Tuesday, 23 July 2013

Nama Ainaliyana

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Dah lebih 10 tahun aku menggunakan nickname AINALIYANA.. yer.. 10 tahun.. agak lama aku menggunakan nama tersebut.. bukan aku tak bangga dengan nama yang mak abah berikan kepada aku.. tu hanyalah nickname aku.. bukan ada orang panggil aku dengan nama Ainaliyana tu pun.. kihkihkih,. kalau Aina tu comfirm lah adalah sebab tu sebahagian ndaripada nama penuh aku..huhu...

Entah aku tak ingat aku pernah post entry tentang nama 'nickname' aku ni atau tidak.. huhuhu.. Ianya tercetus sejak seorang kawan aku menggunakan panggilan nama yang berkaitan dengan Liyana juga.. Jadi pada waktu tu jugak aku inginkan juga sebuah nama panggilan yang mudah dikenali.. Aku gunakan nama tersebut ketika melayari laman sosial MIRC ketika tue.. tak silap aku 2002 selepas exam UPSR... awal tak awal aku terdedah dengan laman sosial nie.. sebab tu sekarang nie tak best kenal-kenal dengan orang dari laman sosial nie kerana rata-ratanya hanya ingin mengambil kesempatan..Jadi, takkan berjaya nak 'mencuba' aku nie.. sorry yeah...

Ainaliyana ini hanya akan dilihat di laman sosial aku.. seperti di Facebook, twitter, instagram dan juga blog... Aku juga menggunakan signature aku dengan nama nie juga. Mungkin sebab dah terbiasa sejak sekolah menengah lagi.. Jadi sehingga kini aku masih lagi menggunakan 'signature' Ainaliyana nie.. Jadi kedatangan aku di UiTM pasti akan nampak signature aku dengan nama Ainaliyana..

Walau bagaimanapun aku tetap bangga dengan nama aku iaitu Siti Ainatul Mardhiah Bt. Mohd Hata.. Ada orang kata nama aku panjang dan juga ada yang susah ingin menyebutnya.. Memang nama aku panjang aku tak nafikannya.. Abah cakap kenapa nama anak-anaknya panjang sebab anaknya tak ramai jadi abah dengan mak meletakkan nama kami panjang-panjang. kihkihkih.. So, kawan-kawan boleh panggil aku dengan nama yang berkaitan dengan nama aku dan juga membawa maksud yang baik.. Kita memang orang ini haruslah mempunyai makna bukan main sebut jer tanpa ada makna yang baik.. Jangan macam tue kawan-kawan.. ubahlah daripada sekarang ya.. Nama ini memainkan peranan sifat dan juga watak kita...

Ingat tu ye teman-teman.. Walaupun ia hanya nama panggilan.. kenalah dengan nama yang baik-baik yer.. baiklah jumpa lagi...

No comments: