ASSALAMUALAIKUM...
aku nak berkongsi sesuatu hari ini... tengok tajuk pun dah tahu kan... aku sebenarnya suka dengan istilah kawan baik.. dan aku suka bila kawan-kawan aku cakap yang aku nie adalah kawan baiknya.. siapa yang tak suka bila dapat gelaran tue.. kerana kawan yang dapat menilai kita seperti mana..dan bukan senang tok kita dapatkan kawan baik..yang baik dari segi segalanya.. mampu menyimpan segala rahsia kita..menasihati kita kearah yang baik..dan segalanya yang dikatakan baik..
aku memang mempunyai kawan-kawan baik.. yang cukup baik.. sejak dibangku sekolah lagi kami berkawan.. sehingga sekarang aku masih berkawan dengan diaorang.. aku begitu sayangkan TIQA, DAYAH, SYARA... hanya kerana sebuah cerita.. kita menjadi kawan baik sehingga sekarang.. walaupun dah lama tak jumpa korang.. rindu pada korang.. tapi persahabatan kita sikit pun tak pernah pudar.. semoga hari yang mendatang aku dapat berjumpa dengan korang semua.. boleh reunion ber4 kan.. mana tahu boleh bercuti bersama-sama kan... yelah kita semua semakin dewasa...jadi nak tahu juga bagaimana perkembangan kalian semua..
baiklah kita sambung balik tentang kawan baik.. bagaimana pula dengan kawan baik itu lain jantina dari kita.. contoh macam aku nie wanita.. dan aku mempunyai kawan lelaki.. apakah layak lelaki tue dikatakan sebagai kawan baik juga? atau tiada langsung istilah kawan baik pun.. mana satu yang boleh terima pakai? ada yang aku dengar tiada langsung istilah kawan baik untuk lelaki dan perempuan.. kerana bila mereka berkawan.. salah seorang dari mereka mempunya perasaan yang lebih dari kawan.. apakah itu boleh terima??
ada setengah orang katakan.. memang ada kawan baik di antara lelaki dan wanita.. sehinggakan segalanya dikongsikan bersama.. tapi mereka tidak bercinta.. semua tue pendapat masing-masing dan cara mereka sendiri.. mereka berkongsi masalah bersama.. bercerita segala apa yang mereka rasa.. seperti kawan baik diantara perempuan... tapi apakah ada persabatan yang seperti itu??yang hanya menganggap tidak lebih dari seorang kawan baik..bagaimana dengan kawan semua....??
dan baru ini aku ada tengok rancang orang putih tajuknya FriendZone... cerita ini tentang realiti hidup sebuah persahabatan lelaki dan perempuan yang akhirnya salah seorang daripada mereka meluahkan perasaan yang selama ini diaorang pendamkan.. ada yang berjaya melangkah ke peringkat seterusnya.. dan ada juga yang kecewa kerana sahabatnya hanya mengganggapnya tidak lebih dari seorang kawan sahaja.. agak terkesan juga aku dengan rancangan tue...kerana walaupun telah menolak dengan cara baik.. tapi apakah mampu mereka menjalankan aktiviti sebelum ni mereka lalui tanpa rasa segan silu?? mungkin ada yang boleh menerima dnegan baiknya.. tapi ada juga yang telah menolah secara bulat-bulat.. kerana dek kan terlalu malu sehinggakan memutuskan persahabatan yang telah lama terjalin begitu sahaja.. ada baik dan buruknya semua ini..
dan juga..adakah kawan-kawan semua terima bila aku katakan jika orang yang sudah berkahwin ini dikatakan kawan baik?? atau pun mereka hanya layak dikatakan suami isteri?? tidak boleh dianggap seperti kawan?? semua itu pada pandangan kawan-kawan.. tapi bagi aku.. orang yang sudah berkahwin itu layak dipanggil kawan baik.. kerana segalanya dikongsi bersama.. susah senang dihadapi bersama.. di situ kita dapat mengetahui pasangan yang kita kahwini itulah kawan baik yang memang menerima kita seadanya.. bercerita semua masalah yang dihadapinya.. saling nasihat menasihati.. ada juga yang aku dengar.. bukan semua rahsia mampu kita ceritakan dengan pasangan kita (suami/isteri)... itu juga betul.. mungkin perkara yang lampau telah dia lalui tidak haruslah diceritakan lagi kerana siapa dia sekarang inilah harus dihargai sebaiknya... bagaimana pula dengan kawan semua.. saya nie belumlah berkahwin lagi.. tapi sedikit sebanyak hal rumah tangga aku ambil kisah juga.. kerana itu akan mengajar aku bila aku berkahwin nanti..
photo : http://kringg.blogspot.com |
jadi semua tu atas diri kita sendiri.. memilih untuk menjadikan terus teman baik atau sebaliknya... kerana terus terang aku katakan aku memang mempunyai kawan baik.. dan kami cukup baik.. dari kawan biasa menjadi kawan baik... tapi untuk ke peringkat seterusnya masih di luar kotak pemikiran kami.. kerana kami masih ingin mengejar impian kami,, tapi aku cukup senang dengannya.. dan family aku juga tidak menghalang persahabatan kami.. kerana kami tetap akan menjaga batas pergaulan antara kami..
jadi kawan-kawan semua macam mana.. semua tu terletak pada keputusan kawan-kawan semua tau..
No comments:
Post a Comment