huhuhu.. macam aku.. masih lagi sama dengan kak fatin dan along... wait...!!! Along??? hahhaha.. dia tak jadi pindah ke Puncak Alam lagi.. di masih ada di Shah Alam nie.. hehhee.. So ahli rumah kami menjadi 7 orang.. dan bilik kami yang paling ramai penghuninya.. hahhaha... sebenarnya agak tak selesa.. mana tidaknya 4orang dalam satu bilik.. aku pernah rasakan semua itu.. huhuhu.. agak padat jugaklah.. dan ada juga ahli rumah aku duduk bilik seorang dan katanya dia akan membayar lebih sewanya.. tapi bila difikirkan semula.. ada yang seperti tidak adil di sini.. buat masa ni, aku tak mampu untuk suarakan smeuanya lagi.. sebab masing-masing masih jauh.. semua ini hanya boleh di bincang bila di depan mata.. dan aku ada juga hasrat untuk mencari rumah lain.. untuk keselesaan aku juga.. aku bukan tak senang dengan diaorang.. diaorang ni ok.. dan aku suka berkawan dengan mereka.. walaupun kami berlainan kos.. tapi seronok..walaupun ada juga banyak perkara yang manjadi masalah.. aku ni kerap balik rumah.. tapi tak beerti aku tak pelru tahu hal rumah sewa tue... aku juga bayar duit sewa.. dan aku berharap sangat.. jangan menganggap aku tidak kisah.. aku sebenarnya amat kisah tentang semua tue.. cuma aku banyak diamkan diri sahaja.. aku sekarang ni hanya mampu berdoa  jika ada jalan yang lain untuk aku selesaikan kekusutan ini... harap semua ini mampu diselasaikan dnegan secepat mungkin...=)

Baiklah aku rasa dah banyak aku taip untuk sesi ini,.. aku berhenti dahulu.. jika ada salah silap aku minta maaf.. aku ni kurang baca balik apa yang sudah aku taip..harap dapat dimaafkan... segala yang baik datang dari ALLAH S.W.T dan yang buruk nya datang dari diri aku sendiri.. Selamat berpuasa....!!!



Sunday 5 August 2012

Berbuka di Petaling Jaya

Salam Ramadhan Semua ...

Jumaat baru ini aku dan keluarga berbuka di luar lagi.. untuk bulan Ramadhan tahun ni, dah 2kali keluarga berbuka di luar.. Tempat Kerja mak aku yang buat.. Kali ini mereka buat seperti kenduri.. Sebelum ni kami makan di hotel yang mewah dan kali ini pula berkonsepkan kenduri kendara... Makan yang lebih simple berbanding di hotel mewah tu.. dan kuantiti yang hadir lebih ramai daripada di hotel hari tue.. Department mak bekerja ni memang ramai anggota nya.. lebih 400 orang katanya. Jadi tak mustahil jika buat berbuka puasa di luar ramai yang hadir. Termasuk anak-anak merak lagi.. jadi ramailah.. Cukup meriah aku lihat majlis berbuka puasa tue.. Dan makanan pun habis. Berkat tue,. Yang penting aku suka sangat sambal tempoyak dia.. cuma yang sayangnya time tu ulam yang aku amat minati tiada.. jadi aku makan tempoyak dengan sayur kobis..pun sedap juga.. tapi lagi depa jika ada kacang botol..nyum...~ sedapnya.. terliur pulak aku dibuatnya.. hehhehe..
okeylah aku ucapkan selamat berpuasa..tinggal lagi 2minggu untuk kita meninggalkan Ramadhan.. Bagaimanakah amalan di bulan puasa kalian?? Selamat beramal... =)

Saturday 4 August 2012

Facebook


Salam Ramadhan semua..
dalam kita tak sedar dah 15 hari sudah kita berpuasa..
dan semalam aku melihat bulan begitu cantik..
bulan penuh.. dan aku bersyukur ALLAH masih memberikan aku peluang untuk terus hidup..
bagaimana puasa semua orang? pasti baik-baik hendaknya..
aku pun menjalani ibadah puasa seperti biasa..
seperti tahun-tahun sebelum nie juga..
dan juga hati aku lebih tenang dalam menghadapi hari-hari yang datang..
huhuhu..
cuma kali ini..aku lebih banyak menghabiskan masa aku di depan muka buka..
agak tidak baik sebenarnya..
tapi itulah kemalasan aku..
aku lebih banyak di muka buka berbanding melakukan perkara lain..
aku harus kurangkan aktiviti ber muka buku ini dnegan aktiviti yang lebih berfaedah..
Insyallah..
Baiklah Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa.. =)

Thursday 2 August 2012

post ke 300 |>_<"|

Salam Ramadhan buat semua kawan aku yang rajin tengok warna-warni aku tak seberapa nie.. terima kasih menjadi teman setia yer..kihkih...

post nie tiada apa pun.. just nak bagitahu yang ini merupakan post aku yang ke 300 untuk 3tahun aku bersama blogger nie.. bila aku geledah semula apa yang pernah postkan di dalam warna-warni nie boleh tergelak sendiri.. tapi itulah yang di namakan kehidupan.. walaupun tak keseluruhan yang aku ceritakan siapa aku.. huhu..

marahkan orang.. rindukan orang.. sayang kan orang.. cinta tak sampailah.. kucing matilah.. segalanya yang pernah aku tulis dalam nie.. ada juga bila aku baca semula.. buat aku tersentuh... mungkin sebab aku luahkan dengan sepenuh hati aku...

dan hidup aku sekarang nie lebih kepada simple... bangun tidur..mengadap laptop..tengok tv..masak.. tu jelah kerja aku sekarang.. memikirkan masa depan takde dalam kotak fikiran aku lagi.. mungkin kerana perkara yang baru terjadi nie.. yelah.. usia masih muda.. banyak lagi yang haris di kejarkan.. sedangkan aku.. tak tahu apa yang aku harapkan kini.. kalau dulu banyak je perancangan aku.. tapi sekarang.....~ blank...

apa yang ada depan mata aku..itu yang aku akan hadapinya... untuk melibatkan hati dalam sebarang penyelewengan perasaan diharap tidak berulang lagi....penyelewengan tu... kihkihkih... segala yang telah diluahkan dapat menjadikan aku lebih tenang dikemudian hari.. untuk terus berharap...tidaklah..~

jadi sekarang nie... love make me perfect...kihkih... tapi siapa lover aku? mestilah abah dan mak..=)

samsons_masih mencintainya

Aku... masih mencintainya
Masih menyayanginya
Meski telah ada kamu
Aku masih ingin memilikinya
Masih mendekapnya
Meski telah ada kamu
Kekasihmu
Oh maafkanlah aku
Bukan ku tak mencintaimu
Tetapi hati berkata berbeda
Oh ampunilah aku
Ku tak bisa mencintaimu
Sepenuh hatiku lagi
Aku masih ingin memeluknya
Masih ingin menciumnya
Meski telah ada kamu
Kekasihku
Oh... maafkanlah aku
Bukan ku tak mencintaimu
Tetapi hati berkata berbeda
Oh.... ampunilah aku
Ku tak bisa mencintaimu
Sepenuh hatiku lagi