Assalamualaikum w.b.t..
Pernah suatu ketika dulu, aku punyai peminat setia untuk terus membaca blog aku yang sebenarnya ayat dalam blog aku ni tunggang langgang. Memang tak dinafikan, sebab jenis aku tak suka baca balik apa yang aku taip. Aku seperti yakin dengan apa yang aku taip. Hehehehe... Balik pada ada hang suka baca blog aku ni, salah seorang daripadanya inginkaa blog aku ni dijadikan buku. Agak kelakar bila orang cakap macam tu, entah apa yang menarik dengan blog aku ni hanya ayat ayat budak sekolah rendah jer aku raakan. Tetapi beberapa tahun ni aku terfikir juga jika aku rajin dan usaha lebih sikit mesti boleh buat buku pun. Dengan cerita cerita hharian yang aku selitkan di sini. Tapi semua itu hanyalah angan angan kerana zaman sekarang ni tak seperti zaman aku dulu. Orang tak pandang semua ni.
Aku rasakan ingin tulis segala kenangan aku yang pernah aku alami. Ingin aku bagitahu apa yang telah aku lalui sehinggalah aku jadi seperti aku sekarang nie.
Bila dikenang tu, aku kuat katakan aku tak nak kembali atau putarkan balik kenangan yang pernah aku lalui tu sebabnya tanpa kenangan itu semua, aku takkan sekuat sekarang nie. Kenangan itu cukup indah walaupun ada pahitnya. Daripada percintaan sehinggalah kepada diri aku sendiri banyak mengubah aku.
No comments:
Post a Comment