mencari ketenangan disini.. meluahkan demi warna-warni hidup... tiada penghujungnya... hanya kegembiraan yang terserlah... tanpa ada rasa duka tersimpan di hati ini.. segalanya di sini...
Tuesday, 24 July 2012
Khas buatnya...
Salam Ramadhan..
Perkenalan kita hanya bermula di alam maya.. seperti sekarang nie.. aku mengenali dirimu atas dasar kita sama .. tapi tidak sedikit pun aku terfikir untuk jauh dari itu.. aku sangkakan perkenalan kita cukup di alam maya sahaja.. tapi tanpa ku duga dirimu lebih kerap mendekatiku.. dan aku semakin tidak sabar menanti setiap panggilan dari mu.. seperti telah dirancang semuanya.. kita melalui hari kita tanpa rasa jemu.. walaupun dirimu di saat itu punyai teman.. aku cukup senang berkawan denganmu.. bagiku dirimu cukup berharga bagiku.. memang tiada ganti dirimu sehingga kini.. dirimu pertama dan terakhirnya.. biar pun diriku ada gantinya.. tapi bagiku kau tiada gantinya.. kerana berkenalan denganmu sudah cukup buatku mengenal erti kehidupan sebenar... perkenalan kita sejak dibangku sekolah lagi.. sehingga ku ke menara gading.. aku masih lagi berteman denganmu..walaupun dirimu ada yang lain..
Sehari demi sehari masa itu berlalu.. dirimu datang dan dirimu pergi.. seperti telah tertulis juga.. disaat aku bersama denganmu.. ada saja perkara yang menimpa.. disaat aku dekatmu, begitu asyik kita dengan dunia kita.. tapi saat jauh... segalanya jadi pahit.. sehingga mencetuskan perbalahan yang cukup perit... apakah memang kita tak mampu tok pergi jauh?? tapi mana mungkin semua itu terjadi.. jarak antara kita ada sahaja bentengnya.. dan aku pasti... aku sedar.. aku mencari dirimu di saat dirimu sedang bahagia.. dan memang salahku kerana merosakkan segalanya.. tapi aku hadir kerana aku rindukan dirimu.. aku rindukan gurau senda kita.. kerana bagiku dirimu kawan yang cukup paham siapa aku ini.. tidak sedikit pun aku memintakan apa darimu... hanya kemesraan yang aku harapkan.. jelas aku katakan.. aku cukup cemburu bila dirimu memberikannya lebih dariku.. tapi aku tak pernah merungut.. kerana aku ikhlas berkawan denganmu..
Entah kejam ke tidak aku ini... apakah aku yang musnahkan segalanya.. aku sendiri pun tak tahu.. aku berniat baik untuk perbetulkan kamu.. salah aku ker jika perkara itu aku berkongsi bersama keluargamu?bukannya aku hebahkan ke serata dunia.. niatku baik.. tapi mungkin padamu aku dianggap pemusnah hidupmu.. kata maaf telah ku berikan padamu.. dan aku harapkan agar dirimu sihat sejahtera.. dan bahagia bersama insan yang sering bersama denganmu dan menjaga dirimu sebaiknya... aku yakin dirimu kini lebih dihargai daripada sebelum nie.. kerana ketika semuanya masih mencari identiti sebenarnya..
Tapi semua itu hanyalah tinggal kenangan.. kerana bagiku awk adalah kawan yang banyak mengajar saya.. kerana awk juga saya tahu siapa saya sebenarnya.. dan aku tahu awk tu sebenarnya begitu ramai yang sangat sayangkan awk.. usahlah awak bimbang atau takut keseorangan.. kerana keluarga awk sentiasa bersama dengan awak.. seteruk mana pun awk.. keluarga awk tidak akan sedikit pun cuba untuk membuang awk.. saya yakin semua itu.. walaupun saya tak cukup mengenali keluarga awk.. tapi saya sangat yakin...
Untuk awk.. saya tiada apa yang perlu saya sakitkan lagi.. terima kasih keran menjadi teman saya.. terima kasih kerana pernah mengembirakan saya... kenangan saya dengan awak takkan saya lupakan.. semoga awk perolehi apa yang awk inginkan selama ini...
Monday, 23 July 2012
Tamat Sudah akhirnya
Salam... Aku bersyukur sekarang... setelah hampir 3minggu berperang dengan exam.. akhirnya.. nie lah masanya... aku akan mulakan percutian aku selama 2bulan lebih agaknya.. yes..yes..!! cuti juga akhirnya.. semester yang kali ini aku lalui dengan penuh cerita yang belum pernah aku lalui sebelum ini.. dan aku menganggapkan segala yang aku lalui itu adalah suatu cabaran dan lumrah dalam aku ingin meneruskan kehidupan.. dan aku tidak sedikit pun akan merasa menyesal dengan apa yang dah berlaku.. kerana bagi aku.. itu bukanlah pengakhiran dalam cerita hidupku.. cerita hidupku akan tamat di saat ajalku telah sampai.. di saat itu segala cerita dunia ku akan tamat dan bermulalah kisah alam seterusnya yang aku tidak tahu .. kerana jelas.. semua itu rahsia yang Allah s.w.t. sahaja yang mengetahuinya..
Setelah apa yang aku lalui ini.. aku redha dan sangat-sangat redha.. aku redha dengan keputusan yang bakal aku hadapi... takut pun ada.. sebab aku kurang yakin dengan apa yang dah aku buat baru-baru ini.. semangat aku semakin hilang dari hari ke hari.. sedih-sedih.. sangat mengecewakan aku rasakan.. tapi aku harus teruskan juga.. walau bagaimanapun.. pejuangan aku takkan pernah habis.. akan aku perjuangkan sehabis mungkin dan semampu mungkin...
Dalam sedar tak sedar.. semua itu tinggal kenangan sahaja.. dan aku pasrah dalam melaluinya... dan aku cukup sayangkan siapa aku yang sebenarnya sekarang.. tanpa kita sedar semua itu adalah lumrah kehidupan yang mendewasakan, kita... jangan pernah sekali untuk mengalah atau jatuh dalam gaung yang kita ciptanya sendiri... tiada akhirnya walaupun kita katakan itu adalah akhirnya.. kerana selagi tiada kematian selagi itu masih ada peluangnya... percayalah... Ramadhan ini.. dapa tlagi kita bersama.. belum pasti tahun depan kita dapat bersama lagi.. hargailah sebaiknya hari ini.. kerana hari esok belum pasti.. percaya pada segala kejadian.. jangan pernah takut akan kehilangannya.. semua itu pasti ada kebaikannya.. Salam Ramadhan aku ucapkan buat semua yang follow blog/warna warni aku nie.. aku amat hargainya.. walaupun tiada isi yang penting.. aku buat blog ini hanya untuk aku berkongsi dengan kawan-kawan apa yang aku lalui dan apa yang aku rasainya... semoga Ramdhan kali ini memberikan beribu makna dalam hidup kita,.. dan semoga mendapat keberkatan dalam melalui hari-hari yang akan kita tempuh.. ada masa aku akan update lagi yer...
Dalam sedar tak sedar.. semua itu tinggal kenangan sahaja.. dan aku pasrah dalam melaluinya... dan aku cukup sayangkan siapa aku yang sebenarnya sekarang.. tanpa kita sedar semua itu adalah lumrah kehidupan yang mendewasakan, kita... jangan pernah sekali untuk mengalah atau jatuh dalam gaung yang kita ciptanya sendiri... tiada akhirnya walaupun kita katakan itu adalah akhirnya.. kerana selagi tiada kematian selagi itu masih ada peluangnya... percayalah... Ramadhan ini.. dapa tlagi kita bersama.. belum pasti tahun depan kita dapat bersama lagi.. hargailah sebaiknya hari ini.. kerana hari esok belum pasti.. percaya pada segala kejadian.. jangan pernah takut akan kehilangannya.. semua itu pasti ada kebaikannya.. Salam Ramadhan aku ucapkan buat semua yang follow blog/warna warni aku nie.. aku amat hargainya.. walaupun tiada isi yang penting.. aku buat blog ini hanya untuk aku berkongsi dengan kawan-kawan apa yang aku lalui dan apa yang aku rasainya... semoga Ramdhan kali ini memberikan beribu makna dalam hidup kita,.. dan semoga mendapat keberkatan dalam melalui hari-hari yang akan kita tempuh.. ada masa aku akan update lagi yer...
SALAM RAMADHAN UNTUK TAHUN 1433 HIJRAH
Sepetang di Bukit Tinggi dan Banting
kat bawah nie ada beberapa keping gambar yang sempat aku snap dan yang ini aku rasakan yang terbaik dari ladang pilihnya.. huhuhu.. semua itu adalah kenangan yang takkan aku lupakan..huhu.. dan buat Atiqqah a.k.a ketua... kalau semua ada masa.. harap kita dapat lapangkan masa kita bersama-sama untuk lepak bersama-sama.. rindu sangat tuk lepak beramai-ramai ini...aku amat menyayangi semua sahabat-sahabatku...semoga persahabatan kita tiada putusnya...
its me ... minta tolong dayah snap..huhuh |
cik syara yang paling payah tok ketemu..huhu |
memory dayah bersama syara |
we are twin.. really k.. |
lepas penat pergi bukit tinggi.. KFC Banting jadi sasaran... |
Tuesday, 17 July 2012
Wednesday, 11 July 2012
menanti masa tamat
Salam... Tak lama lagi dah aku nak habis semester 2 degree.. rasa tak sabar.. cepat habis lebih baik.. tak sanggup aku menanggung lagi keseksaan dalam mengharungi.. huhuhu.. ahad nie last paper aku akan mengadap.. paper yang penuh hafalan... fuh...!! hafal yer... memang menggunakan otak sepenuhnya.. akan akan buat yang terbaik demi paper nie.. sebab paper nie best bila belajar dalam kelas.. lecturer nye pun baik.. tapi sayangnya lecturer nie akan sambung belajar.. jadi xde peluang untuk student bawah aku untuk belajar dengan dia..huhu.. aku harap, aku dapat buat yang terbaik untuk paper nie.. sebab aku sendiri tak tahu carry mark aku sebenarnya berapa.. nak tengok.. aku berada di rumah.. mengharapkan kawan-kawan aku yang duduk kat kolej tu jerla.. huhuh..untuk kawan-kawan aku buatlah yang terbaik untuk paper yang masih tinggal..kita akan menjawap bersama-sama untuk paper terakhir... penutup hari...huhuu...lepas tu kita enjoylah apa lagi..kihkih...
Thursday, 5 July 2012
Gejala game di Facebook ku...
![]() |
Bubble Blitz |
Next Semester
Salam kepada semua yang sudi membaca blog warna aku nie.. masih sudi menjadi follower kepada blog aku yang biasa-biasa ni.. musim exam dah nak habis dah..tinggal lagi beberapa paper aku nak habiskan.. habis semua paper..cuti semester akan bermula.. dan bulan puasa akan tiba dan seterusnya raya.. dan beberapa minggu lepas tue.. semester baru akan tiba.. insyallah segala rancangan yang telah dirancang dapat berjalan dengan baiknya...insyallah...
habis exam nie juga..aku kena kemas semua barang-barang aku yang ada di rumah sewa dan akan berpindah ke tempat lain yang berdekatan juga dengan tempat belajar aku.. tidak kisah pindah di mana pun asalkan selesa untuk aku tidur dan merehatkan diri aku..itu sudah cukup bagiku... kadar harganya aku tidak mengambil kisah.. tapi penghuni yang akan duduk itu aku ambil kisah.. aku akan duduk dengan kawan-kawan se rumah aku sekarang.. tapi hanya ber enam.. dan yang pasti kak fatin kesayangan aku ada... itu sudah buat aku gembira bila sudi nak duduk bersama kami..jika tidak.. kami hanya duduk berlima sahaja.. saat itu aku begitu sedih.. tapi baru aku faham mengapa semua ini terjadi.. itulah akibatnya kalau jarang sangat balik ke rumah sewa.. segala perkembangan cerita di rumah tak di ambil tahu...tapi segala kesulitan yang timbul itu dapat juga di selesaikan dengan baik..
aku sebenarnya bila duduk di rumah baru tue.. kalau boleh aku nak dengan kak fatin juga.. kalau diiukutkan selfish aku.. sebab bila aku dengan kak fatin..pasti tiada masalah..walaupun kadangkala perselisihan ada berlaku...itu adalah lumrah kehidupan..tapi bila perkara yang terjadi membuatkan aku dengan kak fatin terpisah bilik.. tapi masih lagi rumah yang sama.. jadi bila kelas..boleh pergi sama.. syukur jugakla segala kesulitan yang agak tegang beberapa hari ini dapat di atasi dengan baiknya..(tapi ketegangan tu tentang diri akulah...)...tapi tak kisahlah dengan sesiapa pun aku duduk..aku takkan timbulkan sebarang masalah pada sesiapa.. untuk apa ada masalah yang boleh menyakitkan hati sendiri..betul tak...itu hanyalah luahan peribadi aku sahaj yang tidak melibatkan mana-mana pun...
bilik yang akan aku duduk ni..aku akan duduk bersama husna(una)... comel dan lawa budaknya..kihkih.. model lah katakan..dan kali ni aku akan duduk berdua sahaja,..nak dibandingkan sekarang berempat agak sempit.. walaupun rumah tu kosong...kira ok lagilah... tiada katil yang boleh menyesakkan keadaan bilik...huhu..barang yang agak banyak..huhuhu.. aku dengan una ada berangan nak buat bilik ala korea style..hihihi..pengaruh korea kuat dah nie..bahaya betul..huhu..tapi yang pasti kami akan jadikan bilik kami tu simple..menarik..kemas..dan bersih..itu yang pasti..dan aku akan pastikan rumah yang akan duduk ini juga kemas dan bersih..mengimpikan sesuatu yang bersih dan kemas..tapi tiada siapa yang membantu tak boleh jadi juga.. semua ini atas diri masing-masing..tanggungjawap bersama..
Untuk semua itu aku memang ada mengeluarkan suara.. dan beberapa ada juga mengeluarkan suara hati masing-masing.. tapi memang setiap rumah harus ada ketua untuk uruskan rumah itu agar dalam keadaan baik.. aku tak layak untuk jadi kerana aku bukan selalu duduk di rumah sewa.. kalau tak tak kisah jika diberikan tanggungjawap tue.. walaupun ia berat dan payah untuk memuaskan hati masing-masing..setiapnya ada tingkah lakunya sendiri...tiada yang akan sama...tapi diharap untuk yang kali ini akan menjadi yang lebih terbaik berbanding sebelum ni.. diharapkan begitulah hendaknya...
buat masa ini biarlah dulu.. aku pun dah tak tahu nak story apa lagi..exam..exam...exam...fokus itu penting... programming dan biomaterial menanti aku ni..buat yang terbaik buat diriku dan kawan-kawan aku yang amat aku sayangi..huhuu..
Tuesday, 3 July 2012
Holiday last May
at kuala selangor..En. Kamal's house..(father's friend) |
masjid kuala kangsar,Perak |
Istana lama Kuala Kangsar,Perak |
Teh Boh, Cameron Highland |
Tambun, Perak..(Limau Tambun) |
Pintu Gerbang... |
Gua Kelam, Perlis |
Sik, Kedah..(father's friend) |
Air Terjun Jelawang, Dabong, Kelantan |
Papan tanda dan modelnya... |
Last destination...Puncak Gunung Brinchang, Cameron Highland, Pahang |
Lapang Seketika
Salam..
Setelah dua paper aku habis..aku tenang untuk seketika..nak kata tenang tak jugaklah tenang.. just ada jarak 9hari je untuk paper seterusnya... insyallah untuk paper seterusnya aku akan cuba buat yang terbaik sebab tu subjek yang amat aku minati..huhu..dalam banyak-banyak subjek yang aku belajar semester ini..subjek programming yang aku minati sekali.. tapi kawan aku ada pesan.. jangan terlalu yakin..takut bila kita terlalu yakin..lain pulak yang akan jadinya.. jadi aku akan ingat kata-kata kawan aku tue.. yakin aku berpatutan dengan usaha yang akan aku lakukan..
dan akhir paper aku pulak pada 15 julai.. dan selepas tu.. apa lagi... yes....!!!!!! 2bulan....kihkih... tak sabar nye...
Monday, 2 July 2012
Hanya Dia Kekasih
mencari kesamaran hidup..
kelabu terus aku lihatnya...
mengapa hanya kelam yang aku temui..
mana hilang sinarnya...
Meneliti setiap saat nafasku..
setiap kata hatiku sayu..
terus ku mencari kecerahannya...
agar dapat aku terus bernafas dalam kebenaran..
Aku mencuba dan terus mencuba menemuinya..
setengah jiwaku mengharapkan kepastian..
Sekali pun tidak aku getar akan kesengsaraan..
kerana pasti setiap kewujudan ada kebenarannya..
Langkah demi langkah aku berpijak..
kelekaanku kian terserlah...
kepalsuaan perasaan ini...
tiada kemampuan mencari kepastian..
kedustaan tiada terkira lagi..
petikkan yang membingitkan jiwa..
meresahkan ketenangan...
pulanglah kebahgiaan...
Bunyian itu...
ketukkan mula didengari...
apakah itu ketukkan yang dicari?
benarkah itu dia sebenarnya...?
Seribu kali aku berbisik..
Kerana sekali aku membuka..
Sekali pun tidak aku inginkan ia tertutup semula..
kerana sekali aku takutkan kehilangan ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)