Thursday 26 December 2013

Give me a time


               السلام عليكم و رحمة الله و بركاته  

Long time I'm not visit my warna-warni... and I'm really sorry who those follow my blog.. I doesn't enough times to update my new stuff.. hehehe.. So for a while, I try to change my page to new design.. So, until now it not complete yet.. So, to all my friends.. I need a lot time.... hahaha... let's me finish with my Exam. It will be start 3rd January 2014 until 15 January 2014.. and after that i will came back with new stuff.. a lot of story I want share with you all... A lot... about everything... so, i stop here first.. see you again soon...

Sunday 3 November 2013

Singgah kejap jer

                     السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 



Setelah sekian lama dan memang agak lama juga aku tak update warna-warni atas sebab-sebab yang tak dapat nak dielakkan.. hahhaha
tak adalah sekarang nie aku sibuk dnegan proposal.. jadi semester ini aku agak sibuk.. walaupun subjek yang aku tak seberat semester lepas..hahaha... nanti bila aku punyai kelapangan yang panjang akan aku type sebanyak yang boleh.. cuma bukan sekarang ini la.. maafkan aku..
salam....

Wednesday 28 August 2013

bercuti di Port Dickson...


                   السلام عليكم و رحمة الله و بركاته








Tuesday 27 August 2013

Membantu Kawan Sekolah Lama...


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Minggu lepas, kawan aku sorang nie purpose aku untuk tolong dia membuat kerja.. Kebetulan pula, aku cuti ni memang tak ada kerja yang nak dibuatnya.. Bukannya takde kerja langsung yer..huhuhu.. Ada tu memang ada macam memasak..kemas rumah..basuh baju dan seumpama dengannya..hahhaa...(budak rajin jer yang buat...)

Mula-mula bila kawan aku email kan artikel yang aku kena edit kan tue.. aku fikir sepuluh kali jugaklah.. nak buat ke tidak.. mana tidaknya.. kena edit cerita-cerita sahabat Rasulullah s.a.w.. Tak boleh sebarangan nak edit.. Ayatnya juga kenalah cantik dan sedap didengari... Tapi aku terima sebagai cabaran buat aku.. walaupun copy dan edit-edit saja..hahhaa...bayangkanlah daripada 55 pages harus jadi dalam 17 pages sahaja.. setiap cerita satu page atau kurang daripada itu.. agak mencabarlah.. Aku kena bijak memilih cerita yang menarik dan meringkas cerita-ceritanya..hahahha....

Dalam masa seminggu kawan aku berikan tugas tue.. dan Alhamdulillah aku dapat juga selesaikannya.. tuakr-tukar sikit jer pun.. dan berbaloi dengan ganjaran yang kawan aku berikan.. kira oklah jugak..ingat senang ke orang nak bagi duit kalau tak buat kerja.. terima kasih pada kawan aku sorang nie.. kalau lepas nie ada job edit-edit cerita bagilah dekat aku ya...hahhaa

Sempat jugak kawan aku tawarkan untuk buat cerita sendiri.. Memang hajat di hati nak sangat buat novel tentang kehidupan aku sendiri.. tapi bukanlah sekarang.. suatu hari nanti pasti akan aku buat juga.. dan segala isinya aku akan dapat dari blog aku sendiri..huhuhu...

Selamanya 'Mafia Crew'


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


'Mafia Crew'

Aku tidak perlu  fikirkan lagi untuk mencari agar jadikan sahabat sejatiku.. cukuplah mereka menjadi sahabat aku sehingga akhirnya.. Walaupun bukan 24jam kami bersama.. tapi pasti saja kerinduan untuk kami bersama pasti wujud.. Bukan mudah untuk aku mencari sahabat yang cukup baik... Sehingga kini, hanya mereka sahaja yang paling terbaik buatku.. Walaupun kami tidak duduk sebumbung bersama.. Mungkin ada hikamah juga begitu.. Apatah lagi belajar bersama.. pastilah tak sama.. dengan aliran kami yang cukup berbeza.. itu bukan menghalang kami untuk berjauhan..huhuhu.. still dekat di hati..hehee...

Sepayah mana untuk kami bertemu bersama.. Kami akan cuba yang terbaik untuk berjumpa juga.. walaupun tak ramai..tapi kami juga yang terbaik...

Selagi masih kami masih bujang, selagi itu kami masih punya peluang untuk terus bersama.. bergembira bersama.. bila salah seorang dari kami melangkah ke peringkat seterusnya pasti akan rasa kekurangan.. Sebab itu, aku ingin merancang satu percutian antara kami berempat.. percutian yang membuatkan kami semua akan kenang sampai akhirnya.. hanya tunggu aku tamat belajar jer nie..

Aku harapkan percutian yang aku rancangkan nie akan membuahkan hasil yang sangat baik..itu yang aku harapkan sangat-sangat...usia kami pun semakin meningkat...pasti ada saja yang bakal berlaku tanpa kami sedar... sebelum terlambat.. ingin sekali kita semua bercuti di tempat yang sangat menarik.. habiskan masa bersama.. berseronok bersama... mungkin bercuti di pulau-pulau.. atau di gunung ganang kah..atau di hutan-hutan menanrik...atau mungkin di hotel-hotel yang cukup indah...hahahha.. hanya untuk kite berempat sahaja.. tiada yang lain...kerana aku inginkan percutian yang cukup menarik buat 'mafia crew' kita ini...

Aku berharap sangat segala rancangan aku ini akan berjalan dnegan baiknya..huhuh...aku kena rancang daripada sekarang..walaupun ia masih terlalu awal..tak apa.. perancangan yang awal perlu ada agar tidak kelam kabut dikemudian hari,..

In sha Allah...

p/s: my dearest 'mafia crew'...ketua..anak-anak buah..PA di sini ingin merancangkan suatu percutian yang cukup menarik untuk kite berempat,..mungkin ini menjadi percutian yang terbaik buat kita sebelum masing-masing melangkah ke suatu fasa yang lebih matang..in sha allah.. =)


Jaga-Jaga dengan Kata-katamu

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Selamat Hari Raya Aidilfitri lagi...hehhee.. masiha da kesempatan lagi untuk aku ucapankan lagi.. terima kasih kepada yang rajin sangat nak baca entry aku nie yang tak sebeerapa indah lagi erm...entahlah.. hahahha...

Merujuk pada tajuk yang cukup buat aku interesting untuk menulisnya adalah aku nak katakan pada sesiapa yang tak rasa mulut dia mampu dikawal dnegan baiknya.. Adakala kita terlupa bahawa mulut kita ini begitu pedas sehingga mampu melukan hati seseorang... Dalam sedar atau pun tidak sedar...

Di atas teguran yang membina dan menyedarkan seseorang itu bagus juga memberikan kata-kata yang tajam agar seseorang itu lebih sedar dengan apa yang telah dia lakukan.. tapi untuk mengata atau mengutuk sesuatu yang kita tak nampak apatah lagi lalui..cukuplah sekadar melihat dan ucapankan kata-kata kasihan.. bukannya memperlekehkan lagi seseorang itu... Janganlah rasa diri sendiri itu cukup hebat untuk mengata orang lain...

Setiap yang Allah jadikan tiada yang sempurna.. Setiap manusia tidak sama jalan cerita hidupnya.. mungkin pada yang suka-suka mengata pada seseorang yang sedang lalui hari-hari yang sukar, dia tak pernah lalui apa yang sedang orang itu lalui.. Oleh itu, untuk apa kita ingin mengatakan dengan lebih dasyat? 

Apakah dikau sedar bahawa apa yang dilaluinya itu hanyalah suka-suka? Bagaimana jika kamu di tempatnya.. Tapi adakah kamu menyedari semua itu? Oleh itu, tidak heran mengapa hidupmu tidak aman.. Dek kerana kamu sering melihat kekurangannya..Menghina kekurangannya..Bukannya membantunya untuk perbetulkan segalanya..

Itulah manusia yang Allah jadikan.. Ada yang mampu menjaga kata-katanya sehingga sedikit pun tidak mampu mengeluarkan kata yang mampu menguriskan hati seseorang.. Tapi ada juga insan yang tidak sedikit pun memikirkan semua itu.. Malah, menghentam insan tersebut dengan kata-kata yang cukup pedas.. Sehingga insan yang malang itu terasa hidupnya tiada guna lagi..Jadi sedarlah jangan pernah rasa riak akan kesenanganmu...

Di berikan pendidikan yang baik oleh ibu bapamu, gunakanlah dengan sebaiknya.. Mengejar impian ke menara gading dengan seguling sijil yang tinggi.. Bukannya pengakhirannya adalah dengan melihat insan yang sedang kesusahan hihentam dengan hebat.. Sebaik-baik insan adalah insan yang kesihan melihat kesusahan seseorang.. Bukannya menghina kepayahannya lagi...

Ingatlah bukan semua yang dirasai pasti selamanya berada di atas... Ingatlah kita pasti berada di bawah suatu ketika nanti jika dirimu terus menyalahkan seseorang itu tanpa usul periksa dari awal... Lihat dahulu dari mana punca segalanya.. Bukannya menghukumnya dengan mudha sekali...

Ingatlah,...ingatan itu aku tujukan buat diriku sendiri..dek kerana aku takutkan suatu hari nanti aku jadi seperti golongan seperti ini...Bebicara dengan baik sekali..

Thursday 22 August 2013

Humaira Penyeri Encik Hata Sekeluarga



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Lama tak aku update memandang sibuk dnegan urusan duniawi.. Raya AidilFitri pun dah lepas.. Sejak umur smeakin meningkat keseronokkan menyambutnya dalam keserdehanaan sahaja.. tapi syukur Alhamdulillah segalanya baik-baik sahaja walaupun tak berjalan ke mana.. Tahun nie merupakan tahun pertama kakak ipar aku beraya bersama kami.. dan sewaktu 1Syawal 1434 hijrah.. Kakak iapar aku masih sarat mengandung.. Bakal dilahirkan tidak lama lagi.. Risau juga dalam kesibukkan kami beraya tetiba akak ipar nak bersalinkan.. tapi alhamdulillah dapat juga akak ipar beraya bersama-sama kami.. Tak banyak pun kenangan yang dapat kami ambil bersama-sama.heheh.. dan aku rasa aku dah postkan sebelum nie gambar-gamar yang dapat di jadikan kenangan..hehhee...

Pada 17.08.2013...

Humaira


tarikh yang takkan dapat dilupakan oleh kakak ipar aku bersama abang aku...hehhee.. Pada hari itu... Lahirlah waris seterusnya Cikgu Hata...hahhahaha... tepat jam 12.48 tengah hari.. dengan berat 2,7 kg selamat dilahirkan Humaira ke dunia.. Akak ipar syukur alhamdulillah dapat bersalin dengan normal dan ditemani oleh suami tercinta, abang aku.. Syukur Alhamdulillah akhirnya aku menjadi makcik juga.. hehehhe... kenangan yang tak dapat aku lupakan.. nurse membawa keluar sekejap Humaira untuk kami sekeluarga melihatnya.. Ya Allah.. besar sungguh kuasa tuhan.. Apabila melihatnya, dia sedikit pun tidak menangis.. Malah matanya yang bulat telah melihat sekeliling dan aku melihatnya dengan penuh kesayuan.. Ya Allah bersyukur pada Illahi kerana telah menyelamatkan anak saudaraku Humaira serta ibunya.. 

Wajah yang cukup comel.

Pipinya kemerah-merahan membuatkan adik aku, memberikan cadangan kepada mak dan abang aku untuk diberikan nama Humaira.. Ambil masa juga untuk abang aku dan Kakak ipar fikirkan untuk diberikan nama yang sesuai sehinggalah mereka setuju untuk memberikan nama Humaira kepada anak pertama mereka dan juga merupakan cucu pertama dalam keluarga kami...Syukur pada Allah banyak-banyak...

Humaira bersama ayahndanya

Pertama kali aku melihat bayi yang baru sahaja dilahirkan.. dan pertama kali juga aku memegangnya.. Pernah juga aku melihatnya pada usiaku 7tahun iaitu ketika adikku dilahirkan ke dunia.. tapi sepertikan aku tidak ingat bagaimana situasinya ketika itu..hehhee.. 

Sehingga hari ini, aku dah tak dapat berjumpa dengannya..Rindu rasanya pada Humaira... Seindah namanya.. Semoga dia menjadi seperti namanya.. dan menjadi anak yang solehah serta membahagiakan kedua ibu bapanya.. In Sha Allah.. kat sini aku letakkan beberapa keping gambar Humaira ketika baru di lahirkan...


pertama kali pegang nie..seram-seran sejuk jugak..

Humaira di pangkuan wan tercinta

Abah dan Emak bersama cucu pertama mereka, Humaira

Tuesday 20 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri



















Kata-kata yang cukup bermakna..

Kiamat menurut Agama Islam di tandai dengan:

  •  Kemunculan Imam Mahdi
  •  Kemunculan Dajjal
  •  Turunnya Nabi Isa (AS) 
  •  Kemunculan Yakjuj dan Makjuj
  •  Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
  •  Pintu pengampunan akan ditutup
  •  Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
  •  Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
  •  Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan
  •  Pemusnahan/runtuhnya Kabah
  •  Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
  •  Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan
  •  Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:


"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"
Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x.


Allah berfirman :


 "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu".


Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat. Kerugian meninggalkn solat:


Subuh:
Cahaya wajah akan pudar.


Zuhur:
Berkat pendapatan akan hilang.


Asar:
Kesihatan mulai terganggu.


Maghrib:
Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti.


Isya': 
Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan.
Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama
Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat)

Nasihat Kubur: 

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI. ..
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca  AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2  yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,  bebaskan rendaman itu dgn PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.
Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.

Syaitan berbisik;


"SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...


Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda .

Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan

Ø Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan 
2. Keangkuhan
3. Dendam

Ø Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan 
2. Keikhlasan 
3. Kejujuran

Ø Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang 
2. Cinta 
3. Kebaikan

Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan 
2. Kejayaan
3. Mimpi

Ø Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen 
2. Ketulusan 
3. Kerja keras

Ø Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad 
2. Kemahuan 
3. Fokus

Ø Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki 
2. Umur
3. Jodoh

TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua 
2. Sakit 
3. Kematian.



Ya اللّه , sahabatku yg membaca ini adalah sahabat yg soleh dan solehah, kuat, sabar,


 pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia 

meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya.... 

Friday 2 August 2013

Akhirnya Aku memiliki juga...

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته




tercapai jugak untuk aku memiliki novel 'Hanya Kerana Cinta'... walaupun dai second hand okey lah macam tue daripada tak dapat kan.. sebab aku dah lama sangat mencari.. Seperti yang aku ceritakan sebelum nie yang aku pernah memilikinya sebelum ni.. huhuhu.. dan sekarang nie aku bersyukur aku telah memilikinya kembali..huhuhu... Aku ni bukanlah suka sangat baca novel... Zaman-zaman remaja dulu minat lah baca... dan aku pun tak pernah simpan koleksi novel pun...okeylah nanti aku story lagi yer...

Wednesday 24 July 2013

Sedang mencari Novel

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Aku sekarang nie tengah mencari novel yang bertajuk Hanya kerana Cinta... Novelis Norhayati Berahim.. Novel ni cukup bermakna buat aku.. Dulu aku penrah memilikinya tapi.. hahahha.. panjang ceritanya.. kahkahkah.. jadi aku ingin mencari sesiapa yang ingin menjualkan novel tu kepada aku.. novel tu diterbitkan pada tahun 2005.. dah lama cerita tue.. dan aku waktu memang tengah gila akan novel.. tidaklah sekarang yea...hope ada sesiapa boleh tolong aku..

ni muka depan novel tersebut:

credit from: mudah.my

Aku Mengaku Tak Pandai

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Nak dibandingkan dengan orang lain yang kat luar sana sana sana dan sana nun tue.. Aku terasa kecil sangat-sangat...Mana tidaknya.. Bila aku baca blog yang hot hot nie memang sangat superb dan sangat-sangat dan tersangat best terutama sekali bila mereka menggunakan fully english when writing their entry.. Sedar diri ini tak sehebat mereka hanya mamapu menaip dalam bahasa melayu dan adakala menjadi 'manglish' sangat tak bagus macam tue.. huhuh...

Jadi aku tak heran bila follower mereka ramai dan mendapat feedback yang baik dari follower dia.. Jika nak dibandingkan dengan aku yang hanya... hahahha.. tak rela nak cakap apa dah.. setiap orang ada kelebihan dan kelemahan nya.. Aku menerima segala kelemahan aku.. dan aku jadikan dia sebagai cabaran bagiku.. Kekadang tue aku takut nak menggunakan bahasa kedua.. kerana aku takutkan apa yang aku buat tu salah,..huhuhu.. Sedangkan dalam berbahasa Malaysia pun aku mempunyai kelemahan.. Macam mana tue? huhuh... 

Oleh itu, adik-adik sekalian rajin-rajinlah membaca buku dari kecil. Sesiapa yang suka membaca novel itu bagus sebab itu salah satu cara untuk mereka melihat cara penulisan yang baik.. Tidak seperti aku, aku tak suka baa novel.. Sebab bagi aku jalan ceritanya pasti sama sahaja.. Aku minat novel bahasa Inggeris tapi itulah masalah bahasa pula.. aku ni lemah nak buka kamus-kamus yang sebenarnya berguna bagi kita.. kihkih.. 

Tuesday 23 July 2013

Kegiatan Menyelongkar Bermula


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hahahhaha... Entah kenapa baru sekarang aku rajin nak explore folder yang dah berkurun aku simpan.. kes ambil dari kawan-kawan. bukan di tengok semua pun..huhuhu.. terima kasih kawan-kawan yang pernah berikan aku wallpaper yang bermacam-macam.. tak tahu pulak rupanya banyak yang sangat comel-comel. sukanya.. huhuhu...

okeylah ni antara yang sempat aku edit sikit bagi nampak lagi cantik.. huhuhu...








Siapakah anda?

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

credit by : hoba anime

Buat Muslimah di luar sana..

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Semoga Hijab menjadi pakainmu
Semoga kesucian menjadi amalanmu
Semoga kesopanan menjadi perhiasanmu
Semoga Syurga menjadi tempatmu
Amin....


Nama Ainaliyana

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Dah lebih 10 tahun aku menggunakan nickname AINALIYANA.. yer.. 10 tahun.. agak lama aku menggunakan nama tersebut.. bukan aku tak bangga dengan nama yang mak abah berikan kepada aku.. tu hanyalah nickname aku.. bukan ada orang panggil aku dengan nama Ainaliyana tu pun.. kihkihkih,. kalau Aina tu comfirm lah adalah sebab tu sebahagian ndaripada nama penuh aku..huhu...

Entah aku tak ingat aku pernah post entry tentang nama 'nickname' aku ni atau tidak.. huhuhu.. Ianya tercetus sejak seorang kawan aku menggunakan panggilan nama yang berkaitan dengan Liyana juga.. Jadi pada waktu tu jugak aku inginkan juga sebuah nama panggilan yang mudah dikenali.. Aku gunakan nama tersebut ketika melayari laman sosial MIRC ketika tue.. tak silap aku 2002 selepas exam UPSR... awal tak awal aku terdedah dengan laman sosial nie.. sebab tu sekarang nie tak best kenal-kenal dengan orang dari laman sosial nie kerana rata-ratanya hanya ingin mengambil kesempatan..Jadi, takkan berjaya nak 'mencuba' aku nie.. sorry yeah...

Ainaliyana ini hanya akan dilihat di laman sosial aku.. seperti di Facebook, twitter, instagram dan juga blog... Aku juga menggunakan signature aku dengan nama nie juga. Mungkin sebab dah terbiasa sejak sekolah menengah lagi.. Jadi sehingga kini aku masih lagi menggunakan 'signature' Ainaliyana nie.. Jadi kedatangan aku di UiTM pasti akan nampak signature aku dengan nama Ainaliyana..

Walau bagaimanapun aku tetap bangga dengan nama aku iaitu Siti Ainatul Mardhiah Bt. Mohd Hata.. Ada orang kata nama aku panjang dan juga ada yang susah ingin menyebutnya.. Memang nama aku panjang aku tak nafikannya.. Abah cakap kenapa nama anak-anaknya panjang sebab anaknya tak ramai jadi abah dengan mak meletakkan nama kami panjang-panjang. kihkihkih.. So, kawan-kawan boleh panggil aku dengan nama yang berkaitan dengan nama aku dan juga membawa maksud yang baik.. Kita memang orang ini haruslah mempunyai makna bukan main sebut jer tanpa ada makna yang baik.. Jangan macam tue kawan-kawan.. ubahlah daripada sekarang ya.. Nama ini memainkan peranan sifat dan juga watak kita...

Ingat tu ye teman-teman.. Walaupun ia hanya nama panggilan.. kenalah dengan nama yang baik-baik yer.. baiklah jumpa lagi...

new create

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Seawal 2003 aku dah ada akaun yahoo mail sendiri.. Atas bantuan abah.. abah buatkan email tersebut...sehingga hari ni aku masih lagi menggunakan akaun tersebut untuk beberapa laman sosial termasuk kegunaan UiTM jugak.. tetapi.. setelah sepuluh tahun.. ok.. 10 Tahun... aku membuat akaun baru aku hampir sama dengan yang dahulu. cuma bezanya tahun dan juga bukan lagi yahoo mail tetapi gmail atau erti kata lain google mail.. huhuh..saja nak promote.. kehkehkeh...

awal remaja:
ainaliyana2003@yahoo.com

setelah 10tahun:
ainaliyana2013@gmail.com

Monday 22 July 2013

Ex-roomate diploma part 1 (kanak-kanak ribena)

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


me and ain

liya and ain

ain..suliha(kawan degree juga)..liya

aishah..me..liya..ain

me,,ain..liya

Erti sebuah berkawan


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Melihat anak kecil, seawal usianya 10 tahun telah sendirian tanpa teman rapat.Apatah lagi mempunyai seorang sahabat yang rapat dengannya. Bukanlah hidupnya kosong, tapi entah mengapa hidupnya sering kali di hurung akan kesedihan dalam bersahabat.Anak kecil kian dewasa bersama arus masa. Masih lagi mencari erti sebuah persahabatan. Erti kawan baginya umpama angin yang hanya datang singgah seketika dan hilang bersama rasanya. 

Terpisah daripada kawan-kawan yang mungkin mampu menjadi sahabatnya kelak hanya mimpi baginya. Belajar untuk terima sesuatu yang baru dengan harapan adalah yang terbaik buatnya. Alhamdulillah, anak kecil yang semakin remaja mempunyai sahabat ketika usianya seawal 14 tahun. Pencarian selama ini membuahkan hasil baginya. Lalu ia menjada persahabatannya dengan baik sekali. Segala dilakukan bersama. Berjalan bersama, cerita bersama segalanya kongsi bersama.

Usia semakin melonjak naik. Permikiran semakin matang. Anak remaja bermacam dengan ragamnya. Tapi persahabatannya masih lagi di jaga.. Walaupun terpisah dek kerana sahabatnya terpaksa mengikut kakaknya ke utara. Anak remaja ini mengisi kesunyian dengan teman sekolahnya dengan harapan tiada rasa kesedihan yang dirasakan. Persahabatan di sekolahnya juga berjalan dengan baik walaupun pada awalnya mendapat tangkapan yang buruk. Tapi bagi anak remaja itu masih tetap inginkan persahabatan itu, kerana dia yakin akan keputusannya. Biarlah dia kehilangan kawan yang hanya mampu membawanya ke arah entah di mana dia nanti pada masa akan datang.

Sahabat yang jauh sentiasa di ingatannya. Mengharapkan pulang agar dapat bersama kembali.2 tahun perpisah itu terjadi. Akhirnya sahabatnya pulang juga kepangkuannya. Bermacam-macam janji yang telah di janji untuk dilakukan bersama. tapi........

Semua itu akhirnya musnah dalam skelip mata.. hilang bagaikan debu di tiup bayu. Hatinya gugur tatkala persahabatan di musnahkan dengan begitu sahaja. Janji musnah begitu sahaja. Menangis tanpa fikirkan apa lagi.Hanya memikirkan apa salahnya sehingga sahabatnya meninggalkannya dan pergi begitu sahaja. Tapi anak remaja ini cuba juga menguatkan semangatnya dengan berdoa agar sahabatnya ubah fikirannya.. Tapi ternyata tiada perubahannya. Masih juga sama. Sakitnya usah dikatakan.. Hanya Allah sahaja tahu bagaimana sakitnya anak remaja itu rasakan. 

Masa berlalu. hampir setahun sudah berlalu selepas kejadian itu. Tapi anak remaja itu tidak lupa akan sahabatnya walaupun kini dia mempunyai sahabat yang lebih baik dan lebih ramai.. Cukup baginya mempunyai sahabat hanya 4 orang.. Itu pun setelah orang lain membuang mereka tanpa sebab lalu dia menerima dengan hati yang terbuka dan bersyukur mempunyai sahabat sebaik mereka. Tapi ingatannya masih teringatkan sahabat pertamanya. 

Adakalanya mereka pernah terserempak bersama. Tapi seperti tidak di kenali. Anak remaja ini tidak kuat untuk menegurnya. Bukanlah takut akan di marahi tetapi takut di buang sekali lagi.. Anak remaja ini hanya mampu berdoa akan kebahagiaannya. Sesekali anak remaja ini lalu di rumah keluarga sahabatnya walaupun dia tahu sahabatnya bukannya ada di situ.. Kakak ipar sahabat pernah menegur anak remaja itu dan memberitahunya bahawa sahabatnya akan berkahwin. Gembira hati anak remaja itu mendengarnya. Tapi dalam gembira itu ada dukanya. Mana tidaknya, mereka pernah berjanji bersama untuk menjadi pengapit bila sesiapa ingin mendirikan rumah tangga kelak. Tapi bagi anak remaja tersebut semua itu hanyalah angan-angan.. Dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan sahabatnya kekal ke akhirnya..

Setelah 5 tahun mereka hilang tanpa khabar berita. Anak remaja ini yang sudah melangkau usia dewasa dikejutkan dengan sesuatu berita. Berita yang dia sendiri tak menyangka. Sahabatnya yang telah lama hilang dan sudah berumah tangga kembali padanya. Begitu terkejut anak remaja itu mendapat tahu. Seperti mimpi di siang hari bila sahabatnya mencarinya semula di laman sosial facebook.

Pernah juga anak remaja ini mencari sahabatnya di facebook, friendster,myspace serta meminta bantuan sahabat satu sekolahnya untuk mencarinya dan pernah juga dapat tapi hampa. tiada respon apa. Oleh itu, anak remaja itu berputus asa untuk terus mencarinya lagi. Dan anak remaja itu redha bahawa jodoh mereka untuk terus bersahabat telah tiada lagi..

Tapi itulah Allah maha adil, sahabatnya kini kembali tapi tidak sama seperti dulu. Walaupun jaraknya tidak jauh untuk kembali berjumpa. tapi anak remaja ini masih takut untuk berdepan dengan sahabatnya. Bukannya anak remaja ini tidak rindukan sahabatnya.. Dia terlalu rindukan sahabatnya. tapi masa belum mampu menemukan mereka berdua dalam keadaan yang cukup gembira. 

Sahabatnya kini memounyai keluarga sendiri.. mempunya suami tatkala anak remaja ini masih lagi mengejar cita-citanya. Suatu hari nanti pasti mereka akan berjumpa dan akan bahagia serta gembira bersama tatkala berjumpa. Anak remaja sentiasa mendoakan sahabat-sahabatnya mempunyai kehidupan yang baik dna bahagia dengan apa yang dilakukan.. In Sha Allah..

12 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sedar tak sedar dah 12 hari kita menjalani ibadah puasa..cepat juga masa berlalu.. dan sedar tak sedar dah seminggu aku bercuti.. cepat-cepat..(cepatlah sangat...)... 

So, apakaha aktiviti kawan-kawan sepanjang puasa nie? heehehe.. selamat bekerja pada kawan-kawan yang mencari nafkah untuk dirinya dan keluarga.. dan selamat bercuti pada kawan-kawan yang tengah bercuti belajar.. dan juga selamat belajar pada kawan-kawan yang sedang belajar juga.. segala yang dilakukan semuanya niat keran Allah S.W.T.. in sha allah dengan izinNYA.. hehehe...

Seperti aku, cuti yang baru seminggu aku rasakan... seperti meng Qada' kan semula tidur-tidur aku yang tertangguh sepanjang musim exam hari tue.. hampir demam jugaklah.. Alhamdulillah tak lama demamnya.. Syukur pada Allah kerana memudahkan segalanya.. Cuma kadang-kadang mygrain jugaklah..huhuhu.. harapan awal semester dulu nak study awal.. tapi akhirnya last minute jugak belajarnya.. kehkehkeh... tulah dinamakan student last minute study..kihkihkih...

Tapi, tak ku lupa untuk hidangan berbuka puasa.. Alhamdulillah sepanjang berpuasa di rumah, semuanya di buat sendiri.. tidak pernah pergi ke bazar yang berdekatan atau jauh..huhuh.. maklumlah barangan basah sekarang nie agak mahal dan adakala di bazaar tu mereka mengambil kesempatan dengan menjual makanan dengan harga yang tinggi.. walhal rasanya tak seberapa... dan alhamdulillah sepanjang berpuasa nie.. apa yang aku inginkan segalanya tercapai juga.. kihkih...

Walaupun tak berapa tahu masak..(ceh..humble benor.. nampak penipuan di situ..)... mak dan abah juga ada membantu.. kihkihkih.. bantu ker? rasanya mereka lebih banyak membuat..huhuu.. macam abah memang pro dengan msakan sayurnya.. aku snediri tak tahu apa rahsianya.. bila tengok abah masak.. tiada rahsia pun.. sama jer macam orang lain masak.. itulah dikatakan air tangan abah.. mak pulak.. perh... rendang mak sangat sedap... rendang burung puyuh tue.. dan tadi pulak bebuka pulut kuning.. pulut kuning memang sangat sedap.. tak kan dapat kat tempat lain.. hahhaha.. nyum...~

Aku pulak? hahhaha.. dengan bangganya.. aku telah buat spagetti... hahahha.. bangga beno dengan spagetti tue.. hahaa.. mana tak bangganya.. aku sanggup balik ke banting semata-mata nak masak spagetti selepas exam Semiconductor.. dan esoknya pulak paper Non-Destructive testing..last paper.. kerana terlalu tension.. aku tekadkan diri juga untuk balik ke rumah dan minta abah belikan bahan-bahan untuk di buat spagetti.. kebetulan time tue nenek ada di rumah.. kihkih.. paper last tu memang aku cukup redha.. entah apa yang aku jawap bila aku fikirkan sekarang  nie..sob..sob..sob...

aku juga...hahhaha.. tercapai juga membuat kerapu 3rasa ditambah juga dnegan ikan mambong bakar.. nyum..~ semua tu hasil tangan aku yang tak seberapa nie.. kehkeh.. walaupun kurangnya tak seberapa.. tapi syukur alhamdulillah dapat mengurangkan kos dnegan membeli di bazaar yang tak yakin akan kebersihannya.. Bukan nak cakap tak bersih tapi aku tak yakin akan kesuciannya.. dengan masak sendiri lebih puas dan banyak pun banyak gaklah..heheh...

Dan tadi..buat pertama kalinya.. aku buat kuih buah melaka.. hahahaa.. yang ni memang failed bagiku.. kihkih.. mana  tidaknya isinya tebal sangat dan.... banyak sangat gula kabong.. hahahhaa.. terkejut tetiba makan manis nie.. hahahhaa... sepanjang puasa nie.. aku control gula... al-maklumlah my abah ajar kurangkan gula atas faktor kencing manis.. jadi anaknya sedikit sebanyak terikut...berbuka pun aku minum air limau suam yang masam..huhuhu.. manis-manis ni ditolak kalau boleh di rumah aku nie..huhuhu...

Jadi untuk puasa seterusnya di harap dapat dikurangkan apa yang patut di kurangkan.. kawan-kawan pun sama jugak ya.. huhuhuhu.. makan jangan sampai lupa diri.. di bulan Ramadhan ni janganlah sehingga berbazir makanannya.. syaitan tidak menghasut kita.. tapi nafsu kita nie..hati-hatilah.. bijak dalam berbelanja yer.. makan untuk keperluan bukan makan untuk keseronokkan.. ingat yer kawan-kawan..on the way up date lain entry pulak.. see you again.. love u all.. =)

selamat berpuasa teman-teman

Friday 19 July 2013

Saja nak luahkan..

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Tak ramai pun nak baca warna-warni aku nie.. kalau nak dibandingkan dengan blog orang lain yang lebih emnarik dan lebih tertarik.. kehkeh.. tapi cukuplah buat aku untuk meluahkan apa yang aku ingin luahkan.. dan pada siapa yang rajin membaca warn-warni aku ini adalah orang yang sebenarnya sayangkan aku.. serius.. sebab tuan empunya warna-warni ni pun tak larat nak baca balik apa yang dah dia type.. aku tak tipu nie..

aku juga sebenarnya sangat terkejut kalau ada yang suruh blog aku ni dijadikan novel.. hahhaahaha.. memang sangat mengarut tahap gaban lah.. thanks pada siapa yang sudi memberikan cadangan seperti itu kepada aku.. untuk masa ini aku amsih belum bersedia lagi untuk publishkan segala hasil karya aku yang tak seberapa ni menjadi novel.. hahha.. (kejap.. ada ke orang nak baca nurkilan yang tak seberapa nie..)

Oleh itu.. cukuplah sekadar di alam maya ni saja.. dan terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga pada sesiapa yang rajin membaca warna-warni aku nie.. huhu.. agak terharulah atas kesudian kalian mengambil sedikit masa anda untuk dibuangkan dengan membaca nurkilan aku tak begitu indah.. terima kasih banyak-banyak yer...

Aku minta maaf sebab aku tak serajin orang lain untuk selalu up-to-date ceritanya.. maklumlah.. belajar.. untuk membahagikan masa dengan menaip ini agak mengambil masa.. sebab bagi aku.. aku bukan jenis yang suka simpan dalam draft berkurun-kurun.. atau membiarkannya menjadi draft semata-mata.. minta maaf ya..

dan juga ada kalanya aku hanya memasukkan gambar-gambar sahaja..time tu hati nak menaip memang tiadalah,. cukuplah sekadar untuk melatakkan gambar sudah memadai..hehhehe...

berbalik pada kenapa aku menubuhkan warna-warni adalah kerana aku terpengaruh dengan cerita kayangan.. dan aku pernah menceritakan sebelum ini.. daripada cerita itu membuat aku berkobar-kobar untuk membuat blog dan akhirnya terhasillah warna-warni yang tak seberapa nie..


Pada awalnya aku mengambil nama warna-warni atas sebab theme yang aku pamerkan dalam blog ni lebih kepada warna-warni.. sampai tulisan pun berwarna-warni.. tapi semua tu tak lama.. maklumlah zaman remaja lagikan saat tue.. sehingga suatu ketika aku dah mula jemu.. jemu dengan warna-warni yang payah nak edit..hahhaa.. aku ni bukanlah rajin nak edit-edit bagai macam orang.. jadi pada sesiapa yang membaca nurkilan pada tahun 2010 dan 2011 ada yang tulisan tak nampak.. minta maaf ye teman-teman... sebab sebelum ni background warna-warni berwarna hitam..so tulisannya banyak berwarna putih...

akhir sekali, terima kasih sekali lagi sebab sudi singgah ya.. maaf tiada lagu di dalam blog nie.. bukan apa.. tak semua orang suka mendengarnya.. walaupun sebelum ni aku ada meletakkan dengan lagu-lagu intrunmental sahaja.. tapi kini tiada lagi.. hope semua masih lagi sudi menanti entry yang seterusnya yer..

sekian..

Addicted to Games Now

Dragon city

CaNdy Crush Saga