Friday 19 July 2013

Saja nak luahkan..

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Tak ramai pun nak baca warna-warni aku nie.. kalau nak dibandingkan dengan blog orang lain yang lebih emnarik dan lebih tertarik.. kehkeh.. tapi cukuplah buat aku untuk meluahkan apa yang aku ingin luahkan.. dan pada siapa yang rajin membaca warn-warni aku ini adalah orang yang sebenarnya sayangkan aku.. serius.. sebab tuan empunya warna-warni ni pun tak larat nak baca balik apa yang dah dia type.. aku tak tipu nie..

aku juga sebenarnya sangat terkejut kalau ada yang suruh blog aku ni dijadikan novel.. hahhaahaha.. memang sangat mengarut tahap gaban lah.. thanks pada siapa yang sudi memberikan cadangan seperti itu kepada aku.. untuk masa ini aku amsih belum bersedia lagi untuk publishkan segala hasil karya aku yang tak seberapa ni menjadi novel.. hahha.. (kejap.. ada ke orang nak baca nurkilan yang tak seberapa nie..)

Oleh itu.. cukuplah sekadar di alam maya ni saja.. dan terima kasih banyak-banyak yang tak terhingga pada sesiapa yang rajin membaca warna-warni aku nie.. huhu.. agak terharulah atas kesudian kalian mengambil sedikit masa anda untuk dibuangkan dengan membaca nurkilan aku tak begitu indah.. terima kasih banyak-banyak yer...

Aku minta maaf sebab aku tak serajin orang lain untuk selalu up-to-date ceritanya.. maklumlah.. belajar.. untuk membahagikan masa dengan menaip ini agak mengambil masa.. sebab bagi aku.. aku bukan jenis yang suka simpan dalam draft berkurun-kurun.. atau membiarkannya menjadi draft semata-mata.. minta maaf ya..

dan juga ada kalanya aku hanya memasukkan gambar-gambar sahaja..time tu hati nak menaip memang tiadalah,. cukuplah sekadar untuk melatakkan gambar sudah memadai..hehhehe...

berbalik pada kenapa aku menubuhkan warna-warni adalah kerana aku terpengaruh dengan cerita kayangan.. dan aku pernah menceritakan sebelum ini.. daripada cerita itu membuat aku berkobar-kobar untuk membuat blog dan akhirnya terhasillah warna-warni yang tak seberapa nie..


Pada awalnya aku mengambil nama warna-warni atas sebab theme yang aku pamerkan dalam blog ni lebih kepada warna-warni.. sampai tulisan pun berwarna-warni.. tapi semua tu tak lama.. maklumlah zaman remaja lagikan saat tue.. sehingga suatu ketika aku dah mula jemu.. jemu dengan warna-warni yang payah nak edit..hahhaa.. aku ni bukanlah rajin nak edit-edit bagai macam orang.. jadi pada sesiapa yang membaca nurkilan pada tahun 2010 dan 2011 ada yang tulisan tak nampak.. minta maaf ye teman-teman... sebab sebelum ni background warna-warni berwarna hitam..so tulisannya banyak berwarna putih...

akhir sekali, terima kasih sekali lagi sebab sudi singgah ya.. maaf tiada lagu di dalam blog nie.. bukan apa.. tak semua orang suka mendengarnya.. walaupun sebelum ni aku ada meletakkan dengan lagu-lagu intrunmental sahaja.. tapi kini tiada lagi.. hope semua masih lagi sudi menanti entry yang seterusnya yer..

sekian..

No comments: