Friday 28 February 2014

Kerana Mulut Badan Binasa

Assalamualaikum..



Firman Allah s.w.t. :

       "Hai orang-orang yang beriman! kalau datang kepada kamu orang fasik membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu tidak mencelakakan suatu kaum dengan tidak diketahui, kemudian kamu menyesal atas perbuatan itu" 
                                                                         (Ayat 6 : Surah Al-Hujurat)

Hadith Rasullullah s.a.w : 

"Tidak akan masuk syurga pembawa fitnah"
                                                              (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)


Tajuk ini aku buat adalah untuk memuhasabahkan diri aku sendiri... Setelah menonton program di OASIS channel 106 astro... ia membuat aku membuka mata aku sendiri mengenai mengata tentang perihal orang... Balasan bagi orang yang menabur fitnah dan menyebarkan kata-kata yang tidak  adalah cukup besar... Selagi ia tidak memohon maaf kepada insan yang menaburkan fitnah, selagi itu ia berdosa.. 

Dusta semua itu..

...السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Selamat pagi yang cukup indah dengan kepanasan hari yang sudah lebih sebulan panasnya... Dengan cuaca yang tidak menentu ni.. lagi bertambah lah kekurangan dari pelbagai segi.. Apatah lagi masalah yang bermacam-macam tue..

Aku rasa nak gelak yang teramat sangat-sangat.. Mana tidaknya dalam masa seminggu aku telah berubah seperti dahulu kala.. Menjadi seorang yang aku tak nak jadi lagi dah,.. Tapi semua nie terjadi dek kerana masalah yang bodoh lagi bangang.. Terima kasih masalah yang buat aku gila dan bodoh.. Masalah yang aku tak sangka dari salah aku sendiri.. Kerana apa? kerana aku tak nak ada masalah dengan orang lain.. Biar pun masalah tu dari nya...

Tetapi hari ini.. ye.. 28 Februari.. Segalanya berubah kembali.. Kau telah merubah aku menjadi seorang yang cukup hitam dalam diri aku. Jangan pernah bermain dengan api kemarahan aku yang aku tak pernah nak tunjukkan di mata orang lain.. Kau sendiri tahu dendam aku bukan senang untuk aku hilangkan.. Tapi ia hadir kembali kerana ini.. Biar pun apa terjadi.. Aku akan hilang.. Yer.. Aku akan hilang untuk tak terbitkan dendam aku pada Kau.. Kerana dendam aku kini sudah menguasai diri aku yang bodoh ini..


Thursday 27 February 2014

Sabarlah..




      ....السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 


Bila aku dah mula nak menaip blog aku..aku akan terus menulis blog aku dengan apa juga caranya.. Dengan ini aku boleh kurangkan keserabutan di kepala aku.. dengan masalah-masalah yang entah bila nak selesai dengan tenang.. Sabar jelah dengan semua ini,.

dugaan sementara.



...السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Bukan senang nak memuaskan hati semua orang.. bukan senang nak tenangkan hati yang sedang membuak dengan api kemarah yang membara.. apa yang mampu dilakukan adalah dengan membiarkannya sahaja sehingga ianya pulih dengan sendirinya.. sejauh mana kemarahan itu mampu bertahan.. dek kerana syaitan yang sedang menghasut dengan gembiranya.. bukan itu dirimu sebenarnya.. entah sampai bila akan terjadi begini.. mungkin dengan itu caranya untuk membuat kebencian hadir dalam diri seseorang yang rapat.. 

Hari ini mungkin tiada masalah buatmu.. mungkin ini hanya lah sementara sahaja.. 

Persinggahan seketika

Assalamualaikum...

Kesempatan yang aku ada ni.. bolehlah aku update sikit-sikit walaupun tak banyak.. Tiada idea nak update selalu.. Tambahan pula dengan blog yang semakin kucar-kacir..seperti tuannya jugak.. hidup agak kucar-kacir dibuatnya.. berselerak entah kemana perginya.. 

Usia aku meningkat sudah 24 tahun.. bukan muda lagi.. semakin berusia.. dan semakin bertambah tanggungjawap aku dalam melalui hari-hari aku ini.. seharusnya seusia ini aku haruslah berfikir lebih matang berbanding sebelum nie. tetapi tekadang kita berada di luar landasan sebenar sehingga menyebabkan kita terlari jauh dari tujuan sebenarnya..

Bukan mudah untuk ubah semuanya dalam sekelip mata jika nak dibandingkan dengan perkara itu berlaku dalam sekelip mata saja.. seperti kita membina bangunan..membina bangunan bukanlah mudah dan mengambil masa yang lama untuk siap sepenuhnya.. tetapi untuk memusnahkan hanya mengambil masa 10 saat saja musnah semuanya.. Kita kena ingat juga selepas musnahkan semuanya bagaimana kita nak memulihkan semula? Adakah dengan seminit mampu kembali pada asal? tidak sama sekali.. begitu juga kehidupan kita. hidup kita Allah telah aturkan dengan baiknya.. DIA memberikan kita masalah agar kita ingat padaNYA..

Dari kecil aku lagi.. seawal belasan tahun lagi aku telah mencipta pelbagai-bagai masalah yang bermacam-macam.. Ada yang mampu aku hadapi dan ada yang aku hanya mampu melepaskan begitu sahaja,, Hanya boleh melarikan diri daripada berdepan dengan semuanya.. Sehingga kini pun aku tak berdepan dengan kenyataan sebenar yang entah apa aku inginkan sebenarnya.. Seharusnya seusia aku, aku haruslah bertambah bijak dalam membuat sesuatu keputusan..

Kekecewaan..kedukaan..kesakitan dan segala yang boleh merosakkan minda serta fikiran aku telah banyak aku lalui sehingga satu ketika aku mampu membelakangi sesuatu yang sangat wajib aku patuhi,. Tapi apakah dengan semua itu dapat aku menyerlesaikan segala masalah aku.. sudah pastinya aku takkan dapat hanya menambahkan lagi masalah yang sedia ada..

Tapi tanpa semua itu, kita pasti takkan dapat merasai kebahagia..kegembiraan dan keindahan.. kerana Allah nak berikan kita sesuatu yang sangat baik.. Ada yang perlu kita suarakan demi mempertahankan sesuatu dan ada perkara yang perlu kita diamkan demi menjaga hati insan-insan tertentu,.. Selagi ia tidak membelakangi sesuatu yang wajib dalam hidup kita ini...

tangisan air mata darah sekali pun tidak mampu dapat memulihkan semua keadaan yang telah kita cipta bagi memulihkan semuanya.. Tangisan itu hanyalah luahan seketika yang bukan boleh pulihkan segalanya.. Hati yang pilu sering kali tergugat dek kerana keperitan yang dirasakan sehinggakan mengalir air mata tanpa kita sedar.. Dalam kita sedar atau tidak.. hati kita sering kali di uji dengan pelbagai-bagai cara.. baik atau pun buruk.. cara kita untuk atasinya...

Sebuah dendam bukanlah penyelesaian yang terbaik untuk memusnahkan sebuah kehidupan yang indah tetapi ia menambahkan hitam hati kita yang semakin menebal.. Jangan pernah ada rasa dendam kerana sekalis ia wujud pasti sukar untuk disingkirkan kerana ia bukanlah perkara yang baik di sisi Allah.. Selagi boleh dielakkan elakkan dengan cara yang begitu baik.. Masih banyak lagi penyelesaian yang boleh kita cuba..

Manusia yang mampu berubah sikap dalam sekelip mata bukanlah sesuatu yang mustahil.. Tetapi kita haruslah ingat ada sebab semua itu terjadi.. perubahan sikap dari baik kepada tidak baik atau sebaliknya itu adalah diri kita sebagai manusia yang menentukkannya. Ada dek desakan seseorang yang sering kali mencucuk dia sehinggakan dia mampu berubah menjadi seseorang yang tidak disangkan atau pun berubah dek kerana diri sendiri yang inginkan perubahan yang lebih baik atau sebaliknya.. Tetapi setiap manusia cuba mengharapkan sesuatu perubahan yang lebih baik kerana itu amat dituntut dalam agama kita iaitu Islam..

Siapa pun kita itulah kita.. KIta yang mencipta diri kita menjadi seperti apa yang kita inginkan.. Tiada siapa yang mampu mengubah diri kita kalau bukan kita..jadi siapa pun kita ingin menjadi fikirkanlah sebelum kita menyesalinya... Sedangkan aku ini sedang mencari siapa sebenar aku ini.. Apa yang aku inginkan selama ini.. Cara apa untuk aku memiliki sesuatu itu.. Baik atau buruk sesuatu perkara yang aku lakukan ini.. Semua itu masih bermain difikiran aku yang bercampau baur..

Wednesday 26 February 2014

Semua itu telah tertulis

Assalamualaikum...

Sekejap jer rasanya. Seperti baru semalam jer aku masuk belajar. Tinggal satu semester je lagi untuk aku tamatkan semuanya. Akhirnya aku akan meninggalkan alam pengajian untuk seketika dek kerana punyai komitment yang baru. Sekejap jer aku lalui semua ini. Tambahan pula dengan dugaan yang sedang aku lalui sekarang nie.. Apakah semua ini mampu memberikan kematangan buat aku atau hanya pengalaman semata-mata yang datang dan berlalu pergi..