Friday, 24 December 2010

harap hari ini lebih baik daripada semalam

hari segala hari..hari jumaat..hari ni aku punch awal..nak kata awal taklah awal sangat..yang pasti tak merah kad aku tue.. pagi-pagi apa lagi makan dulu sama abah.. aku ni kan bagus.. orang masuk kerja pukul 8 tapi aku masih lepak dekat cafe sambil layan nasi lemak dan teh ais.. nyum.. sedap..~

agak-agak dah 8.30 tu baru nampak muka aku kat dalam pejabat.. baguskan aku nie?? huhuhu.. tulah rutin aku dah nak habis praktikal nie.. apa boleh buat dah memang hobi macam tu.. masuk bilik yang aku biasa lepak dengan baiti.. siapa lagikan kawan aku kalau bukan anak sorang yang turut bosan macam aku sejak masing-masing praktikal.. apa yang kami buat selama ni adalah dengan melayan facebook lah.. blogger la.. tulah kerja kami.. betul kan baiti?? huhuhu...

hari ni juga aku jumpa en.Basri.. nak jumpa siapa lagikan kalau bukan dia sebab ikutkan jadual aku.. 22hb lagi aku dah dengan en.Basri tapi baru hari ini aku jumpa dia.. huhuhu.. pemalas betul aku nak jumpa dia.. apalah nak jadi dengan aku.. tapi syukur pergi pejabat dia ada di tempat dia.. apa lagi.. mula lah perbualan kami..
aku: assalamualaikum en.basri..

en.basri: waalakumussalam.. yer saya..

aku: hari ini ikutkan dalam jadual saya dibawah encik..

en.basri: oh yeke? bahagian pentadbiran ye..

aku: a'a encik..

en.basri: baiklah, duduk kat mana yer?

aku: saya ada di bilik ramin

en.basri: ok.jika ada kerja pentadbiran nanti..saya akan jumpa awk dan bagi tugas tu pada awk..

aku:baiklah en.basri.

en.basri:siapa nama awk yer?

aku:panggil saya aina.

en.basri: ok jika ada pape saya akan jumpa awak.

aku:okey.kalau encik nak cari saya,saya ada di bilik ramin..

en.basri:okey.


lalu aku pulang semula ke bilik ramin yang adakala sejuk..hahhaha..apa lagi mulaha operasi update blog nie..memang updatekan..hehehe..



No comments: