" Hanya kerana tiada masa untuk berdua, akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah...sedangkan pernahkah mereka saling mengerti antara satu sama lain..? Perkenalan yang singkat, pertemuan yang tidak pernah terjadi, akhirnya mengambil jalan tengah dengan memutuskan hubungan yang hanya kerana tiada persefahaman antara satu sama lain iaitu masa... Jika masa itu dapat dibahagikan dengan baik, pasti semuanya tiada masalah.. Pastinya hubungan itu masih lagi kekal sehingga kini.. Tapi apakan daya semua itu hanyalah tinggal kenangan buat pasangan ini..
Tiada tangisan atau kekesalan kerana pada mereka itulah jalan terbaiknya agar tiada lagi yang sakit hati.. Tapi kan... pernah pasangan ini memikirkan bagaimana permulaan perkenalan mereka? Pernahkah pasangan ini terfikir, dimana silapnya sebenarnya?
Apakah dengan hanya hubungan kekasih dan belum ada talian hubungan suami isteri atau pun tunangan, sudah berani mengarah itu ini, menghalang dari melakukan aktiviti yang selalu dilakukan, melarang berteman dengan sesiapa.. Adakah pasangan itu terfikir sebelum mengambil keputusan dengan menjalinkan hubungan sebagai kekasih?
Sungguh menyedihkan.. Seawal perhubungan telah jelas kekurangan dalam mereka menjalinkan hubungan.. Seawal perhubungan itu juga, telah sedikit sebanyak mencacatkan hubungan yang pada awalnya begitu indah dan tammpak bahagia.. Bagaikan dunia ini mereka yang punya.. Mereka bukanlah remaja belasan tahun.. Bukanlah kanak-kanak yang baru mengenal erti hidup.. Tapi mereka ini adalah pasangan yang bersedia mendirikan masjid.
Tapi, sayang seribu kali sayang, mereka sedikit tak pernah bersedia untuk mendirikan masjid. Tak pernah sedikit terlintas untuk menbina kawasan yang HALAL buat mereka.. Mereka hanya memikirkan keindahan yang sementara. Hanya kenikmatan duniawi yang di lihatnya..Mereka tidak pernah melihata keburukan yang bakal mereka terima kelak..
Dimanakah tanggungjawap sebagai seorang bakal pemimpin? Dimanakah persediaan hati seorang bakal ibu? Pernahkah mereka melihat itu?? Lebih menyedihkan, adakah mereka bersedia untuk menjalinkan hubungan yang HALAL kerana ALLAH s.w.t. ?? Ramai yang alpa, rasa cinta itu, perasaan sayang yang ada dalam dirinya datangnya dari ALLAH s.w.t..
Wahai pasangan yang belum bersedia, kembalilah ke jalan yang benar. Sedarlah diri itu. Apakah dirimu sudah cukup bersedia? Apakah diri sudah cukup tabah dalam mengharungi cabaran yang lebih besar likunya dikemudian hari? Ingatlah wahai pasangan, jika semua itu telah lengkap dalam dirimu, teruskanlah untuk membina kerajaan barumu.
Wahai pasangan, mungkin juga dikau tidak sedar. Restu keluarga. Apakah kau melihatnya? Mungkin bagimu keluarga tiada pentingnya kerana dirimu inginkan anaknya. Tapi ingatlah restu keluarga itulah tunjang kebahagiaan bagi kerajaan yang ingin kamu bina. Disamping berkat dari ALLAH s.w.t.. Janganlah dikau lupa akan keluargamu dan keluarganya.. Sebelum dirimu mengenali pasanganmu, kenalilah keluarganya.. Dirimu bukan sahaja mendirikan masjid bersama anaknya tetapi bersama ahli keluarga. In Shaa ALLAH akan berkat hidup rumah tanggamu.."
No comments:
Post a Comment