Sunday, 7 November 2010

realitii hidup

Aku nak introduce tentang family aku..ahli keluarga aku tak ramai pun..adik beradik aku pun tak ramai juga..tapi kami cukup bahagia...walaupun tak ramai..tu pun dah macam ramai..huhu.. aku ni pun bukanlah anak sulung..aku ada abang.. beza aku dengan dia agak jauh jugalah... tapi jarak beza usia tidak halang aku untuk rapat dengan abang.. sebab kami membesar besama..begitu juga adik aku.. jauh sekali jarak kami.. tujuh tahun bezanya... gaduh tu adatlah dalam family dan adik beradik..budak-budaklah katakan.. tapi kami tak pernah sekali pun terfikir yang buruk..sejauh mana kami gaduh..kami akan baik juga... bak kata peribahasa..air yang dicincang takkan putus.. macam itu juga hubungan kami sekeluarga.. tapi dalam banyak-banyak adik beradik..aku ini lah yang paling nakal.. huhu.. mana taknya waktu kecil aku paling kerap kena marah dengan mak abah.. tapi atas teguran mereka..inilah aku sekrang.. inilah diriku kini.. tapi tak tahu aka datang macam mana..mungkin lagi terbaik.. kita tak tahu nasib kita.. yang pasti jangan cuba untuk lepaskan peluang yang ada didepan mata kita.. itu yang akan aku pegang.. habis tahun ini..abang akan meneruskan hidupnya ke alam pekerjaan..wah..lepas ni boleh minta duit dia..haha..tu pun macam dapatlah..maklumlah anak tunggal lelaki merangkap anak sulung.. banyak tanggungjawap yang bakal dia pikul.. bukan nak kata family aku tak tanggung..mereka masih lagi bekerja..maksud aku akan datang saat kedua ibubapa kami tiada lagi.. siapa lagi aku dan adik nak bergantung kalau bukan pada abang..betul kan..aku cukup sayangkan keluarga aku..sebab aku sedar keluarga tidak ramai.. isi rumah sikitlah katakan.. kalau semua dah ada hidup masing-masing..terasa sunyi rumah mak abah...dan aku tahu mereka sunyi tatkala kami meningkat dewasa dan punyai kejayaan masing-masing.. walaupun aku lambat lagi habis belajar.. tapi suatu masa aku akan meninggalkan mereka kerana aku akan keluarga aku sendiri..begitu juga abang dan adik.. tapi yang pasti kami tidak akan sedikit melupakan jasa abah dan mak..pengorbanan mereka selama mendidik kami sehingga kami dewasa..tahan dengan gelagat kami dan perangai kami yang bermacam-macam..sebab aku tahu.. tiada siapa yang akan bela kalau bukan mak abah... orang kat luar tu siapa??tiada sesiapa pun..mak abah jugalah tempat kita mengadu...tempat kita meluahkan segalanaya...betul kan.
Sesiapa yang dah tak ada salah seorang daripada mereka atau kedua-duanya pasti rindukan kasih sayang mereka.. tapi ada sesetengah orang tu.. ada kedua ibubapa tapi lupa akan pengorbanan mereka... malah sanggup buang mereka dengan orang kita kenal tidak lama seperti mak ayah kenal mereka.. kenapalah mereka sanggup... aku tak sanggup.. sebab aku tahu..mereka hanya sekali hidup..dan kita takkan dapat ganti selepas mereka..walaupun kita punyai ibu atau ayah angkat..ia tak sama seperti ibubapa kita sendiri.. aku cukup sedih terhadap insan yang sanggup buang ibubapa demi mengejar kegembiraan duniwi.. sedangkan mereka tak sedar kebahagiaan dunia datang dari ibubapa kita.. keredhaan mereka amat kita perlukan sebagai anak...mana hilang maruah mereka?? sanggup campak kedua ibubapa ke rumah orang tua.. jijik sangatkah mereka??? janganlah kerana mereka tidak dapat menguruskan diri mereka..kalian membuang mereka..tidak sedarkah kita.. sewaktu kecil kita...terlalu banyak kita susahkan mereka??? sedarkah kita?? ayah kita bertungkus lumus mencari rezeki demi membesarkan kita.. memberikan secukupnya kepada kita.. adakah kita sedar semua tu??? kalian hanya akan sedar saat jasad ibubapa kalian terbaring tidak bernyawa..barukah anda akan sedar??tiada makna untuk semua itu pada saat itu..tiada makna lagi ketika itu..ingatlah ayat ini..kalian pasti tahu dari siapa..





Dari Abu Hurairah r.a. katanya..

"seorang lelaki bertanya kpd Rasulullah SAW,Ya Rasulullah, siapakah dari keluargaku yg paling berhak dengan kebaktianku yang terindah?

jawab Baginda:

"ibumu!!...

kemudian ibumu...

kemudian ibumu...

kemudian bapakmu,

kemudian yg terdekat kepadamu,yang terdekat,"

Riwayat Sahih Muslim.

Dan ingatlah jangan sesekali kita pernah memtuskan silaturahim antara adik beradik..untuk apa kita putuskan sedangkan kita membesar bersama..aku selalu ingat perkara itu...seburuk mana adik beradik kita..jangan pernah kita campaknya.. maruah dia..maruah kita juga.. bin dan binti kita sama.. itu tidak akan berubah... aku ingatkan sebab sekarang ramai sangat anak-anak terutama anak muda masa kita..kerana gembira kejarkan duniwi snaggup lupakan segalanya..sanggup lupakan keluarga..jangan teman-temanku alpa.. sayangi keluarga kita selagi darah kita masih sama... itu tidak akan berubah... betul tak?? aku tak tahu kenapa aku tulis semua ni..tapi hati aku gerak untuk menulis coretan yang tidak seberapa ini..aku ucapkan terima kasih sebab sudi membacanya..

No comments: