Salam Ramadhan buat semua...
Hari ini entah kenapa aku terfikirkan memilih antara dua pilihan.. jika sesuatu berlaku kepada aku untuk memilih salah satu.. macam mana aku nak buat?? tetiba aku terfikir tentang itu.. sebab aku tak pernah mengalami keadaan itu... kerana segala peluang yang diberikan pada aku sekali sahaja.. dan aku terus menerimanya.. tapi bagaimana pula jika suatu hari nanti aku kena membuat pilihan.. mungkin bukan dua malah lebih... kita tak tahu esok hari kita bagaimana ceritanya.. dan kerana itu aku tertanya-tanya.. tidak kisah ia melibatkan apa pun.. tapi bagaimana harus aku hadapi semua itu... apakah mampu aku memilih kesemuanya?? jika perkara itu mampu aku lakukan.. pasti ia mudah penyelesaiannya.. tapi bagaimana pula jika pilihan itu hanya perlu di pilih satu daripada banyak-banyak... kekadang aku rasa takut sangat untuk membuat pemilihan tersebut.. kerana aku bukanlah seorang yang bijak untuk membuat pilihan yang terbaik...
Ada juga teman-teman aku menyarankan aku bila kita mengalami kesulitan tentang memilih sesuatu.. mintalah pada ALLAH iaitu dengan melakukan solat sunat Istikharah... insyallah dengan izinNYA pasti ada jawapannya... tapi aku cukup takut untuk melakukannya.. entah kenapa aku begitu takut untuk melakukannya.. sedangkan penyelesaian terakhir adalah dengan memohon pada ALLAH... tapi entahlah kenapa dengan aku sekarang nie... mungkin juga sebab aku terlalu banyak masa terluang sehingga fikiran aku macam-macam yang difikirkan.. haish..!!! aku tak boleh macam tue.. aku kena buang jauh-jauh apa yang aku fikirkan itu...
No comments:
Post a Comment