السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Minggu lepas, kawan aku sorang nie purpose aku untuk tolong dia membuat kerja.. Kebetulan pula, aku cuti ni memang tak ada kerja yang nak dibuatnya.. Bukannya takde kerja langsung yer..huhuhu.. Ada tu memang ada macam memasak..kemas rumah..basuh baju dan seumpama dengannya..hahhaa...(budak rajin jer yang buat...)
Mula-mula bila kawan aku email kan artikel yang aku kena edit kan tue.. aku fikir sepuluh kali jugaklah.. nak buat ke tidak.. mana tidaknya.. kena edit cerita-cerita sahabat Rasulullah s.a.w.. Tak boleh sebarangan nak edit.. Ayatnya juga kenalah cantik dan sedap didengari... Tapi aku terima sebagai cabaran buat aku.. walaupun copy dan edit-edit saja..hahhaa...bayangkanlah daripada 55 pages harus jadi dalam 17 pages sahaja.. setiap cerita satu page atau kurang daripada itu.. agak mencabarlah.. Aku kena bijak memilih cerita yang menarik dan meringkas cerita-ceritanya..hahahha....
Dalam masa seminggu kawan aku berikan tugas tue.. dan Alhamdulillah aku dapat juga selesaikannya.. tuakr-tukar sikit jer pun.. dan berbaloi dengan ganjaran yang kawan aku berikan.. kira oklah jugak..ingat senang ke orang nak bagi duit kalau tak buat kerja.. terima kasih pada kawan aku sorang nie.. kalau lepas nie ada job edit-edit cerita bagilah dekat aku ya...hahhaa
Sempat jugak kawan aku tawarkan untuk buat cerita sendiri.. Memang hajat di hati nak sangat buat novel tentang kehidupan aku sendiri.. tapi bukanlah sekarang.. suatu hari nanti pasti akan aku buat juga.. dan segala isinya aku akan dapat dari blog aku sendiri..huhuhu...
No comments:
Post a Comment