السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Melihat anak kecil, seawal usianya 10 tahun telah sendirian tanpa teman rapat.Apatah lagi mempunyai seorang sahabat yang rapat dengannya. Bukanlah hidupnya kosong, tapi entah mengapa hidupnya sering kali di hurung akan kesedihan dalam bersahabat.Anak kecil kian dewasa bersama arus masa. Masih lagi mencari erti sebuah persahabatan. Erti kawan baginya umpama angin yang hanya datang singgah seketika dan hilang bersama rasanya.
Terpisah daripada kawan-kawan yang mungkin mampu menjadi sahabatnya kelak hanya mimpi baginya. Belajar untuk terima sesuatu yang baru dengan harapan adalah yang terbaik buatnya. Alhamdulillah, anak kecil yang semakin remaja mempunyai sahabat ketika usianya seawal 14 tahun. Pencarian selama ini membuahkan hasil baginya. Lalu ia menjada persahabatannya dengan baik sekali. Segala dilakukan bersama. Berjalan bersama, cerita bersama segalanya kongsi bersama.
Usia semakin melonjak naik. Permikiran semakin matang. Anak remaja bermacam dengan ragamnya. Tapi persahabatannya masih lagi di jaga.. Walaupun terpisah dek kerana sahabatnya terpaksa mengikut kakaknya ke utara. Anak remaja ini mengisi kesunyian dengan teman sekolahnya dengan harapan tiada rasa kesedihan yang dirasakan. Persahabatan di sekolahnya juga berjalan dengan baik walaupun pada awalnya mendapat tangkapan yang buruk. Tapi bagi anak remaja itu masih tetap inginkan persahabatan itu, kerana dia yakin akan keputusannya. Biarlah dia kehilangan kawan yang hanya mampu membawanya ke arah entah di mana dia nanti pada masa akan datang.
Sahabat yang jauh sentiasa di ingatannya. Mengharapkan pulang agar dapat bersama kembali.2 tahun perpisah itu terjadi. Akhirnya sahabatnya pulang juga kepangkuannya. Bermacam-macam janji yang telah di janji untuk dilakukan bersama. tapi........
Semua itu akhirnya musnah dalam skelip mata.. hilang bagaikan debu di tiup bayu. Hatinya gugur tatkala persahabatan di musnahkan dengan begitu sahaja. Janji musnah begitu sahaja. Menangis tanpa fikirkan apa lagi.Hanya memikirkan apa salahnya sehingga sahabatnya meninggalkannya dan pergi begitu sahaja. Tapi anak remaja ini cuba juga menguatkan semangatnya dengan berdoa agar sahabatnya ubah fikirannya.. Tapi ternyata tiada perubahannya. Masih juga sama. Sakitnya usah dikatakan.. Hanya Allah sahaja tahu bagaimana sakitnya anak remaja itu rasakan.
Masa berlalu. hampir setahun sudah berlalu selepas kejadian itu. Tapi anak remaja itu tidak lupa akan sahabatnya walaupun kini dia mempunyai sahabat yang lebih baik dan lebih ramai.. Cukup baginya mempunyai sahabat hanya 4 orang.. Itu pun setelah orang lain membuang mereka tanpa sebab lalu dia menerima dengan hati yang terbuka dan bersyukur mempunyai sahabat sebaik mereka. Tapi ingatannya masih teringatkan sahabat pertamanya.
Adakalanya mereka pernah terserempak bersama. Tapi seperti tidak di kenali. Anak remaja ini tidak kuat untuk menegurnya. Bukanlah takut akan di marahi tetapi takut di buang sekali lagi.. Anak remaja ini hanya mampu berdoa akan kebahagiaannya. Sesekali anak remaja ini lalu di rumah keluarga sahabatnya walaupun dia tahu sahabatnya bukannya ada di situ.. Kakak ipar sahabat pernah menegur anak remaja itu dan memberitahunya bahawa sahabatnya akan berkahwin. Gembira hati anak remaja itu mendengarnya. Tapi dalam gembira itu ada dukanya. Mana tidaknya, mereka pernah berjanji bersama untuk menjadi pengapit bila sesiapa ingin mendirikan rumah tangga kelak. Tapi bagi anak remaja tersebut semua itu hanyalah angan-angan.. Dia hanya mampu mendoakan kebahagiaan sahabatnya kekal ke akhirnya..
Setelah 5 tahun mereka hilang tanpa khabar berita. Anak remaja ini yang sudah melangkau usia dewasa dikejutkan dengan sesuatu berita. Berita yang dia sendiri tak menyangka. Sahabatnya yang telah lama hilang dan sudah berumah tangga kembali padanya. Begitu terkejut anak remaja itu mendapat tahu. Seperti mimpi di siang hari bila sahabatnya mencarinya semula di laman sosial facebook.
Pernah juga anak remaja ini mencari sahabatnya di facebook, friendster,myspace serta meminta bantuan sahabat satu sekolahnya untuk mencarinya dan pernah juga dapat tapi hampa. tiada respon apa. Oleh itu, anak remaja itu berputus asa untuk terus mencarinya lagi. Dan anak remaja itu redha bahawa jodoh mereka untuk terus bersahabat telah tiada lagi..
Tapi itulah Allah maha adil, sahabatnya kini kembali tapi tidak sama seperti dulu. Walaupun jaraknya tidak jauh untuk kembali berjumpa. tapi anak remaja ini masih takut untuk berdepan dengan sahabatnya. Bukannya anak remaja ini tidak rindukan sahabatnya.. Dia terlalu rindukan sahabatnya. tapi masa belum mampu menemukan mereka berdua dalam keadaan yang cukup gembira.
Sahabatnya kini memounyai keluarga sendiri.. mempunya suami tatkala anak remaja ini masih lagi mengejar cita-citanya. Suatu hari nanti pasti mereka akan berjumpa dan akan bahagia serta gembira bersama tatkala berjumpa. Anak remaja sentiasa mendoakan sahabat-sahabatnya mempunyai kehidupan yang baik dna bahagia dengan apa yang dilakukan.. In Sha Allah..