Wednesday 15 August 2012

Perkara yang dilakukan semasa bercinta

Pasti ramai dikalangan remaja khususnya yang sedang bercinta atau dilamun cinta atau pernah bercinta dengan seseorang.. Dan kalau dah bercinta macam-macam perkara yang anda akan lakukan demi pasangan anda agar dia nampak bukti cinta anda.. ada yang bercinta seawal remaja berkekal sehingga ke jinjang pelamin dan ada juga terkandas di tengah jalan.. itu adalah lumrah.. tidak terlepas aku juga.. tipu aku katakan aku xpernah bercinta.. itu merupakan suatu perasaan yang suci yang ada dalam diri manusia.. Tapi pernah tak korang terfikir perkara-perkara yang pelik korang buat semasa bersama pasangan anda?? Mari kita tengok perkara-perkara yang dilakukan ketika orang tengah hangat bercinta.

1.Bergayut berjam-jam
Yang ni comfirm semua pernah buatkan.nak-nak teknologi sekarang nie. setiap orang mesti ada handset sendiri. Bila orang tengah hangat bercinta, sehari tak dengar suara umpama bertahun tak jumpa.. Walhal baru berapa jam tu, diaorang berjumpa. Dah pula tu, telefon bukan 1 minit atau 2 minit.. berjam-jam pun ada. Ada tu sampai tak tidur malam sebab nak bercakap dengan buah hati yang tercinta. Apa yang diceritakan pun kita tak tahu. Bila orang tengah bercinta ni, segala yang dia lakukan hanya dia rasakan dia dan pasangan dia sahaja yang ada dalam dunia ni. Lepas itu, menyusahkan orang lain. Yelah, mana tidaknya, dahlah bergayut sampai lewat malam, bangun pagi comfirm lambat. Siapa yang tengah belajar, sambung tidur dalam kelas. Kerja pulak, muka macam tak siap.Tapi sebabkan cintakan si dia, rela berkorban apa saja.

2.Berhabis duit kerana dia
Biasa ini kalau pasangan dia ni jenis yang snggup habiskan duit demi orang yang dia sayang. Rela belikan apa saja demi si dia. Sedangkan diri sendiri terpaksa berlapar, berhempas pulas bekerja. Si dia hanya memperolehi dari hasil yang anda lakukan. Wah, untungnya orang macam nie. Minta apa saja dapat. Comfirm kalau minta kereta ker, rumah ker, boleh dapat punyalah. Yelah sanggup berhabis duit kerana orang yang tersayang. Tu kalau tengah bercinta, macam mana kalau dah kahwin? Akaun suami, isteri pegang ker? Golongan macam ni, ada yang baiknya dan ada juga yang buruknya. Kalau pandai uruskan kewangan, tiada masalah punya. Ini yang jadi masalah, kerja tak seberapa, tapi sanggup habiskan duit gaji untuk si dia yang belum pasti milik kamu.Jadi untuk ini, fikir-fikirkanlah.

3.Berjumpa tanpa hirau sekeliling
Kalau kita tengok pasangan yang sedang bercinta ini, hanya dia dengan dunianya sahaja. Tanpa dia menghiraukan orang sekeliling sedang memerhatinya. Padanya sekelilingnya hanyalah angin yang lalu saja. Apa yang diaorang buat, tidak sedikit pun fikirkan apa yang sekeliling sedang katakan. Kita tengok di shopping complex ker, panggung wayang, tempat beriadah macam taman-taman, hutan lipur dan banyak lagilah. Kalau nak disebut tempat orang tengah bercinta ni, kat mana yang sempat pun janji mereka dapat jumpa. Kat belakang pun jadilah asalkan dapat tatap wajah si dia. Itulah penangan orang yang kemaruk bercintalah katakan..

4.Tulis dalam diari
Biasanya yang buat ni kaum hawa.Bukanlah kaum Adam tak ada yang buat, ada juga yang buat. Pada yang buat ni, biasanya mereka akan tulis setiap perjalanan cinta mereka bersama pasangan mereka. Jadi kenangan yang mereka lalui itu, mereka abadikan dalam diari. Diari ni tak kira dalam bentuk tulisan tangan atau tulisan komputer, asalkan mereka dapat ceritakan kenangan cinta mereka bersama dalam diari dan bila dibaca semula mereka akan teringat kenangan manis mereka bersama. Tapi tak ramai yang mampu buat macam ni.Biasanya yang buat ni, memang seorang penulis, sangat cintakan pasangannya. Malah ada juga yang menulis setiap message handset yang dihantarkan pasangannya di tulis di dalam diari. Baginya ia amat berharga. Ada juga menulis sajak cinta mereka dalam diarinya juga. Pelbagai cara yang mereka akan buat asalkan mereka dapat buktikan bahawa mereka saling menyintai antara satu sama lain.

5.Menghantar ucapan indah
Ucapan seperti "Selamat Pagi sayang...", "Selamat Malam my love...", dan sebagainya sudah cukup buat pasangannya hati mereka gembira. Nak pula bila dah malam .Time nak tidur yang paling penting. Ucapan yang ringkas sudah cukup buatnya untuk tidur dengan lena tanpa ingat apa pun sebab dia telah dapat ucapan yang indah daripada pasangannya. Bukankah itu cukup indah bagi seorang yang tengah hangat bercinta? Dan bila bergaduh atau pasangan sedang merajuk, ucapan-ucapan maaf dan manja dihantar dengan harapan dapat melembutkan hati pasangannya dan memaafkan kesilapan pasangannya. Terpulang pada masing-masing dengan gaya bagaimana menghantar ucapan yang indah buat pasangannya. Mungkin ada yang menghantar ucapan seperti ini "Hidup ini tidak lengkap tanpamu sayang..Relaku redah lautan yang luas itu demi untuk bersamamu sayang...", atau pun mungkin ada yang hantar begini.. "Aku tak tahu bila aku mula sukakan kau..tapi sehari aku tak tengok muka kau aku rasakan bagaikan hidupku tak kena.." dan juga sebagianya.. Banyak lagi cara ucapan yang pasangan-pasangan yang sedang bercinta hantar.

6.Berikan hadiah yang istimewa
Biasanya pasangan akan memberikan hadiah yang istimewa kepada pasangannya bila sampai ulangtahun hubungan mereka. Ni memang biasalah. Antara hadiah yang mahal atau muruh tak kiralah. Asalkan hadiah itu cukup buat pasangannya gembira bila memilikinya.Ada yang memberikan hadiah dengan memberikan coklat yang mahal, bunga ros sejambak, dan ada juga memberikan kejutan dengan menyediakan candle light dinner gitu. Wah, sangat romantikkan bila kita tengok pasangan seperti tu. Tapi semua itu atas psangan itu sendiri. Ada pasangan yang bercinta tak terfikir semua itu. Baginya membazir baginya jika dia buat begitu. Baginya keluar bersama sudah cukup baginya. Ada juga orang macam itu.

Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh dilakukan seseorang yang tengah bercinta ni. ada yang cuba buat cinta mereka seperti Adam dan Hawa, Romeo and Juliet, Jack and Rose, Laila dan Majnun dan banyak lagi cerita-cerita cinta yang indah..Semua itu terpulang pada individu itu sendiri. bagaimana mereka melalui bersama pasangannya. Ada yang sukakan romantik dan ada yang memang anti dengan orang romantik. Baginya romantik ini meloyakanlah. Semua itu pandai kita untuk menilainya.

Dan sebenarnya cinta yang begitu indah adalah cinta kerana ALLAH S.W.T.. Kerana bila kita menyintai ALLAH, insyallah cinta kita sesama manusia pasti berjalan dengan baik. Cinta yang kita rasakan itu adalah Cinta yang diberi pinjam untuk kita merasainya. Sayangnya bagi sesiapa yang tidak mempunyai rasa Cinta itu kerana dia tak merasai CINTA PADA ALLAH DAN RASUL...sebagai anak-anak yang baru mengenali erti cinta.. janganlah cepat jatuh pada cinta yang dusta. Bercintalah dulu dengan ALLAH barulah fikir untuk bercinta dengan makhluk lain...apa yang baik itu datang dari ALLAH dan segala yang buruk itu datang dari diri aku sendiri. Jika salah dariku tegurlah..aku juga insan yang biasa...Wallahualam...^^,

No comments: