Wednesday, 8 August 2012

Koleksi kad raya zaman kanak-kanak

Salam Ramadhan buat semua..

semalam entah kenapa aku teringat kenangan lama aku di bulan puasa..perkara ni dah lama berlaku..adalah dekat 7 tahun yang lepas..dah berkarat sudah...zaman hingusan lagi tue..kalau dulu hanset memang dah ada..tapi agak terhad untuk di milik oleh setiap orang..kalau ada pun handset yang besar dan stock baling anjing punyalah..itu pun dikira handset paling berharga di kalangan budak-budak belasan tahun ketika itu..dan aku pula..??aku ada handset sendiri bila aku dah form 4...tu pun beli sendiri dengan duit gaji yang tak seberapa..eh,.. aku bukan nak cakap pasal handset..dah tersasar jauh pulak..
hehehe...

semalam aku geledah satu kotak khazanah aku... dan aku terjumpa khazanah yang agak lama ku simpannya.. dan masih seperti baru bila aku bukanya.. KAD RAYA dari KAWAN- KAWAN... bila aku baca satu per satu, ada yang sehingga sekarang masih berhubung dan ada juga terputus macam tue saja... baca setiap isi yang di tulis dalam kad tu aku tergelak sendiri..kihkih... macam rupanya zaman kanak-kanak aku..huhuhu.. agak lucu rupanya.. time tu aku memang sangat-sangat rajin menghantar kad raya pada orang bagi alamat rumah mereka pada aku... walhal tak kenal mana pun.. just ramai kenalan chatting.. aku hantar boleh tahan banyak adalah dalam 50 keping... dan yang dibalasnya tak banyak seperti yang di hantar.. tapi aku tak kisah.. sebab time tu aku memang sangat suka hantar kad raya.. ala, beli je kad yang murah-murah dalam 5keping - RM2.50 jer.. sekarang entah ada lagi ke tak... dan waktu tu juga pos tak mahal macam sekarang nie. dulu luar dari selangor 30sen dan dalam selangor hanya 20sen.. kalau sekarang nie.. sekali hantar 60sen.. kena fikir banyak kali jugaklah..hahhhaa...!!!!!


Proses menghantar kad raya aku pada kawan tak berhenti begitu saja sehingga aku tamat sekolah.. ingat lagi time aku keluar dari teknik dulu.. aku tak lupa kat diaorang.. kebetulan pulak, jiran aku merangkap kawan aku juga sekolah di teknik tu juga iaitu Baizura.. thanks pada dia sebab jadi postwoman untuk aku. aku minta dia bagi kad raya yang aku buat untuk budak-budak dorm aku yang dan kawan sekelas aku.. dan juga beberapa orang kakak yang sangat baik dengan aku waktu kat asrama dulu.. walaupun tak lama aku kat sekolah teknik tue.. banyak juga kenangan yang aku dari situ.. dan akan aku kenang sampai bila-bila kenangan bersama diaorang.. 

dan ada dua orang kawan sekolah menengah aku tak miss hantar kad raya pada aku.. aku memang rasa terhutang budi pada diaorang sebab tak miss hantar kad raya sejak aku form1.. iaitu Ramadevi yang kini ada di Rusia sambung medik tak silap aku.. dan juga kawan aku yang sangat lawa sekarang nie.. Saliah.. Tahun lepas jumpa Lia pun, dia ada bagi aku kad raya.. dia memang sangat rajin.. aku ni saja yang sngat malas sekarang nie.. lebih rajin hantar guna sms.. sesapa yang ada list number  contact.. aku akan hantar ucapan raya yang ringkas.. dan adakala copy je dari sesiapa yang dah hantar dulu dekat aku..


Sejak aku sambung diploma tahun 2008, aku memang tak ada hantar kad raya pada sesiapa lagi.. bukan aku dah lupa pada semua orang.. tapi alamat rumahnya tak dah.. entah mana hilangnya.. tapi tak beerti aku  lupakan diaorang semua.. huhuhu.. kenalan chatting yang lama dengan aku.. memang cukup banyak kenangan yang indah sewaktu aku taksub chatting.. sekarang ni dah tiada lagi.. hanya tinggal kenangan.. kawan-kawan sekolah pun aku tak lupa juga.. kalau aku masih duduk di rumah lama mungkin boleh juga aku hantar kad raya lalu pos.. tapi itulah sekarang nie jauh dari pekan Banting.. jadi agak payah sangat-sangat nak pos kepada kawan-kawan yang masih tak lupakan aku..(agaknya lah...!!!!)


No comments: