aku bukan nak blame sesiapa atau menuduh sesiapa.. tapi aku nak tahulah kenapa masih ada manusia yang tak punyai hati dan perasaan dalam menidakkan suatu kebenaran yang dia sendiri tak mampu hadapi?? sehingga sanggup kehilangan sesuatu yang berharga asalkan dia dapat apa yang dia inginkan?? kenapa masih ada orang sekejam itu?? ingin katakan aku pernah lalui perkara tu rasanya tidak.. aku hanya ingin berkongsi sahaja.. aku lihatlah.. sanggup dia menjatuhkan orang lain demi kepentingan dia?? apakah dia sendiri tak mampu menerima kebenaran yang ada di depan mata?? atau dia tak sanggup terima kenyataan atas kekalahan dia sendiri.. aku cukup benci jika ada yang sanggup menjatuhkan kaumnya sendiri.. mana harga dirinya?? setelah itu sanggup dia menganggap perkara itu hanya biasa sedangkan dia tidak fikirkan kesan dan akibat yang bakal dia perolehi suatu hari kelak?? masih ada lagi insan yang kejam di bumi yang serba moden dan mewah ini.. untuk apa dibanggakan kemenangan itu sedangkan itu hanya sementara... hai..
apakah susah menerima kebenaran?? ye aku memang boleh katakan susah bagi sesiapa yang mengalaminya.. tapi pada sesiapa yang tidak pernah mengalaminya.. menganggapkan itu hanya perkara remeh... apakah kebenaran itu suatu yang menyakitkan?? sesakit manakah itu?? aku sendiri tak mampu menjawapnya kerana aku tidak pernah alami.. apakah jika aku lalui perkara itu aku mampu alaminya seperti setengah insan yang pernah mengalaminya.. pasti begitu sakit dirasakan sehinggakan ada yang sanggup mengadaikan nyawanya kerana tidak mampu menerima kebenaran.. kemana hilangnya pegangan agama mereka?? bukankah setiap agama melarang kita dari membuangkan diri kita bergitu sahaja.. setelah bertahun-tahun hidup.. hanya memusnahkan hidupnya begitu sahaja.. pasti perit kebenaran yang harus dia terima?? oh masih lagi ada yang begitu...
sebagai muslim.. kita ada pegangan agama.. kita ada cara kita sendiri.. tapi kenapa ada juga gelaran muslim.. nama islam.. pakaian islam.. tapi sifat dan perangai tidak sedikit pun menunjukkan yang dia itu seorang yang berpegangan teguh pada ajaran islam?? apakah memang dia sendiri tidak pelajari ilmu itu ketika dia meningkat dewasa? ataukah mungkin dia berpakaian seperti itu hanya ingin menutup kejahilan dirinya?? biar buruk di pandang luar.. biar hina di maki orang.. tapi hati teguh pada yang SATU.. hati tidak sedikit goyah dek duniawi.. duniawi yang sementara.. untuk apa dikejar sehingga melangit? apa yang dapat?? kebongkakan?? keagungan?? itukah yang di pandang dalam islam?? itukah yang di ajar di sekolah sewaktu kita masih kecil dahulu?? itukah yang keluarga kita didik sehingga kita besar kini??
aku masih tak faham.. apa itu hipokrit? mengapa mesti ada sifat itu? adakah itu perlu ada pada setiap manusia yang hidup di bumi tuhan nie? cubelah sekali berlaku jujur pada diri. untuk apa ada sifat itu? untuk kepuasan diri? atau kebebasan diri? mustahil punyai sifat itu hanya untuk suka-suka.. dusta jika sifat itu dinafikan pada seseorang.. kerana ia takkan dapat lari dari mempunyai sifat itu..perit tau bila perkara itu terbongkar dan diketahui umum.. tapi kenapa? kenapa perlu ada sifat itu.. aku tidak menafikan juga yang ku pernah punyai sifat itu.. tapi bila aku fikirkan semula.. untuk apa ada sifat itu? demi menjaga hati orang? demi ingin melepaskan diri dari diketahui.. tapi sampai bilakah nak jadi begini.. cubalah kita sebagai umat yang punyai tamadun.. berubah.. buang sifat yang mampu menjatuhkan kita suatu hari nanti..
No comments:
Post a Comment