Monday 17 September 2012

Kehidupan baru


Salam Warga follower yang rajin nak singgah warna-warni... minta maaf jika lama menghilang.. entah kenapa tak rajin melanda bila dah raya ... lebih sebulan ada kot tak mengadap warna nie.. bosan pun ada juga dengan warna nie.. idea pula kosong jadi lebih-lebih lagi tiada mood nak update.. minta maaf sangat yer...

kalau nak ceritakan apa yang dah berlaku.. memang banyak yang berlakulah.. tapi untuk apa aku nak ceritakan lagi.. semua itu hanya tinggal kenangan sahaja.. dan sekarang ini juga aku dah mulakan kehidupan aku yang lebih baik daripada sebelum nie.. dan aku harapkan akan berjalan dengan baik dan lancarnya.. untuk tika saat ini tiada lagi masalah yang timbul.. dan diharap dapat aku kekalkan..

Semester baru pun dah masuk.. dengan keadaan rumah baru juga.. semester ni semuanya baru.. cuma aku nie saja yang tetap sama..(sama lah kot..!!).. but ok juga macam nie.. lebih bahagia seperti ini.. tiada apa yang nak difikirkan lagi.. yang penting tamatkan pengajian aku.. dan mencari kerjaya yang bersesuaian dengan aku nie.. dan akhirnya jodoh yang baik buatku.. macam dah nampak je siapa jodoh aku tue.. kihkihkih...!! (masih terlalu awal nak aku hebahkan..baru lagilah katakan..)...

Kawan-kawan sama seperti dulu juga.. takde yang berubah pun.. yang tu still sama jer.. cuma adalah sorang dua kawan baru... yelah dah tiba masa untuk aku berkawan dengan orang lain.. untuk kembangkan lagi idea aku nie..huhuu... dan sangat menarik bila aku mula berkawan dengan kawan baru aku nie.. bertukar-tukar pendapat antara satu sama lain.. walaupun bidnag kami agak berlainan.. buat agak lagilah dah memang lain pun.. tapi cara kami berfikir hampir sama.. dan itu membuat aku untuk terus berkawan dengan dia..(agak memilih juga aku nie dalam berkawan..).. alah, lantaklah.. yang penting aku dengan dia tiada masalah yang boleh merosakkan hubungan kami... dengan dia juga buat aku terasa tercabar,. bukan tercabar apa.. tercabar dalam mencapai keputusan yang cemerlang macam dia juga.. kalau orang macam dia mampu untuk memperolehi keputusan yang cemerlang.. dan aku nie mampu juga.. huhuu.. tips-tips dari dia aku minta juga..huhuhu..penting tu untuk mencapai kejayaan yang sangat cemerlang..dan aku harus mulakan dari sekarang nie juga..huhuhu...

aku rasa buat masa ini cukup setakat ini sahaja.. aku dah kekurangan idea untuk berkarya lagi.. segala semangat untuk menaip panjang-panjang belum sampai lagi.. insyallah akan datang akan ada..

salam...selamat menyambut HARI MALAYSIA....

No comments: