Sunday 27 February 2011

kembali berfungsi....

facebook dah boleh buka untuk waktu ni... jadi aku faham sekarang.. hanya waktu office hours sahaja dia akan block.. jadi boleh lah aku nak main game yang ada dekat facebook nie... yeah...huhuhuhu,....

dah start kepala aku nie..

apa yang aku maksudkan dekat atas tu???huhuhu... aku ni kalau dah server agak laju.. mulalah jari aku cepat saja nak menaip yang pelik-pelik nie... apa pula kali nie yer... jap bagi aku fikirkan sekejap yer.....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
masih tak jumpa lagi nie
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ada tak nie?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ha.......
akhirnya ada juga.. ada juga idea yang bernas aku nak buat nie...
sebenarnya aku nak story tentang aku.... kan aku dah nak habis diploma... wah.. cepatnya aku dah nak habis diploma.. lepas ni dapatlah sijil diploma.... wah... tetiba nak berangan pula sekejap... yelah aku tengok abang aku dah habis degree lagi tu... tahun ni juga abang aku akan konvo... kira abang dah 2kali konvo... tapi aku nie.. adeh... hujung tahun baru dapat rasa naik stage...dengan pakai jubah uitm bagi pinjam..huhuhu....
apa yang aku nak cerita kan ni adalah..lepas ni aku nak sambung kos apa?? masih berlegar-legar di kepala aku ni aku nak sambung apa....aku masih tak habis fikir lagi.. patut kah aku continue degree yang cepat habis atau aku mohon kos yang menjadi pilihan hati aku... pilihan hati aku ker??? kihkihkih...4tahun tu kalau aku ambil kos tu... mana tahan aku.. naik buntu kepala aku nie.. bila lah aku nak kerja pula ni.. umur bukanlah muda lagi ni..kihkihkih...kalau kos yang cepat tu pula macam mana peluang aku bila aku dah habis nanti??? tapi fikiran aku pula katakan... aku nak study lebih dalam mengenai thesis yang tengah aku buat sekarang nie... macam menarik.... tapi dia banyak bermain dnegan kimia.. aku ni bukanlah pandai dengan kimia... sekarang nie ada kos yang aku fikirkan di kepala aku nie.. semua yang di uitm jelah... sebab jimat sikit.. yuran murah.. lagipun bukan senang nak masuk uitm nie terutama untuk orang melayu... aku fikir kan tu jela... kalau bab kemudahan kat uitm nie... lebih kurang macam kat u lain juga...kihkihkih...
bachelor of education (mathematic)
bachelor of furniture
bachelor of composite

pertama kali nie...

semalam aku online masih boleh lagi aku layari facebook..tetapi pagi nie... suatu notis telah dikeluarkan ketika aku tekan laman web facebook seperti biasa...jadi hasilnya seperti di atas.... sebelum ni aku pernah cuba untuk membuka laman web 4shared rasanya... notis ni juga yang dikeluarkan... jadi sekarang nie pula facebook... wah... pihak uitm kini semakin tegas dalam mengawal laman web yang kini popular dikalangan segenap usia...terutama remaja dan pelajar... entah apa reaksi budak-budak uitm lepas nie yang menggunakan wireless uitm...huhuhu.. kita tengok sajalah nanti apa yang akan
jadi...bila aku fikir balik bagus juga pihak uitm buat begini... lepas ni laju sikit server sebab kurang pelajar yang menggunakan server...huhuhu...senang sikit nak mencari maklumat..tapi kita tengok berapa lama hal ni akan bertahan...nasib baik blog tak kena sekat...kalau kena sekat juga sedihlah aku.. tak dapat nak jenguk warna ni...hehhehe


Saturday 26 February 2011

hasil aku...

sebenarnya ni aku ambil dari handphone yassar.. tak ramaikan.. memang tak ramai pun.. lagipun ada yang tak join pun.. yang ni saja yang ada.. kira oklah dari tak ada langsungkan... setelah 6sem aku duduk sini.. baru sekarang nie kami ada peluang untuk bergambar bersama.. yang diatas ni aku yang edit.. bukan lawa pun.. nak bagi nampak ada seri aku editlah sikit-sikit.. nanti bila ada yang dah siap.. aku akan scan dan akan tunjuk macam mana hasilnya... sebab aku ada gambar tu.. eh bukan beli.. kawan-kawan aku beli lah... tapi aku telah diberikan percuma kerana aku telah mewakili kelas aku untuk uruskan sesi bergambar nie...kira yang bergambar dalam ni semuanya beli... kira diaorang ni spoting dan dapat bekerjasama dengan baik... pada sesiapa yang tak tu mungkin mereka ada masalah yang tersendiri.. tak apalah...kelas aku ni macam-macam ragam yang ada.. tapi tulah kelas aku.. dan lepas ni kami akan berpisah dan tak berjumpa lagi... tapi siapa ada sambung degree dalam kos yang tertentu mungkin dapat bertemu lagi...

siapa yang tak ada yer....mari kita survey nak tak?????hheheheheheh.....

sikit betul insan-insan AS1176C nie... adeh.. dahla memang sikit.. bila ada yang tak join lagi bertambah sedikit...hahahahha....

yang tiada dalam gambar tu......

hayatul.........(dia punyai masalah yang besar ketika nie.....)

kerol.......(tak dikenal pasti kemana hilangnya....)

dhuan.....(mungkin balik kelas terus balik rumah sebab mengantuk sangat berjaga malam.....hahahha)

meor......(juga tidak dikenal pasti kemana hilangnya......)

ali....( masih juga tidak dikenal pasti.....)

itulah yang tak ada dalam gambar...sebenar ada lagi.... seperti nabil dan shyafiq.... tapi mereka berdua ni payah untuk dicari... bukan kami sombong tapi mereka melalui kehidupan ni dengan penuh kesabaran..sehinggakan kami jarang jumpa untuk duduk sekali sekelas... memang ahli kelas kami tak ramai seperti yang lain....yang ada ini sudah cukup untuk kami terus berdiri...huhhuhu...


Friday 25 February 2011

dapat 8 atau lapan atau eight atau...(yang seumpamanya..)

lepas kelas dr.jam dengan cepatnya aku dan ct pergi ke kilang memulakan projek kami yang telah agak lama kami tinggalkan.. dan dengan bangga kami dapat menyiapkan 8.. apa yang 8 tu kan.. haaa... ni dia.. particleboard.. kami dapat menyiapkan sehingga jam 12.25.. kami dapat hasilkan sebanyak 8board.. kalau tak kerana particle dah habis, sudah pasti kami dapat menyiapkan sample 2.0mm.. huhuhu.. apa lagi next week kne falker dan screaning lagi.. adeh..



rancang-rancang..next week dah boleh run baliklah... yelah nak tunggu drying lagi..ish3.. aku dah start melalut nie,. bukan semua orang paham pun apa yang aku buat nie.. aku enjoy betul buat board.. aku pakar bahagian press dan ct pula memang pakar bahagian mixer.. jadi kami saling memerlukan diantara satu sama lain..hahhaha...

kehadiran...


lama ke aku tak tulis nie?? ada kot lamanya.. bukan apa..line internet kat bilik aku ni umpama sarang tebuan yang duduk di atas pokok tualang.. coverage terlalu tinggi sangat sampai tak dapat baca yang mana nak digunakan.. hahahha.. bukanlah.. bukan aku tak boleh update tapi kesibukan aku menghalang untuk aku meng update warna.. minggu nie aku tak tahulah apa yang aku buat.. rasanya berlalu macam tu saja.. bz ker?? adalah sikit.. nak cari masa yang sesuai pun payah.. kalah PM aku nie.. tu yang nak buat apa pun kena ada temu janji dulu.. kalau lambat book tak dapatlah nak date dengan aku.. hahhaha.. biar aku cerita apa yang aku buat selama 5 hari aku di Jengka town.. hahaha

21 Februari

aku dan teman aku(CT) telah pergi ke kilang pada waktu petang untuk membuat thesis kami.. dengan tak ingat apa, aku minta tolong encik shahril untuk membantu kami dalam menggunakan mesin mixed particle.. padahal baru sem lepas guna.. pun boleh lupa.. yang kelakarnya.. calculation yang dr.jamal bagi pada kami.. aku lupa nak bawak...boleh pulak gitukan.. aku lupa nak bawak.. jadi dengan pandai(padahal salah tu..) aku membuat calculation sendiri..hahahah..nasib baik just buat buat 2board..thanks pada abg furtech yang tolong kami.. kami betul-betul lupa.. tapi lepas ni kami akan ingat...hehhehe.. dan takkan kami buat salah lagi.. tapi best dapat main mesin mixed tu.. dan guna msein hot press dan cold press.. dan buat sendiri.. pengalaman yang indah nie.. hahahaha..(sedapkan hati je tu..padahal dah malu sebab calculation salah kira..)..pada malam tu pula aku buat perjumpaan dengan ahli bisnes aku..walaupunsyu dan haa tak ada tapi tak apalah.. tetap berjalan juga.. bukan apa.. nak decide logo apa yang nak digunakan.. aku buat banyak.. senang untuk buat pemilihan.. nak tengok tak logo yang telah di pilih.. cantik tu tak tahulah.. tapi bagi aku sesuai untuk bisnes yang akan kami jalankan..huhuhu...so for intro tok bisnes aku berjalan lancar...dan akan aku tunjuk pada encik zahid...huhuhu..chaiyok..!!!


22 Februari

tak ada apa yang special pun.. yelah kelas pukul 10 pagi yang awal bagi aku.. hahahha.. pagi tu kelas ETR.. apa lagi.. tunjuklah dekat encik zahid intro group aku.. tiada banyak salah.. cuma pada profile dan loan sahaj perlu diubah..selebihnya semuanya ok sahaja.. lega sikit hati aku bila encik zahid kata gitu.. huhuhu.. budak laki tidak tunjukkan intro diaorang.. mungkin diaorang belum siap lagi.. aku tak nak melengahkan masa lagi kerana nak kejarkan banyak lagi.. lepas ni kami akan fikirkan pula bagaimana nak dapatkan loan dan berapa banyak loan yang boleh dibuat.. marketing lagi.. banyak lagi.. aku sebagai GM(general manager@ CEO)... harap aku dapat handle semua ni.. sekarang ni kan.. aku on diet.. hahahha.. diet ker?? mengharap sangat nie nak diet nie.. harap sampai target yang di inginkan..hahahaha.... pada tarikh yang cantik ni aku akan buat perubahan pada diri aku.. kena kurang makan..terutama makan ayam..(tapi tu fev aku..macam mana nie...) yang tu masalah besarnya.. bab minum air tak ada masalah.. air kosong saja yang kini terisi dalam perut aku yang comel sekarang..hahahha...target...hahahha

23 Februari

hari ni pula aku pergi lawat kawan aku(nana).. aku tahu pun pagi tu.. dia masuk hospital sebabkan penyakit.... biarlah rahsia.. aku pergi bersama irah dan ct.. rindu juga kat nana.. bila lawat dia.. nampak di wajah dia.. dia begitu gembira sebab kami datang.. nana ni kawan kami waktu aku sem 1 sampai sem3.. sejak sem 4.. dia telah ke degree..peluang dia di situ... tapi kami tetap kawan juga.. aku harap nana dapat baik cepat.. jangan tension sangat tau.. jangan kuat sangat study.. nanti datang balik sakit tu... kami tetap sayangkan kamu nana.. dan kawan aku haa.. dia telah balik dari kampungnya... setalah seminggu maknya meninggal.. kini dia telah pulang semula ke jengka.. rindu juga dekat haa.. hope dia dapat continue life dia... dia betul2 seorang yang tabah dalam mengharungi kehidupan nie.. we will support you haa...petang tu pula kami ke bandar.. kami pergi makan kat luar.. hahahah..saja je makan kan.. lama dah tak makan..huhuhu.. jadi ajak irah dan ct makan kat luar... diaorang pun semuanya ok saja..malam tu pula...apa ye aku buat??huhuhu..adalah..rahsia..biar aku je yang tahu..hahahha...memang seronoklah walaupun giler..memang terbaiklah..pengalaman betul lah.. nak buat lagi tak lepas nie..huhuhu..

24 Februari

pagi-pagi lagi dah ada dugaan yang melanda pada diri aku.. tapi tak apalah.. anggaplah itu suatu ujian bagi aku... mengajar kita untuk lebih bersabar.. sabar yer.. jangan panic.. tu semuanya pengalaman dalam kehidupan yang tidak akan kita terlepas.. tapi antara kita mampu lakukan atau tidak sahaja.. tapi tak apalah.. mungkin ada hikmah untuk semuanya itu... pagi itu dengan bangga.. aku dapat basuh baju-baju yang telah aku simpan seminggu..hahahah..memang terbaiklah..(padahal pemalas nak basuh tangan..)(eh bukan malas tau.. tapi berus lupa nak bawak..ada tinggal rumah..nak beli lain membazir pula...)hahahha...kelas aku bermula pada pukul 12 tengah hari..memang santai betul kelas pn.efi hari nie.. hahahhha..belajar pun sikit jer...petang pula kelas dengan miss zai..pun agak santai sebab ada presentation..group aku kan present pada 10 Mac nie.. ahli aku.. adalah aku... shima... kerol... dan... mat... itu semua telah ditetapkan oleh miss zai sendiri.. jadi terima sahajalah.. harap dapat bekerjasama dalam mebuat kerja nanti..huhuhu..balik kelas tu.. beli makanlah..macam biasa menunya.. kata dietkan..hahaha..ayam tetap ada..entah mana dietnya..hahaha..malam pula boleh aku tidur...pening kepala sangatlah.. kena mygrain kot..atau pun mungkin sebab tak cukup tidur..yelah berapa jam punlah dapat tidurkan..huhuhu.. pukul 10malam pula..aku bangun dari tidur..selepas ada orang telefon.. hai.. kalau tak sebab panggilan tu.. sure aku masih tidur dan tak ke kilang tu.. entah apa function aku..apalah...ish33....apakah akan aku ikuti program tersebut??hurm..aku fikirkan thesis aku saja..ish3..

25 Februari

aku tak tahu apa yang bakal berlaku hari ni pula..tunggu jelah...

Friday 18 February 2011

No TiltLe Can Be DiSpLaY..

Warna..kali ni aku bukan nak kata aku ada idea untuk ditype pun.. tapi aku nak berkongsi dengan semua.. hmm apa yang aku nak kongsikan yer..aku pun tak tahu.. jadi pendek sahajalah text kali nie...title pun tak adakan..
jadi apa yang harus aku buat yer?? biarkan sahaja atau tulis juga panjang yer??mana satu aku nak yer..hehehhe
ni yang membuatkan aku tak boleh tido..kebetulan ada wireless..
kalau tidak..takkan dapat untuk aku update warna nie..
okla jika ada idea..aku update yer..


Tuesday 15 February 2011

SaLam MauLiduR RasUL...

assalamualaikum..
pembuka bicara...

ceh baru hari ni nak bagi salam..adeh.. seminggu juga aku tak update warna.. sibuklah dengan hal duniawi.. sehingga tak ada masa untuk aku mengadap warna.. aku minx maaf pada warna kerana aku mengabaikan kau seketika.. bukan sengaja pun.. kesibukan menghalang aku untuk aku bertemu warna.. aku nak ucapkan salam maulidur rasul kepada seuluruh umat islam di seluruh dunia.. kalau ada yang faham bahasa melayu ni lebih baik juga.. ingatkan seminggu cuti raya cina.. aku tak balik rumah.. aku bertapa di tempat belajar.. jadi kali ini aku menggunakan cuti maulidur rasul.. sebagai cuti ganti raya cina.. sama hari juga.. orang lain sedang sibuk dengan kerja mereka di kampus.. aku sibuk balik rumah.. sanggup tangguh test lagi tu.. tula.. lain kali bagtahu test awal-awal.. bagitahu last minute jadi macam aku nie lah.. bukannya kampus tu dekat dengan rumah aku.. ambil masa 5jam nak sampai.. huhuhu.. pasal test timber trade aku tangguhkan ke hari yang lain.. lagipun aku dah hubungi lecturer aku yang mengajar subjek tu.. dia pun pada awalnya terkejut kenapa aku boleh balik sedangkan hari isnin tu masih ada kuliah.. tapi untuk kelas aku.. hari isnin masih lagi holiday.. hahhaa... orang lain hari jumaat sahaja.. tapi aku nie.. dari hari jumaat sampai isnin.. jadi seronoklah cuti sampai hari selasa.. sampaikan test sanggup ditangguhkan.. bukan sekali dua aku buat macam nie.. jadi aku tak pernah takut.. sebelum ni aku pernah juga buat macam nie.. ok juga apa.. yang penting kita bagitahu lecturer tersebut.. balik ni kerja aku mula bertimbunlah.. dengan test.. assignmment.. thesis yang tak usik lagi.. walaupun subjek sikit.. tapi berat.. sabarlah aku dalam menghadapi semua nie.. last sem aku diploma.. tapi degree dekat tempat sama lagi.. masoh confuse aku nak kos apa.. result aku bukanlah hebat mana.. tapi aku yakin.. aku layak untuk kos yang aku inginkan.. dan berpadan dengan aku.. tapi apakah dia.?? huhuhu... aku kena fikirkan dari sekarang nie.. fikir..dan teruskan fikir yer...

Tuesday 8 February 2011

1year,1month,1week&1day


aku ambil dari warna-warni...kenapa aku snap dis part.. bukan senang tau aku nak snap.. perkara malas aku nak buat tu.. tapi tu hari ni aku rajin sangat nak snap part nie.. tok hari ni jela.. sebab hari esok dah tak dapat macam tu.. perasan tak apa yang menarik dengan bahagian tulisannya?? 1year, 1month, 1week and 1day..
amazing rite??
dahla tahun ni penuh dengan 1.. jadi hari ini juga bagi aku penuh dengan 1.. dalam tak sedar..
1.1.11
11.1.11
1.11.11
11.11.11
tarikh yang aku tulis nie.. ada yang telah berlaku dan ada yang akan berlaku pada tahun nie.. amazing kan.. keajaiban yang berlaku pada tahun ni tanpa kita sedar..
back to our story tadi.. 1year,1month,1week&1day
walaupun ada yang akan kata apa yang istimewa sangat..
tapi bagi aku terlalu istimewa..
sebab aku yang rasai semua ini.. so tak kisahlah orang nak kata apa pun..warna aku punya.. jadi kalau ada yang nak mengkritik atau apa..terpulang pada anda...takkan aku nak menghalang anda sekalian.. bukan mudah untuk rasakan apa yang kita rasakan itu istimewa.. dan hari ini.. bagi aku terlalu istimewa.. thanks warna.. aku ucapkan berbanyak terima kasih pada kau sebab di sisi mu sahaja aku dapat mengadu segalanya..(segalanya ker)..
tak kisahlah apapun.. i like you..
warna...
bila lagi perkara yang istimewa seperti hari ni kan??
aku nak sangat rasa macam ni lagi..
sebab bukan mudahkan..
aku harap one day.. akan ada lagi perkara yang istimewa yang akan berlaku disini..
bye...
muah...~
love you..~
i miss you so much..
i love you so much dear..
never will replace u..
u are my only one..
as like today...


Saturday 5 February 2011

FaMiLy CamP ( Kem KepimpiNan & MotiVaSi)

dah lama family camp habis.. bila dah habis aku rasa bebas sangat.. sebab dah tak ada tanggungjawab yang aku harus pikul..selepas pembubaran PERSIP, aku masih tidak lega lagi.. tau kenapa?? sebab family camp tak habis lagi.. bukan tak habis.. tapi tak berjalan lagipun.. tarikh yang di pilih ialaha 14hb- 16hb jan '11.. cepat tak cepat nak dibuat.. dengan kertas kerja tak hantar lagi waktu tu.. dengan runshing nya.. muka aku ni lah yang menghantar kertas kerja tersebut.. walhal itu bukan tugas aku.. tugas aku hanya mengendalikan duit..(bendahari..).. tapi disebabkan setiausaha ada alasan tertentu.. muka aku ni juga yang kena buat.. seorang diri.. dahlah tak pernah ada pengalaman untuk menghantar kertas kerja kat pihak atasan.. tambahan pula aku fikir.. lepas ke kertas kerja ni.. bagi aku macam tunggang langgang jer.. turun naik jangan katalah.. sekejap dekat HEP dan sekejap dekat HEA.. kelakar sangat waktu tu.. tapi tak apa.. bagi aku tu semuanya hanya pengalaman manis yang takkan aku lupakan sampai bila-bila..

hari bertemu junior pulak.. satu pengalaman juga .. aku bukanlah seorang yang suka marah-marah orang.. yelah untuk apa marah-marah pada junioryang tak buat salah.. betul tak?? tapi itulah.. manusia ni bukannya sama.. macam-macam perangai yang ada.. ada yang baik, baiklah.. ada yang kurang ajo tu tak payah cakaplah.. tapi sebab aku fikirkan yang aku ni hanyalah pertugas sebagai bendahari.. seorang yang akan menjaga segala kewangan yang diberikan oleh orang terutama sekali duit pelajar..ia merupakan suatu amanah yang perlu aku pegang.. sampai ke hari ni masih ada lagi duit mereka.. tapi itu akan aku buat untuk membuat key chain untuk aku berikan kepada mereka sebagai tanda kenang-kenangan mereka kepada kami sebagai senior yang pernah mengendalikan mereka..

aku menjadi fasi bagi group13.. agak jauh juga group tu.. dahlah tukang susun nama antaranya aku.. buat kerja last minute memang macam tulah jadinya.. ada yang tak balancelah macam-macamlah yang ada.. tapi aku enjoy sangat dengan group aku.. selain aku, bad dan deen juga menjadi fasi untuk kumpalan kami.. junior sem1 hanya ada 2 orang sahaja. seorang nama mira(sumandak) dan ira(dotti).. nickname dotti tu aku yang bagi setelah ramai yang menggunakan sailormoon.. jadi aku tak nak ahli kumpulan aku tu tidak menukar namanya.. jadi aku menukarkan namanya dengan dotti.. memang budak tu comel sangat..cute je muka dia.. suka aku tengok muka dia.. kenapa aku suka group aku nie kerana mereka spoting.. pada awalnya aku ingatkan mereka seperti tak suka dengan aku.. cara aku senang je.. aku tak suka marah orang jika orang tu tak buat aku marah.. kan senang tu.. bukan susah untuk mengenali aku nie.. nak sebut nama diaorang bukan semua pun yang aku ingat.. yang aku ingatlah.. biha.. ct.. tini.. kecik.. aishah.. syah.. safiq.. fizi.. putat.. sapalah lagi sorang tu.. aku lupalah.. hahahha.. tapi kalau tengok muka memang aku ingatkan dirinya..huhuhu.. tapi aku tak boleh layan diaorang sebab aku begitu sibuk untuk mengira duit lagi.. dan mereka pun faham.. group aku ni boleh survice la.. ada juga group aku yang aku tak suka.. bukan tak suka apa.. boleh bagi surat sakit dari poliklinik.. sorilah nak cakap.. memang dia akan rasa family camp keduala.. untuk apa rasa takut camp dengan kami.. sebab dah cukup mudah kami mudah korang semua.. tapi pada yang ikuti aku ucapkan tahniah untuk korang.. tak ada sebenarnya camp ni.. hanya untuk mengeratkan silaturahim antara junior dan senior.. bukan apa pun.. dengan jumlah kalian yang ramai.. itulah..

waktu hari kejadian..pagi tu yer.. hahahha.. aku dengan bangun lambatnya.. apalah anak dara macam aku nie.. dah selalu kena perli.. sabar jelah.. kami bergerak ke kilang pukul 3 petang.. aku memang dah minta dengan shima untuk masuk petang.. yelah time ada lagi pelajar yang tak bayar duitkan... jadi aku kena stay sampai petang.. hari tu juga berlambak suart cuti sakit yang dapat..macam-macam sakit yang ada.. kelakar pun ada budak-budak nie.. mungkin sebab kami manjakan mereka jadi diaorang naik lemak dengan kami.. kalau ikutkan senior sebelum nie.. penyakit yang kronik pun disuruh masuk ke hutan.. bukan join aktiviti pun.. juz ikuti program yang kami jalankan.. aktiviti lasak untuk apa diikuti.. memang nak cari nahas macam tu,.. tapi tulah budak-budak zaman sekarang cukup manja.. bila ditegur sedikit mulalah naik lemaknya..menyampah aku dengan orang yang macam tu.. petang tu yang turut masuk lambat juga irah, nana(pun join tau..), mat, zaki, dan beberapa orang kawan aku lagi.. tak ingat dahlah.. dah lama punkan berlalu.. mana aku inagt.. aku sebutlah..

malam suaikenal tu.. ada cerita.. aku kena mark oleh senior yang entah tahun bila dia belajar kat uitm nie.. tapi bukan berani pun nak panggil aku.. dia hanya berani panggil kawan aku.. aku tak kisah yang tu pun.. tapi yang herannya kenapa dia nak mark aku pulak.. sebab suara aku ni sedap sangat kot..hahhaa.. ataupun dia ingatkan yang aku ni bukan senior yang handle dan jaga diaorang.. macam-macam feedback aku dapat dari kawan aku tu.. thanks juga kat dia sebab dia defence aku.. tapi cuba bayangkan jika aku ke tempat diaorang tu.. macam mana agaknya jadinya kan.. super duper tu buatlah cara dah jadi senior luar..bukan belajar lagi dekat jengka nie.. setakat ada kawan lecturer.. ingat aku tak ada juga ker.. juallah semua nama yang ada kat uitm nie.. sikit pun aku tak heran dengan keegoan kamu sebagai senior.. sebab aku tahu dimana aku berada ketika itu,.. mereka budak aku.. diabawah jagaan batch aku.. ingat aku nie apa.. penat tau aku pakai tag name menunjukkan bahawa aku ni senior juga tau..nasib baik malam tu ada korang.. kalau malam ke2 pun ada juga.. memang dah betemu muka kita.. aku masih hormat kamu sebagai senior yang aku sendiri tak kenal.. sedang senior yang aku pun tak kenal kamu.. macam mana kamu boleh katakan begitu?? thanks juga dekat encik lan sebab tanya apa masalah yang berlaku.. cik pah juga pun dah tahu hal tu.. tak pelah juga.. atleast tau jugalah.. aku pun kalau boleh tak suka besarkan hal tu.. tapi bila orang dah buat aku macam tu.. sampai mati aku akan ingat segala pesanan yang disampaikan tu.. akan aku buktikan pada dia..hahahha..gelak jahat sikit...

boleh kata satu malam juga aku tak tidur..huhuhu.. tapi aku pandai.. sebolehnya akan aku cari masa untuk aku tidur.. dan resultnya aku tidur juga.. sekejap pun jadilah atleast aku tidur untuk rehatkan diri aku nie.. bukan buat apa pun malam tu just aku menjaga anak buah aku.. malam pertama sahaja aku menjaga diaorang masuk malam kedua.. aku start mengacau orang.. aku tak suka aktiviti nightwalk..tak tahu kenapa.. mungkin sebab dia bermain dengan kotor jadi aku tak suka.. aku lebih suka burung pugguk..huhuhu.. suka sangat mengacau orang gini.. sampai ada yang menangis.. yang tak tahan..ada tu menyepak kaki.. kesian kaki siapa kena sepak dengan budak tu.. ikut aku time nak aku hempuk juga.. tapi dah dia tak tahu.. tak pelah.. redha jelah..

tapi sepanjang jaga budak-budak nie diaorang tak ada masalah dari segi tak nak makan tau apa.. mungkin aku tak tahulah sebab aku tak amik tahu pun..bukan tak amik tahu macam mana..cuma aku heran.. ramai juga yang sakit time kat camp.. tapi tak pelah.. atleast datang juga diaorangkan..

sukaneka dan LDK yang berjalan pun dengan lancar.. suka aku tengok LDK yang dijalankan oleh part5.. ada idea juga diaorang nie.. walaupun sikit boleh handle program itu dengan baiknya.. baguslah.. aku ucapkan tahniah dan terima kasih sebab sudi membantu kami dalam menjalankan aktiviti.. begitu juga dengan lecturer baru.. mereka pun turut join dalam menjalankan aktiviti tu.. memang enjoy aku rasakan.. kira terisi juga masa mereka dengan aktiviti yang berfaedah..

malam persembahan pula.. boleh tahan juga ceritanya.. best juga.. tapi bila dah akhir-akhir tu.. jadi bosan.. termasuk anak-anak buah aku.. kesian juga aku tengok diaorang... tapi takpelah.. atleast dah buat yang terbaik..thanks dekat korang semua tau..
apa lagi aku nak cerita yer..
rasanya sudah kot.. picture nanti aku masukkan yer..
sampai di sini dulu..

SaLaH SiApa??

aku bukan nak blame sesiapa atau menuduh sesiapa.. tapi aku nak tahulah kenapa masih ada manusia yang tak punyai hati dan perasaan dalam menidakkan suatu kebenaran yang dia sendiri tak mampu hadapi?? sehingga sanggup kehilangan sesuatu yang berharga asalkan dia dapat apa yang dia inginkan?? kenapa masih ada orang sekejam itu?? ingin katakan aku pernah lalui perkara tu rasanya tidak.. aku hanya ingin berkongsi sahaja.. aku lihatlah.. sanggup dia menjatuhkan orang lain demi kepentingan dia?? apakah dia sendiri tak mampu menerima kebenaran yang ada di depan mata?? atau dia tak sanggup terima kenyataan atas kekalahan dia sendiri.. aku cukup benci jika ada yang sanggup menjatuhkan kaumnya sendiri.. mana harga dirinya?? setelah itu sanggup dia menganggap perkara itu hanya biasa sedangkan dia tidak fikirkan kesan dan akibat yang bakal dia perolehi suatu hari kelak?? masih ada lagi insan yang kejam di bumi yang serba moden dan mewah ini.. untuk apa dibanggakan kemenangan itu sedangkan itu hanya sementara... hai..

apakah susah menerima kebenaran?? ye aku memang boleh katakan susah bagi sesiapa yang mengalaminya.. tapi pada sesiapa yang tidak pernah mengalaminya.. menganggapkan itu hanya perkara remeh... apakah kebenaran itu suatu yang menyakitkan?? sesakit manakah itu?? aku sendiri tak mampu menjawapnya kerana aku tidak pernah alami.. apakah jika aku lalui perkara itu aku mampu alaminya seperti setengah insan yang pernah mengalaminya.. pasti begitu sakit dirasakan sehinggakan ada yang sanggup mengadaikan nyawanya kerana tidak mampu menerima kebenaran.. kemana hilangnya pegangan agama mereka?? bukankah setiap agama melarang kita dari membuangkan diri kita bergitu sahaja.. setelah bertahun-tahun hidup.. hanya memusnahkan hidupnya begitu sahaja.. pasti perit kebenaran yang harus dia terima?? oh masih lagi ada yang begitu...

sebagai muslim.. kita ada pegangan agama.. kita ada cara kita sendiri.. tapi kenapa ada juga gelaran muslim.. nama islam.. pakaian islam.. tapi sifat dan perangai tidak sedikit pun menunjukkan yang dia itu seorang yang berpegangan teguh pada ajaran islam?? apakah memang dia sendiri tidak pelajari ilmu itu ketika dia meningkat dewasa? ataukah mungkin dia berpakaian seperti itu hanya ingin menutup kejahilan dirinya?? biar buruk di pandang luar.. biar hina di maki orang.. tapi hati teguh pada yang SATU.. hati tidak sedikit goyah dek duniawi.. duniawi yang sementara.. untuk apa dikejar sehingga melangit? apa yang dapat?? kebongkakan?? keagungan?? itukah yang di pandang dalam islam?? itukah yang di ajar di sekolah sewaktu kita masih kecil dahulu?? itukah yang keluarga kita didik sehingga kita besar kini??

aku masih tak faham.. apa itu hipokrit? mengapa mesti ada sifat itu? adakah itu perlu ada pada setiap manusia yang hidup di bumi tuhan nie? cubelah sekali berlaku jujur pada diri. untuk apa ada sifat itu? untuk kepuasan diri? atau kebebasan diri? mustahil punyai sifat itu hanya untuk suka-suka.. dusta jika sifat itu dinafikan pada seseorang.. kerana ia takkan dapat lari dari mempunyai sifat itu..perit tau bila perkara itu terbongkar dan diketahui umum.. tapi kenapa? kenapa perlu ada sifat itu.. aku tidak menafikan juga yang ku pernah punyai sifat itu.. tapi bila aku fikirkan semula.. untuk apa ada sifat itu? demi menjaga hati orang? demi ingin melepaskan diri dari diketahui.. tapi sampai bilakah nak jadi begini.. cubalah kita sebagai umat yang punyai tamadun.. berubah.. buang sifat yang mampu menjatuhkan kita suatu hari nanti..

akU LeGa SeKarAnG

hari ini dapat juga aku menghirup udara segar..
segar ker ?
bolehla kata segar..
Nak di bandingkan dengan Kuala Lumpur..
Segar lagi tempat aku duduk ni..
sayang nak tinggal tempat ni jika fikirkan balik..
huhuhu..
tempat yang tenang..
tiada kesesakan..
kurang jam macam Kat KL tu...
tiap malam asyik dengar bunyi cengkerik..
macam duduk rumah sendiri..
duduk rumah sendiri lagi best..
duduk sebelah sungai..
dapat tengok burung-burung yang berhijrah singgah dekat tepi sungai..
dah macam kawasan rekreasi perumahan yang aku duduk..
seronok..
huhuhu..
apa yang aku katakan lega nie..
sebab aku dapat keluar dari tempat yang terperap je kat sini..
akhirnya setelah 4hari bertapa..
keluar juga...
bangga betul dapat keluar nie..
lagipun dah start tak sunyi..
mula ramai orang yang datang semula..
tapi ahli bilik aku masih tak balik-balik lagi...
tak puas cuti lagilah tu..
tak apalah..
tak ada kerja bolehla cuti lama-lama..
huhuhu..aku juga duduk cini..
takpe..
aku sabar..

Friday 4 February 2011

akHirNya..BerJaYa JuGa..

siap juga sceraning kami.. bersungguh-sungguh betul kami membuatnya hari nie.. orang lain sibuk cuti.. kami berdua sibuk buat screaning.. akhirnya kami gunakan seluruh tenanga dan usaha kami untuk menyiapkan ke tahap tu..dan dah berjaya..jadi lega sikitlah sebab kurang dah bermain dengan habuk..lepas ni kami akan bermain dengan bahan kimia pulak.. dijangka 27 board yang akan dibuat.. tapi kami akan berbbincang semula dengan Prof.Jam.. hope dapat dikurangkan lagilah.. banyak gak tu board.. tambahan pula 0.5 tak banyak.. tapi yang herannya yang lagi banyak tu adalah 1.0 daripada 2.0.. kami heran juga.. ada juga kami fikir untuk screaning lagi 1.0mm.. mana tahu boleh dapat banyak 0.5mm particle..huhuhu..



jadi lepas ni kami akan sibuk dengan nak menyiapkan introduction tesis kami.. kena progess dan tak boleh ditangguh lagi.. sebab banyak lagi yang perlu difikirkan .. bukan tesis saja.. projek reexsa collections lagi.. wah.. tak boleh duduk diam je nie.. tapi kalu aku je yang beriya tak boleh juga.. come on guys.. we must progress.. don't waste our time.. thinking about our project.. don't take easy la..



hari ni juga aku dah siap print semua past year dari tahun 2007.. huhuu.. comey je aku buat.. sebab aku tak rabun jadi aku buat kecik.. jimat kertas kalau buat kecik.. dibahagikan kepada 4.. kenalah berjimat.. kertas tu datang dari mana kalau bukan dari pokok.. jadi jangan nak membazir tau.. hargai kertas yang kawan-kawan semua ada..



dah hari jumaat..dah 3 hari aku duduk di sini..hehehe.. esok mesti dah start ramai yang balik ke kolej.. harap begitulah..sunyi u nie.. hanya ada pak guard dan lecturer.. bila dah siap screaning ni lega sangat.. boleh duduk saja . dengan buat apa lagi tak melayan cerita,.melayari internet.. kalau aku tak sibuk.. minggu depan aku nak balik rumah.. ada lagi barang aku yang tinggal.. untuk apa duduk u kalau tak ada kerja dah.. orang lain sibuk buat kerja..aku nak balik kejap..huhuhu..ganti balik apa yang telah aku ambik time cuti nie.. lagipun rindu kat aswad.. dapat spend time dengan dia kejap jer.. tak puas bermanja lagi dengan dia.. tengoklah sapa yang pilih dia kalau bukan aku.. lepas satu pergi.. aku cepat mencari ganti..itu pun kalau aku dapat balik rumahlah.. sebab belum tentu lagi..mungkin lagi bertambah sibuk parah pulak..



aswad..tunggu aku balik tau.. aku dengar ko dah makin lincah..dan perut ko dah tak sakit lagikan..baguslah macam tu.. tak sangka aswad pandai berdikari.. pandai jaga diri.. walaupun masih kecik lagi.. tapi dah tau uruskan diri... jangan nakal tau.. jangan buat hal, duduk baik-baik dekat rumah..pesan dengan fina dan mak abah jangan bagi dia keluar jauh-jauh..walaupun ada yang kata dia buruk ke apa ker..pada aku dia tetap comel.. telinga kecik jer..bulu pulak panjang.. bukan senang aku nak bawak balik tau.. dapat pulak dekat tempat yang baik..makan pun boleh tahan kuat.. gemuklah aswad lepas nie.. tapi takpe.. aku suka kalau aswad gemuk.. mesti bertambah comel.. nanti aswad dah besar sikit kena mandikan dia juga.. bagi bulu dia lagi gebu..hahhaa..kalaulah boleh bawak kucing jaga kat dalam u.. dah aku bawak.. memandangkan kucing pun dah banyak kat kolej nie.. better aswad duduk rumah.. terjamin hidup dia..

Thursday 3 February 2011

03/02 apa sudah jadi??

mendengar lagu di blog seseorang membuatkan aku rasa tenang.. tenang bukan apa.. lagu yang dimainkan tidak begitu sakit untuk aku dengar. senikata dia pun cukup aku paham.. suka sangat aku dengar.. lagipun blog dia ni jenis suka tukar-tukar jadi tak bosan.. bukan macam aku.. time praktikal je suka update warna tapi sejak masuk u balik payah untuk aku update warna.. ni pun sebab senang dapat signal nye.. kalau tidak melayan cerita tak sudah.. memanglah cerita dalam jinggo tak pernah khatam lagi.. sebab tu aku masih melayan cerita jika aku tiada kerja untuk on9..

sebenarnya dah banyak yang aku type tapi sikit je yang tersave..wah.. terus hilang mood aku nak type..apalah..stop here..

Wednesday 2 February 2011

02/02 my day..

my cake yang kawan aku belikan tahun lepas..love u all..muahh~
bila time birthday masing-masing mesti korang celebrate with your family or friend or maybe with your sayang..rite?? but this year different for me.. like last year ada juga celebrate dgn kawan-kawan.. ingat lagi tahun lepas.. masing-masing pakat ramai-ramai.. dalam diam beli kek tok aku.. aku ingat lagi waktu tu.. aku pun tak expect yang diaorang ke bandar jengka nak beli kek.. petang tu ada tanya nak kemana... diaorang cakap nak ke bandar.. siap ada yang cakap nak pergi ko.. aku memang tak terfikir apa pun waktu.. ala tu cerita tahun lepas.. tahun ni?? apa yang berlaku pada aku???hahah a.. hanya siti khairoh yang bersama dengan aku.. kerana kami ada kerja..kalau tak di sebabkan kerja sudah tentu aku ada kat rumah sekarang dan sambut bersama keluarga aku yang tersayang.. time macam ni lah baru nak rindu-rindu .. ish33.. haaa.. baru tahu kan.. tapi takpelah.. aku buat semua ni untuk masa depan aku juga.. biar susah sekarang.. asal kemudian hari tak ada masalah.. aku harap begitulah.. aku begitu takut jika study aku ada masalah.. sebab ada beberapa orang kawan aku yang menghadapi masalah study.. mereka agak tertekan.. aku takut jika aku berada di tempat mereka tu.. bukannya mudah untuk hadapi masalah tu.. orang mampu melihat perkara tu mudah.. tapi yang merasa?? siapa tahu?? aku harap bila aku ke peringkat yang lebih tinggi aku dapat menghadapi semua ni..

hari ini apa yang aku buatkan..hari ni di hari lahir aku.. aku menyambung kerja tesis aku bersama ct.. hari ni lebih dasyat dari semalam.. hari ni lagi banyak habuk dari semalam.. tapi dah banyak juga kami buat.. kami screaning particle tu mengikut besar dia.. kami buat 2.0mm, 1.0mm dan 0.5mm.. tapi tak lama buat.. sebab habuk terlalu banyak.. kami pakai mask tapi tu pun tak membantu.. sakit hidung jangan katalah.. aku dan ct ni memang ada penyakit resdung.. bila dah kena habuk nie paham-pahamlah macam mana peritnya nak hadapi.. tapi tak apalah.. buat slow-slow.. esok orang cuti kami buat kerja.. kebetulan pula kilang ada orang.. jadi kami boleh continue kerja kami.. atleast dalam minggu ni siap kami untuk menyediakan bahan.. sebenarnya menyediakan bahan tak begitu susah tapi disebabkan mesin tahun 70-an yang kami gunakan... tu yang membuatkan kami lambat.. tapi tak apa.. biar lambat asalkan siapkan.. betul tak??hehhe..

petang tu balik dari kilang tu apa lagi.. duduk bertapa dalam biliklah..melayan cerita..makan fav maggie.. dan... tidur time..hahha..tulah kerja kami bila kat bilik.. berdua lah katakan.. berduakan lebih baik..hehhehe..bukan selalu punkan..huhuhu..

HARAPAN AKU DALAM USIA 21 TAHUN

dalam usia yang semakin menigkat ni aku sentiasa mengharapkan hari esok akan lebih baik dari hari ini dan hari ini akanku teruskan tanpa melihat lagi hari semalam..dah nak habis diploma pun aku nie.. cepat jugak kan.. rasa macam baru semalam aku masuk uitm nie.. dah nak habis pulak..lepas ni sambung mana pulak yer??hehhehe.. belum boleh mohon lagi.. aku rasa dan aku memang dapat rasakan akan aku habiskan degree aku di jengka..

apa lagi nak buat di usia makin tua nie..menagku tau aku makin tua..ingat tak nak mengaku ke dah diri ni tua.. sedar diri juga aku nie.. hehehhe.. aku akan cuba tamatkan diploma aku dengan pointer 3.0.. tidak kira macam mana sekali pun.. bersyukur sebab aku tak de paper yang perlu aku repeat.. aku begitu takut sepanjang sem aku ada repeat paper.. walaupun aku tak pernah dekan tapi aku bersyukur aku dapat pointer 3.0 above.. atleast aku jujur dengan diri aku.. bukan ada setengah orang tidak pernah jujur dnegan diri.. tapi tak pelah perkara tu takkan kekal lama.. setiap benda yang tidak baik akan terbongkar juga suatu hari nanti.. masa saja menentukan segalanya...

apa lagi nak buat usia dah makin meningkat nie?? haa.. aku dah lama nak dapatkan tu.. tapi sampai sekarang tak dapat-dapat..apakah aku mampu untuk miliki itu?? aku ingin benar benda tu.. dari dulu aku impikan.. adakah usia aku 21tahun aku akan dapatkan itu?? apa benda tu?? rahsia.. hanya aku sahaja yang tahu.. itu adalah rahsia..hahaha

ada yang kata usia 21tahun ni dah boleh membuang undi untuk pilihanraya.. tapi aku ni nak ke membuang undi?? hahahha.. rakyat tak berttanggungjawab langsung aku nie..ada ke patut?? jadi haruslah aku sebagai orang dewasa ini.. mendaftarkan diri untuk menyibukkan diri dalam list pembuangan undi pilihanraya bakal tiba.. aku pun tak tahu bila pilihanraya tu akan terjadi..huhuhu..teruk tak teruk aku ni kan...hehehhe..

menjadi lebih dewasa ni menjadi lebih matang..tapi aku ni dah matang ker?? macam budak-budak je aku rasakan diri aku nie.. harap muka je dah matang tapi perangai aku nie.. entah bila nak matangkan.. kihkih.. kalau setakat sesekali matang baik tak payah..sampai bila nak macam nie?? dah besar aku nie.. ikutkan orang dulu-dulu dah boleh kahwin nie..hahaha.. tapi aku tak gatal lagi nak kahwin.. study first tau.. kahwin bila dah habis belajar.. that time baru betul.. but not now.. im still young.. huhuhu.. but not teen lagilah.. dah adult tau..huhuhu.. tahun ni aku kena mengaku untuk segalanya..sedar diri dah sekarang nie.. nak jadi baik memang kena mulakan dari awal.. kiranya aku masih ada peluang tok mulakan semula setelah lama aku lepaskan segalanya.. kenapa baru sekarang aku nampak semua nie?? apalah dengan aku nie..


tahun ni juga akan berpisah dengan teman-teman sekelas aku terutama sekali.. yelah dah final sem. aku akan rindukan diaorang semua.. rasa macam-macam nak buat sem akhir nie.. tapi dapat ke nak buat semua tu?? entah bila lagi dapat jumpa diaorang lagi.. dahlah masing-masing duduk jauh-jauh.. bukannya dekat.. kalau dekat takpe jugaklah.. senang nak jumpa.. boleh keluar sama.. dan belum tentu semuanya sambung ke peringkat lebih tinggi dalam bidang yang sama.. terasa sedih pulak sekarang nie.. nangis jap...(waaa..!!!!)...dah cukup yer.. tak nak nagis lebih kang banjir pulak tempat nie..hehehhe...cukuplah ada setengah tempat yang dah lama tak banjir, banjir.. syukur tempat aku tak banjir... bersyukur sangat..huhuhu..udah..mulalah aku ni merepek.. cukuplah yer..


p/s: aku sebenarnya sayang sangat-sangat kat teman-teman kelas aku.. walaupun korang ada tak suka..dan aku ada mengata korang belakang.. tapi sebenarnya aku sayang sangat kat korang..aku gembira selama bersama korang.. begitu berat tau untuk semua ini terjadi..

this memont miss you

waktu ni baru terasa rindu sangat-sangat..
terlampau rindu tau...
bila dah jauh..
baru rasa rindu yang teramat sangat..
bila dekat buat tak tahu jer..
apalah nak jadi dengan aku nie..
hargailah bila ada depan mata tu..
apa lagi..
tuntutlah..
hihihi..
bila dah dekat..
aku nak tuntut hadiah..
tak minta lebih pun..
sedikit sudah memandai..
sudah cukup buat aku gembira..
hanya ingin bersama...
seketika pun jadilah..
bukan lebih yang aku minta..
aku tahu dapat ditunaikan..
menjadi insan yang tak pernah lupa..
cukup bahagia..
teramat bahagia..
sampai suatu ketika kita pasti jumpa kembali..
akan aku nantikan saat itu..
ingat..
tidak lebih aku meminta..
hanya secebis sahaja..
buat aku terus bersemangat untuk meneruskan perjuangan aku..
terima kasih banyak..
aku ucapkan padamu..

ma birthday

hari ni hari lahir aku..
nak kata special??
ada-ada..
abah dah siap-siap simpankan kad kat beg..
pandai tol abah..
dalam diam yer..
wah2...
yang lain ..
takde pun..
dah duduk jauh dari family..
hanya bertemankan temanku sorang jer..
dengan dia jelah aku sambut..
appaun pada sapa yang wish aku kat hanset dan FB tu..
aku nak ucapkan thanks a lot la..
rasa terharu kejaplah..
hehehhe..
so hari ni apa aku nak buat??
menyambung kerja tesis yang tertangguh..
selagi tak siap sampai tahap yang dikehendaki..
tak tenteram hidup nie..
sabar jela dalam menghadapi semua ni..
hehhehe...