Monday 29 October 2012

Kata Cinta


Masih segar di lubuk hati saat pertama melihatmu..
Entah mengapa hati pantas ingin mengenalimu..
Cuba untuk mendekatimu...
Seperti hati kita sama..
Hati yang sedang terluka dan mencari pengubat..
Angin seperti menyampaikan khabar buat kita berdua untuk terus berbicara..





Hari semakin berganti..
Rasa hati semakin berubah..
Dari tiada apa..melahirkan rasa yang telah lama hilang..
Rasa rindu mula hadir..
Rasa sayang mula menjelma..
Setiap detik hati ini sering bertanya..
Apakah perkhabarannya..
Bagaimanakah keadaannya..
Kenapa rasa ini sukar untuk hilang..
Ataukah semua ini hanyalah angan belaka..

Segala kekurangan diri ini dikau terima..
Setiap tutur kata hati sering kali berkata indah..
setiap ucapan cinta itu hanyalah untukmu..
Semoga jodoh ada buat kita..
Terus memohon doa agar diberikan yang terbaik..
ALLAH maha mengetahui segalanya..
Hanya doa padanya tanpa ada segannya..
dan jangan pernah sekali melupakanNYA..
kerana cinta itu milik ALLAH..
ALLAH memberikan pada kita agar kita dapat rasaikan bersama..

*p/s-buat si dia yang menerima segala kekurangan diri ini...

No comments: