Thursday, 22 August 2013

Humaira Penyeri Encik Hata Sekeluarga



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Lama tak aku update memandang sibuk dnegan urusan duniawi.. Raya AidilFitri pun dah lepas.. Sejak umur smeakin meningkat keseronokkan menyambutnya dalam keserdehanaan sahaja.. tapi syukur Alhamdulillah segalanya baik-baik sahaja walaupun tak berjalan ke mana.. Tahun nie merupakan tahun pertama kakak ipar aku beraya bersama kami.. dan sewaktu 1Syawal 1434 hijrah.. Kakak iapar aku masih sarat mengandung.. Bakal dilahirkan tidak lama lagi.. Risau juga dalam kesibukkan kami beraya tetiba akak ipar nak bersalinkan.. tapi alhamdulillah dapat juga akak ipar beraya bersama-sama kami.. Tak banyak pun kenangan yang dapat kami ambil bersama-sama.heheh.. dan aku rasa aku dah postkan sebelum nie gambar-gamar yang dapat di jadikan kenangan..hehhee...

Pada 17.08.2013...

Humaira


tarikh yang takkan dapat dilupakan oleh kakak ipar aku bersama abang aku...hehhee.. Pada hari itu... Lahirlah waris seterusnya Cikgu Hata...hahhahaha... tepat jam 12.48 tengah hari.. dengan berat 2,7 kg selamat dilahirkan Humaira ke dunia.. Akak ipar syukur alhamdulillah dapat bersalin dengan normal dan ditemani oleh suami tercinta, abang aku.. Syukur Alhamdulillah akhirnya aku menjadi makcik juga.. hehehhe... kenangan yang tak dapat aku lupakan.. nurse membawa keluar sekejap Humaira untuk kami sekeluarga melihatnya.. Ya Allah.. besar sungguh kuasa tuhan.. Apabila melihatnya, dia sedikit pun tidak menangis.. Malah matanya yang bulat telah melihat sekeliling dan aku melihatnya dengan penuh kesayuan.. Ya Allah bersyukur pada Illahi kerana telah menyelamatkan anak saudaraku Humaira serta ibunya.. 

Wajah yang cukup comel.

Pipinya kemerah-merahan membuatkan adik aku, memberikan cadangan kepada mak dan abang aku untuk diberikan nama Humaira.. Ambil masa juga untuk abang aku dan Kakak ipar fikirkan untuk diberikan nama yang sesuai sehinggalah mereka setuju untuk memberikan nama Humaira kepada anak pertama mereka dan juga merupakan cucu pertama dalam keluarga kami...Syukur pada Allah banyak-banyak...

Humaira bersama ayahndanya

Pertama kali aku melihat bayi yang baru sahaja dilahirkan.. dan pertama kali juga aku memegangnya.. Pernah juga aku melihatnya pada usiaku 7tahun iaitu ketika adikku dilahirkan ke dunia.. tapi sepertikan aku tidak ingat bagaimana situasinya ketika itu..hehhee.. 

Sehingga hari ini, aku dah tak dapat berjumpa dengannya..Rindu rasanya pada Humaira... Seindah namanya.. Semoga dia menjadi seperti namanya.. dan menjadi anak yang solehah serta membahagiakan kedua ibu bapanya.. In Sha Allah.. kat sini aku letakkan beberapa keping gambar Humaira ketika baru di lahirkan...


pertama kali pegang nie..seram-seran sejuk jugak..

Humaira di pangkuan wan tercinta

Abah dan Emak bersama cucu pertama mereka, Humaira

No comments: