Semua pasti dah berbuka dan sedang menjalani solat sunat terawih.. tahniah buat semua umat Islam.. habis sudah 4 hari kita berpuasa.. dan aku bersyukur.. aku masih penuh lagi.. harap untuk seterusnya ada yang lebih baik... tahun ini puasa aku dalam keadaan sederhana.. makanan berbuka pun biasa-biasa jer.. lebih baik begitu.. daripada berlakunya pembazir.. itu adalah amalan yang tidak baik...bukankah di bulan puasa ini mengajar kita supaya menahan diri dari segala perkara yang mungkar.. dan syukur.. walaupun aku sekeluarga berbuka dengan juadah yang biasa.. tapi kami tidak melakukan pembaziran.. jika ada pun dalam kadar yang sedikit.. huhuhu.. yelah memasak dalam keadaan sedang berpuasa.. jadi segala ingin dibuatnya.. tapi masih boleh dikawal lagi..
Memang sudah menjadi kebiasaan buat keluarga aku.. juadah kuih muih ini kurang di sajikan.. bukan kami sekeluarga tak menyukainya tetapi dari situ boleh berlakunya pembaziran.. itu yang kami tak nak.. abah pun ajar kami adik beradik dari kecil agar tidak membazir dengan makanan.. kerana abah selalu ajar.. orang yang tamak adalah ikutan syaitan.. mengapa harus mengambil kuantiti makanan yang banyak sedangkan kita hanya mampu makan setakat yang mampu.. semua itu hanya lah nafsu yang harus kita ajar agar menjadi lebih baik..
Apa yang menjadi kepentingan ketika di bulan puasa adalah kurma.. setiap juadah pasti ada kurma yang akan dihidangkan di meja makan.. kerana kurma itu adalah sunnah nabi ketika berbuka puasa.. amalan itu cukup baik kita amalkan.. keranan buah kurma itu mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk badan kita.. pada mulanya aku juga tidak percaya.. tapi setelah dinasihatkan oleh abah dan membaca beberapa artikal.. ternyata kurma itu mempunyai khasiat yang baik.... aku pun mula makan buah kurma yang pada dulunya aku cukup tidak suka akan kurma tersebut.. tapi kini.. aku akan mencari buah kurma tersebut.. walaupun pada awalnya agak sukar untuk aku terima tapi aku telan juga demi kesihatan aku.. dan syukur sedikit demi sedikit kesihatan aku kembali sediakala.. setiap kejadian yang ALLAH ciptakan pati ada kebaikkannya.. dan kita haruslah mencari apa erti semua itu..
Ketika sahur pula.. ada sesetengah beranggapan sahur itu tidak penting.. tapi harus kita sedar.. sahur itu sebaiknya baik untuk perut kita.. walaupun pengambilan makanan itu lebih awal daripada sarapan.. tapi ia baik dan memberikan kita tenaga dalam melakukan aktiviti seharian.. dan mengamalkan sahur ini merupakan sunnah Rasulullah juga.. jadi amalkanlah sahur itu.. hanya dengan seteguk minuman pun juga sudah memadai..
Mengamalkan bacaan ayat-ayat al-quran.. baik untuk sesiapa yang punyai kesempatan untuk melakukan aktiviti tersebut.. untuk hal ini, terus teran aku katakan.. aku masih lemah..huhu.. tapi aku harus berubah agar lidah aku tidak kelu tatkala melihat kalimah-kalimah ALLAH...dan aku tidak mahu lupa setiap bacaannya.. kerana begitu ramai sekarang ni tidak dapat baca al-quran dengan baik.. jadi aku tak mahu tergolong dikalangan itu juga.. jadi aku harus berubah untuk menjadi lebih dan juga untuk keturunan aku juga.. dan semua jangan lupa membaca ayat-ayat al-quran... insyallah akan tenang tatkala lidah ini membaca kalimah-kalimah tersebut...
No comments:
Post a Comment