Thursday 16 February 2012

Hati dan Diri

Kenapala aku tulis tentang nie.. oh mengapa yer..!!!
ni namanya dah takde kerja di cari kerja yang tak berfaedah langsung...
siapa yang tak puas hati dengan aku, aku sendiri tak tahu.. rasanya aku takde masalah dnegan orang punlah.. huhu.. ye...!!! betul tue.. apa masalah aku nie.. orang takde buat masalah pun dengan aku.. aku nie yang mengada-ngadakan masalah jer.. huhuhu.. aku dah kebosanan sebenarnya.. dahlah dnegan laptop aku sendiri dah rosak.. lagilah buat aku bertambah bosan yang teramat sangat-sangat... sampai buat ayta pun dah tunggang langgang.. macam apa dah nie.. hai...!!!!!!!.



wahai...Cik Ainatul....!!!!

"apa sudah terjadi dengan kamu nie.. apa yang telah menghantui diri kamu nie.. sampai kamu tulis statement seperti itu..?? cuba cerita jika ada benda yang ingin di ceritakan?? sudi mendengarnya.. jika kamu tidak keberatan... "

(hati aku memikirkan apa yang boleh aku ceritakan...)

"Sebenarnya hati ini cukup gundah gulana.. tiada siapa yang mengetahuinya.. hati ini cukup berat untuk di kongsikan bersama..terlalu berat yang dipikulnya..sehingga diri ini tak mampu lagi untuk membawanya..tidak larat lagi untuk papah lagi.. mahu sahaja dibuang ia jauh..sangat-sangat jauh..sejauh yang boleh jika mampu dilakukan seperti itu..."

(aku kembali bertanya kepada hatiku..)

"apa yang terlalu berat yang kau pikulkan selama nie?? apa yang telah kau lalui selama ini.. apakah kau ingin bercerita padaku... aku mampu menjadi pendengar yang sedia tatkala hati sedang sedih..gundah gulana.. biar diri ini menghiburkan hati...janganlah terus menyimpannya..ia akan membahayakan hatimu.. ia akan rosak.. sehinggakau tak mampu lagi bertahan.. ketahanan mu tidak panjang pun... berilah sedikit ruang padaku untuk mendengar luahan hati...."

(hati memberikan tindak balas yang baik...)

"apakah dirimu mampu untuk mendengarnya?? apakah dirimu mampu untuk hadapinya bersama?? jika dirimu mampu tok lalui semua itu.. hati ini tidak teragak-agak untuk menceritakan segalanya kepadamu.. kerana aku tahu.. hati ini hanya layak untuk menceritakan semuanya kepada dirimu sahaja.. jika dirimu mampu membuat sesuatu yang cukup bijak.. segalanya pasti akan berakhir dengan baiknya.. adakah dirimu mampu..?? hati ini bertanya nie.."

(diriku cuba memahami setiap kata hati... dan ini responnya...)

"ya..aku yakin dengan keputusan aku itu.. kerana tatkala hatimu menceritanya.. diri ini masih ada lagi tempat untuk mengadu.. diri ini masih ada lagi MAHA PENCIPTA yang mampu mendengar segala keluhan yang hati rasakan kini.. hanya hati cerita sahaja pada diri ini dnegan tenang.. dan jika ia terlalu berat.. diri ini akan sujud kepada YA ALLAH supaya diberikan pentunjuk tentang segala yang hati sedang lalui.. diri ini tidak pernah putus untuk terus memohon pada YA ALLAH agar diberikan kemudahan dalam segala urusan...berceritalah padaku wahai hati CIK AINATUL...."

(hati mulalah bercerita segalanya kepada diri apa yang dilalui selama ini...)

"hati ini sudah cukup pedih...hati ini telah banyak yang dilaluinya.. gembira..sedih..bahagia..kecewa..segalanya telah dirasainya.. sehingga tak mampu untuk di tanggungkan lagi.. pelbagai insan yang bermacam-macam hati yang hati ini jumpa... semua tidak seperti yang hati inginkan selamanya ini.. hati ini masih tidak menjumpainya..di manakah untuk hati ini berjumpa dengan hati yang sama seperti yang hati ini inginkan..?? hati sering kali dimainkan dengan nafsu... nafsu yang yang sering kali mengusai diri selama ini.,.apakah dirimu sedar selama ini...apakah dirimu masih lagi hanyut dengan nafsu itu...?? hati ini sebenarnya masih lagi menyayangi dirimu.. kerana kita berada dekat,, dan cukup dekat... hati ini minta maaf kerana baru kini menceritakan semua ini kepada dirimu.. kerana dirimu semakin alpa dengan keindahan alam yang diri rasai selama ini.. marilah kita bersatu kembali untuk membetulkan semua ini..marilah..."

(tersentak diri tatkala mendengar semua luahan yang diluahkan oleh hati..dan diri mula menitiskan air mata.. dan terus menitiskan sehingga hati  juga turut menitiskan bersama...)

"mengapakah baru kini hati baru menceritakan..mengapa tidak pada dulu lagi..YA ALLAH apakah yang telah aku lakukan pada hati sehingga dia begitu sakit kini.. baiklah hati..marilah kita bersatu semula untuk kembalikan segala yang baik..diri ini akan cuba menjadi yang terbaik..agar hati juga baik selamanya.. jika hati tidak menceritakan segalanya..diri ini tetap alpa..dan pasti akan terus alpa.. maafkan diri ini hati..."

(dan akhirnya hati dan diri kembali bersatu dan membetulkan segala yang telah dilalui pada masa dahulu...agar tidak dilaluinya pada masa hadapan...)


*p/s : jangan pernah sekali melupakan apa yang telah kita lalui selama kita hidup ini..kerana kita tidak tahu apa yang hati kita rasakan selama ini...

No comments: