Tuesday, 31 July 2012

Jawapan Cinta yang tidak hilang

Kenapa awak masih sayang dia, walau dia dah tinggal  awak  ??
Kenapa awak masih sayang  dia , walau dia dah buang  awak  ??
Kenapa awak masih sayang  dia , walau dia dah hancurkan hati  awak  ??
Kenapa awak masih sayang  dia , walau dia dah pijak cinta  awak  ??
Kenapa awak masih sayang  dia , walau dia runtuhkan mahligai  awak  ??
Kenapa awak masih sayang  dia , walau dia pergi tanpa belas ??
Kenapa awak masih sayang  dia , walau awak menangis dia pandang  awak  penuh benci ??
Kenapa awak masih sayang  dia , walau dia tak pernah fikir susah  awak  ??
Kenapa??? kenapa??? kenapa awak masih sayang dia ??? !!~

SEBAB ...... bila dia tinggal saya ...  saya  sedar kelemahan diri  saya  punca dia pergi ...
bila dia buang  saya  ..  saya  makin dekat dengan ALLAH S.W.T.. , dan aku tahu ujian ini untuk  saya  baiki diri .. bukan merosakkan diri  saya  dgn kebencian...
bila dia hancurkan hati  saya  ..  saya teringat betapa banyak hati dia  saya hancurkan , tanpa saya  sedari ..
Bila dia pijak cinta  saya  .. saya tahu cinta sudah lama tidak berkembang dan dibaja ..atas kelalaian dan kealpaan  saya  ..bila di pijak baru  saya tercungap untuk bernafas ,dan cuba bangun dan kembang semula...
Bila dia runtuhkan mahligai aku .. saat itu , ia hanya mahligai kaca .. yang pudar sinarnya hanya tiang cinta yang mmbuat ia terus berdiri ..
Bila  saya pergi tanpa belas ...saya  kenal dia ,  saya  tahu dia berperang dengan diri ...mencari kekuatan untuk berlalu pergi...
Bila dia pandang  saya  penuh benci ... itu kerana dia sayang  saya  , walau dia cuba nafikan...
Bila dia tak pernah pikir susah  saya  .. sebenarnya dia tak pernah berhenti memikirkan  saya  ..
dan kerana itu ,Saya masih sayang dia ..dan mengharapkan peluang dari ALLAH S.W.T. untuk perbaiki segalanya .. !!~dan saya berjanji ,walaupun sesaat saya takkan sesekali mempersiakannya..


~endless love...~
*Just Senyum,.. Seiklas Hati,.. :)
Jika kekasihmu di RAMPAS orang lain ,jangan BALAS DENDAM atau BERDUKA LARA tetapi relakanlah dia pergi KERANA Kekasih yang BAIK tidak akan mudah dirampas oleh orang lain KECUALI jika dia yang MEMBENARKAN.

Semoga melihat KEBAHAGIAAN orang lain yang tidak pernah kita kecapi itu, mampu membuat kita TERSENYUM, REDHA dengan ketetapanNya. SABAR dengan ketetapaNya ~ Tabahlah Wahai hati, Sesungguhnya Allah itu memahami.



Ya Allah,..



Jika Dia Tercipta Untukku,
Satukanlah Hatinya Dengan Hatiku
Kirimkan Lah Kebahgiaan antara kami
Agar Kemesraan Itu Abadi

Ya Allah,
Seiringkankan lah Kami Melayari Hidup Ini
Ketepian Yang Sejahtera Dan Abadi
Maka Jodohkan Lah Kami

Tetapi Ya Allah,..

Seandainya Telah Engkau Takdirkan
Dia Bukan Milikku
Bawalah Dia Jauh Dari Pandanganku
Luputkanlah Dia Dari Ingatanku
Dan Peliharalah Aku Dari Kekecewaan

Berikanlah Aku Kekuatan Untuk Menolak
Bayangannya Jauh Kedada Langit
Hilang Bersama Senja Yang Merah
Agar Aku Sentiasa Tenang
Walaupun Tanpa Bersamanya
Ya Allah Pasrahkanlah Aku Dengan Takdirmu,..
Amin,,..

No comments: