Thursday 30 December 2010

31 DeceMbEr

tarikh tu..
penuh dengan cerita..
dan aku menanti tarikh itu..
jika di imbau kembali..
tahun lepas..
pada tarikh ini..
2cerita yang aku alami..
gembira dan dugaan..
gembira biarlah aku rahsiakannya..
dugaannya pun begitu..
tapi itu semuanya tahun lepas..
tapi tahun ni??
esok tarikh tu..
adakah aku akan gembira atau sedih?
semuanya akan berlaku..
bermula tengah malam ini..
tapi yang aku harapkan gembira sepanjang hari..
kerana aku inginkan sesuatu..
jika aku lalui dengan kesedihan..
aku harapkan berlalu segera..
atau tidak ingin aku rasakan..
semua tu aku tidak pasti..
hanya aku mampu katakan..
berserah..
berdoakan ia lebih baik..
dan bertambah baik..
itu yang aku harapkan..
dengan penuh harapan..



Monday 27 December 2010

game....GAME...and..game...


warna yang cantik..
bunyi yang menarik..
membuat aku tak puas main game nie..
buleh naik warna-warni mata aku lepas nie..
seronoknye dapat game yang macam nie..
comel sangat-sangat..
blok yang bermacam warna-warni..
i like it..
huhu..
dah macam budak-budak aku dibuatnya..
bila dah tak de kerja tu lah yang aku buat..
walhal bukan tak ada kerja..
ada cuma aku buat-buat tak ada kerja..
sebab aku tak nak rasa stress yang teramat..
kita mesti cool kan..
huhuhu..
ok daar...

dengan senyuman



Dengan senyuman yang busuk lagi hampeh.. aku dengan tidak rasa bersalah pun pergi mencari isi untuk ku jadikan bahan walaupun tinggal seminggu aku di sini.. oh libary, aku tahu ko dah begitu bosan dengan muka aku ni kan.. tapi tak apa.. isnin depan ko dah tak jumpa aku lagi.. aku dah ada di perantauan.. selamat tinggal libary.. yang akan menemanimu adalah byeti.. oh byeti sayang..jagalah baik-baik libary tu.. kerana aku tahu lepas ni byeti sibukkan.. maklumlah sebulan dengan en,Basri yang comey.. huhuhu.. haa.. sebut pasal en. Basri.. hari ni ada perbualan lagi bersamanya.. bestkan.. huhuhu.. tahu tak apa yang kami bualkan.. mari kita ikuti..

En.Basri: ha..kamu..sepatutnya awk bersama dengan sy bila yer?

(dengan muka blur aku mendengar..sambil byeti menyibuk turut mendengar,...hahah..)

aku: minggu ni sehingga jumaat ni saya bersama en.basri.

En.Basri: oh...saya dimaklumkan ingatkan minggu lepas..tapi rupanya minggu ni yer..

aku: yer encik..

En.Basri: okey, kalau macam tu nanti sy bagi tugas pentadbiran yer.. yelah nanti di sini akan diadakan exam @#%$^^&(sebenarnya aku tak tau exam apa..)

aku:oh, yeke?

En.Basri: saya dah suruh en.nazri bagikan tugas pada awk..ada tak dia jumpa awk?

aku: tak de encik.


En.Basri: okey..takpe..nanti en.nazri akan bagi awak tugas tok awak buat..

aku:baiklah..

(dan encik basri berlalu pergi ke bilik meeting..dan aku dengan senyuman menanti segalanya itu..harap adalah seminggu ni tugas walaupun dah nak habis praktikal..jadi kita nantikan yer..)



*p/s: to byeti..sayangilah enbasri kerana anda akan bersamanya..hahhahaa

Saturday 25 December 2010

Kenapa Saya Suka Oh! Media Network



Enjoy bila aku ke franpage oh!media network terutama sekali di Facebook


Laman yang pertama sekali aku jumpa sejak aku join oh!media adalah oh!artis. Seterusnya aku ikuti laman oh!tidak. dan ada lagi lagi laman yang turut aku ikuti seperti:

Kenapa warna sukakan oh!media ni antara sebabnya:
  • Perisian yang dibuatkan didalamnya up-to-date.
  • Banyak info yang berguna dalam kehidupan seharian.
  • Banyak menyedarkan golongan yang ketandusan akhlak.
  • Memberi pengajaran yang berguna kepada sesiapa mengikutinya..
  • Gambar-gambar yang dipaparkan kadangkala mencuit hati aku.
  • Dapat tahu gosip-gosip artis tempatan.



mug oh!media..jika aku menang dan dapat..bahagia rasanya..



tak pun dapat perfume ni pun jadilah..best juga..jika warna ada dapat mana-mana hadiah dari oh!media warna terima.. peminatlah katakan..


Kalau ada sesiapa yang berminat nak join jomlah.. Caranya korang bolah dapatkan kat link sini yer..


http://ohmedia.my/contest-mudah-mengenai-oh-media/


So cool tau...



picture ini yang ada di oh!media. Kalau boleh aku nak cari tempat ni dekat mana.Mana tahu boleh lepak-lepak situ kan..

Broadband


hari ni aku online dengan broadband yang kadang kala macam kura-kura mencari spek mata yang hilang..kadang-kadang pulak macam chipmore yang bertukar menjadi merah..memang redha gunakan broadband nie.. broadband ni atas nama aku tapi yang guna sebelum abang aku dan sekarang ni abah pula yang pegang..tak tahu nak sampai kat tangan aku bila lah tu kan.. berdoa jelah.. lagipun bagsu aku tak pegang sebab aku ni kalau dah ada internet selalu..mulalah mengadap 24jam tanpa henti tanpa jemu.. sebab memang aku tak pernah jemu dengan laptop kesayangan aku nie.. kihkih... pakwe 1st akulah katakan..paling setia dengan aku.. aku ni je yang kekadang setia dan kekadang curang..mana tak curang ada laptop orang lain yang ada internet aku abaikan laptop aku yang bernama jinggo nie lah. kekadang merajuk juga dengan aku nie.. tahu tak macam ne dia merajuk.. dia merajuk dengan running lambat macam badak pemalas.. sakit hati je tau.. tapi tulah jinggo.. kalau dia gtahu aku sayang dia.. laju je dia bergerak.. huhu.. jinggo ni da perasaan tau.. kalau korang tak percayakan cuba korang sayangi barang-barang atau harta pusaka korang..jaga baik-baik..mesti punya korang dapat rasakan.. ah, sudah..start giler aku nie..hahaha.. suka sangat aku ni nak merepek.. payahlah kalau dah pndai nak merepek ni tau.. kegilaan merepek mula terserlah..hahaha.. aku perlukan bantuan ni..

Taylor swift


Dalam minggu ni dah 3lagu aku tukar.. sekarang ni entah kenapa aku suka pulak dengan lagu taylor Swift.. Bila kita baca lirik dia, rasakan seperti kita yang rasakan keadaan itu.. lirik dia tu umpama life sebenar yang dialami dalam kehidupan especially love la.. sebab banyak lagu Taylor Swift ni more pada love.. mungkin dia ni meluahkan rasa hati dia kedalam lagu.. Suara dia pun boleh tahan sedap.. lagi pun aku suka style lagu yang di bawakannya.. lagunya berentakkan country.. nampak lebih enjoy bila kita mendengarnya.. sukanya aku.. huhu.. semalam pula secara tidak sengaja aku sempat tengok Taylor Swift kat rancangan Oprah..rancangan dekat Channel DIVA(702)...Taylor Swift bagi gitar kesayangan dia kepada peminat fanatik dia..budak lagi pun yang minat sangat dengan Taylor tu..itulah kalau dah terlampau fanatik dengan artis memang macam tu..

Tapi satu yang aku pelikkan tentang artis Malaysia,until now tak ada artis Malaysia yang mampu mencipta style sendiri.. aku bukan nak mengutuk artis Malaysia.. maaflah.. kekadang aku sedih tengok artis Malaysia.. kenapa perlu meniru artis luar?? sering kali di katakan meniru style artis indon.. aku pun tak tahu sampai bila akan jadi macam nie.. aku harapkan artis malaysia mampu membawakan style yang tersendiri suatu hari nanti.. apapun aku sokong artis malaysia yang cuba untuk mencari style tersendiri tanpa meniru gaya dari luar.. kita patut jadi diri sendiri..


comelkan Taylor Swift nie..rambut dia tu yang mahal..suka tengok..

Eh, pandai pula aku cerita pasal muzik-muzik nie yer..aku bukan tahu sangat pun.. cuma adalah ikut pekembangan artis nie..huhu.. kuat gosip aku juga ni yer..hahaha.. kelakar pula dengan aku nie..apalah aku nie..huhu..mula mengarut dah aku nie..

Friday 24 December 2010

so excited

im really miss you lol.. a lot..
hari ni semua kerja tak jadi.. yelah aku asyik mengadap warna nie.. eh bukan ngadap warna je tau.. warna ko jangan perasa tau.. aku hari explore blog orang aku follow blog orang..macam apa tah hari aku.. terlampau excited.. sampai aku bersunguh-sungguh mencari blog kawan-kawan aku.. aku pun tak tahulah kenapa dengan aku ni.. terlampau excited.. aku kalau boleh nak kawan-kawan lama aku hubungi aku..yelah aku rindu sangat-sangat.. bila dah dewasa ni baru tahu nak rindu.. before tak tahu pun erti rindu kan..hahha.. perasan betul aku nie.. ^_^

paling aku gembira dan terlampau excited aku jumpa blog kawan lama aku sorang nie.. walaupun blog dia jarang update tapi bila aku dapat jumpa blog dia.. aku teruja.. hahahha.. dah macam jumpa beyonce tau.. hahhaa.. macamlah aku ni pernah jumpa beyonce.. eja nama pun entah betul ke tidak.. tapi tak kisah yang aku nak story ni aku gembira coz aku jumpa juga blog dia.. watch out friend.. aku akan follow blog ko.. hati-hati tau... ko perasan ke tidak lantak ko la.. ko nak follow aku ke tak suka hati.. sebab aku tahu warna aku ni selalu update bila aku depan laptop.. hahaha.. since ko menghilang tanpa berita.. aku tak pernah nak cari ko.. tapi entah kenapa hujung-hujung tahun ni aku gatal mencari ko.. aku tahu ko takkan dapat jumpa aku lagi.. sebab aku dah tak duduk rumah lama lagi.. bye..bye.. huhuhu.. ko duduk sana diam-diam tau... ko tahu tak aku sebenarnya rindu sangat nak hang out dengan ko.. tapi aku tahu ko sekarang duduk jauh.. jauhlah sangat still ada kat bumikan.. tapi tak pela..^_^

ko tau tak kawan.. kalau aku dapat jumpa ko..nak aku belasah ko..macam waktu kita kecik-kecik dulu.. ko ingat lagi tak?? mesti ko ingat punya sebab ko juga yang selalu story kat aku..padahal aku dah lupa.. seronok waktu kan..zaman muda-muda dulu..but since aku pindah tu.. aku tak pernah tahu tentang diri ko.. apatah lagi diari hidup ko.. bukan aku tak nak cari ko kat facebook or myspace.. tapi sebab waktu tu aku tak cukup bersedia.. sebenarnya sampai sekarang pun.. kalau ko nak jadi kawan aku kat facebook ke add lah.. tu pun kalau lepas.. sebab aku punya facebo0k terkawal rapi tau.. jangan jelez tau kawan..^_^

hari ni aku nak story pasal ko je tau.. sebab aku tahu.. bila aku tengah excited.. aku akan type panjang-panjang.. eh, nanti kalau ko terbaca ni.. kira nasib ko je lah.. hahaha.. aku dedicated post yang ini untuk ko tau..walaupun bukan hari atau esok.. lambat laun ko baca juga warna aku yang comey nie.. macam aku kan comey nya.. aku tahu nak kata kat aku yang aku sekarang nie makin comey.. sejak kita tak berjumpa dan bersua.. alah aku tak kisah pun ko nak kata sebab memang dari dulu perangai ko suka kutuk aku.. ahhaha.. aku rindukan saat tulah.. aku tak nak cari ko kat mana-mana laman sosial..cukuplah aku jumpa blog ko.. pandai ko yer.. aku sendiri tak sangkat tu blog ko.. tapi tengok gaya memang ko.. jadi aku tak salah.. memang betul ko.. ko apa ceritalah sekarang.. nak tengok ko update blog memang haramlah.. sebab aku etngok last ko update pun tah berapa bulan lepas.. aku tengok ko dah lama ada akaun blog tu.. tapi kenapa isi sikit yer.. ko dah buang yang lama-lama yer.. dulu penah juga aku follow.. tapi tetiba aku jadi lost memory.. lupa segalanya tentang.. padahal aku malas dah nak fikir tentang..^_^

kawan..bila rumah ko nak buat kenduri kahwin ke..kenduri doa selamat ker..apa-apa jela.. asalkan kenduri.. jangan lupa invite aku tau.. sebab kalau boleh aku nak jadi tetamu VVIP kat rumah ko tu.. boleh tak??hahaha.. kadang-kadang aku ada juga datang ke taman nak kata aku lalu depan rumah ko memang jaranglah.. sebab aku datang sana just nak dinner jer.. bukan aku nak tengok dan adap rumah ko hari-hari.. waktu aku duduk rumah aku bolehla..kalau aku bosan.. aku lalu rumah ko.. lalu jelah sebab tak kuasa aku nak singgah rumah ko... sebab bukan ko nak jumpa aku lagikan.. yelah aku sedar siapa aku nie...(humble pula aku sekarang..)^_^

kawan... umur kita dah makin tuakan..ada ko sedar?? ke ko tak sedar-sedar??? yelah birthday kitakan dibulan yang sama.. jangan ko tak sedar juga dahlah.. ke ko dah lupakan birthday aku?? takkanlah kan... sebab warna aku ni tu terang-terang ada tulis birhtday aku tau...lagipun aku masih simpan lagi present yang ko bagi.. semua presentlah yang ko bagi.. aku suka sangat kat present yang ko bagi tu.. sebab ko bagi dengan warna kegemaran aku.. ala time tu semuanya ko ingat tentang betul tak?? sekarang ada ko ingat tentang aku?? mesti takde punya.. hahahha.. tapi lau ko ingat bagus jugakan.. suka aku tau.. tapikan dulu ada ker aku bagi ko hadiah?? aku dah lupalah.. ada kot aku bagi kat ko.. tapi apa yer aku pernah bagi kat ko?? betul tau aku lost memory dah sekarang nie.. kalau ko tanya apa yang berlaku dalam 3thn lepas aku memang tak ingat yang aku ingat hari-hari aku sakitkan hati ko..aku ingatlah yang tu.. sampai sekarang aku tak boleh lupakan tau macam reaksi ko pada aku bila aku cakap macam tu.. tapi lagi sedih aku sebenarnya aku.. tapi aku boleh buat.. semua tu ketentuan..^_^

kawan..eh tak silap aku kan.. awal-awal tahun hari tu adakan kita terserempak?eh ada ker?? entah kenapalah aku langsung tak ingat pun pasal ko ni.. apa yang aku ingat pasal ko yer.. serius aku kata ni tau.. aku langsung tak ingat pasal ko dah.. sejak aku dah buang ko.. boleh tak aku nak ambil ko balik.. agak-agak elok lagi tak?? ke dah kena recyle je ni.. kalau perlu recyle aku cari tempat recyle je..eh kawan banyak tak aku dah story pasal ko.. bila lagi kita dapat gosip-gosip lagi nie.. satu perkara tau aku tak suka dengan ko.. tahu apa??? ko dulu suka moody dengan aku.. tapi sebenarnya aku lagi kuat moody dengan ko.. sebab aku saja nak cari perhatian dari ko.. kata waktu tu kawan baikkan.. kita kenal dah dari kecikkan.. ko pun pernah lepak rumah aku.. waktu aku tengok ko macam malu-malu bila lepak rumah aku.. yelah aku tahu rumah aku biasa jer.. tapi kalau pergi rumah baru aku ni.. sure ko excited kot.. sebab rumah aku sekarang lebih selesa.. aku dah rasa macam aku tengah vacation tau.. padahal duduk rumah sendiri.. ko nak tak datang rumah aku?? sekarang ni tak boleh datanglah sebab rumah aku tengah proses besar.. kalau ko nak datang datang time rumah aku dah comel yer..^_^



aku banyak perkara nak story dekat ko.. yelah dulukan kita suka gosip-gosip ni.. ko pun layan je bila aku dah start gosip-gosip nie.. aku dapat rasakan suatu hari nanti kita pasti jumpakan.. dalam keadaan apa aku pun tak tahu.. kalau ada jodoh tok kita bertemu adalah.. asalkan ko ada kat rumah ko tu baguslah.. senang aku nak cari ko.. ko tak payah cari aku.. buat semak kepala ko nak cari aku kan.. ko duduk diam-diam je tau.. oklah kawan aku rasa setakat ni saja..dah panjang ko tahu tak aku tulis ni.. khas aku tujukan pada ko.. rasa-rasa ada award tak untuk aku nie?? aku nak yer.. huhuhu..bye my beloved old friend.. i can't speak very well as u can.. but i try to be like you as i can.. i will never give up try and try.. just be the best like you friend.. im so excited when i meet you friend.. no word can be explain.. ^_^

operasi usik word10



rasanya dah berabuk laopran praktikal aku nie..setakat intro dah siap buat apa.. isi tu yang penting..nak bentang lagi? tapi apa yang nak dibentangkan dah akhir tahun nie.. hahha..so..apa yang perlu dilakukan?? jadi buatlah laopran tue.. sebab aku tahu aku ni memang lambat nak mulakan.. tapi bila dah mula berjamlah aku meniliknya.. mana tau ada yang menarikkan.. so apa lagi..buatlah nak tunggu apa lagi.. apalah.. adeh..

harap hari ini lebih baik daripada semalam

hari segala hari..hari jumaat..hari ni aku punch awal..nak kata awal taklah awal sangat..yang pasti tak merah kad aku tue.. pagi-pagi apa lagi makan dulu sama abah.. aku ni kan bagus.. orang masuk kerja pukul 8 tapi aku masih lepak dekat cafe sambil layan nasi lemak dan teh ais.. nyum.. sedap..~

agak-agak dah 8.30 tu baru nampak muka aku kat dalam pejabat.. baguskan aku nie?? huhuhu.. tulah rutin aku dah nak habis praktikal nie.. apa boleh buat dah memang hobi macam tu.. masuk bilik yang aku biasa lepak dengan baiti.. siapa lagikan kawan aku kalau bukan anak sorang yang turut bosan macam aku sejak masing-masing praktikal.. apa yang kami buat selama ni adalah dengan melayan facebook lah.. blogger la.. tulah kerja kami.. betul kan baiti?? huhuhu...

hari ni juga aku jumpa en.Basri.. nak jumpa siapa lagikan kalau bukan dia sebab ikutkan jadual aku.. 22hb lagi aku dah dengan en.Basri tapi baru hari ini aku jumpa dia.. huhuhu.. pemalas betul aku nak jumpa dia.. apalah nak jadi dengan aku.. tapi syukur pergi pejabat dia ada di tempat dia.. apa lagi.. mula lah perbualan kami..
aku: assalamualaikum en.basri..

en.basri: waalakumussalam.. yer saya..

aku: hari ini ikutkan dalam jadual saya dibawah encik..

en.basri: oh yeke? bahagian pentadbiran ye..

aku: a'a encik..

en.basri: baiklah, duduk kat mana yer?

aku: saya ada di bilik ramin

en.basri: ok.jika ada kerja pentadbiran nanti..saya akan jumpa awk dan bagi tugas tu pada awk..

aku:baiklah en.basri.

en.basri:siapa nama awk yer?

aku:panggil saya aina.

en.basri: ok jika ada pape saya akan jumpa awak.

aku:okey.kalau encik nak cari saya,saya ada di bilik ramin..

en.basri:okey.


lalu aku pulang semula ke bilik ramin yang adakala sejuk..hahhaha..apa lagi mulaha operasi update blog nie..memang updatekan..hehehe..



Thursday 23 December 2010

bukan senang

sebenarnya bukan mudah nak update blog..
macam-macam kena tahu tapi aku suka..
sikit-sikit aku belajar..
thanks pada baiti coz ajar aku yer..
banyak gak aku ubah warna nie sejak aku praktikal ni..
yelah mana tidaknya lepas ni bila aku dah balik ke u..
aku mana ada lagi mengadap semua nie..
ada perkara yang lebih penting harus aku lakukan..
jadi masa sekarang nielah aku kena belajar untuk update..
huhuhu..

new blog




ma new design..
buat lagi..
apalah kerja aku meng edit je..
dah tak ada kerja memang jadi macam nie..
tapi nampak lagi comey..
makin bertambah aku belajar dalam meng edit blog ni..
makin comey warna yer..
warna duduk diam-diam yer..
nampak nature gitu..
hijau muda..ditambah dengan putih,..huhuhu

Wednesday 22 December 2010

ku rindukannya...



Kenangan yang sempat aku abadikan kami bertiga di rumah lamaku..
norfarahin bt. saparudin..
nurul shahida bt. zulkifli..





inilah sahabat yang aku sayang sangat dan ingin sekali aku jumpa dan berborak bersama..
apakah masih ada ruang???


semua orang pasti punyai sahabat sejak kecil atau lebih dikenali sahabat baiklah..
termasuk aku juga..aku punyai sahabat baik..
sejak kecil aku baik dengan dia(mereka...)
sehingga ke sekolah menengah..
terlalu banyak kenangan manis kami lalui bersama..
jika di ingatkan kembali sukar untuk diceritakan..
kerana terlalu banyak...
kami bukan dari sekolah yang sama..
dan juga usia tidaklah sama..
tapi itu tidak menghalang kami dalam menjadi teman..
bila aku kenangan kembali saat itu..
ingin sekali aku putarkan kembali saat itu..
hati aku agak sedih..
kadang-kadang aku lihat ramai kawan aku punyai kawan baik @ sahabat baik..
tapi aku??
tiada lagi..
bukan mudah untuk aku mencari ganti diaorang walaupun...
kadang-kadang aku terfikir mampukah untuk aku berhadap dengannya lagi??
aku sendiri tak faham kenapa begitu sekali terjadi..
perkara paling sedih dalam hidup aku bila seorang-seorang sahabat aku meninggalkan aku..
memutuskan persahabatan yang telah lama terbina...
segalanya berubah setelah aku tamat tingkatan5..
sahabat baik aku..
entah kenapa dan mengapa..
sehingga kini aku masih tidak tahu jawapannya..
mengapa dia sanggup memutuskan persahabatan kami..
ada juga aku nampak dia dan berselisih..
tapi kami seperti tidak pernah mengenali diantara satu sama lain..
sedangkan dulu..
kemana kami pergi sentiasa bersama..
kenapa semuanya ini berubah??
aku sendiri tak tahu..
dan aku tiada kekuatan untuk cuba memulihkannya..
kerana aku terlalu kecewa..
sehingga kini..
tapi aku masih sayangkan sahabat aku itu..
kalau di beri kesempatan ingin benar aku bertanya..
mengapa dia sanggup memutuskan persahabatan itu dengan semudahnya???
walaupun hal itu hampir 4tahun berlalu..
tapi bukan mudah untuk dilupakan..
persahabatan yang telah terjalin hampir 6tahun..
putus dengan begitu sahaja...
sahabat..
adakah kau masih mengingati aku??
adakah kau masih simpan gambarku seperti mana aku menyimpan gambarmu??
wahai sahabat...
walaupun aku punyai banyak kekurangan..
tapi apakah salah aku sampai begitu kau buangku..
tidakkah kau ingat kita pernah berjanji??
pernahkah kau ingat??
tiap kali aku ternampak kau..
ingin sekali aku menegur kau..
tapi siapa aku..
kau telah campak aku jauh sekali..
terlalu jauh kau campakkan aku..
biarlah..
akan ku simpan..
aku berharap..
suatu hari nanti bisa kita bertemu..
aku takkan pernah lupa janji kita berdua..
bila aku punyai kekuatan aku akan berdepan dengan kau..
yang mampu aku katakan..
kau gembira dengan hidup kau sekarang..

sahabat yang aku sentiasa rindukan...
nurul shahida bt. zulkifli...

miss you all..


ini adalah kak linda..kalau buat kerja tekun..


ni abg hishe..suka kaco baiti dan kak ina..



tekun kadang-kadang bg hishe ni..

kak linda kuat sanding furniture dia..



yang ni pula abg ami..pendiam tp pandai buat lawa tetiba..


abg zaim..@jaim.. ni lagilah pendiam..nak dengar dia cakap jarang..



kak ina..aku suka sakat dia dan dia suka sakat aku juga..


sempat juga kami nak posing tau..


kak ainun..pemenang tau ni...jaga kak ainun..nanti kena intan pula..


orang lain sibuk memotong ada yg sempat interframe tu..




bos WISDEC..PN. MAHSURI...



kak ainun tekun yer membaca..

tulis jangan tak tulis abg hishe..





abg zaim bila present..



abg hishe present pula..


kak ina dengan tanpa ragu-ragu membentangkan productnya..



kak linda juga terangkan dengan jelas pada judge..


ni lah kak bida..riuh rendah dia ni..ni time dia bentang..




kak tiqa membentang...huhu..



nilah abg lap dengan yakin present productnya..

pemberian

minggu lepaskan..
minggu last jumpa kakak-kakak dan abang-abang FDM (furniture design and making)
masih terasa rindu dekat mereka semua..
apa yang aku nak story ni..
sehari selepas diaorang present product diaorang..
semuanya datang lagi ke tempat aku praktikal..(kecuali kak ina a.k.a kak miow..dah balik dulu..)
sehari juga mereka bersama..
ikutkan perancangan diaorang..diaorang nak pergi picnic weekend baru ni..
tapi tak jadi..tapi aku seronok dan best sepanjang bersama diaorang..
semuanya spoting dan cool..
before balik tu.. kak linda bagi present dekat aku..
ala mungkin kebetulan tu kot..
dia dapat hadiah tu dari kenduri kahwin anak ayah angkat dia..
so mungkin dia tak nak bawa balik ke rumah dia..
kak linda bagi pada aku..
cantik jugak present tu..
color ungu tau...
apapun thanks so much dekat kak linda sebab bagi..
saya hargai sangat..(eh napa jadi saya nie..)
hope suatu hari nanti aku dapat jumpa atau terserempak dengan mereka..
furniture u all semua memang the bestlah...
dan tahniah juga dekat kat kak ainun sebab dapat hadiah utama rm500..
kayalah kak ainun..dahlah dapat duit menang ditambah juga dengan duit elaun..
memang sakan kak ainun..memang semua dah agak kak ainun yag akan menang..



jom kita berlayar baiti...huhuhu..
dan pada kak tiqa... kak bida... kak ina.. kak linda.. abg hishe... abg ami.. dan abg lap...
design korang pun semuanya terbaik..aku suka tengok kesungguhan korang dalam membuatnya..
pasti lepas ni korang keluar akan menjadi designer yang berjaya dan berkerjaya..
huhuhu..
pada abg lap..kak tiqa.. dan kak bida.. hope rancangan korang untuk buka syarikat bersama..
akan terlaksana suatu hari nanti..
pada kak ainun plak..hope impian akak nak jadi international designer akan menjadi kenyataan.. begitu juga dengan yang lain...korang semua punyai cita-cita yang tinggi dalam menghasilkan design furniture yang terbaik dalam industri furniture di malaysia..
majulah design untuk negara..hahahhaa...

pada baiti pulak..semoga dapat bersabar di sini selama 4bulan tanpa ku lagi.. ala nanti akan da kemasukan baru FDM, TPF dan PMD.. mungkinlah.. aku pun tak tahu.. sabar sahajalah yer baiti sayang...muah..~

update..



terlalu banyak yang aku update..sampai aku sendiri dah pening.. entah cantik ke tidak..apapun sekarang ni warna dah berwajah baru..dah ada bird yang menemani warna..lepas ini tiada kesunyian lagi si warna.. tiada lagi kegelapan yang warna rasakan..cuma maaflah pada warna.. diriku masih lemah dalam mengendalikan kamu..diriku masih lemah untuk memahami dirimu sepenuhnya..tapi aku harapkan semuanya fahami.. huhuhu..
inilah dia warnaku yang baru..warna ku yang tiada lagi kegelapan (walaupun masih ada yang gelap..kalau nak dibandingkan dengan yang dulu lagilah..hambar saja warna..) tapi kini.. ada perubahan lah juga.. aku memberanikan diri dalam mengubahkannya.. aku ni bukanlah seorang yang pandai dalam mencari background yang cantik macam orang lain..tapi bagi ini sudah cukup.. yang penting isi dalamnya..apa yang di isinya..betul kan??huhuhu.. apapun i love warna so much.. awaklah tempatku..

Tuesday 21 December 2010

lagi-lagi picture i-city..



ala-ala snow gitu...



colorfull tree..hihihi..



lovely dad pix..



small tree..



down side pix...



love family..



pix candid us..



style..hahaha



start here..besarnya dia....!!!



yellow cactus...



us..



fruit...or..ball..



orange?or pitch?or what??

Touching

kenapa aku tak boleh touching?
kenapa dia jer yang boleh?
aku nak juga kadang-kadang touching..
asyik dia je yang touching..
cuma bagi sekali kat aku touching..
nak tengok dia pujuk aku..
hahaha..perasan..
apalah nak jadi dengan aku..
harap benda yang tak pasti..
dah tau dia tak tahu pujuk..
mahu touching-touching lagi yer..
kang pengsan pula kalau dia pandai pujuk..
tak takut ker??
jadi jangan harap atau berharap dia pujuk..
dah duduk diam-diam sampai dia elok..
bukan lama pun..
kejap tu hilanglah..
suka sangat macam tu..
lari baru tahu..
haa...
baru padan dengan muka aku..
baru setahun jagung dah nak ngada-ngada...
nanti tak sampai 5tahun..
dah tak ada lagi..
time tu tak ada makne untuk aku..
tu janji aku pada dia kan..
takkan dah lupa waktu..
mula-mula aku dapat dia..
jadi apa lagi..
dah jangan nak touching-touching..
(eh tu patut tuju pada dia..bukan aku..)
warna..tolong sampaikan yer..
aku masih sayangkan dia..
aku sentiasa perlukan dia..
tanpa dia..tiada makne semua ini..
dah jaga elok-elok dia tau..
dia merupakan aset berharga bagi aku tau tak..
yang dia pun satu..
tolong jangan yer..
jangan touching lagi..
however im still love you..
faham tak dia nie??
tapi sebenarnya semuanya pada aku..
macam mana aku jaga dia..
kalau elok aku jaga..
eloklah dia..
kalau ganas aku jaga..
ganaslah dia..
tapi aku ni rasa macam ganas jer..
aku ganas ke jaga dia??
dia..oh lupa pula..
boleh pengsan kalau dia menjawap..
apapun terjadi..
dia akan teman aku kan..
so temankan aku tau setiap saat..
aku tahu tiada siapa..
selain dia..
dia...
oh dia...
dan dia....
masih dia...
apa dia...
siapa dia nie??
haaa..............
jawap....
siapa dia nie....
bek jawap...
(tak nak jawap..)
biar orang fikir apa pun...
huhuhu..
ta mahu bagitahu..

rindu sama kamooo

setelah hampir sebulan praktikal baru aku jumpa teman-teman sekelas aku..tu pun tak cukup sebab ada yang duduk dengan kakaknya.. bila dengar cerita diaorang mereka hari-hari ada kerja.. baguslah bila hari-hari ada kerja sedangkan aku nie.. dah macam datang tunjuk muka sahaja.. apalah aku nak present time kat u nanti?? hai.. doa-doa sajalah aku bisa habiskan praktikal aku dengan hati yang lapang..huhuhu..

sebenarnya kalau rumah aku tu tidak dalam penambahan..pasti aku dah ajak kawan-kawan aku datang rumah..bukan senang diaorang duduk selangor dalam tempoh sebulan macam nie.. kawan-kawan ni semuanya orang jauh.. tapi apakan daya rumah aku tu.. aku minta maaf pada teman-teman aku yer.. tapi kalau buleh aku nak sangat bawak korang jalan-jalan kat banting nie.. ke morib ker.. tau korang tak pernah pergi lagikan.. praktikal dah nak habis pun kan.. rasa macam sekejap pulak praktikal..kihkih.. apa aku merepk dah nie.. tadi kata dah bosan.. ni kata lain pula.. apa cerita nie.. ahhaha.. dasar talam dua muka betul aku ni kan.. kihkih..dahla.. malas nak cerita lagi..huhuhu

p/s:padahal dah kosong idea nie..dah cube perah ni..tak keluar juga..sorilah yer..

18 Disember 2010

Seorang kawan aku dah selamat menjadi isteri kepada suaminya...huhuhu.. sorang-sorang kawan aku dah mula menamatkan zaman bujang mereka.. nak kata muda bagi aku masih muda lagi pun.. tapi dah sampai jodohkan.. syukurlah.. aku ni bilakan.. masih dalam perancangan..hahaha.. ke pencarian? tanda tanya yer.. yang pasti aku perlukan tamatkan pengajian aku terlebih dahulu..selagi aku tak habiskan belajar ke peringkat yang aku inginkan selagi tu tiada yang bermain difikiran untuk memikirkan rumahtangga nie.. muda lagikan.. bukan nak suruh you must enjoy with your life when you still young.. tapi sebab aku masih belum dapat apa yang aku nakkan lagi.. bila dah hampir dapat..aku akan fikirkan tentang masa depan aku dalam berkeluarga.. tipu kalau tak nak berkeluarga.. semua orang nak.. cuma lambat atau cepat saja jodoh itu sampai.. jika jodoh aku awal tidak aku menolaknya dan jika lambat tidak aku menolaknya juga. Apapun yang penting beban dan tanggungjawap itu mampu atau tidak untuk kita pegang.. mendirikan rumah tangga ni bukan macam main pondok waktu kecil tu.. tapi mendirikan rumahtangga ni perlukan pengorbanan dan tanggungjawap yang besar dalam melaksanakan.. Aku tak boleh memperkatakan hal ini lebih sebab aku belum masuk ke tahap ini lagi.. Tapi untuk knowledge perlu.. Kadang-kadang aku tengok zaman sekarang ni kahwin macam satu perkara yang diambil mudah.. kenapa aku katakan macam tu? sebab aku tengok sekarang ni ramai yang kahwin muda dan menjadi janda dan duda pada usia yang muda.. kenapalah jadi macam tu? memanglah kita boleh katakan dah tiada jodoh.. tapi ada tak mereka fikirkan sebelum mereka berjanji untuk hidup bersama untuk berakhir dengan begitu sekali?? pastinya tak adakan.. aku sendiri pun tak faham.. yelah aku boleh kata macam-macam sebab aku tak pernah lagi lalui dunia tu.. cuba kita tengok nenek dan atok kita tu.. kahwin di usia muda juga tapi mampu kekal sehingga ke anak cucu..malah ada yang ke cicit.. lihat.. terlalu banyak jurang perbezaan diantara zaman dulu dan zamn kini.. yang itu aku tak mahu cerita lebih banyak.. sebab tahu hal ini begitu sensitif.. yang aku boleh katakan fikirkanlah.. cuma aku nak nak kata aku gembira bila kawan-kawan aku dah tamatkan zaman bujang mereka..dan aku harapkan sangat mereka dapat kekalkan rumahtangga sehingga ke anak cucu..

Lepas ni siapa pula kawan aku yang akan melangsungkan majlis perkahwinan.. suka tengok orang kahwin.. tengok hantaran diaorang.. pelamin..(mungkin kalau aku kahwin ada pelamin..tapi yang just dapat melihat majlis itu keluarga aku dan keluarga pasangan aku sahaja..hahaha..)..sebab aku suka majlis yang simple tak terlalu mambazir..tapi tu semua hanya suatu rancangan bukan kepastian tau...kihkih.. banyak lagi kena fikirkan nie.. kumpul duit dulu.. nak mencari pasangan ni bukan senang kan.. bukan boleh kat pasar borong selonggok boleh pilih gitu jer..banyak rules yang kena di tapisi.. siapa lagi kalau bukan parent aku yang tapis.. ingat senang-senang ke nak terima orang dalam keluarga.. bukan memilih tapi untuk kebahgiaan kemudian hari.. ada yang akan nampak perkara itu seperti kolot.. tapi harus dilakukan.. macam aku katakan awal tadi mendirikan rumahtangga bukan macam main pondok-pondok.. fahamkan.. parent merupakan orang tahu segalanya.. mereka pernah merasai sebelum ni.. jadi untuk apa kita menolak cara itu?ahh.. sudah.. apa pula yang aku dah mula melalut nie.. tolong.. aku tak nak teruskan melalut.. cukup-cukup.. baik stop kat sini kan.. nanti jadi lagi yang pelik.. sampai sapa yang membacanya terlalu pelik..

p/s: calon mungkin dah ada..tapi study first..get what you want first..

Friday 17 December 2010

YoU rAiSe Me uP

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.

There is no life – no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.

You raise me up… To more than I can be.


bLog AkU

Finally..
aku dapat tukar lagu yang aku minat sangat-sangat..
instrument lagu dia begitu syahdu..
tenang saja bila mendengarnya..
lagipun lirik lagu ini terlalu luas maknanya..
aku cukup seronok bila dapat laman web tu..
tulah kena rajin explore blog orang juga ni..
baru kita buleh dapat laman-laman yang berkaitan..
aku ucapkan thanks pada yang rajin follow aku..
sebab dari situ aku juga dapat melihat korang up to date blog korang..
melihat kreativiti korang..
aku sebenarnya jelez korang dapat mewarnai blog korang dengan begitu kreatif..aku cukup suka sekali..
tapi pada aku..
aku tak pandai untuk menceriakan blog aku.
kerana aku lebih senang dengan keserderhanaan dan simple..
dalam apapun aku lebih suka benda yang simple..
jadi dalam blog aku (warna-warni) juga aku lakukan begitu juga..
tak pandai untuk aku memilih background blog aku..
cukuplah dengan warna hitam kerana dengan warna hitam ni aku dapat menceriakan blog aku dengan warna yang macam..
seperti juga warna putih..
pada aku, aku lebih tumpu pada warna hitam..warna yang gelap..
apapun sekarang aku rasa sudah cukup apa yang ada pada blog aku..
yang penting isi dalamnya..
yang pasti aku cukup ceria hari nie..


p/s:you raise me up , so i can stand on mountain

1K

kawan aku cakap tadi tentang bantuan 1K yang dibagi oleh kerajaan selangor kepada pelajar IPT yang asal dari selangor..
aku memang dah dengar hal tu lama..
sewaktu pilihan raya besar yang dimenangi oleh PKR pada beberapa tahun lepas..
menteri besar selangor ada mengatakan tentang hal itu..
tapi aku tidak begitu ambil peduli..
tapi sekarang bila difikirkan semula..
napalah tak dari awal aku ambil bantuan tu..
dapat atau tidak hal ke-2 yang penting aku patut mohon waktu aku mula-mula masuk UiTM dulu..
tapi..
dah nak habis baru nak mohon buleh dapat ker??
rasanya payah sebab syarat dia ada kata bahawa permohanan hanya diberikan setelah masuk ke U bagi tahun pertama sahaja..
aku ni dah masuk tahun ke-3 dan dah nak habis pun..
tapi tak apalah aku try mohon..tak dapat tak pe..
boleh mohon lagi sekali time aku continue degree..
dah kerajaan bagi bantuankan..
harus kita rebut bantuan tu dan gunakan dengan sebaiknya..

tapi tulah..
di media massa ada memperkatakan bahawa ramai pelajar IPT yang dari selangor tidak dapat wang bantuan tersebut..
sedangkan aku baca artikel di internet.. r
amai yang telah mendapat wang tersebut hasil daripada permohonan yang dilakukan..
itulah semuanya berkaitan politik..
aku tak mahu perkatakan lebih banyak sebab belum tiba masa lagi untuk aku menceritakan tentang politik..
apa yang baik aku haruslah ambil dan apa yang buruk aku akan jadikan sepandan..
apapun akan aku cuba untuk buat permohonan tersebut..
manalah tahu ada rezekikan..
kurang sikit beban yang ditanggung..

sebenarnya banyak lagi bantuan yang ditawar kepada pelajar IPT..
cuma kita sahaja mabil tahu atau tidak..
tapi pada yang betul-betul memerlukan duit..
semua tu akan di ambil tahu..
jadi sebagai pelajar haruslah peka..

Thursday 16 December 2010

di sini..

hari ni aku sampai tempat kerja tepat-tepat pukul 8.00 pagi...
aku punch sewaktu jam tu berbunyi..
kira on-time juga aku datangkan..
dengan muka gembira aku punch card tu..
padahal sedar diri dah lambat datang kerja..
lepas punch aku ajak byeti iaitu teman sekerja aku..
pergi breakfast..biasanya aku breakfast dengan abah..
tapi hari ini abang yang hantar..
jadi kena makan sendirilah..
tapi untuk hari ini aku hanya makan karipap 3ketul dan air pula...
teh 'O' ais..
tu je yang aku rasa nak makan hari nie..
tapi tengah hari tak tahu nak makan apa pula nanti..
sepanjang di tempat kerja sejak aku punch sampai jam laptop aku tunjuk pukul 11.19 pagi..
tiada kerja yang diberikan..
dan aku tengok ketua aku tiada..
aku tahu dia sib uk dengan kerja dia..
jadi aku dengan rasa tak perasaan..
tadi duduk seketika di libary dan tambah sikit report..
aku dah tak tahu nak buat apa lagi..
jadi aku buatlah report mana yang patut..
dan sekarang ini pula aku telah berpindah ke bilik latihan ramin..
nama bilik tu..
aku on9 dan terus on9 sebab aku dah tak tahu nak buat apa..
staf kat sini semuanya sibuk dengan urusan masing-masing dan kami sebagai budak praktikal..
tiada apa yang mampu kami lakukan..
tetiba rasa rindu sangat dengan abang dan kakak FDM..
rindu sangat dekat kak Ina, Linda, Ainun, Tqa, Bida dan Abang Hishe,Jaim,Ami,Lap..
pasti aku takkan jumpa mereka lagi..walaupun 2minggu sahaja bersama diaorang tapi aku cukup seronok dan gembira..
selepas diaorang tamat belajar dekat sini..
sunyi semula tempat ni..
aku rindu gelak tawa kak bida dan kak tqa..
huhuhu..
harap sangat lepas nie dapat jumpa diaorang lagikan..
hehehhee

seribu kali cinta


macam cover novel cinta..


nie dia hero dan heroin ceritanya..so cute..



seribu kali cinta..segala demi dirimu..

semenjak episod pertama..aku dah jatuh cinta untuk menonton episod yang seterusnya sehingga kini..jalan cerita yang menarik walaupun ada setengah part tu seperti sama macam cerita cinta yang lain..tapi pada aku jalan cerita dia ada sedikit kelainan.. aku sertakan sekali sinopsis cerita ini..hope ending dia dengan happy ending..

Nizam (Kamal Adli), seorang jejaka yang tidak pernah serius dalam percintaan. Dia mempunyai ramai teman wanita tetapi masih belum dapat menentukan mana satu calon isterinya. Atas desakan orang tua yang mahukan dia berkahwin dengan Huda (Marsha), Nizam telah membawa diri ke Pulau Aman. Di sana, dia telah jatuh hati dengan Miasara (Intan Ladyana) seorang gadis yan peramah dan mesra melayan kanak-kanak.Nizam diuji dengan pelbagai dugaan kerana Miasara mengalami sindrom Amnesia. Apa yang dilakukan pada hari ini, akan dilupakan pada keesokkan harinya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok. Mungkin itu adalah balasan bagi Nizam yang selalu mempermainkan perasaan cinta pada masa lalu.Nizam bertekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam merakamkan aktiviti bersama Miasara. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun keadaan Miasara tetap tidak berubah.Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam supaya pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat. Baginya Nizam masih belum matang dan serius dalam hidup. Ibubapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu menasihati Nizam supaya melupakan hasratnya untuk berkahwin dengan Miasara. Namun. Nizam tidak sanggup meninggalkan Miasara dan dia yakin dengan naluri hatinya serta menyayangi Miasara. Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang perlu melayani kerenah isteri yang akan melupakan dirinya setiap pagi?? Setiap hari Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, binggung dan kalam kabut.