me~suliha~kak Zahidah~Sue |
Salam Ramadhan buat kawan-kawan yang sudi membaca entri yang baru ini..
Coretan ini aku buat khas teman-teman aku yang tak berhenti-henti memberikan aku semangat.. Aku sangat menghargai sangat-sangat persahabatan bersama kalian.. Kita berjuang bersama.. Berkongsi masalah bersama.. Ada disaat diperlukan.. dan aku amat menyayangi kalian semua.. dan kedewasaan kita ini telah banyak mengajar kita erti kehidupan yang tiada akhirnya lagi... Tiada sedekit pun iri hati aku terhadap kalian..
Kak Fatin |
kenangan di Titian Kasih Titiwangsa |
waktu muda-muda |
Suhaida...Hai...seorang kawan aku yang sangat sempoi...dan yang pasti dia sangat pandai.. memang telah dianugerahkan otaknya cepat tangkap apa yang dia baca dan cepat faham.. Jeleznye aku dengan kawan aku yang sorang nie.. mana tidaknya.. dia mampu mengasingkan masalah peribadi dengan pelajaran.. dan dia juga mampu membahagikan masanya yang agak padat dan mempunyai masa juga untuk study... dan orangnya kadang-kadang aku tengok macam tak ada masalah.. huhuu.. tapi aku tahu dia banyak menyimpan.. itulah sifat yang aku kenal.. tapi seronok bila berkawan dengannya.. dia takut kalau aku tak sambung belajar.. sebab dia tak nak batch kami kekurangan.. maklumlah batch kami merupakan batch yang suam-suam kuku je ahlinya.. hahha.. boleh kira dengan jari..siap berlebih.. huhuhu.. dan dia juga pernah menjadi kawan yang mendengar masalah kawan-kawannya.. dan memberikan nasihat yang boleh diterima pakai... dia ni memang sangat ramai kenalan... so tak heran juga kalau pergi mana saja dia bertegur sapa.. orang berpangkat dalam badan beruniform nie.. tu yang tabik dengan dia sebab dia ada saja masa yang terluang.. orangnya kecik jer.. memang sangat lincah jer.. rasa rindu sangat dekat dia ni sebab dah sebulan tak berjumpa dengan dia.. last jumpa tulah time last paper kiteorang dan berjimba bersama-sama.. jadi sempat dia buat aksi-aksi wajah yang memelikkan.. tapi cukup spoting.. best kalau ambik gambar dia nie.. tak de nak malu-malu atau apa..huhuhu... bukan dia jelah.. semuanya memang tak tahu malu dnegan kamera.. hahhaa.. jadi lepas ni kalau aku bawak kamera jangan nak malu-malu dengan aku tau.. kalau boleh buat gaya ala model pun aku tak kisah.. lagi aku suka..hahhaha... dan aku tahu siapa yang suka buat gaya ala-ala model.. iaitu kak Zahidah...
Fuh...!!! nampak je orangnya macam malu-malu dan segan.. tapi sebenarnya seorang yang sangat-sangat aktif dan lincah juga.. sekeping je orangnya.. hahaha... Kak Zahidah selalu menjadi mangsa keadaan kami semua.. mana tidaknya kiteorang suka sakat-sakat dia sehingga dia geram dengan kami semua.. tapi kami semua buat macam tu bukannya apa.. hanya gurau-gurau.. dan semua tu dah kami anggap seperti keluarga kami sendiri.. macam adik beradik pun ada..huhuu..
Kadang-kadang terasa seperti tak nampak dunia lain dah nie.. hanya nampak dengan diaorang jer.. bila salah seorang dari kami tak ada, seperti ada kekurangan.. dan memang sangat terasa bila takde salah seorang.. dan yang biasanya yang tiada tu aku lah.. hahaha.. sebab aku banyak tak sama dengan diaorang... kelas kami agak berbeza.. diaorang dah lebih banyak kelas yang di ambil berbanding aku nie.. aku ni slow-slow jer.. tak nak rancak-rancak.. hahaha... tapi sesekali terasa juga bila tak sama dengan diaorang nie.. yelah.. rasa macam ketinggalan kat tangga bawah jer.. hahaha... tapi tak pelah aku akan cuba lakukan yang tebraik untuk berjaya bersama diaorang nie.. huhuu...
Dan seorang lagi yang aku rindukan.. nak kata rindu lebih-lebih takut disalah ertikan pulak.. hahaha.. maklumlah dia seorang jejaka yang satu kos dengan aku yang aku rapat.. tapi memang aku rindukan dia.. sebab kami banyak berkongsi kerja bersama-sama.. dan kalau aku dengan dia memang boleh kata macam musuh ketat..eh jap...!! musuh ketat ker???hahhaha.. takdelah.. kawan baik yang memang baik.. dia memang sangat baik dengan aku...dan memang baiklah... tak tahu nak di ertikan macam mana lagilah.. hai...!! tanpa dia nie.. ada je yang aku kurang.. kurang apanya.. kurang semangat nak cari sendiri.. suka minta tolong dia carikan.. then bila dah dapat.. konon-konon aku pulak yang mencarilah.. hahhaa...tapi tak boleh juga bergantung pada dia lagi dah.. nanti dia kata aku ambik kesempatan pulak.... aku kenal dia dari diploma tapi rapat bila degree.. Adli....!! Hai dengar nama pun dah nampak baik jer.. hahaha..!! baik ea.. a'a memang baik sangat sampai aku nak gaduh-gaduh dengan dia.. rasa tak puas hati dengan dia... tulah.. hai...
Susah macam nie.. sorang-sorang dah aku rindukan nie.. macam mana keadaan korang sekarang nie.. mesti hangat menyediakan kuih raya.. nanti kalau korang rajin datanglah kerumah aku yang nak kata jauh tak jauhlah dengan Shah Alam tue...huhuhu.. Kesempatan ni, aku tak tahulah korang ada baca ke tidaklah kan.. kihkih.. tapi aku nak ucapkan juga.. aku memang sangat-sangat rindukan kalian semua.. dan aku sayang sangat-sangat dengan korang semua nie.. korang semua nie buat aku untuk aku terus belajar... dan tanpa korang.. aku tak mampu untuk terus berdiri di sini... Suliha, Kak Fatin, Adli, Kak Zahidah dan Sue; korang nie memang sangat-sangat best... tak pernah buat aku down pun.. korang nie selalu je bagi semangat dan semangat dekat aku.. dan juga korang banyak nasihat aku dengan perkara-perkara yang baik.. dan segala teguran yang pernah korang berikan pada aku,. aku berterima kasih sangat-sangat.. aku berharap sangat-sangat persahabatan kita semua nie akan kekal selamanya.. dan nak ucap juga nie.. Selamat Hari Raya yer.. Maaf Zahir dan Batin.. Nie merupakan tahun pertama aku ucapkan ucapan raya buat korang.. nak bagi kad raya tak sempatlah sayang-sayangku semua.. lain tahun boleh tak??? hahhaha...dan apa tema raya tahun nie?? aku tahun nie..sama macam baju-baju tahun lepas.. bunga-bunga kecil gitu... dan raya pertama aku akan pakai baju warna biru.. sebab itu je yang dah siap.. yang lain baru nak tempah.. hahhaha....
Oklah buat semua yang membaca.. aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maafkan kesilapan selama aku buat blog nie.. jika ada kesalahan semua itu datang dari aku sendiri... dan segala yang baik itu datang dari ALLAH.. semoga raya tahun nie di sambut dengan penuh kemeriahan dan kebahagiaan...
No comments:
Post a Comment