seketika aku singgah di sini untuk bertanyakan khabarmu. apa khabarmu? diharap kamu sihat sejahtera. sudah lama aku tidak singgah bertanyakan khabarmu. amat rindu aku padamu. apakah kau merindukan aku jua seperti aku merinduimu? saban hari aku memikirkan dirimu tanpa henti. adakah dirimu memikirkan diriku? ingin aku dakap dirimu disaat ini kerana aku terlalu merindui dirimu. kenapa begitu kuat aku rindukan dirimu? mungkin kerana kita telah kerap bersama hingga payah untuk kita berpisah seketika. jadi.. ketika ini aku mencari kesempatan untuk meluahkan di sini agar dirimu tahu aku amat rindukan suasana itu.
dirimu begitu bererti buat diriku. dirimu umpama nyawaku. dirimu umpama cahaya matahari yang sering memancarkan cahayakan bila tiba masanya.. begitu dirimu pada diriku... jangan pernah cuba musnah pancaran yang telah dirimu sinarkan padaku.. akan buta seluruh jiwaku tanpa cahaya dirimu lagi...
suatu ketika diriku cuba melupakan dirimu tapi semakin aku cuba lupakan semakin kuat aku memikirkan dirimu.. entah mengapa kuat ikatan kita ini.. bukan mudah untuk aku menjaga dirimu.. begitu dirimu bukan mudah untuk dirimu menjaga diriku.. kerana kita bukannya sama seperti yang lain.. biar pun ada yang sama.. tapi tetap diriku katakan dirimu tidak sikit sama dengan diriku.. itu yang diriku pasti.. sesungguhnya aku amat pasti dengan apa yang aku yakinkan ini...
tika ini.. kesempatan ini.. dengarlah luahkan diriku khas tujukan untuk dirimu. kerana akan diriku tinggalkan dirimu semula.. jagalah diri sebaiknya,.. ingatilah diriku sentiasa kerana tidak pernah diriku lupa akan dirimu sayang..rindu diriku ini aku bawakan ia terus kepada dirimu.. diriku akan terus menyayangi dirimu setiap detik nadi diriku berdegup..
No comments:
Post a Comment