Sunday, 16 September 2018

Saat tergerak hati ini

Salam semua.

Sudah setahun tinggal blogger tanpa update apa apa yang  menarik. Bukan tiada cerita tetapi terlalu banyak cerita yang tercipta sehingga tak mahu lagi untuk dikongsi kerana ia lebih baik dipendam dan terus di simpan.

Setelah 2tahun berkahwin dan lebih 4tahun bekerja banyak perubahan yang berlaku pada diri aku sendiri dan ia lebih baik begitu. Kehidupan rumah tangga yang sangat indah walaupun masih belum dikurniakan cahaya mata tapi aku tetap bersyukur kerana punyai suami yang cukup memahami aku dan seorang yang mudah bertolak ansur. Dan aku juga dengan hadirnya beliau sebagai suami aku, rezeki aku lebih berganda ganda tanpa aku sedar.

Dalam tempoh 4tahun aku bekerja, aku telah dipilih sebagai pekerja yang cemerlang. Bukan untuk dibanggakan tetapi bagi aku itu adalah satu pencapaian yang terbaik walaupun hanya dengan jawatan yang tidak sama dengan apa yang aku belajar selama nie. Dalam tempoh ini juga , aku tak pernah rasa kehidupan aku begitu sempit dengan masalah kewangan sekarang nie, kerana setiap yang aku lalui Allah berikan aku perjalanan yang cukup baik.

Mengejar sesebuah impian tak salah jika dirancang dengan tepat walaupun akhirnya ketentuan tu semua dengan izinNya. Aku cukup bersyukur sangat dengan semua ini.

Aku akan terus mengejar impian aku untuk lebih berjaya. Dan kini apa yang aku ada, aku bersyukur kerana izinNya.

No comments: