Wednesday 27 October 2010

kenali wanita

WANITA BERSIFAT TANAH


Taurus (21 April-20 Mei) Virgo (24 Ogos-23 September)
Capricon (22 Disember-20 Januari)


  • -Seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.

  • -Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendaK dalaman dari segi emosi dan material.

  • -Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

  • -Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.

  • -Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.

  • -Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.



WANITA BERSIFAT API



Aries (21 Mac-20 April) Leo (24Julai-23 Ogos)
Sagittarius (23 November-21 Disember)


  • -Dilahirkan sebagai pemimpin

  • -Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.

  • -Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
  • -Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
  • -Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi merasa sedih dan terhiris.

  • -Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.

  • -Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.



WANITA BERSIFAT ANGIN



Gemini (22 Mei-21 Jun) Libra (24 September-23 Oktober)
Aquarius (21 Januari-19 Februari)


  • -Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.

  • -Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.

  • -Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh- sungguh.
  • -Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.

  • -Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.

  • -Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.

  • -Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA BERSIFAT AIR


Cancer (22Jun-23 Julai) Scorpio (24 Oktober-22 November)
Pisces (20 Februari-20 Mac)



  • -Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.

  • -Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.

  • -Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.

  • -Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

No comments: