Tuesday, 24 July 2012

Bertemakan Biru...(untuk abangku..)






































Khas buatnya...

Salam Ramadhan..

Entah kenapa hari ini aku begitu rajin membaca dan mencari blog-blog orang.. sehingga aku terbuka blog seseorang ini.. walaupun dia dah cukup lama tak update blog dia.. tapi hati aku keras untuk membaca semuanya yang telah dia coretkan di dalam blognya itu.. penceritaan yang baik dan menarik.. teruja juga aku membacanya.. aku tak tahu dia masih lagi aktif dalam mengembangkan blog dia.. tapi aku membaca semua nurkilannya pun dah kira cukup buat aku tersedar siapa dia sebenarnya.. Entah kenapa aku rasakan yang baru sekarang aku mengenalinya.. sedangkan kami pernah berkenalan dalam tempoh yang cukup lama.. dan aku rasa tempoh itu cukup buat aku cuba mengenalinya.. tapi sebenarnya aku masih tidak mengenalinya.. kerana bagiku dia hanyalah sesuatu yang datang bertandang ke dalam hatiku.. mengembirakan hati aku.. tapi dalam tidak sedar.. sebenarnya kerana dia aku banyak terluka.. dan sangat terluka... bukan diriku untuk membalas dendam terhadapmu.. tapi aku lakukan semua itu kerana kebaikkanmu juga.. jika diriku yang telah memusnahkan segalanya... hari ini sahaja yang awk rasakan.. bukanlah diri ini begitu baik untuk di banggakan.. tapi diri telah mengaku salah atas apa yang telah pernah berlaku.. cukup seksa diri ini menerima segala kekurangan yang ada.. tapi masih kuat utnuk bangkit dan meneruskan hidup yang telah diberikan oleh ALLAH S.W.T. .. 

Perkenalan kita hanya bermula di alam maya.. seperti sekarang nie.. aku mengenali dirimu atas dasar kita sama .. tapi tidak sedikit pun aku terfikir untuk jauh dari itu.. aku sangkakan perkenalan kita cukup di alam maya sahaja.. tapi tanpa ku duga dirimu lebih kerap mendekatiku.. dan aku semakin tidak sabar menanti setiap panggilan dari mu.. seperti telah dirancang semuanya.. kita melalui hari kita tanpa rasa jemu.. walaupun dirimu di saat itu punyai teman.. aku cukup senang berkawan denganmu.. bagiku dirimu cukup berharga bagiku.. memang tiada ganti dirimu sehingga kini.. dirimu pertama dan terakhirnya.. biar pun diriku ada gantinya.. tapi bagiku kau tiada gantinya.. kerana berkenalan denganmu sudah cukup buatku mengenal erti kehidupan sebenar... perkenalan kita sejak dibangku sekolah lagi.. sehingga ku ke menara gading.. aku masih lagi berteman denganmu..walaupun dirimu ada yang lain.. 

Sehari demi sehari masa itu berlalu.. dirimu datang dan dirimu pergi.. seperti telah tertulis juga.. disaat aku bersama denganmu.. ada saja perkara yang menimpa.. disaat aku dekatmu, begitu asyik kita dengan dunia kita.. tapi saat jauh... segalanya jadi pahit.. sehingga mencetuskan perbalahan yang cukup perit... apakah memang kita tak mampu tok pergi jauh?? tapi mana mungkin semua itu terjadi.. jarak antara kita ada sahaja bentengnya.. dan aku pasti... aku sedar.. aku mencari dirimu di saat dirimu sedang bahagia.. dan memang salahku kerana merosakkan segalanya.. tapi aku hadir kerana aku rindukan dirimu.. aku rindukan gurau senda kita.. kerana bagiku dirimu kawan yang cukup paham siapa aku ini.. tidak sedikit pun aku memintakan apa darimu... hanya kemesraan yang aku harapkan.. jelas aku katakan.. aku cukup cemburu bila dirimu memberikannya lebih dariku.. tapi aku tak pernah merungut.. kerana aku ikhlas berkawan denganmu.. 

Entah kejam ke tidak aku ini... apakah aku yang musnahkan segalanya.. aku sendiri pun tak tahu.. aku berniat baik untuk perbetulkan kamu.. salah aku ker jika perkara itu aku berkongsi bersama keluargamu?bukannya aku hebahkan ke serata dunia.. niatku baik.. tapi mungkin padamu aku dianggap pemusnah hidupmu.. kata maaf telah ku berikan padamu.. dan aku harapkan agar dirimu sihat sejahtera.. dan bahagia bersama insan yang sering bersama denganmu dan menjaga dirimu sebaiknya... aku yakin dirimu kini lebih dihargai daripada sebelum nie.. kerana ketika semuanya masih mencari identiti sebenarnya.. 

Tapi semua itu hanyalah tinggal kenangan.. kerana bagiku awk adalah kawan yang banyak mengajar saya.. kerana awk juga saya tahu siapa saya sebenarnya.. dan aku tahu awk tu sebenarnya begitu ramai yang sangat sayangkan awk.. usahlah awak bimbang atau takut keseorangan.. kerana keluarga awk sentiasa bersama dengan awak.. seteruk mana pun awk.. keluarga awk tidak akan sedikit pun cuba untuk membuang awk.. saya yakin semua itu.. walaupun saya tak cukup mengenali keluarga awk.. tapi saya sangat yakin...

Untuk awk.. saya tiada apa yang perlu saya sakitkan lagi.. terima kasih keran menjadi teman saya.. terima kasih kerana pernah mengembirakan saya... kenangan saya dengan awak takkan saya lupakan.. semoga awk perolehi apa yang awk inginkan selama ini... 

Monday, 23 July 2012

Tamat Sudah akhirnya

Salam... Aku bersyukur sekarang... setelah hampir 3minggu berperang dengan exam.. akhirnya.. nie lah masanya... aku akan mulakan percutian aku selama 2bulan lebih agaknya.. yes..yes..!! cuti juga akhirnya.. semester yang kali ini aku lalui dengan penuh cerita yang belum pernah aku lalui sebelum ini.. dan aku menganggapkan segala yang aku lalui itu adalah suatu cabaran dan lumrah dalam aku ingin meneruskan kehidupan.. dan aku tidak sedikit pun akan merasa menyesal dengan apa yang dah berlaku.. kerana bagi aku.. itu bukanlah pengakhiran dalam cerita hidupku.. cerita hidupku akan tamat di saat ajalku telah sampai.. di saat itu segala cerita dunia ku akan tamat dan bermulalah kisah alam seterusnya yang aku tidak tahu .. kerana jelas.. semua itu rahsia yang Allah s.w.t. sahaja yang mengetahuinya..

Jadi sekarang apa yang perlu aku fokus adalah bulan puasa..dan raya.. hahaha.. puasa tu yang penting.. dan yang bestnya.. awal ramadhan nie aku akan dapat bakal kakak ipar.. huhuhu.. akhirnya abang aku dapat juga dengan pilihan dia.. dengan usia yang semakin lanjut..hahaha..lanjut kah? kira ok la.. dengan pekerjaan yang dah tetap.. segala kemudahan yang sedia ada.. jadi abang tak perlu risau lagi.. termasuk juga dengan pasangannya.. dah bekerja.. sedikit cemburu di sini.. yelah.. abang aku akan tamat zaman bujang dia tak lama lagi.. dan aku bakal menerima ahli keluarga yang baru... semoga hubungan aku dengannya baik-baik sahaja.. hehehe.. terasa excited pulak.. hiihihhihi... saat aku nanti macam mana lah pula.. huhuu.. tengok macam susah je nak melalui semua tue.. dah pula tu mak ayah pening memikirkan segala urusan.. harap time aku tiada masalah dan jika mampu aku tak nak mak ayah aku terasa terbeban dengan semua tue.. yelah itu masa depan aku.. tapi mengapa mak ayah yang pening fikirkan tentang duit semua...ish3.. kesian juga aku tengok trend orang sekarang nie... bermacam-macam gayanya...tak tahu saat aku nanti macam mana pula..huhuhuh..


Setelah apa yang aku lalui ini.. aku redha dan sangat-sangat redha.. aku redha dengan keputusan yang bakal aku hadapi... takut pun ada.. sebab aku kurang yakin dengan apa yang dah aku buat baru-baru ini.. semangat aku semakin hilang dari hari ke hari.. sedih-sedih.. sangat mengecewakan aku rasakan.. tapi aku harus teruskan juga.. walau bagaimanapun.. pejuangan aku takkan pernah habis.. akan aku perjuangkan sehabis mungkin dan semampu mungkin...

Dalam sedar tak sedar.. semua itu tinggal kenangan sahaja.. dan aku pasrah dalam melaluinya... dan aku cukup  sayangkan siapa aku yang sebenarnya sekarang.. tanpa kita sedar semua itu adalah lumrah kehidupan yang mendewasakan, kita... jangan pernah sekali untuk mengalah atau jatuh dalam gaung yang kita ciptanya sendiri... tiada akhirnya walaupun kita katakan itu adalah akhirnya.. kerana selagi tiada kematian selagi itu masih ada peluangnya... percayalah... Ramadhan ini.. dapa tlagi kita bersama.. belum pasti tahun depan kita dapat bersama lagi.. hargailah sebaiknya hari ini.. kerana hari esok belum pasti.. percaya pada segala kejadian.. jangan pernah takut akan kehilangannya.. semua itu pasti ada kebaikannya..  Salam Ramadhan aku ucapkan buat semua yang follow blog/warna warni aku nie.. aku amat hargainya.. walaupun tiada isi yang penting.. aku buat blog ini hanya untuk aku berkongsi dengan kawan-kawan apa yang aku lalui dan apa yang aku rasainya... semoga Ramdhan kali ini memberikan beribu makna dalam hidup kita,.. dan semoga mendapat keberkatan dalam melalui hari-hari yang akan kita tempuh.. ada masa aku akan update lagi yer...

SALAM RAMADHAN UNTUK TAHUN 1433 HIJRAH


Sepetang di Bukit Tinggi dan Banting


Salam... Rabu lepas aku dapat juga meluang kan masa aku bersama-sama kawan baik aku sebelum bulan puasa datang.. walaupun atiqqah tiada.. tak pelah.. mana yang ada kira dah ok daripada tak ada langsung.. maklumlah semua dah mulakan kerjaya mereka.. sedangkan aku masih student... lambat lagi aku nak habis belajar nie.. huhuhu.. dapat jumpa Syara dan Dayah dan buat aku gembira.. lama juga aku tak jumpa dengan diaorang.. Dayah ada juga sesekali berjumpa.. tapi si Syara ni memang payah untuk aku jumpa dia.. Atiqqah pun tiada kurangnya.. walhal dia hanya duduk di Damansara.. last aku jumpa dia bulan 9 atau 10 tahun lepas.. lepas tu sampai skearang tak jumpa-jumpa.. ada hajat hati ingin ketemu dengannya.. tapi tiada masa lagi.. kalau ada pun tengok raya nie macam mana.. aku berharap sangat.. raya tahun nie dapat berkumpul berempat seperti yang pernah kita buat 2tahun lepas.. time raya ke rumah Syara.. dapat juga kita berkumpul bersama... tapi sayang time tu aku tak sempat nak snap beberapa picture kita berempat.. sedangkan time tu aku bawak kamera.. aduh.. sayang sangatlah.. kali ini kalau jadi. aku takkan lepaskan peluang ini.. aku tak nak kawan-kawan aku malu.. walaupun picture ni aku tak publish kat facebook yang agak terdedah.. tapi aku akan abadikan segalanya dalam warna-warni.. sebab di sini tempat aku luahkan segalan  yang terpendem dalam hati aku.. kerinduan aku terhadap korang.. korangkan kesayangan aku..huhuhu.. sampai bila-bila tidak akan aku lupakan.. semua kenangan yang pernah kita lalui bersama..tak mungkin dapat dihapuskan dalam ingatan ini.. betul tak sahabat-sahabatku...!!


Kalau kita banyak time ini.. aku memang dah ajak dayah dan syara tengok wayang.. tapi memandangkan cerita yang sedang ditayangkan sangat membosankan.. jadi aku dan dayah mengambil keputusan untuk cancel tengok wayang.. jalan-jalan jelah dekat situ.. cuci-cuci mata..huhuh.. tiada perubahan mana pun Aeon Bukit Tinggi ini.. sama jer.. dan bagi aku kalau tak ada tujuan memang sangat bosan... tempat tu menjadi tumpuan orang ramai pun di sebabkan ada wayang dan adalah beberapa butik yang famous.. aku kalau tak sebab kawan-kawan yang aku sayangkan ini.. memang aku takkan jejak kaki ke sana.. sebab abagi aku sangat bosan.. maklumlah bukan aku untuk tawaf seluruh bangunan.. memang penat... kalau setakat tawaf tapi tak membeli lagilah malu.. hahha.... tapi bila aku tengok ramai yang datang tue.. entah apa yang diaorang cari.. kalau yang berpasangan tu pahamlah.. mungkin kat situ je tempat yang paling sesuai tok diaorang berjumpa.. dan tengok wayang bersama.. ala.. dah tahu sangat aktiviti orang sedang bercinta nie.. tak menda lain yang akan diaorang buat kalau berjumpa.. huhuhu.. cakap macam ada pengalaman pula kan.. hahaha.. ala kalau tak ada pengalaman pun kita boleh tengok sendiri dengan mata kita sendiri.. maklumlah aku ni suka tengok gelagat orang.. dan aku akan buat anggapan sendiri.. kekadang tu ada salahnya juga.. huhuhu.. tapi smeua tu aku buat untuk diri aku sendiri.. bukan untuk aku dedahkan pada orang lain..huhuh.. harap maklum yer...



Dah lepak kat Bukit Tinggi pulak.. aku dan Dayah sambung lepak di Banting sementara nak tunggu abah ambil aku.. dayah pun tak kisah.. jadi apa lagi berjalan ke banting pulak.. lama juga aku tak pergi ke banting.. maklumlah rumah jauhkan.. dulu dekat je.. bila-bila sahaja boleh pergi.. huhuu.. bila tengok tempat-tempat kat banting tu banyak juga kenangan yang pernah aku lakukan.. kenangan manis paling banyak.. pahit rasanya tak adalah.. sebab apa yang pahit aku pernah buat dulu yer..?? huhuh... tapi semua tu adalah kenangan aku bersama-sama kawan-kawan aku.. dan insan-insan yang pernah aku mengenali.. entah apa khabar pada mereka yang pernah aku kenal dulu.. ramai jugalah insan-insan yang kenal dulu.. tapi tulah time tu aku masih remaja.. jiwa remaja ni masih mencari identiti diri yang sebenarnya.. dan siapa aku yang sekarang ini adalah aku yang sebenarnya.. siapa aku ketika remaja itu adalah insan yang masih mencari siapa diri nya.. tapi aku bersyukur kerana kenangan-kenangan itu... aku menjadi seperti sekarang.. lebih berhati-hati dalam mencari kebenarannya.. tapi semua itu pasti aku tak tahu siapa aku ini...huhuhu.. aduh... apalah yang aku mengarut nie.. meleret bukan-bukan dah nie.. huhuhu.. 

kat bawah nie ada beberapa keping gambar yang sempat aku snap dan yang ini aku rasakan yang terbaik dari ladang pilihnya.. huhuhu.. semua itu adalah kenangan yang takkan aku lupakan..huhu.. dan buat Atiqqah a.k.a ketua... kalau semua ada masa.. harap kita dapat lapangkan masa kita bersama-sama untuk lepak bersama-sama.. rindu sangat tuk lepak beramai-ramai ini...aku amat menyayangi semua sahabat-sahabatku...semoga persahabatan kita tiada putusnya...

its me ... minta tolong dayah snap..huhuh


cik syara yang paling payah tok ketemu..huhu

memory dayah bersama syara

we are twin.. really k..


lepas penat pergi bukit tinggi.. KFC Banting jadi sasaran...

Wednesday, 11 July 2012

menanti masa tamat

Salam... Tak lama lagi dah aku nak habis semester 2 degree.. rasa tak sabar.. cepat habis lebih baik.. tak sanggup aku menanggung lagi keseksaan dalam mengharungi.. huhuhu.. ahad nie last paper aku akan mengadap.. paper yang penuh hafalan... fuh...!! hafal yer... memang menggunakan otak sepenuhnya.. akan akan buat yang terbaik demi paper nie.. sebab paper nie best bila belajar dalam kelas.. lecturer nye pun baik.. tapi sayangnya lecturer nie akan sambung belajar.. jadi xde peluang untuk student  bawah aku untuk belajar dengan dia..huhu.. aku harap, aku dapat buat yang terbaik untuk paper nie.. sebab aku sendiri tak tahu carry mark aku sebenarnya berapa.. nak tengok.. aku berada di rumah.. mengharapkan kawan-kawan aku yang duduk kat kolej tu jerla.. huhuh..untuk kawan-kawan aku buatlah yang terbaik untuk paper yang masih tinggal..kita akan menjawap bersama-sama untuk paper terakhir... penutup hari...huhuu...lepas tu kita enjoylah apa lagi..kihkih...


Thursday, 5 July 2012

Gejala game di Facebook ku...

  Bubble Blitz
Salam... Bila aku mula kebosanan dengan facebook aku nie..mulalah aku melakukan perkara yang tidak berfaedah..(ala on9 facebook pun bukan ada faedahnya..buang masa juga...)..huhu..bila aku main game nie..best pulak...sebab dia warna-warni..macam blog aku nie juga..ber warna-warni..huhu..best tapi kekadang geram juga sebab aku tak dapat markah yg tinggi..bayangkanlah diberikan masa hanyalah selama 60 saat.. memang main dengan pantaslah..huhuu..main game ni pun boleh buat aku tension..walhal main game untuk lepaskan tension bukan menambahkan tension..adus..ada juga macam tue kan..kihkih...okla see you..

Next Semester

Salam kepada semua yang sudi membaca blog warna aku nie.. masih sudi menjadi follower kepada blog aku yang biasa-biasa ni.. musim exam dah nak habis dah..tinggal lagi beberapa paper aku nak habiskan.. habis semua paper..cuti semester akan bermula.. dan bulan puasa akan tiba dan seterusnya raya.. dan beberapa minggu lepas tue.. semester baru akan tiba.. insyallah segala rancangan yang telah dirancang dapat berjalan dengan baiknya...insyallah...

habis exam nie juga..aku kena kemas semua barang-barang aku yang ada di rumah sewa dan akan berpindah ke tempat lain yang berdekatan juga dengan tempat belajar aku.. tidak kisah pindah di mana pun asalkan selesa untuk aku tidur dan merehatkan diri aku..itu sudah cukup bagiku... kadar harganya aku tidak mengambil kisah.. tapi penghuni yang akan duduk itu aku ambil kisah.. aku akan duduk dengan kawan-kawan se rumah aku sekarang.. tapi hanya ber enam.. dan yang pasti kak fatin kesayangan aku ada... itu sudah buat aku gembira bila sudi nak duduk bersama kami..jika tidak.. kami hanya duduk berlima sahaja.. saat itu aku begitu sedih.. tapi baru aku faham mengapa semua ini terjadi.. itulah akibatnya kalau jarang sangat balik ke rumah sewa.. segala perkembangan cerita di rumah tak di ambil tahu...tapi segala kesulitan yang timbul itu dapat juga di selesaikan dengan baik..

aku sebenarnya bila duduk di rumah baru tue.. kalau boleh aku nak dengan kak fatin juga.. kalau diiukutkan selfish aku.. sebab bila aku dengan kak fatin..pasti tiada masalah..walaupun kadangkala perselisihan ada berlaku...itu adalah lumrah kehidupan..tapi bila perkara yang terjadi membuatkan aku dengan kak fatin terpisah bilik.. tapi masih lagi rumah yang sama.. jadi bila kelas..boleh pergi sama.. syukur jugakla segala kesulitan yang agak tegang beberapa hari ini dapat di atasi dengan baiknya..(tapi ketegangan tu tentang diri akulah...)...tapi tak kisahlah dengan sesiapa pun aku duduk..aku takkan timbulkan sebarang masalah pada sesiapa.. untuk apa ada masalah yang boleh menyakitkan hati sendiri..betul tak...itu hanyalah luahan peribadi aku sahaj yang tidak melibatkan mana-mana pun... 

bilik yang akan aku duduk ni..aku akan duduk bersama husna(una)... comel dan lawa budaknya..kihkih.. model lah katakan..dan kali ni aku akan duduk berdua sahaja,..nak dibandingkan sekarang berempat agak sempit.. walaupun rumah tu kosong...kira ok lagilah... tiada katil yang boleh menyesakkan keadaan bilik...huhu..barang yang agak banyak..huhuhu.. aku dengan una ada berangan nak buat bilik ala korea style..hihihi..pengaruh korea kuat dah nie..bahaya betul..huhu..tapi yang pasti kami akan jadikan bilik kami tu simple..menarik..kemas..dan bersih..itu yang pasti..dan aku akan pastikan rumah yang akan duduk ini juga kemas dan bersih..mengimpikan sesuatu yang bersih dan kemas..tapi tiada siapa yang membantu tak boleh jadi juga.. semua ini atas diri masing-masing..tanggungjawap bersama.. 

Untuk semua itu aku memang ada mengeluarkan suara.. dan beberapa ada juga mengeluarkan suara hati masing-masing.. tapi memang setiap rumah harus ada ketua untuk uruskan rumah itu agar dalam keadaan baik.. aku tak layak untuk jadi kerana aku bukan selalu duduk di rumah sewa.. kalau tak tak kisah jika diberikan tanggungjawap tue.. walaupun ia berat dan payah untuk memuaskan hati masing-masing..setiapnya ada tingkah lakunya sendiri...tiada yang akan sama...tapi diharap untuk yang kali ini akan menjadi yang lebih terbaik berbanding sebelum ni.. diharapkan begitulah hendaknya...

buat masa ini biarlah dulu.. aku pun dah tak tahu nak story apa lagi..exam..exam...exam...fokus itu penting... programming dan biomaterial menanti aku ni..buat yang terbaik buat diriku dan kawan-kawan aku yang amat aku sayangi..huhuu.. 

Tuesday, 3 July 2012

Holiday last May

at kuala selangor..En. Kamal's house..(father's friend)
  

masjid kuala kangsar,Perak
                             

Istana lama Kuala Kangsar,Perak

Teh Boh, Cameron Highland

Tambun, Perak..(Limau Tambun)

Pintu Gerbang...

Gua Kelam, Perlis

Sik, Kedah..(father's friend)

Air Terjun Jelawang, Dabong, Kelantan

Papan tanda dan modelnya...

Last destination...Puncak Gunung Brinchang, Cameron Highland, Pahang

Lapang Seketika

Salam..

Setelah dua paper aku habis..aku tenang untuk seketika..nak kata tenang tak jugaklah tenang.. just ada jarak 9hari je untuk paper seterusnya... insyallah untuk paper seterusnya aku akan cuba buat yang terbaik sebab tu subjek yang amat aku minati..huhu..dalam banyak-banyak subjek yang aku belajar semester ini..subjek programming yang aku minati sekali.. tapi kawan aku ada pesan.. jangan terlalu yakin..takut bila kita terlalu yakin..lain pulak yang akan jadinya.. jadi aku akan ingat kata-kata kawan aku tue.. yakin aku berpatutan dengan usaha yang akan aku lakukan..

dan akhir paper aku pulak pada 15 julai.. dan selepas tu.. apa lagi... yes....!!!!!! 2bulan....kihkih... tak sabar nye...

Monday, 2 July 2012

Hanya Dia Kekasih

Ku mengintai jendela kamar hatiku..
mencari kesamaran hidup..
kelabu terus aku lihatnya...
mengapa hanya kelam yang aku temui..
mana hilang sinarnya...

Meneliti setiap saat nafasku..
setiap kata hatiku sayu..
terus ku mencari kecerahannya...
agar dapat aku terus bernafas dalam kebenaran..

Aku mencuba dan terus mencuba menemuinya..
setengah jiwaku mengharapkan kepastian..
Sekali pun tidak aku getar akan kesengsaraan..
kerana pasti setiap kewujudan ada kebenarannya..


Langkah demi langkah aku berpijak..
kelekaanku kian terserlah...
kepalsuaan perasaan ini...
tiada kemampuan mencari kepastian..
kedustaan tiada terkira lagi..
petikkan yang membingitkan jiwa..
meresahkan ketenangan...
pulanglah kebahgiaan...

Bunyian itu...
ketukkan mula didengari...
apakah itu ketukkan yang dicari?
benarkah itu dia sebenarnya...?
Seribu kali aku berbisik..
Kerana sekali aku membuka..
Sekali pun tidak aku inginkan ia tertutup semula..
kerana sekali aku takutkan kehilangan ini..

Friday, 29 June 2012

Jadual Exam

Metal and Alloy || 29 Jun 2012 || 2.45 - 4.45 p.m

Basic Physics : Electricity and Magnetism || 01 Julai 2012 || 9.00 -11.00 a.m

Introduction to Computer Programming || 10 Julai 2012 || 9.00 -12.00 p.m

Biomaterials || 15 Julai 2012 || 9.00 - 11.00 a.m.

*dan habis semua tue.. aku free untuk bercuti selama 2 bulan dengan amannya... menjalani ibadah puasa bersama ahli keluarga bersama-sama...yeeeaaa....!!! dah dua tahun berpuasa dengan keluarga semula... tak sabarnya...!!!!~

Thursday, 21 June 2012

Last Assignment will summit

Salam..

dengan rasa tak bertanggungjawab terhadap pelajaran..aku mengambil atau erti kata lain aku mencuri masa aku ini dengan menaip sesuatu di warna.... memang budak tak nak buat kerja awal adalah akulah orangnya.. apalah nak jadi dengan aku nie.. memang tak pernah sedikit pun berubah... alah tak kisahlah.. yang pasti dapat siapkan juga kira ok jugaklah kan.. nak kata test berlambak memang tak nampak test dah sekarang.. hanya menanti exam yang bakal tiba tak sampai seminggu dari sekarang nie.. wah...!!!

esok aku hanya perlu submit kan last assignment.. nasib baik assignment grouping dan dah present lebih awal..jadi hanya tumpukan pada report sahaja.. hahahaha....!!! memang pemalas betul nie.. bila dah nak terjatuh baru nak berpaut.. tunggu masa terjatuh je macam nie.. huhuhu...!!!

lepas ni aku hanya perlu tumpukan pada final yang hanya 4subjek je aku harus tumpukan.. tapi kenapa 2subjek tu terlalu dekat..aduh...!! boleh jadi mata panda China macam nie..!!!why....!!Doshite..!!!aduh..  kena pulun habis-habisan nie..huhuu...


kerana lepas beban segalanya tue..aku dapat tumpu 2bulan cuti sebaiknya...huhuu....!!Lepas nie menjadi suri rumah tangga sepenuh masa selama 2bulan...wahh...!!! parah-parah..!!need do something...huhuhu...

Our Nihongo Project...


Wednesday, 20 June 2012

Bila Kak Fatin Meningkat Usia....

o-tanjobi gozaimasu kak Fatin ke-23
birthday girl...(k.Fatin)


pelik-pelik...

sue with her sweet hear..(ayie)

happy girl..

blur girl..


yeee....aaaa...!!!

"Happy Birthday to You..."

cepatlah potong kek..lapor dah nie..

sekilas lalu sahaja

Salam..
sudah terlalu lama aku tak update blog/warna aku nie..bersawang-sawang dah dibuatnya... maklumlah kesibukan melanda aku tika saat ini.. jadi kesempatan untuk menaik taraf warna tiada kesempatannya.. harap yang ini dapat aku lakukan..

tapi apakan daya... aku terlalu sibuk dengan pelajaran..ni pun dah minggu terahir belajar..tapi ada je kerja yang belum di selesaikan lagi..aduh..risau juga lah dengan semua nie..huhuhu..minggu depan dah start exam...apakah aku ni sudah bersedia tok menghadapi exam yang bakal aku lalui nanti nie..hahhaha..masuk ke selama 14minggu aku belajar nie..hahaha..entahlah.. aku fikir tak sabar nak cuti 2bulan...huhuhu....

nantilah aku cerita lagi..sibuk-sibuk..degree ni lagi sibuk dari diploma...diploma boleh juga aku main-main..hahhaa...ni nak main-main..hahaha..tengok jelah keputusannye macam mana,...mengecewakan..=(

Wednesday, 25 April 2012

kembali semula

salam...

Cukup lama aku tak update warna..entah berapa bulan tidak aku menyentuhnya.. bukan kerana aku dah lupakan warna..tapi kerana kesibukan menguasai diri aku kini..aku tiada kesempatan untuk update warna..agak berhabuk habis warna aku ini.. banyak sangat story kalau nak story di dalam nie..yelah lama tak updat kan.. tapi harus ke cerita?? tak payahlah.. yang penting aku tenang dengan hidup aku yang sekarang nie walaupun kesibukan belajar aku tak dapat aku elakkan..semester ini aku kena buat yang terbaik..aku kena tebus semula kesilapan aku pada semester sebelum ini.. aku tak boleh bergantung pada sesiapa pun..aku harus bergerak sendiri.. itu yang patut aku lakukan daripada dulu..bukan mengikut rentak orang lain walhal diri sendiri tidak mampu untk melakukannya.. Insyallah dengan izinNYA kali ini aku akan cuba buktikan...kena lebih bersemangat daripada sebelum nie..

Aku tak boleh melihat kebelakang lagi walaupun adakalanya harus aku melihatnya untuk aku muhasabah diri aku ni untuk menjadi insan nyang berguna dimasa akan datang.. semua ini tak boleh aku tunduk lagi.. aku harus bangun dengan pegangan yang lebih kukuh.. itu yang layaknya aku katakan pada diri aku yang sering alpa tentang kesenangan diri.. perlu juga aku merasaksan kesusahan untuk mematangkan aku.. banyak juga perkara yang aku lakukan kini lebih berfikiran matang berbanding sebelum nie..pengalaman yang telah banyak aku lalui pada masa lalu banyak memberikan aku impak pada masa kini.. tapi aku tak pernah menyesal akan kesilapan aku pada masa lalu..kerana tidak kerana masa lalu, tidak aku berdiri dimana sedang aku berada.. segala kenangan yang aku lalui dahulu terlalu banyak menyedarkan aku dan membuka mataku akan kehidupan yang sebenarnya...

Persahabatan yang aku jalinkan kini cukup buat aku gembira dan tenang dalam menghadapinya... aku bersyukur memiliki teman-teman yang cukup baik..tidak pernah aku memiliki teman sebaiknya.. kebaikannya membuat aku adakala merasakan diri aku ini begitu kerdil dibuatnya.. masih layak lagi insan seperti aku memiliki teman sebaiknya.. bersyukurnya aku pada ILAHI mempertemukan aku dengan sebuah persahabatan yang aku yakin inilah persahabatan yang ikhlas..berkawan keranaNYA.. tiada yang patut dirisaukan..kerana segalanya tidak lebih dariNYA...

aku rasa buat masa ini biarkan aku berhenti di sini dulu..idea aku cukup setakat tu saja..tak sampai selebihnya..nantilah..banyak lagi yang harus aku fikirkan..sekian..


Thursday, 1 March 2012

Percintaan Ini_Ezad


Masih terbayang di ruangan mataku
Saat indah bersamamu dulu
Masihku ingat janji manismu
Bertakhta di hatiku
Oo oo oo



Di kala itu engkau lah bintang
Menyuluh malam yang kegelapan
Tetapi kini tiada lagi
Tinggal aku sendiri

Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan

Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu


Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata


Oo oo oo
Percintaan ini amat memilukan
Perpisahan ini sungguh menyakitkan
Namun apa daya terpaksa ku telan semua kepahitan


Kepiluan ini meracun hidupku
Kesunyian ini membunuh jiwaku
Tergamak kau sayang
Melihat diriku dalam kesedihan
Dipermainkan olehmu


Sia–sia saja percintaan ini
Tak bisa sampai ke puncaknya
Sekelip mata hilang semuanya
Yang tinggal hanya airmata


Oo oo oo