Tuesday 27 August 2013

Jaga-Jaga dengan Kata-katamu

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Selamat Hari Raya Aidilfitri lagi...hehhee.. masiha da kesempatan lagi untuk aku ucapankan lagi.. terima kasih kepada yang rajin sangat nak baca entry aku nie yang tak sebeerapa indah lagi erm...entahlah.. hahahha...

Merujuk pada tajuk yang cukup buat aku interesting untuk menulisnya adalah aku nak katakan pada sesiapa yang tak rasa mulut dia mampu dikawal dnegan baiknya.. Adakala kita terlupa bahawa mulut kita ini begitu pedas sehingga mampu melukan hati seseorang... Dalam sedar atau pun tidak sedar...

Di atas teguran yang membina dan menyedarkan seseorang itu bagus juga memberikan kata-kata yang tajam agar seseorang itu lebih sedar dengan apa yang telah dia lakukan.. tapi untuk mengata atau mengutuk sesuatu yang kita tak nampak apatah lagi lalui..cukuplah sekadar melihat dan ucapankan kata-kata kasihan.. bukannya memperlekehkan lagi seseorang itu... Janganlah rasa diri sendiri itu cukup hebat untuk mengata orang lain...

Setiap yang Allah jadikan tiada yang sempurna.. Setiap manusia tidak sama jalan cerita hidupnya.. mungkin pada yang suka-suka mengata pada seseorang yang sedang lalui hari-hari yang sukar, dia tak pernah lalui apa yang sedang orang itu lalui.. Oleh itu, untuk apa kita ingin mengatakan dengan lebih dasyat? 

Apakah dikau sedar bahawa apa yang dilaluinya itu hanyalah suka-suka? Bagaimana jika kamu di tempatnya.. Tapi adakah kamu menyedari semua itu? Oleh itu, tidak heran mengapa hidupmu tidak aman.. Dek kerana kamu sering melihat kekurangannya..Menghina kekurangannya..Bukannya membantunya untuk perbetulkan segalanya..

Itulah manusia yang Allah jadikan.. Ada yang mampu menjaga kata-katanya sehingga sedikit pun tidak mampu mengeluarkan kata yang mampu menguriskan hati seseorang.. Tapi ada juga insan yang tidak sedikit pun memikirkan semua itu.. Malah, menghentam insan tersebut dengan kata-kata yang cukup pedas.. Sehingga insan yang malang itu terasa hidupnya tiada guna lagi..Jadi sedarlah jangan pernah rasa riak akan kesenanganmu...

Di berikan pendidikan yang baik oleh ibu bapamu, gunakanlah dengan sebaiknya.. Mengejar impian ke menara gading dengan seguling sijil yang tinggi.. Bukannya pengakhirannya adalah dengan melihat insan yang sedang kesusahan hihentam dengan hebat.. Sebaik-baik insan adalah insan yang kesihan melihat kesusahan seseorang.. Bukannya menghina kepayahannya lagi...

Ingatlah bukan semua yang dirasai pasti selamanya berada di atas... Ingatlah kita pasti berada di bawah suatu ketika nanti jika dirimu terus menyalahkan seseorang itu tanpa usul periksa dari awal... Lihat dahulu dari mana punca segalanya.. Bukannya menghukumnya dengan mudha sekali...

Ingatlah,...ingatan itu aku tujukan buat diriku sendiri..dek kerana aku takutkan suatu hari nanti aku jadi seperti golongan seperti ini...Bebicara dengan baik sekali..

No comments: