Kesempatan yang aku ada ni.. bolehlah aku update sikit-sikit walaupun tak banyak.. Tiada idea nak update selalu.. Tambahan pula dengan blog yang semakin kucar-kacir..seperti tuannya jugak.. hidup agak kucar-kacir dibuatnya.. berselerak entah kemana perginya..
Usia aku meningkat sudah 24 tahun.. bukan muda lagi.. semakin berusia.. dan semakin bertambah tanggungjawap aku dalam melalui hari-hari aku ini.. seharusnya seusia ini aku haruslah berfikir lebih matang berbanding sebelum nie. tetapi tekadang kita berada di luar landasan sebenar sehingga menyebabkan kita terlari jauh dari tujuan sebenarnya..
Bukan mudah untuk ubah semuanya dalam sekelip mata jika nak dibandingkan dengan perkara itu berlaku dalam sekelip mata saja.. seperti kita membina bangunan..membina bangunan bukanlah mudah dan mengambil masa yang lama untuk siap sepenuhnya.. tetapi untuk memusnahkan hanya mengambil masa 10 saat saja musnah semuanya.. Kita kena ingat juga selepas musnahkan semuanya bagaimana kita nak memulihkan semula? Adakah dengan seminit mampu kembali pada asal? tidak sama sekali.. begitu juga kehidupan kita. hidup kita Allah telah aturkan dengan baiknya.. DIA memberikan kita masalah agar kita ingat padaNYA..
Dari kecil aku lagi.. seawal belasan tahun lagi aku telah mencipta pelbagai-bagai masalah yang bermacam-macam.. Ada yang mampu aku hadapi dan ada yang aku hanya mampu melepaskan begitu sahaja,, Hanya boleh melarikan diri daripada berdepan dengan semuanya.. Sehingga kini pun aku tak berdepan dengan kenyataan sebenar yang entah apa aku inginkan sebenarnya.. Seharusnya seusia aku, aku haruslah bertambah bijak dalam membuat sesuatu keputusan..
Kekecewaan..kedukaan..kesakitan dan segala yang boleh merosakkan minda serta fikiran aku telah banyak aku lalui sehingga satu ketika aku mampu membelakangi sesuatu yang sangat wajib aku patuhi,. Tapi apakah dengan semua itu dapat aku menyerlesaikan segala masalah aku.. sudah pastinya aku takkan dapat hanya menambahkan lagi masalah yang sedia ada..
Tapi tanpa semua itu, kita pasti takkan dapat merasai kebahagia..kegembiraan dan keindahan.. kerana Allah nak berikan kita sesuatu yang sangat baik.. Ada yang perlu kita suarakan demi mempertahankan sesuatu dan ada perkara yang perlu kita diamkan demi menjaga hati insan-insan tertentu,.. Selagi ia tidak membelakangi sesuatu yang wajib dalam hidup kita ini...
tangisan air mata darah sekali pun tidak mampu dapat memulihkan semua keadaan yang telah kita cipta bagi memulihkan semuanya.. Tangisan itu hanyalah luahan seketika yang bukan boleh pulihkan segalanya.. Hati yang pilu sering kali tergugat dek kerana keperitan yang dirasakan sehinggakan mengalir air mata tanpa kita sedar.. Dalam kita sedar atau tidak.. hati kita sering kali di uji dengan pelbagai-bagai cara.. baik atau pun buruk.. cara kita untuk atasinya...
Sebuah dendam bukanlah penyelesaian yang terbaik untuk memusnahkan sebuah kehidupan yang indah tetapi ia menambahkan hitam hati kita yang semakin menebal.. Jangan pernah ada rasa dendam kerana sekalis ia wujud pasti sukar untuk disingkirkan kerana ia bukanlah perkara yang baik di sisi Allah.. Selagi boleh dielakkan elakkan dengan cara yang begitu baik.. Masih banyak lagi penyelesaian yang boleh kita cuba..
Manusia yang mampu berubah sikap dalam sekelip mata bukanlah sesuatu yang mustahil.. Tetapi kita haruslah ingat ada sebab semua itu terjadi.. perubahan sikap dari baik kepada tidak baik atau sebaliknya itu adalah diri kita sebagai manusia yang menentukkannya. Ada dek desakan seseorang yang sering kali mencucuk dia sehinggakan dia mampu berubah menjadi seseorang yang tidak disangkan atau pun berubah dek kerana diri sendiri yang inginkan perubahan yang lebih baik atau sebaliknya.. Tetapi setiap manusia cuba mengharapkan sesuatu perubahan yang lebih baik kerana itu amat dituntut dalam agama kita iaitu Islam..
Siapa pun kita itulah kita.. KIta yang mencipta diri kita menjadi seperti apa yang kita inginkan.. Tiada siapa yang mampu mengubah diri kita kalau bukan kita..jadi siapa pun kita ingin menjadi fikirkanlah sebelum kita menyesalinya... Sedangkan aku ini sedang mencari siapa sebenar aku ini.. Apa yang aku inginkan selama ini.. Cara apa untuk aku memiliki sesuatu itu.. Baik atau buruk sesuatu perkara yang aku lakukan ini.. Semua itu masih bermain difikiran aku yang bercampau baur..
No comments:
Post a Comment