Semoga Aidiladha kali ini lebih bermakna buat semua.. kerana bagi aku, tahun ini akan menjadikan kenangan selamanya yang takkan aku lupakan.. rasa tak sabar pun ada juga.. seperti aku pulak yang nak lalui saat-saat itu pula.. hehehe.. tapi dalam kegembiraan yang aku bakal lalui ini.. terselit juga kesedihan.. memang sangat terasa.. hai..!! dah hampir sebulan perkara ni berlalu.. tapi masih segar diingatan aku.. abang ada cakap dengan aku.. ayat dia lebih kurang macam nie lah..
" Susah bila untuk menerima seseorang itu menjadi seorang yang istimewa bila memang dari awalnya dia dianggap kawan... sebab bila ia teruskan juga.. melahirkan rasa yang lain daripada seorang kawan, sekali terhenti, persahabatan itu sukar dipulihkan semula.."
Entahlah.. aku hanya fikirkan ini sementara.. sebab aku yakin aku dapat lupakan semua itu dan anggap semua itu tak pernah berlaku.. dan kembalikan keadaan seperti dulu.. seperti tiada apa yang pernah berlaku.. Apakah aku mampu untuk aku lakukan?? Atau pun harus aku jujur dengan diri aku sekarang? Mampu ker aku nak buat semua itu setelah apa yang pernah berlaku nie..Kuat ker diri aku untuk hadapi semua ini? Yang paling penting, berani ker aku menerima risiko yang aku nak lalui tu? Baru sekali melatah, dah mengelupur ketakutan.. Baru sekali dikecewakan, dah merasakan dimusnahkan selamanya.. Itulah dinamakan hidup..
"Berikanlah peluang jika ia masih ada untuk di isikan.. berikanlah kesempatan jika masih ada ruang untuk diberikan.. Sekali ini rasa hati akan pergi jika jawapan itu jelas...Tiada yang akan disimpan.. Buanglah ketakutan itu.. Detik kini dibilang.. jika tiada.. tika itu tiada lagi.. terpadam segalanya.. hilang semuanya.."
Peluang? bukan mudah untuk aku dapatkan peluang itu.. kerana peluang itu hanya sekali mampu untuk aku lalui.. sering kali begitu.. sukar buat aku untuk hadapi peluang kedua.. mungkin ada sesetengahnya mampu menerima dan mencari peluang kedua, tapi bagi aku, sukar buat aku untuk lakukan semua itu... apakah kerana egoku? Jelas ego ku tinggi saat kau meninggikannya.. Cuba aku menundukkan semua itu.. tapi jelas tiada gunanya... hahahha...!!
Pasrah? Tabahkan hati menerimakan segalanya setelah pelbagai diusahakan? Adakah orang seperti aku harus berusaha? Dimana maruah aku letakkan? Tiada salahnya aku meninggikan kesombonganku.. bukanlah untuk disishkan dari orang.. tapi adalah untuk meninggikan darjat maruahku.. Aku hanyalah wanita biasa. Tapi aku punyai maruah yang harus aku pelihara daripada tercemar.. apakah aku rela mencemarkan segala nya hanya kerana ingin memiliki sesuatu yang tak pasti? Masih tiada jelas untuk semua itu..
Sabar?Seberapa lama sabar itu mampu ditanggung? sejauh mana kesabaran itu mampu ditahan? Bukan semua orang mampu menahan semua itu. Bukan semua orang mampu hadapi kesabaran itu. Bertahun atau berbulan itu hanyalah masanya. Tapi adakah dengan masa yang dilalui memberikan seseorang itu sabar dalam menerimanya? Memilikinya dengan pantas tanpa sabar.. pasti akan hilang dengan pantas juga.. tapi adakah semua itu setiap orang laluinya sama?
" Suburkanlah hati dengan adanya ALLAH.. semaikanlah hati dengan kalimah-kalimah AL-QURAN... siramilah hati dengan titik-titik ZIKIR... rendangkanlah hati dengan akhlak-akhlak MAHMUDAH... peliharahlah pohon itu dengan ketakwaanMU padanya YA ALLAH... tiada yang lebih bermakna daripada mendekatkan diri yang kecil ini pada ALLAH..."
Insya-ALLAH selagi aku termampu untuk bicara rasa ini.. akan aku terus bersuara di lubuk hati kecil ini.. kerana aku begitu yakin pasti akan ada segala jawapan yang selama ini tersimpan.. hanya kesabaran yang mampu untuk aku lalui masa kini.. terima kasih kerana mengajar erti kehidupan sebenarnya. terima kasih kerana memberikan rasa yang takkan dilupakan selamanya.. kesuburan kenangan akan tersimpan indah bersama -sama harapan yang takkan pernah hilang..tiada harapan yang mampu aku katakan.. harapan untuk bersinar kembali.. hatiku ini tiada akan meratapka setiap detik dan masa yang pernah diambil.. tapi mencuba untuk diberikan masa yang ada untuk dipenuhkan kembali...
No comments:
Post a Comment