Friday 28 December 2012

Cute cuTe SayA

Tiada ucapan yang lebih manis untuk aku ungkapan padanya. Seperti sebuah kepastian yang datang tanpa rasa takut untuk aku menerimanya.  Bersyukurku pada YA ALLAH kerana telah membawa aku untuk berkenalan lebih rapat denganmu. Walaupun dirimu aku sudah kenali, dan pada suatu ketika dahulu, tapi tidak cukup buat ku untuk mengenalimu dengan lebih rapat. Segala cerita lamamu yang pernahku dengar dahulu, tidak sama seperti yang aku kenali dirimu kini. Sungguh berbeza sekali. Aku yakin, kau tidak berpura-pura dalam berkawan dengan ku.. 3tahun perkenalan di negeri orang, masih belum aku mengenali dirimu.  Kita hanya teman-teman biasa. Ketika itu dirimu sedang asyik berkawan dengan si dia. Tiada sedikit pun aku terlintas seperti sekarang ini. Tapi kini, telah lebih setahun kita bersama dalam jurusan yang masih sama, dan sering berhubung menceritakan pelajaran, kawan-kawan dan banyak lagi.. Dari situ, aku tiada sedekit ragu denganmu..terima kasih kerana menjadi kawanku. Terima kasih kerana ikhlas untuk berteman denganku. Aku akan mendoakan agar ada khabar yang lebih baik pada suatu hari nanti. In Shaa Allah... amin Ya Rabbalalamin...~

No comments: