Thursday, 26 July 2012

Ramadhan hari ke-6

Salam Ramadhan...


Begitu cepat kita berpuasa..dah hampir seminggu kita menjalani ibadah puasa pada tahun ini.. semoga kita semua dapat menghabiskan Ramadhan kali ini dengan sempurna.. Insyallah... tak sejak bulan puasa ini.. aku telah mengalami masalah yang agak teruk.. aku mengalami masalah susah untuk tidur.. dan menjadi satu penyakit pula.. aku hanya boleh tidur di siang hari.. hal ini terjadi disebabkan aku sedang bercuti semester.. jadi aku tidur di siang hari dan berjaga di malam hari.. bukan aku tak nak tidur.. serius aku memang nak tidur..




 tapi... NYAMUK!!!!!!!!!!!!!!!!! ia menjadi punca aku tak dapat tidur yang baik di waktu malam... aku dan nyamuk seperti berperang di malam hari... aku tak dapat nak tidur hanya kerana nyamuk yang berlumba-lumba untuk menghisap darahku dan adikku... adik aku mungkin dapat tidur dengan nyenyak.. tetapi tidak bagi aku.... sekali aku dah digigit.. aku akan mencari di mana nyamuk tu berada.. selagi aku tak pukul nyamuk-nyamuk tersebut.. hati aku tak tenteram.. hal ini berlarutan sehingga ke pagi... pagi pulak nak sahur.. jadi takkan aku nak tidur.. selepas sahur pulak solat subuh.. kalau aku tidur selepas sahur.. pasti subuh aku akan terlajak.. oleh itu aku mengambil keputusan untuk tidur selepas subuh... sudah hampir seminggu ini terjadi pada aku.. aku tak nak hal ini terus berlarut kerana ini boleh menyebabkan aku mendapat penyakit.. erti kata lain.. jadual tidur aku telah berubah... hal macam ni mana boleh berlaku... aku nak tidur dengan aman juga di malam hari.. tapi kenapa nyamuk ni nak menganggu malam-malam aku.. bagilah aku peluang aku untuk tidur tanpa ada gangguan...nyah kau nyamuk dari hidup aku.. pergi ke rumah lain kalau dahagakan darah sangat.. jangan di rumah ku.. kerana kau akan tamatkan riwayat kau sebagai penghisap darah yang terhebat di dinding rumahku dan juga di sekitar mana yang kau hinggap... serius aku sangat benci pada nyamuk...

No comments: