Wednesday 15 December 2010

i-city

Aku nak story selama aku pergi ke i-city.. sebelum aku pergi i-city begitu teruja untuk aku kesana.. yelah mana tidaknya sedangkan orang jauh dan luar dari selangor dah sampai ke tempat tu sedangkan aku belum lagi..mana buleh jadi tempat tu pula berdekatan dengan rumah sewa abang aku dan dekat juga dengan UiTM Shah Alam.. my dream UiTM after Jengka.. huhu.. balik pada cerita..

Tengok orang ambil gambar dan letak kat FACEBOOK nampak best dan menarik saja.. apa lagi aku ni ajak abah pergi ke i-city dimana tempat tu penuh dengan lampu warna-warni..eh dah macam nama blog aku pulak kan..hehe.. aku pergi agak lambatlah..lepas solat isya' kami satu family gerak ke sana without abang sebab dia dah keluar dengan kawan-kawan dia.. lagipun dia dah selalu pergi sana yelah rumah sewa dekat dengan tempat tu.. no wonder kan.. aku sampai ke i-city pukul 11 gitu..memang ramai orang..yang tak sangkanya kena bayar RM10 untuk masuk ke tempat tu..ingatkan free.. abang pula tak bagitahu kena bayar.. jadi abah bayar jelah.. dari jauh tengok tempat tu begitu menarik..(indah khabar daripada rupa...)..nak masuk tempat tu je dah amik masa yang lama..dengan parking lagi..maklumlah nak hujung minggukan.. jadi ramailah yang datang..rata-rata orang jauh yang datang ke tempat tu..ada juga orang tempatan..bukan nak katalah..tapi itulah kenyataan..majoriti yang datang adalah melayu kamu aku sendiri..ada yang datang dengan keluarga..berpasangan dan kawan-kawan..

tapi sampai sekarang aku masih mencari dimana keseronokkannya?? aku tak jumpa.. adakah berbaloi RM10 tu??aku pun tak tahulah..tapi demi nak menunjukkan bukti bahawa aku dah sampai ke i-city aku dan family ada ambil beberapa keping gambar untuk dijadikan kenangan.. dan aku takkan ke sana lagi.. mana taknya dahlah ramai orang..yang ada hanya lampu warna-warni.. tak ada yang lebih menarik dari itu..selau mata aku tengok semua tu..jangan tambah power kat mata aku ni sudah..tak nak aku pakai speak..

Keseluruhannya..pada sesiapa yang suka lampu-lampu ni patut pergilah..pada sapa yang suka ambil gambar guna DSLR... bukan nak burukkan.tapi tu hakikat tau..gambar yang diambil pasti kurang sharp..macam mana nak dapat sharp..cahaya satu xcukup..malam pulak tu..even korang guna tripot..korang payah untuk gambar yang puas hati korang..walaupun aku tak ada kamera tu tapi aku yakin..bukan senang untuk mengambil gambar yang sharp pada waktu malam..apapun untuk mengeratkan silaturrahim antara keluarga..tempat begitu menarik..pada budak-budak pun sesuai juga..cuma aku ingatkanlah sesiapa bawak budak kecil ni jagalah diaorang sebaiknya..dah nama pun budakkan..bukan tau apa..yang tahu hanya keseronokkan..yang dewasa patut awasi tau..dahlah waktu malam..pandangan mata manusia bukan begitu bagus macam binatang..pandangan mata kita di malam hari terbatas,..betul kan..??

Nanti aku masukkan beberapa gambar dalam warna-warni sebagai bukti aku dah kesini tau..sampai di sini dulu...

p/s: walaupun tak best tapi aku enjoy

No comments: