Salam Ramadhan..
Entah kenapa hari ini aku begitu rajin membaca dan mencari blog-blog orang.. sehingga aku terbuka blog seseorang ini.. walaupun dia dah cukup lama tak update blog dia.. tapi hati aku keras untuk membaca semuanya yang telah dia coretkan di dalam blognya itu.. penceritaan yang baik dan menarik.. teruja juga aku membacanya.. aku tak tahu dia masih lagi aktif dalam mengembangkan blog dia.. tapi aku membaca semua nurkilannya pun dah kira cukup buat aku tersedar siapa dia sebenarnya.. Entah kenapa aku rasakan yang baru sekarang aku mengenalinya.. sedangkan kami pernah berkenalan dalam tempoh yang cukup lama.. dan aku rasa tempoh itu cukup buat aku cuba mengenalinya.. tapi sebenarnya aku masih tidak mengenalinya.. kerana bagiku dia hanyalah sesuatu yang datang bertandang ke dalam hatiku.. mengembirakan hati aku.. tapi dalam tidak sedar.. sebenarnya kerana dia aku banyak terluka.. dan sangat terluka... bukan diriku untuk membalas dendam terhadapmu.. tapi aku lakukan semua itu kerana kebaikkanmu juga.. jika diriku yang telah memusnahkan segalanya... hari ini sahaja yang awk rasakan.. bukanlah diri ini begitu baik untuk di banggakan.. tapi diri telah mengaku salah atas apa yang telah pernah berlaku.. cukup seksa diri ini menerima segala kekurangan yang ada.. tapi masih kuat utnuk bangkit dan meneruskan hidup yang telah diberikan oleh ALLAH S.W.T. ..
Perkenalan kita hanya bermula di alam maya.. seperti sekarang nie.. aku mengenali dirimu atas dasar kita sama .. tapi tidak sedikit pun aku terfikir untuk jauh dari itu.. aku sangkakan perkenalan kita cukup di alam maya sahaja.. tapi tanpa ku duga dirimu lebih kerap mendekatiku.. dan aku semakin tidak sabar menanti setiap panggilan dari mu.. seperti telah dirancang semuanya.. kita melalui hari kita tanpa rasa jemu.. walaupun dirimu di saat itu punyai teman.. aku cukup senang berkawan denganmu.. bagiku dirimu cukup berharga bagiku.. memang tiada ganti dirimu sehingga kini.. dirimu pertama dan terakhirnya.. biar pun diriku ada gantinya.. tapi bagiku kau tiada gantinya.. kerana berkenalan denganmu sudah cukup buatku mengenal erti kehidupan sebenar... perkenalan kita sejak dibangku sekolah lagi.. sehingga ku ke menara gading.. aku masih lagi berteman denganmu..walaupun dirimu ada yang lain..
Sehari demi sehari masa itu berlalu.. dirimu datang dan dirimu pergi.. seperti telah tertulis juga.. disaat aku bersama denganmu.. ada saja perkara yang menimpa.. disaat aku dekatmu, begitu asyik kita dengan dunia kita.. tapi saat jauh... segalanya jadi pahit.. sehingga mencetuskan perbalahan yang cukup perit... apakah memang kita tak mampu tok pergi jauh?? tapi mana mungkin semua itu terjadi.. jarak antara kita ada sahaja bentengnya.. dan aku pasti... aku sedar.. aku mencari dirimu di saat dirimu sedang bahagia.. dan memang salahku kerana merosakkan segalanya.. tapi aku hadir kerana aku rindukan dirimu.. aku rindukan gurau senda kita.. kerana bagiku dirimu kawan yang cukup paham siapa aku ini.. tidak sedikit pun aku memintakan apa darimu... hanya kemesraan yang aku harapkan.. jelas aku katakan.. aku cukup cemburu bila dirimu memberikannya lebih dariku.. tapi aku tak pernah merungut.. kerana aku ikhlas berkawan denganmu..
Entah kejam ke tidak aku ini... apakah aku yang musnahkan segalanya.. aku sendiri pun tak tahu.. aku berniat baik untuk perbetulkan kamu.. salah aku ker jika perkara itu aku berkongsi bersama keluargamu?bukannya aku hebahkan ke serata dunia.. niatku baik.. tapi mungkin padamu aku dianggap pemusnah hidupmu.. kata maaf telah ku berikan padamu.. dan aku harapkan agar dirimu sihat sejahtera.. dan bahagia bersama insan yang sering bersama denganmu dan menjaga dirimu sebaiknya... aku yakin dirimu kini lebih dihargai daripada sebelum nie.. kerana ketika semuanya masih mencari identiti sebenarnya..
Tapi semua itu hanyalah tinggal kenangan.. kerana bagiku awk adalah kawan yang banyak mengajar saya.. kerana awk juga saya tahu siapa saya sebenarnya.. dan aku tahu awk tu sebenarnya begitu ramai yang sangat sayangkan awk.. usahlah awak bimbang atau takut keseorangan.. kerana keluarga awk sentiasa bersama dengan awak.. seteruk mana pun awk.. keluarga awk tidak akan sedikit pun cuba untuk membuang awk.. saya yakin semua itu.. walaupun saya tak cukup mengenali keluarga awk.. tapi saya sangat yakin...
Untuk awk.. saya tiada apa yang perlu saya sakitkan lagi.. terima kasih keran menjadi teman saya.. terima kasih kerana pernah mengembirakan saya... kenangan saya dengan awak takkan saya lupakan.. semoga awk perolehi apa yang awk inginkan selama ini...
No comments:
Post a Comment