Tinggal lagi 2hari tahun 2012 akan meninggalkan kita... selama usia aku 22tahun terlalu banyak yang telah aku lalui... terlalu banyak peristiwa yang berlaku pada tahun 2012... semua itu berlaku dalam sekelip mata tanpa kita sedari.. tapi aku bersyukur, aku masih bernafas sehingga ke hari ini.. Bersyukur pada ALLAH s.w.t kerana telah memberikan kesihatan yang baik kepadaku.. walaupun banyak kenangan yang berlaku pada tahun 2012..
Pasti ada saja yang berlaku pada setiap bulan pada 2012 ni.. walaupun lebih banyak duka dari manis.. tapi aku tetap bersyukur pada ALLAH... tahun yang takkan aku lupa sampai bila-bila..
02 . 02. 20 12 - usia aku genap 22 tahun... tiada apa yang menarik pun.. serius memang tak de pape pun.. sambut birthday pun dengan keluarga tercinta.. huhuu
Sebenarnya terlalu banyak kalau aku nak ceritakan.. tak dapat nak susun pun..huhu...
Aku berharapa pada 2013 akan memberikan perkhabaran yang lebih baik.. sebab aku tak sabar nak habis belajar.. but not that year.. 2014 baru habis belajar.. In Shaa ALLAH...
Banyak betul aku dah rancang lepas belajar degree ni.. nak kumpul duit banyak-banyak.. nak bayar hutang yang beriban-riban... hahahha... tulah bahana buat pinjaman PTPTN... sekarang memang best lah sebab dapat duit tu jer.. saat nak membayar tu nantilah.. hahahha...
Tahun ni abang aku dah jadi suami orang.. jadi aku dah ada kakak ipar... dan In Shaa ALLAH 2013 aku akan ada anak saudara..wah...! tak lama lagi jadi aunty Aina lah..hahahha....tahniah buat abang dan kakak.. Aku doakan kebahagiaan kalian ya...semoga bahagia hendaknya...ada juga kawan-kawan aku yang dah ramai menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2012 ni juga.. tahniah aku ucapkann.. begitu juga skandal-skandal lama aku ramai dah menamatkan zaman bujangnya.. tahniahlah buat semuanya.. semoga bahagia bersama pasangan masing-masing.. janganlah nak mengada-ngada dengan orang lain.. hargai apa yang ada di depan mata... Pasti Allah akan menjaga hubungan dengan baiknya jika kita sentiasa mengingatiNYA...
Yang bakal nak menamatkan zaman bujang pun semoga kekal sehingga ke akhir hayat..huhuhu... tahniah-tahniah...
Apa lagi yer yang berlaku...YES!!! akhirnya aku dapat lesen penuh pada bulan 6 hari tu.. dan yang gembirakan hati aku, aku akhirnya ada kereta sendiri...walaupun tak boleh bawa lagi tanpa izin mak abah.. tapi aku bersyukur.. terima kasih abah dan mak sebab berikan kereta itu pada aku.. sekarang nie tak ada masa lagi nak mahir bawa..huhuhu..tahun 2013 In Shaa ALLAH aku akan mahirkannya..huhuhu..
Tahun 2012 ada juga aku berkenalan dengan seorang teman.. walaupun seketika.. tak sampai 2bulan pun kawan.. tak apalah.. mungkin tak serasi untuk berkawan.. tapi selama berkawan dengannya banyak juga yang aku tahu tentang kehidupan orang kampung... aktiviti orang yang suka memburu... aku doakan semoga dia baik-baik sahaja...
Tahun ni juga genap setahun aku jadi graduan diploma.. dan bulan 12 hari tu, kawan aku pun akhirnya tamat juga diploma.. Tahniah Azlan sebab akhirnya kau dapat tamat juga diploma.. Jika ada rezeki, jumpa kita di Shah Alam... aku doakan semoga ko pun berjaya dalam bidang yang bakal kau lalui...
tahun 2012 ni juga aku dapat kawan-kawan yang sangat-sangat best.. seronok sangat dapat kawan-kawan macam diaorang.. terutama sekali Kak Fatin sebab dia seorang yang sentiasa tegur aku kalau aku ada buat sesuatu perkara yang tak kena dan dia juga duduk serumah sewa dengan aku..huhu.. Pada Suliha, Zahidah dan Suhaida pun best juga, walaupun diaorang duduk kolej, tak menghalang aku untuk terus berhubung baik dengan mereka.. dan juga pada Adli, yang ni memang tak boleh cakap apalah.. pernah aku lukakan hatinya.. pernah aku tak pedulikan dirinya.. tapi sekarang, aku bersyukur punyai kawan seperti dia.. banyak mengingatkan aku tentang hal-hal kebaikan.. keluarga.. family first ok..huhuhuh.. itulah jati diri dia.. Aku sangat bersyukur sekarang nie... Shuhadah, Nazira pun tak lupa juga..diaorang pun banyak membantu aku sepanjang tahun 2012 nie.. dan aku berharap 2013 akan ada yang lebih baik dari sekarang.. terima kasih kawan-kawan..
tahun ni juga, memang banyak aku pergi kenduri kahwin orang.. dah macam YB melawat anak buah.. hahaha.. apa-apa memang sangat best dapat pergi kenduri kahwin.. dari situ boleh tengok macam mana dan konsep.. kenduri di rumah, dewan dan ada juga di hotel.. pelbagai gaya nya.. menarik minat aku..huhuh
tahun 2012 juga, 3kali dah aku pergi Cameron Highland.. Genting Highland lama tak pergi.. entah bila nak pergi..huhuh... tahun ni juga dah pusing utara Malaysia dan pantai timur Malaysia.. terima kasih abah sebab kami sekeluarga berjalan-jalan...dengan kereta baharu abah..huhuhu...
banyak betullah..apa lagi nak cerita ya..huhuh..nantilah yer..buat sementara ni setakat ni sahaja.. terima kasih.. ^_^
No comments:
Post a Comment